CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 165

March 22, 2010


TARIKH: 22 / 03/2010
MUKA SURAT : 164
SURAH AL-A'RAF: AYAT 121-130

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI ABD HAMID
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA 

ULASAN DAN PERSOALAN


1)AHMAD DAUD


Apakah tanda bahawa Islam sedang bangkit di akhir zaman?

Ust Kama: Janji bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman adalah tsabit dalam Quran maupun Hadis. Kejatuhan Islam benar-benar pada paras ranap apabila tumbangnya khalifah Othmaniyyah Turki pada tahun 1924. Semenjak itu, usaha-usaha kebangkitan Islam dilakukan pelbagai pihak. Tentunya, sekarang ini, berbanding zaman awal kejatuhan Islam itu, adalah zaman kebangkitan. Sehingga bila kebangkitan ini akan berlangsung, Allahu A'lam. Tugas kita hanya menjadi soldadu kebangkitan ini.

Baca: Al-Qaradhawi 




2)SAMIT

Pada zaman Firaun, anak lelaki dibunuh. Pada zaman Jahiliyyah, anak perempuan dibunuh. Apakah perkaitan antara dua peristiwa pembunuhan ini?

Ust Kama: Pemubunuhan anak lelaki di zaman Firaun adalah didorong oleh faktor politik. Manakala pembunuhan anak perempuan pada zaman Arab Jahiliyyah adalah didorong oleh faktor sosial. Dua peristiwa ini adalah dua situasi yang berbeza dan didorong oleh faktor yang berbeza.


3)Mr. H (Wakil Jualan Astro)


Apakah hukumnya memakai gelang atau kalung untuk tujuan perubatan?

Ust Wan Helmi: Pemakaian kalung atau gelang terdedah kepada dua bahaya iaitu:
  1. Syirik jika mempercayai bahawa gelang atau kalung itu yang menyembuhkan.
  2. Tashabbuh dengan orang kafir atau fasiq. Budaya memakai gelang adalah ciplakan daripada Barat dan ia melambangkan kesamsingan.

4) SABARUDDIN


Terdapat petua kalangan orang dulu mengubat rasa nak muntah dengan mengunci muntah iaitu menggantungkan kunci di leher. Apakah ini membawa kepada pemakaian tangkal azimat?

Ust Kama: Pakai apa pun jika mempergantungkan harap kepadanya, akan membawa kepada syirik. Jika tidak, jadilah ia sebagai usaha ikhtiar mengubati. Tetapi, mungkinkah orang yang memakai tangkal azimat untuk satu tempoh boleh mendakwa bahawa dia tidak menggantungkan harap kepadanya?




5) MOMOH


Apakah boleh berubat menggunakan kaedah syirik jika hanya itu sahaja cara mengubatnya?

Ust Kama: Tidak boleh. Allah yang mennurunkan penyakit , tentunya dia menurunkan penawar yang halal. 'Mencari ' penawar mempunyai maksud berusaha dengan cara-cara yang 'tayyibat'. terburu mengambil jalan haram bukanlah satu pencarian!

6) BRO. C

Bolehkah ceritakan serba rengkas kisah Barsisa?

Ust Kama: Kisahnya panjang.(diceritakan secara ringkas)

7) SURADI

Kata Islam sedang bangkit, tetapi relitinya banyak gejala buang bayi dan sebagainya. Apa pandangan ustaz?

Ust Kama: Kebangkitan Islam adalah satu fenomena global. Masalah-masalah yang mencacatkan perasaan itu adalah gejala-gejala lokal. Dipadang dari sudut antarabangsa, Islam sedang memperlihatkan kebangkitan. Tanggapan ini tidak boleh dinafikan dengan banyaknya masalah sosial di sana sini yang berlaku secara setempat.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP