CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 163

March 16, 2010

TARIKH: 16 / 03/2010
MUKA SURAT : 163
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN


Ummat terdahulu telah Allah musnahkan dengan pelbagai bencana. Ummat Muhammad dikatakan diselamatkan daripada bentuk azab sebegitu. Bagaimana pula dengan bencana yang menimpa beberapa negeri seperti Tsunami di Aceh dan gempa di sana- sini?

Ust Kama: Dalam sebuah hadis, dinayatakan bahawa nabi SAW telah memohon kepada Allah 3 perkara iaitu:
a) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengan sebab  ditelan bumi atau dilemaskan.
b) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengans sebab ditindas raja yang zalim
c) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengan sebab perpecahan sesama sendiri.

Allah telah menerima 2 yang pertama dan menolak yang terakhir.

Adapun peristiwa Tsunami maupun gempa yang terjadi, ia tidaklah memusnahkan ummat Muhammad sebagaimana ummat nabi Nuh dimusnahkan oleh banjir, Ummat nabi Hud dimusnahkan oleh 'soihah' dan ummat nabi Soleh dimusnahkan oleh 'rajfah'.

2) HJ JAAFAR

Apakah dosa jika kita marah kepada orang yang selalu mungkir janji?

Ust Kama: Mungkir janji adalah dosa. Marah adalah munasabah. Namun memaafkan adalah yang terbaik.




3)EN. OTING

Sesorang yang selalu mungkir janji, apakah perlu dimaafkan juga?

Ust Kama: memaafkan adalah di atas segala penuntutan hak. ia yang terbaik!


4) EN SURADI


Maksud ayat 96: Apakah sesuatu bencana akan menimpa orang alim dalam sesebuah negeri?


Ust kama: Tanpa amal dakwah, orang alim pun dimusnahkan!

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP