CARI KANDUNGAN BLOG

TIMBANGAN (mizan) AMAL ZAHIR DAN AMAL BATIN

February 26, 2019

Timbangan Amal Zahir dan Batin tidak sama.

Jika amal Batin, timbangannya adalah niat. Ia dihukum berdasarkan niat, sesuai dengan hadis nabi SAW:


إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئٍ ما نوى

Adapun jika amal zahir, niat tidak boleh dijadikan timbangannya. Walau niat bagus, jia amal haram, ia tidak akan jadi halal. Misalnya Salam lelaki perempuan itu haram. Jika niat nak jaga hubungan, maruah, perhubungan dan sebagainya, niat baik itu tidka mengubah hukum amal zahir itu.

Mana boleh minum arak yang haram jadi halal dengan niat untuk sihat? Berzina haram tidak akan jadi halal dengan niat nak sampaikan hasrat kerajaan 70 juta penduduk. Solat-solat bid'ah dibuat dengan niat taqarrub kepada Allah! Bolehkah? Tidak boleh. Amal yang dilarang syarak, timbangannya adalah hadis nabi SAW:


من عمل عملاً ليس عليه أمرنا فهو رد



Camkan baik-baik. Jangan asyik membaca hadis: Semua amal dilihat pada niat! Amal bagaimana? Tak kan mencuri tengok niat.? Tak kan cipta amalan bid'ah atau zikir dan doa-doa untuk orang amalkan sebagai tariqat hidup itu mahu diendoskan beralasankan niat untuk menambahkan amal orang?



Tak kan...tak kan....



Bezakan antara amal zahir yang ornag nampak dengan amal batin yang hanya Allah sahaja yang tahu.




Jika amal batin, baru kita kata...tengok niatnyalah! Kalau niat baik jadi baiklah.Amal ikhlas, riak, takbur, sum'ah, tamak, hubbud dunya dsb....semua itu amal batin. Niat yang akan tentukan duduk perkara.

Bukan amal zahir yang boleh dinilai orang. Amal zahir yang ada hukum hakam fekah yang menggariskan jalan buatnya. Ia ditentukan Syariat. Ditentukan dalil-dalil, 

Niat bukan satu escapisme untuk yang berhelah!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP