DAURAH 158
March 7, 2010
TARIKH: 07 / 03/2010
MUKA SURAT : 158
SURAH AL-A'RAF: AYAT 58-67
PENEGERUSI : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED : EN SURADI
TERJEMAHAN : TN HJ YUSUF
TAFSEER : UST KAMA
ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) SAMIT
Saya pernah mendengar pepatah yang menyebut " Ilmu yang tidak diamalkan itu seperti pokok yang tidak berbuah". Minta huraian lanjut.
Ust Kama:
Kata-kata tersebut dalam bahasa Arabnya berbunyi:
Kata-kata tersebut dalam bahasa Arabnya berbunyi:
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر
Kata-kata ini adalah bukan hadis tetapi athar. Ia memberi maksud bahawa ilmu yang tidak beramal itu tidak ada faedahnya seperti pokok yang tidka berbuah. Tujuan menanam pokok paling utama adalah mendapat biahnya walaupun ada beberapa manfaat lain selain buahnya. Demikian manfaat ilmu nombor wahid adalah beramal. Jika tidak beramal, dikatakanlah bahawa ilmu itu tidak memberi manfaat.
Bacaan: Ibn Jibreen
2) SABARUDDIN
a) Bagaimanakah aurat wanita?
Ust Kama: Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdalilkan firman Allah :
Ust Kama: Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdalilkan firman Allah :
وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا
b) Apakah tanda haji yang ditolak?
Ust Kama: Haji yang ditolak adalah mardud. Mengetahui secara yakin sesuatu haji itu ditolak adalah hak mutlak Allah kerana dialah Tuhan yang menerima dan menolak sesuatu amalan. Cuma kita boleh mengetahui menerusi tanda-tanda. Dia antara tanda haji ditolak ialah:
a) Amalan haji yang dilakukannya tidak mengikut petunjuk nabi SAW
b)Tidak berubah hidupnya daripada kejahatan lalu biarpun telah selesai mengerjakan haji.

3) RAKSAN
Seseorang yang pergi haji tetapi masih minta dikirimkan wang kepadanya semasa di Makkah. Apakah kedudukan hajinya?
Ust Kama: Lihat kepada apa masalahnya. Jika dia kesempitan wang lalu diminta kepada saudara dan sahabat handai mengirimkan wang kepadanya, tidak menjadi masalah.
Ust Kama: Lihat kepada apa masalahnya. Jika dia kesempitan wang lalu diminta kepada saudara dan sahabat handai mengirimkan wang kepadanya, tidak menjadi masalah.
4) SYAMSUDDIN
Apakah tanggungjawab seorang suami ke atas anak isteri yang tidak bertudung?
Ust Kama: Wajib memerintahkan mereka bertudung.
5) SURADI
a) Apakah banjir zaman nabi Nuh itu menenggelamkan seluruh alam?
Ust Kama: Ya, seluruh alam ditenggelamkan. Alam pada zaman tersebut bukanlah berbentuk mukabumi seperti ini. Mungkin tak sama.
Ust Kama: Ya, seluruh alam ditenggelamkan. Alam pada zaman tersebut bukanlah berbentuk mukabumi seperti ini. Mungkin tak sama.
b)Ada kata-kata yang saya dengar bahawa ketika petir berbunyi tidak boleh menutup telinga kerana perbuatan itu menunjukkan seseorang itu takut mati. Minta huraikan.
Ust Kama: Kata-kata tersebut bukan hadis. Mungkin cuma kalam dan omongan orang-orang tua. Tidak perlu ditafsirkan.
0 comments:
Post a Comment