DAURAH 259
March 1, 2011
TARIKH: 1/ 03/2011
MUKA SURAT :259
SURAH IBRAHIM: Ayat 25-33
PENGERUSI : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED : EN.SURADI
TERJEMAHAN : SABARUDDIN
TAFSEER : UST KAMAULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) HJ. JAAFAR
Hadis yang menceritakan kedatangan malaikat-malaikat dan malaikat maut saat seseorang itu akan mati. Bukankah saat itu ramai saudara mara di sisi si mati. Di mana malaikat maut duduk pula?
Ust Kama: Malaikat berada dalam dimensi yang lain.
2) EN. MOMOH
a) Kalimah yang buruk itu apa?
Ust Kama: kalimah buruk adalah kalimah yang berlawanan dengan kalimah tauhid.
b) Apakah syurga dan neraka telah ada sekarang?
Ust Kama: Ya, Syurga dan Neraka telah pun ada sekarang. Ini berdalilkan nas Al-Quran dan hadis yang menggambarkan bahawa ia telah ada.
Rujukan :Islamqa
3) MARIJIN
Harta yang ditinggalkan si mati, jika dibelanjakan ke arah kejahatan oleh anaknya, apakah dia mendapat dosa?
Ust Kama: Seseorang itu tidak menanggung dosa yang dilakukan orang lain.
4) ANWAR TABALON
Apakah soal mungkar nakir dialami oleh orang kafir?
Ust Kama: Menurut Abdul Barr, sial mungkar dan nakir dalam kubur khusus untuk orang Islam termasuklah munafiq kerana mereka juga mengucap shahadah. Namun pendapat Jumhur ulama , soal mungkar dan nakir adalah meliputi Islam dan Kafir. Ibn Qayyim dalam kitabnya Ar-Ruh menyatakan bahawa dalil Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa soal mungkar dan nakir itu ke atas muslim dan kafir.
Rujuk: Risalatul Islam
5) HJ. RANGES
Apakah hukumnya mencium mayat (jenazah)?
Ust Kama: Mencium mayat adalah diharuskan untuk kaun kerabat, mahram dan juga isteri/suami si mati. Dengan kata lain, siapa yang harus menciumnya masa hidup, haruslah masa matinya. Ketika Uthman bin Maz'un meninggal, Rasulullah SAW menciumnya. Demikian juga Abu Bakar, mencuim Rasulullah setelah wafatnya baginda.
Rujuk:
1) Islamweb
2) Islamway
6) HJ AYONG
a) Minta ulas punca-punca orang Islam tidak solat.
Ust Kama: Persoalan ini sangat luas untuk dihuraikan.
b) Apakah perkara-perkara syirik yang sering berlaku dan kita leka tentangnya?
Ust Kama: Syirik itu lebih seni dari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
Ust Kama: Syirik itu lebih seni dari semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap.
0 comments:
Post a Comment