CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 166

March 23, 2010


TARIKH: 23 / 03/2010
MUKA SURAT : 166
SURAH AL-A'RAF: AYAT 131-137

PENGERUSI                      : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED         :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                 : TN HJ YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1) HJ JAAFAR

Sesetengah orang, apabila mendapat musibah, mereka mengucapkan katas-kata seumpama 'astaga'. Apakah hukum kata-kata ini?Apakah ia boleh membawa kepada syirik?

Ust Kama: Islam menyarankan satu kalimah yang lebih baik daripada itu iaitu 'Innalillahi wainna ilaihi raji'un'. Untuk menentukan hukum mengucapkan kata-kata tersebut, perlulah diketahui apakah makna kata-kata itu. Kalau kata-kata itu bukanlah bermaksud keji seperti menghina Allah, Rasul atau Islam ataupun bukan kata-kata yang mengandungi maksud syirik, tidaklah menjadi masalah. Namun begitu, kata-kata tersebut tentu tidak menjadi ibadat yang diganjari pahala. Boleh jadi ia kata-kata lagha. Sesungguhnya rugilah dalam keadaan kita boleh mendapat pahala dengan mengucapkan sesuatu perkataan tetapi kita mensia-siakan peluang tersebut lantaran kebiasaan kita.

2)ANUAR BIN TABALUN


Apakah ada mana-mana Rasul yang diutuskan menyeru menyembah selain Allah ?

Ust Kama: Sudah tentu tiada. daripada 120 ribu nabi yang dilantik dan 313 Rasul yang diutuskan, tidak ada seorang pun menyeru kepada selain Allah.


3) HJ JUBAIDI BIN RAZALI


a) Apakah menyentuh bahu orang yang solat oleh makmum masbuk dilakukan sebelum takbir atul ihram atau selepas takbiratul ihram?

Ust Kama: Menyentuh bahunya adalah selepas takbiratul ihram.


b)Apakah ada sandaran dakwaan mengatakan orang bercakap semasa azan akan menghadapi kesukaran semasa ruh akan keluar daripada tubuhnya dan tak akan dapatn mengucapkan shahadah?

Ust Kama: Hadis yang dikatakan menyebutkan demikian adalah maudhu'. Bercakap semasa azan tidak ada larangan daripada mana-mana nas. Namun, mendengar dan menjawab azan adalah sunnah.


c) Apakah ada hadis yang menyebutkan bahawa sesiapa yang bercakap hal dunia dalam masjid akan hilang pahala amalnya selama 40 tahun?

Ust Wan Helmi: Larangan bercakap mengenai hal dunia dalam masjid itu bersandarkan sebuah hadis yang daif.

Tambahan susulan oleh Ust Kama:

Hadis yang dimaksudkan bermaksud:

“Sesiapa yang bercakap di dalam masjid dari urusan dunia, Allah akan menghapuskan semua amalannya selama 40 tahun”.

Imam al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan hadis maudu’ iaitu palsu. Kandungan hadis ini juga bertentangan dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya dimana Jabir bin Samurah menjelaskan para sahabat sedang bersembang-sembang lalu mereka menceritakan kehidupan mereka sewaktu jahiliyyah dan bergelak ketawa, Nabi s.a.w. hanya tersenyum mendengarnya.
Hadis ini secara tidak langsung difahami seolah-olah Islam adalah suatu agama yang memisahkan antara urusan agama dan urusan dunia. Inilah yang diperjuangkan oleh fahaman sekular. Sedangkan telah dinyatakan bahawa masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. menjalankan pelbagai urusan dari pentadbirannya sehinggalah menahan tawanan perang yang kafir di dalam masjid. Bagaimanakah untuk menarik golongan remaja ke masjid jika dalam masa yang sama mereka tidak dibenarkan bercakap-cakap sesama mereka berkenaan sesuatu urusan yang dikatakan keduniaan? Masjid bukanlah tempat pertapaan dan pendetaan. Tetapi masjid berfungsi membangunkan umat dari sudut kerohanian dan fizikal .(Petikan daripada: abusyuaib.blogspot)

Sila baca:
1) Islamway
2) Al-Meshkat


TAMBAHAN KEMUDIAN:



Matan Hadis
الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Maksudnya :” Bercakap didalam masjid menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api “.

Kitab Yang Mengeluarkan Hadis Ini
Ihya` Ulumu a-Din oleh Hujjatul Islam al-Ghazali r.h. juzuk 1 m/s 152.

Hukum Hadis Ini
Sebagaimana di katakana oleh Imam Ibnu Iraqi ketika mana membuat takhrij hadis di dalam kitab Ihya` beliau mengatakan bahawa hadis ini dia tidak mendapati hadis ini ada asal baginya . ( Takhrij Ihya` juzuk 1 m/s 107 ).
Manakala kata Imam Fairuzabady bahawa dia tidak menemuainya . ( al-Fawaidul al-Majmuah juzuk 1 m/s 25 ).
Berkata penulis Kasyful Khafa` bahawa yang masyhur didalam hal ini bahawa harus bercakap didalam masjid. ( Kasyful Khafa` juzuk 2 m/s 106 ).
Hadis ini juga di masukkan oleh pengarang Tazkiratul Maudhuah ( peringatan tentang hadis-hadis palsu ). ( Tazkiratul al-Maudhuah juzuk 1 m/s 249 ).
Maka telah jelaslah kepada kita bahawa kalam yang kebanyakan para ustaz-ustaz di Malaysia khususnya itu sebagai Hadis adalah tidak benar, dan yang sebenarnya kalam itu sebenarnya bukan Hadis sehingga ulama` yang muktabar didalam bidang hadis seperti Ibnu Iraqi tidak menjumpainya.

Rujukan Tambahan: Majdah maktoob



4) EN HAZIQ

a) Apakah konsep bid'ah dan adakah wujud bid'ah hasanah?

Ust Kama: Bid'ah adalah perkara yang diada-adakan dalam persoalan ibadat dan akidah padahal tiada dasar dalam agama. Semua bid'ah adalah sesat. Oleh itu, tiada apa yang dikatakan bid'ah hasanah.


b) Apakah solat hajat termasuklah dalam bid'ah kerana amalan solat hajat seperti yang dibuat orang sekarang ini dikatakan tidak pernah dibuat nabi SAW?

Ust Kama: Memetik pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menolak konsep Bid'ah Hasanah, maka semua Bid'ah adalah sesat. Adapun Amalan-malan baik yang dibuat sedangkan nabi tidak buat, jika ia bersangkutan hal adat kebiasaan, dunia dan bukan dari skop ibadah maupun akidah, maka kalau dikatakan ia bid'ah hasanah, irtu adalah pengistilahan sudut bahasa sahaja. Semua Bid'ah adalah sesat! Inilah yang thabit dalam hadis.

Mengenai solat hajat, tidak dinafikan bahawa tiada hadis saheh mengenainya secara khusus. Hanya, menjadi sunnah nabi SAW, apabila baginda berdepan dengan sesuatu masalah, banginda akan menunaikan solat. Ayat Al-Quran sendiri menyebut:

واستعينوا بالصبر الصلاة

"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"

Rujuk: Pendapat Syeikh Uthaimin

Baca: Islamqa



5) SURADI

a) Ruh orang beriman akan ditempatkan di illiyyin. Apakah ruh ini bertegur sapa sesama mereka?



Ust Kama: Wallahu a'lam. Tiadalah kita diberi ilmu tentang ruh kecuali sedikit.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP