CARI KANDUNGAN BLOG

HUKUM PERKAHWINAN MANUSIA DENGAN JIN

March 21, 2011

Kadang-kadang berlaku ada manusia baik lelaki maupun perempuan berkahwinan dengan jin. Hal ini bukan lagi dakwaan semata, malah telah berlaku dan terbukti. Para ulama mempunyai tiga pendapat mengenai hukum perkahwinan antara jin dan manusia:


a) Haram-Pendapat Imam Ahmad bin Hambal.

b) Makruh- Pendapat Malik, Al-Hakam bin 'Utaibah, Qatadah, Hasan, Uqbah al-'Asom, Al-Hajjaj bin Artot, Ishak bin Rahawaih. Kadang-kadang makna makruh menurut pandangan ini ditafsirkan sebagai haram.Inilah pendapat kebanyakan ahli ilmu sebagaimana disebutkan oleh Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Al-Fatawa.

c) Harus-Pendapat sebahagian ulama Syafiyyah.


Al-Mawardi menolak perkahwinan antara manusia dan jin kerana menurutnya manusia dan jin berasal dari asal yang tidak sama. Tidak sama jenisnya dan tidak sama tabia'atnya. Manusia adalah makhluk kasar dan jin pula makhluk ruhani yang halus. Manusia diciptakan daripada tanah sedangkan jin diciptakan daripada api. Maka, bagaimana mungkin boleh bercampur dua unsur yang berbeza ini. Sebab itu, beliau juga menolak lahinya zuriat daripada perkahwinan tersebut.

Baca selanjutnya: Islamqa

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP