DAURAH 263
March 9, 2011
TARIKH: 9/ 03/2011
MUKA SURAT :263
SURAH AL-HIJR: Ayat 16-31
PENGERUSI : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED : EN.SURADI
TERJEMAHAN : HJ. YUSUF
TAFSEER : UST KAMAULASAN DAN PERSOALAN
1) AHMAD DAUD
a) Ada pandangan mengatakan jika kita bermimpi, selepas 3 hari baru boleh diceritakan. Apakah pandangan ini berasas?
Ust Kama: Mimpi yang baik boleh diceritakan. Mimpi yang buruk hendaklah disembunyikan. Mimpi itu untuk penta'bir yang pertama. Tidak ada warad nas menyataka selepas 3 hari baru boleh cerita mimpi.
b) Apakah hukumnya bercakap semasa azan?
Ust Kama: Bercakap semasa azan tidak ada larangan sama ada oleh muazzin maupun orang yang mendengarnya. Dikatakan ada hadis yang mencela berkata-kata waktu azan, ia adalah hadis yang tidak warad dalam mana-mana sunnan sittah. Hadis itu sama ada daif atau palsu. Sebahagian ulama menghukumkan makruh dan Bin Baz mengatakan bahawa diam semasa azan serta menjawabnya adalah sunnah.
Rujuk: Binbaz
2) EN SAMIT
Ulasan: Rupanya Al-Quran telah mendahului perbincangan masyarakat dunia hari ini mengenai pemanasan global. Dalam Al-Quran telah menyebutkan mengenai keseimbangan ekologi dan ekosistem sebagaimana yang dirakamkan dalam ayat 19 surah Al-Hijr:
والأرض مددناها وألقينا فيها رواسي وأنبتنا فيها من كل شيء موزون
Dan kami Telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan kami tumbuhkan padanya segala sesuatu mengikut imbagan yang tepat (mauzun).
3) SURADI
a) Apakah hukumnya memberi gelaran kepada seseorang? Bukankah nabi telah memberi gelaran Abu Hurairah kepada seorang sahabatnya?
Ust Kama: Hukum menggelarkan seseorang tertakluk kepada jenis gelaran itu dan penerimaan orang yang digelar. Gelaran (laqab) merupakan antara da'bul ulama. Rasulullah sendiri mempunyai gelaran yang pelbagai. Baginda juga memberi gelaran kepada beberapa sahabatnya. Namun, gelaran yang diberikan hendaklah membawa maksud baik dan disukai oleh orang yang dipanggil.

b) Apakah syaitan memang tidak dapat dilihat sejak dulu lagi?
c) Terdapat kalangan yang menyalah gunakan firman Allah yang berbunyi:
أنا الله لا إله إلا أنا
Minta penjelasan...
Ust Kama: Mengambil firman Allah tersebut untuk diungkapkan sebagai kata-kata biasa adalah salah dan membawa kepada kufur. Ungkapan semacam itu samalah seperti ungkapan "ana al-Haq sebagaimana menjadi kalam yang diungkapkan oleh Ibn Arabi yang menyebarkan falsafah wehdatul wujud. Wehdatul Wujud telah dihukumkan sesat dan terkeluar dari akidah Islam oleh jumhur ulama.

0 comments:
Post a Comment