CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 157

March 2, 2010

TARIKH: 02 / 03/2010
MUKA SURAT : 157
SURAH AL-A'RAF: AYAT 52-57

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Ust Helmi Abd Hamid

Ulasan tambahan: Hari-hari Allah menciptakan langit dan bumi itu mengikut urutan bilangan. Namanya Ahad, Isnin, Selasa , Rabu dan Khamis adalah lima hari Allah menciptkan beberapa komponen alam. hari Jumuat adalah hari Allah menghimpun semua kejadian sesuai dengan namanya. Hari sabtu adalah hari Allah mengisyiharkan bahawa ciptaannya telah sempurna.

Dalam ayat 53, Allah menyebutkan bahawa dalam fikiran ahli neraka hanya dua perkara:
a) Mengharapkan ada penolong yang boleh membantu mereka membebaskan mereka daripada siksaan neraka.
2) Diberikan peluang kedua kembali ke dunia untuk berbuat amal

Apabila Allah menyebutkan bahawa mereka (ahli neraka) sebagai golongan yang merugikan diri sendiri, ia membawa maksud mereka sangat rugi dan kerugian itu adalah kerana mereka gagal masuk ke syurga Allah SWT.

2) Shamsuddin Antong

a) Apakah boleh berkahwin antara Islam dan Kristian? 

Ust Kama: Lelaki Muslim dibenarkan berkahwin dengan wanita ahli kitab berdasarkan nas Al-Quran. Kristian yang ada dalam dunia hari ini adalah Ahlil Kitab. Pemerintah berhak melarang perkahwinan lelaki muslim dengan ahli kitab jika ada maslahah yang mahu dipelihara. Umar al-Khattab pernah mengeluarkan larangan tersebut.

b) Siapakah wali bagi wanita semberang yang bekerja di Malaysia jika dia mahu berkawin dengan lelaki di Malaysia?

Ust Kama: Walinya adalah wali hakim.

3) MOMOH

a) Apakah yang berada di atas A'raf itu ada juga orang kafir?

Ust Kama: Ashabul A'raf hanya orang-orang yang beriman yang beragama Islam. Perlu diingat bahawa penganut agama nabi-nabi terdahulu sehinggalah nabi Muhamamd, semuanya Islam belaka.

b) Apakah ada umat terdahulu sebelum nabi Muhammad yang masuk syurga.

Ust Kama: Syurga dihuni oleh ramai dari kalangan "awwalun" (umat terdahulu)

4) SURADI

a) Apakah ada masa-masa doa kuat dibolehkan?

Ust Kama: Jika ada tujuan dibolehkan. Umpanya ketika jadi imam solat jemaah, baca doa masa perhimpunan dsb. 

Bacaan Tambahan: yasaloonak 

b) Bagaimana bacaan rukun qauli orang bisu? Apakah cara bacaan mereka perlu sekadar menggerakkan lidah?

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP