CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 265

March 22, 2011

TARIKH: 22/ 03/2011
MUKA SURAT :265
SURAH AL-HIJR: Ayat 52-71


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN.SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA




ULASAN DAN PERSOALAN 

1) CIKGU MARIJIN

kaum nabi Lut telah dimusnahkan dan zuriat mereka juga telah terputus, kenapa masih ada lagi orang yang mengamalkan homoseks sehingga sekarang?

Ust Kama: Penyimpangan manusia daripada fitrahnya akan terus berlaku sehingga kiamat.


2) EN. JUBAIDI

Ketika kita masuk ke masjid, kita ada masa sementara menunggu solat jemaah. Manakah kita perlu dahulukan antara solat sunat wuduk, solat sunat tahiyyatul masjid dan solat qabliyyah?

Ust Kama: Jika dibanding antara semuanya, solat rawatib (qabliyyah dan ba'diyyah) menduduki ranking keutamaan teratas.


3) SURADI

a) Kenapa nabi Lut dilarang memandang ke belakang semasa keluar dari negerinya?

Ust Kama: Kerana jika Lut dan keluarga melihat kejadian tersebut, mereka akan mati. Bila Allah menzahirkan jabarutnya ke atas makhluk, ia akan menimbulkan haibah yang membawa kepada kematian sebagaimana yang telah menimpa kaum nabi Musa yang pernah meminta untuk melihat Allah SWT.


b) Minta jawab soalan tertangguh malam kemarin.




(JAWAPAN KEPADA PERSOALAN SEMALAM)

"Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.." ( Al-Anbiya' : 30 )


Asal bumi dan langit bercantum diperkuatkan dengan teori Big Bang. 




Huraian mengenai teori Big Bang

Oleh kerana Al-Quran merupakan mukjizat yang membuktikan kebenaran Islam, maka Allah swt mengajak manusia berfikir tentang kebenaran fakta yang disampaikan melalui Rasulullah saw.

Sesiapa yang mengkaji kebenaran pernyataan Al-Quran, pasti akan menemui Islam sebagai pegangan hidupnya.

Sebagai contohnya ialah teori 'big bang'.

Syaikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya Al-Jawahir yang ditulis sekitar tahun 1920-1930 menyebut :

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini"

Menurut teori 'big bang', alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat ( cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big bang'.

Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling ) sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert Einstein pada tahun 1915.

Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia, Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori 'big bang'. Dengan menggunakan alat yang canggih, beliau mendapati alam ini sedang mengembang.

Penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.

Wallahu a'lam.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP