CARI KANDUNGAN BLOG

MUQADDIMAH TARIKH TOBARI

February 26, 2019

Imam Tobari adalah jaguh ulung dalam ilmu tafsir dan sirah.  Beliau menaqalkan dalam tafsirnya maupun kitab tarikhnya riwayat-riwayat yang sakit. Namun, dengan naqalnya itu, para ulama hari ini mendapat faedah mengenal kepalsuan riwayat. Maka, keberadaan riwayat bermasalah dalam kitabnya bukan bermaksud beliau mengangkatnya sebagai saheh. Beliau cuma menjalankan amanah ilmu dan orang kemudianlah yang perlu menapisnya dengan ilmu periwayatan yang berkembang mengekang pembohongan. 

Lihatlah apa yang disebuytkan Imam Tobari dalam muqaddimah tarikhnya:


مَـا يَكُنْ فِي كِتَابِي هَذَا مِنْ خَبَرٍ ذَكَرْنَاهُ عَنْ بَعْضِ الْـمَـاضِينَ، مِمَّا يَسْتَنْكِرُهُ قَارِئُهُ، أَوْ يَسْتَشْنِعُهُ سَامِعُهُ مِنْ أَجْلِ أَنَّهُ لَمْ يَعْرِفْ لَهُ وَجْهاً فِي الصِّحَّةِ وَلَا مَعْنَى فِي الْـحَقِيقَةِ، فَلْيَعْلَمْ أَنَّهُ لَمْ يُؤْتَ ذَلِكَ مِنْ قِبَلِنَا، وَإِنَّمَـا أُتِىَ مِنْ قَبَلِ بَعْضِ نَاقِلِيهِ إِلَيْنَا، وَإِنَّا إِنَّمـَا أَدَّيْنَا ذَلِكَ عَلَى نَحْوِ مَا أُدِّيَ إِلَيْنَا 


" Apa yang terdapat dalam kitabku ini daripada khabar-khabar masa lalu yang telah aku ceritakan, lalu para pembaca merasa janggal dengannya atau merasa tidak senang kerana tidak menepati kehendaki riwayat Saheh dan selari dengan hakikat sebenar, maka ketahuilah bahawa ia bukan datang dari pihakku. Aku hanyalah melaksanakan  penyampaian sebagaimana yang telah sampai kepadaku riwayat tersebut".


Kerana itu Tobari membawa khabar dengan jalan sanad. Melalui sanad itu orang kemudian boleh menilai keabsahan khabar. Ucapkan terima kasih kepada Tobari.

Ucapan terima kasih itu tidak bermakna apa-apa pun di bawah kebesaran nama IMAM TOBARI .


Orang yang membaca kita ulama hebat seperti Tobari perlu memahami disiplin ilmunya.



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP