KIFARAT DAN DARAJAT
February 18, 2019
Dalam hadis nabi disebutkan bahawa nabi ditanya Allah (dalam mimpinya) :
فيم يختصم الملأ الأعلى؟
" Apa pasal para malaikat yang mulia berbalahan?"
Soalan tersebut tidak mampu dijawab nabi SAW sehinggalah Allah memberikannya pengetahuan dengan rahmatnya. Dalam hadis dinyatakan bahawa bila Allah letakkan tangannya antara dua bahu baginda, barulah baginda tahu jawapannya.
فوضع يده بين كتفيّ، حتى وجدت بردها بين ثدييّ، فعلمت ما في السموات، وما في الأرض
" Maka Allah meletakkan tangannya di antara dua bahuku sehingga aku pun merasa sejaknya antara dadaku, lalu aku pun tahulah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi".
Nabi kemudian ditanya lagi tentang maksud dua kalimah tersebut. Baginda lantas menjelaskan bahawa KIFARAT itu ialah:
1) Duduk dalam masjid selepas solat
2) Berlumba-lumba menuju ke masjid untuk solat berjemaah
3) Menyempurnakan wuduk pada saat kesukaran dan kepayahan.
Ditanya pula tentang DARAJAT, apa itu? Baginda menjelaskan bahawa ia adalah:
1) Menyebarkan salam
2)Memberi makan kepada orang
3) Solat di malam hari ketika orang lain tidur.
0 comments:
Post a Comment