CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 169

March 30, 2010

TARIKH: 30 / 03/2010
MUKA SURAT : 169
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED       :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD

a) Berapakah ramai para nabi dan berapa ramai daripada kaum Bani Israil?

Jumlah nabi adalah 120 ribu dan 313 daripadanya adalah Rasul Allah*. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang jumlah nabi dan Rasul boleh didapati dalam Tafsir Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat:

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ

*. Menurut Fatwa Syeikh Bin Baz, hadis-hadis berkaitan jumlah nabi dan rasul adalah dhaif semuanya. Malah Ibn Al-Jauzi mengatakan hadis riwayat Abu Zar yang menyebutkan jumlah nabi dan Rasul adalah palsu. Namun, Albani mentashihkannya.

Hadis Riwayat Abu Zar:


عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله، أي الأنبياء كان أول؟ قال: آدم. قلت: يا رسول الله، ونبي كان؟ قال: نعم، نبيُّ مكلَّم. قلت: يا رسول الله، كم المرسلون؟ قال: ثلاثمائة وبضعة عشر جماً غفيراً
(Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Jumlah nabi Bani Israil adalah ramai sekali. Dalam beberapa hadis dikatakan bahawa dalam sehari, kaum Bani Israil pernah membunuh sejumlah 70 nabi. Di antara 25 Rasul yang disebutkan nama mereka dalam Quran, hanya 10 orang yang bukan kalangan Bani Israil. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi (Sya'bil Iman), Tabrani  , Al-Hakim (Al-Mustadrak) dan Al-Haithami (Majma' Az-Zawaid)

Sabda Rasulullah SAW: 


كل الأنبياء من بني إسرائيل إلا عشرة نوح، وهود، ولوط، وصالح، وشعيب، وإبراهيم، وإسماعيل، ويعقوب، وعيسى، ومحمد صلوات الله عليهم، وليس لنبي من بني إسرائيل اسمان إلا عيسى: المسيح، ويعقوب: إسرائيل.


Rujuk:

Islamqa
Forum 1
Ejabah
Islamweb



b) Apakah kedudukan Sulaiaman di kalangan kaum Bani Israil?

Ust Kama: Nabi Sulaiman adalah putera nabi Daud. Pada zaman peperangan antara raja Talut, raja pilihan Allah untuk kaum Bani Israil dengan raja Jalut yang kafir, nabi Daud telah memainkan peranan dalam membunuh raja Jalut. Hal ini ada diceritakan dalam Al-Quran. Sesudah Talut, Daud telah diberikan kekuasaan ke atas kaum Bani Israil. Setelah Daud, nabi Sulaiman pula mengganti. Pada zaman nabi Sulaiman, pemerintahannya melebar kepada sebuah kerajaan luas yang tiada tolak bandingnya.

2) UST NASIR

a) Kita maklum bahawa di celah-celah pembunuhan politik Firaun, Musa lahir dan terselamat. Bagaimana pula nabi Harun boleh terselamat?

Ust Kama: Ada beberapa pandangan mengenai hal ini:

a)Dasar membunuh anak lelaki yang dilancarkan Firaun bukanlah untuk saban tahun. Ada tahun-tahun tertentu ia dikecualikan yang dinamakan tahun kemaafan. Apabila Firaun melaksanakan dasar itu, para pembesarnya memberi nasihat bahawa jika ia dilakukan saban tahun, akan hilanglah tenaga buruh buat membangunkan negeri Mesir. Lalu Firaun mewujudkan tahun kemaafan.Pada tahun itulah lahirnya nabi Harun.

b) Ada sisi pandangan lain yang menyebutkan bahawa Harun lahir sebelum akta pembunuhan kejam itu dilaksanakan. Sebab itu Harun meninggal lebih awal daripada nabi Musa.

c) Harun lahir sebelum Firaun bermimpi mengenai kelahiran anak Bani Israil yang akan menjatuhkannya.

Rujuk: Soidul Fawaid
Kelab Pemikir Arab


b) Apakah boleh meludah dalam solat dan bagaimana?

Ust Kama: Meludah dalam solat tidak membatalkan solat. Namun, meludah dalam masjid adalah haram kerana ia mengotorkan masjid. 

3) SURADI

Musa telah melihat cerita tentang nabi Muhammad dalam kitab Taurat dan meminta agar beliau dijadikan ummat Muhammad. Apakah Tuhan menerima permintaannya?

Ust Kama: Sesetengah riwayat melanjutkan jawapan Allah yang menolak permintaan nabi Musa.



Isu-isu:


70 lelaki yang dipilih nabi Musa


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP