CARI KANDUNGAN BLOG

MU'AWIYAH TIDAK MENCELA ALI

February 26, 2019

Tersebar dalam buku sirah bahawa Mu'awiyah r.a telah membuat sunnah keji dengan mencela Saidina Ali di atas membar dan dipaktiskan dalam kerajaan Bani Umayyah selama lebih 40 tahun. Ia cuma tamat pada zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz, apabila beliau mengarahkan amalan mencela Ali itu dihentikan. Jika anda membaca buku sejarah mengenai pergaduhan para sahabat, anda akan cuba catatan sedemikian.

Benarkah demikian? Apakah mungkin sahabat Rasulullah SAW yang pernah menjadi pencatit wahyu itu tega mencela seorang sahabat yang lain, bahkan merangkap keluarga, menantu dan antara orang terawal yang masuk Islam?

Cerita ini cerita silam yang kabur dan bertentangan dengan keperabadian sahabat, khasnya keperibadian Mua;wiyyah yang digambarkan dalam sejarah.

Besar kemungkinan, bahkan mungkin sekali, hatta pastilah, cerita sebegini adalah racun yang disebarkan oleh golongan Syiah pembenci para sahabat. Mua'wiyah adalah antara sahabat nabi yang beradi di kemuncak kebencian mereka.

Para ahli hadis menolak riwayat mengenai mu'awiyah mencela Ali itu. Riwayat saheh yang hampir kepada makna itu adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Saheh Muslim di bawah bab Kelebihan Ali bin Abi Talib. 

ن عَامِرِ بْنِ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: أَمَرَ مُعَاوِيَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ سَعْدًا فَقَالَ: مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسُبَّ أَبَا التُّرَابِ؟ فَقَالَ: أَمَّا مَا ذَكَرْتُ ثَلَاثًا قَالَهُنَّ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَنْ أَسُبَّهُ، لَأَنْ تَكُونَ لِي وَاحِدَةٌ مِنْهُنَّ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَهُ، خَلَّفَهُ فِي بَعْضِ مَغَازِيهِ، فَقَالَ لَهُ عَلِيٌّ: يَا رَسُولَ اللهِ خَلَّفْتَنِي مَعَ النِّسَاءِ وَالصِّبْيَانِ؟ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى؟ إِلَّا أَنَّهُ لَا نُبُوَّةَ بَعْدِي وَسَمِعْتُهُ يَقُولُ يَوْمَ خَيْبَرَ «لَأُعْطِيَنَّ الرَّايَةَ رَجُلًا يُحِبُّ اللهَ وَرَسُولَهُ، وَيُحِبُّهُ اللهُ وَرَسُولُهُ» قَالَ فَتَطَاوَلْنَا لَهَا فَقَالَ: ادْعُوا لِي عَلِيًّا فَأُتِيَ بِهِ أَرْمَدَ، فَبَصَقَ فِي عَيْنِهِ وَدَفَعَ الرَّايَةَ إِلَيْهِ، فَفَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ، وَلَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الْآيَةُ: {فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ} [آل عمران: 61] دَعَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِيًّا وَفَاطِمَةَ وَحَسَنًا وَحُسَيْنًا فَقَالَ: اللهُمَّ هَؤُلَاءِ أَهْلِي



Dalam hadis ini Mu'awiyah bertanya Saad bin Abi Waqqas, kenapa dia tidak terlibat dalam perbuatan mencela Ali. Saad menyatakan 3 sebab kenapa Ali menjadi mulia di matanya dan dia tidak tega mencelanya.

Pertama: Dalam satu peperangan Rasulullah pernah mewakilkan Ali menjaga Madinah lalu Alu mengau tugas itu dengan katanya patutkah orang macam dia yang ahli dalam peperangan dibiarkan menjaga kanak-kanak dan wnaita. Lantas nabi bertanya Ali apakah dia tidak suka kalau kedudukannya sama seperti Harun di sisi Musa?

Kedua: Dalam peperangan Khabar, nabi menyebutkan bahawa bendera akan diserahkan kepada orang yang kasihkan Allah dan Rasul dan Allah serta rasul pula kasihkannya. Ternyata orang yang dimaksudkan itu adalah Ali.

Ketiga: Dalam peristiwa Mubahalah, nabi membawa bersamanya Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.


Apabila Saad bin Abi Waqqas menceritakan keutamaan Ali tersebut, Mua'wiyah diam.

Para Syiah menafsirkan pertanyaan awal Mu'awiyah itu membawa maksud dia adalah mencela Ali. Bila dia tanya Saad bin Abi Waqqas, kenapa tidak mencela Ali, maksudnya kenapa kau tidak ikut mencela Ali seperti aku mencela Ali.

Takwilan sedemikian hanya sangkaan. Tidak ada bukti jelas Mu'awiyah mencela Ali. Riwayat-riwayat saheh yang banyak menyebuitkan pujian Mua'wiyah kepada Ali.

Jika ada pemimpin yang mencela Ali pada zaman pemerintahannya, itu mungkin. Sebagaimana diriwayat dalam Mustadrak Hakim bahawa Al-Mughirah bin Syu'bah yang menjadi wali Kufah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah mencela Ali di atas membar. lalu dia ditegur oleh Zaid bin Arqam dan mengatakan: Kenapa engkau mencela Ali sedangkan dia telah mati? Riwayat ini disahehkan oleh Al-hakim dan juga Az-Zahabi. Ia juga ada dalam Musnad Ahmad.

Ertinya, kegiatan mencela itu ada di kalangan orang-orang yang membenci Ali dan jahil mengenai keutamaan Ali. Bukannya orang seperti Mu'awiyah yang terkenal sebagai sahabat Rasulullah SAW yang punya keutamaan tersendiri.

Imam Az-Zahabi menyebutkan riwayat yang menitipkan perkataan Mu'awiyah menyanjung Ali dan riwayat ini saheh . Bagaimana riwayat lemah itu hendak mengatasi riwayat Saheh ini? Lihat apa kata Mua'wiyah tentang Ali.


جَاءَ أَبُو مُسْلِمٍ الخَوْلاَنِيُّ وَأُنَاسٌ إِلَى مُعَاوِيَةَ، وَقَالُوا: أَنْتَ تُنَازِعُ عَلِيًّا، أَمْ أَنْتَ مِثْلُهُ ؟
فَقَالَ: لاَ وَاللهِ، إِنِّيْ لأَعْلَمُ أَنَّهُ أَفْضَلُ مِنِّي، وَأَحَقُّ بِالأَمْرِ مِنِّي، وَلَكِنْ أَلَسْتُم تَعْلَمُوْنَ أَنَّ عُثْمَـانَ قُتِلَ مَظْلُوْماً، وَأَنَا ابْنُ عَمِّهِ، وَالطَّالِبُ بِدَمِهِ، فَائْتُوْهُ، فَقُوْلُوا لَهُ، فَلْيَدْفَعْ إِلَيَّ قَتَلَةَ عُثْمَـانَ، وَأُسْلِمَ لَهُ فَأَتَوْا عَلِيّاً، فَكَلَّمُوْهُ، فَلَمْ يَدْفَعْهُم إِلَيْهِ
( Siyar A'lam AN-Nubala': Jil 3, ms 140)




0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP