ANAS BIN MALIK DAN HAJJAJ BIN YUSUF AS-TSAQAFI
March 10, 2020
Anas bin Malik adalah sahabat nabi SAW.Belia berkhidmat dengan nabi sehingga digelar Khadam Rasulillah.
Satu hari Anas masuk bertemu Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Beliau pun menyindir Anas dengan katanya:
إيه يا أنيس يوم لك مع علي ويوم لك مع ابن الزبير ويوم لك مع ابن الأشعث ،
والله لاستأصلنك كما تستأصل الشأفة ولأدمغنك كما تدمغ الصمغة ولأعصبنك عصبة
السنمة -وهي نوع من الشجر
Anas hanya berkata: Innalillah wa inna ilaihi raji'un
Lalu Anas mengutuskan surat kepada Abdul Malik, sang khalifah menceritakan perkataan Hajjaj tersebut. Isi suratnya:
بسم الله الرحمن الرحيم إلى عبدالملك بن مروان أمير المؤمنين من أنس بن
مالك أما بعد : فإن الحجاج قال لي هجرًا ، وأسمعني نكرًا ، ولم أكن لذلك
أهلاً ، فخذ لي على يديه فإني أمت بخدمتي لرسول الله صلّ الله عليه وسلم
وصحبتي إياه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Abdul Malik bin Marwan sangat marah dengan kata-kata Hajjaj tersebut, lalu dia menulis surat kepada Ismail bin Abdullah bin Abi Al-Muhajir yang merupakan kawan rapat kepada Hajjaj. Bersama dengannya diberikan dua surat. Satu surat kepada Anas dan satu lagi kepada Hajjaj. Surat kepada Anas berisi pujukan yang mengatakan bahawa surat kepada Hajjaj telah dihantar yang mana isi kalau sudah dibaca akan membuatkannya taat kepada Anas lebih daripada taat hambanya sendiri.
Pada akhirnya, Hajjaj pergi bertemu dengan Anas dan mohon maaf.
0 comments:
Post a Comment