DAURAH 262
March 8, 2011
TARIKH: 8/ 03/2011
MUKA SURAT :262
SURAH AL-HIJR: 1-
PENGERUSI : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED : EN.SURADI
TERJEMAHAN : HJ. YUSUF
TAFSEER : UST KAMAULASAN DAN PERSOALAN
1) MARIJIN
a) Apakah golongan "jahannamiyyin" akan kekal dalam syurga?
Ust Kama: Jahannamiyyin adalah banduan neraka jahannam yang dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga. Sesiapa yang masuk ke syurga, tidak akan pernah keluar lagi sebagaimana penegasan nas Al-Quran sendiri.
b) Apakah seseorang yang tidak dapat pasangan di dunia akan memperolehinya di akhirat?
Ust Kama: Fitrah Allah menjadi setiap sesuatu berpasangan. Maka demikianlah manusia. Jika di dunia dia tidak mendapat pasangan, bukan bermakna dian tidak dijadikan pasangan. Mungkin pasangannya di akhirat. Jika di syurga, pasangannya di syurga. Jika di neraka, pasangannya dalam neraka.
2) SAMIT
Mana lebih baik, baca Quran dengan hafalan sahaja atau sambil melihat naskhah?
Ust Kama: Baca Quran sambil menatap mashaf lebih besar pahalanya.
3) EJEN ASTRO
Seorang anak dinikahkan berwalikan bapa zinanya, sahkah perkahwinannya?
Ust Kama: Bapa zina tidak sah menjadi wali perkahwinan anak hasil zinanya.
4) SURADI
Seseorang yang tidak kahwin sehingga mati kerana tidak bertemu jodoh di dunia, apakah dia termasuk kalangan yang tidak diakui ummat nabi?
Ust Kama: Dalam hadis disebutkan perkataan "benci untuk mengamalkan sunnah nabi". Jika dia mati tidak berkahwin bukan kerana benci berkahwin, dia tidaklah termasuk dalam maksud hadis tersebut.
0 comments:
Post a Comment