CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 167

March 28, 2010

TARIKH: 28 / 03/2010
MUKA SURAT : 167
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Apakah benar taubat kaum nabi Musa dengan membunuh diri dan jika terkena najis dipotong dan buang bahagian najis itu?

Ust Kama: Taubat bagi kaum nabi kaum nabi Musa ialah dengan cara bunuh diri. Ini sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:


وإذ قال موسى لقومه يا قوم إنكم ظلمتم انفسكم باتخاذكم العجل فتوبوا إلى بارئكم فاقتلوا انفسكم ذلكم خير لكم عند بارئكم فتاب عليكم انه هو التواب الرحيم
Dan (ingatlah), ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, Sesungguhnya kamu Telah menganiaya dirimu sendiri Karena kamu Telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan Bunuhlah dirimu. hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; Maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya dialah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 54)
Bagi yang terkena najis, maka cara menyucikannya ialah ialah dengan menggunting bahagian pakaian yang terkena najis. Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad:


إن بني إسرائيل كان إذا أصاب أحدَهم البولُ قرضه بالمقراض
Sesungguhnya Bani Israil itu, apabila terkena seseorang mereka (pada pakaian mereka) air kencing, mereka perlu mengguntung bahagian yang terkena air kencing itu. 
(Disahehkan oleh Al-Hakim dan sepakati oleh Az-Zahabi)

b) Apakah hukumnya patung-patung kecil dalam kereta?

Ust Kama: Hukum membina patung adalah haram berperingkat. Membina patung pemimpin, ulama dan individu yang sanjung tinggi dalam masyarakat menduduki keharaman paling tinggi dalam soal membina patung. Manakala membina patung-patung lain, sekalipun tidak membawa kepada sanjungan dan sembahan, mempunyai keharaman berdasarkan keadaannya.


2)EN HAZIQ

a) Apakah benar tongkat nabi Musa daripada kayu koka dan apakah percaya kepada kehebatan kayu koka boleh membawa kepada kesyirikan?

Ust Kama: Tiada dalil mengatakan tongkat nabi Musa daripada kayu koka. Meyakini kayu Koka boleh mengelakkan mudarat dan mendatangkan manfaat adalah keyakinan yang membawa kesyirikan.


3) ANUAR TABALON

a)Kenapa solat Zohor dan Asar secara senyap (sir)?

Ust Kama: Ia mengandungi hikmah yang berkaitan sejarah awal kewajipan solat.

b) Bolehkah orang yang mulanya solat sendirian kemudian melihat ada orang solat jemaah di depannya mengubah niatnya untuk berjemaah?

Ust Kama: Tidak boleh kerana takbiratul ihramnya mendahului imam.

4) EN SAMIT

a) Strategi labah-labah dalam ilmu moden dan perspektif Al-Quran.


5) UST YAZIT

Ulasan tambah:

Asal usul kayu koka adalah diimport dari Eropah. Mana ada hutan kayu koka di negeri Mesir!



6) SURADI

Bilakah sesuatu razeki itu dianggap milik kita?

Ust Kama: Razeki itu menjadi milik kita apabila kita telah membelanjakannya ke jalan Allah. 





Fahami Isu:


1) Maksud ذات أنواط  ,

2) Mengenai maksud "zati anwat" dalam  منتدى التوحيد
 


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP