CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 261

March 7, 2011

TARIKH: 7/ 03/2011
MUKA SURAT :261
SURAH IBRAHIM: 


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA



ULASAN DAN PERSOALAN 

1) HJ JAAFAR

Apakah maksud doa nabi Ibrahim:

رب إجعلني مقيم ألصلاة ومن ذريتي

2) MARIJIN

Kuliah semalam menyebutkan bahawa lafaz usolli tidak berasal daripada nabi. Bagaimana dengan solat yang meyebut usolli?

Ust Kama: Lafaz "usolli" bukan sunnah kerana tiada dalil menyarankannya. Melakukannya, sama ada dibolehkan atau tidak, ia adalah masalah furu' yang diperselisihkan. Sebaiknya ditinggalkan. Perlu diketahui bahawa lafaz usolli bukan sebahagian daripada solat.

Rujuk: Islamqa


3) SURADI

a) Jika solat di masjidil Haram itu 100 ribu kali berbanding solat di tempat yang lain, apakah ia boleh menggantikan solat fardhu yang ditinggalkan?

Ust Kama: Tidak bisa

b) Seorang makmum masbuk solat kurang rakaat pada pemerhatian kita, tetapi ketika ditegur mengenainya dia mengatakan dia yakin cukup, bagaimana solatnya?


Ust Kama: Solatnya sah menurut keyakinannya.



4) SAMIT

Makmum yang menggantikan iman ketika sedang solat, apakah dia meneruskan solat imam atau memulakan yang baru?

Ust Kama: Dia meneruskan solat imam.

5) HJ AYUNG HASSAN

Jika solat imam kurang rakaat, biarpun sudah ditegur, dia tetap memberi salam. Apakakah makmum yang yakin kurangnya rakaat imam perlu bangun menambah?

Ust Kama: Wajiblah atas makmum menambahkan yang kurang.

6) RAMLIN
Saya pernah mendengar seorang penceramah mengatakan ada 10 perkara yang jika dilakukan solat seseorang tidak diterima. Saya tak sempat dengar 10 sebab itu sebab terpaksa meninggalkan majlis itu. Boleh terangkan 10 sebab itu?

Ust Kama:  Akan dijawab kemudian.

Carian jawapan:
(Dimasukkan pada 18 Mac 2011)
ٍ
Saya musykil tentang penetapan 10 golongan itu. Ada sesetengah catatan menyenaraikan 7 golongan. Ada yang menyenaraikan 8 golongan. Malah ada yang lebih. Sememangnya terdapat nas hadis yang menyebutkan beberapa golongan yang solat mereka tidak diterima.  Di sini saya cuba senaraikan 7 golongan berserta dalil-dalilnya iaitu:
1) Orang yang mendatangi nujum (arraf);
Sabda Rasulullah SAW:
من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين ليلة
"Sesiapa yang mendatangi seorang ahli nujum dan bertanya kepada sesuatu, tidak diterima solatnya selama 40 hari"
(Hadis riwayat Muslim)
2) Seorang hamba yang lari daripada tuannya.
Sabda Rasulullah SAW: 

إذا أبق العبد لم تقبل له صلاة 
" Apabila seorang hamba lari dari tuannya, tidak diterima solatnya"
(Hadis riwayat Muslim)

3) Wanita yang memakai minyak wangian dan pergi ke masjid.

Sabda Rasulullah SAW:

أيما امرأة تطيبت للمسجد لم يقبل لها صلاة حتى تغسله عنها اغتسالها من الجنابة
" Mana-mana perempuan yang berwangian lalu pergi ke masjid, tidak diterima solatnya sehingga dia membasuhnya sebagaimana dia mandi jenabah".
(Riwayat Ahmad dan Abu Daud-Disahehkan oleh Albani)


4) Meninggalkan solat jemaah tanpa uzur.

Sabda Rasulullah SAW:
من سمع النداء فلم يجب فلا صلاة له إلا من عذر

"Siapa yang mendengar seruan azan, lalu tidak menyahutnya, maka tidak diterima solatnya melainkan dengan sebab keuzuran".
(Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah-Disahehkan oleh Al-Bani)
5) Peminum arak yang tidak bertaubat.

Sabda nabi SAW:

من شرب الخمر لم تقبل له صلاة أربعين صباحاً ، فإن تاب تاب الله عليه

" Siapa yang minum arak, tidak diterima solatnya selama 40 pagi. Jika dia bertaubat, maka Allah maha menerima taubatnya".
(Riwayat Ahmad dan Tarmizi-Lihat Saheh Al-Jami' (6312))

6) Dua orang yang tidak bertegur sapa tanpa sebab yang dibenarkan.
Sabda nabi SAW:

ثلاثة لا يقبل الله لهم صلاة : ... وأخون متصارمان  أي متقاطعان فوق ثالث والمراد التقاطع في الجائز ديناً
" 3 orang yang tidak diterima solatnya:....dan dua orang bersaudara yang bergaduh (lalu  tidak bertegur sapa melebihi 3 hari) dan yang dimaksudkan dengan memutuskan adalah dalam perkara yang harus dari segi agama.
(Hadis riwayat Ibn Hibban dan Ibn Majah-Syuaib Arnut menyifatkan hadis ini punya sanad yang hasan)

7) Anak derhaka dan pemutus silaturrahim
Sabda nabi SAW: 
لا يقبل الله عمل قاطع رحم
" Tidak diterima oleh Allah SWT amalan orang yang memutuskan silaturrahim".
(Riwayat Ahmad)



8) Imam yang tidak disukai makmum

9) Isteri yang derhaka suami


Sabda Nabi SAW:

ثلاثة لا ترفع صلاتهم فوق رءوسهم شبرا : رجل أم قوما ، وهم له كارهون ، وامرأة باتت وزوجها عليها ساخط ، وأخوان متصارمان

" 3 jenis manusia yang solat mereka tidak diangkat melepasi kepala mereka walau sejengkal: Seorang lelali yang menjadi imam solat satu kaum sedangkan mereka tidak menyukainya, seorang perempuan yang bermalam dalam keadaan suaminya marah kepadanya dan dua orang saudara muslim yang yang bergaduh".
(Riwayat Ibn Majah dengan sanad yang hasan)



0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP