CARI KANDUNGAN BLOG

KECEMBURUAN KHALIFAH HARUN AR-RASHID TERHADAP SUNNAH

March 9, 2020

Banyak cerita yang diada-adakan untuk memburukkan keperibadian Khalifah Harun Ar-Rashid. Padahal bagindalah seornag khalifah yang bertakwa dan mencintai para ulama. Terkumpul padanya sifat-sifat mulia yang menafikan cerita-cerita nista yang ditempelkan kepadanya. Berbohonglah mereka yang membuat cerita mengenai Harun Ar-Rashid yang sukakan naynyian dan tarian para biduanita, berfoya-foya dan minum arak. 

Kita membaca sejarah ini perlu berwaspada.

Terdapat sebuah cerita mengenai kemuliaan Harun Ar-rasyid dan pembelaannya yang teguh terhadap sunnah baginda Rasulullah SAW.

Riwayat daripada Al-Kharzaz Al-'Abid bahawa Abu Mu'wiyah telah mmbacakan hadis yang menyatakan bahawa Musa telah berhujjah dengan Adam dan menyalahkan Adam kerana mengeluarkan manusia daripada syurga. Adam lalu membalasnya dengan mengatakan apakah dia patut disalahkan atas takdir yang telah tertulis buatnya 40 tahun sebelum dia diciptakan.

Lalu seorang lelaki bangsawan yang ada dalam majlis itu bertanya:

" Di mana pula Musa betemu Adam ?"

Pertanyaan itu amat tidak disenangi oleh Khalifah. Baginda berkata:

"Biadab dan pedanglah sebagai hukumanmu", katanya dengan marah.

Abu Mu'awiyah memujuk Harun Ar-Rashid agar memaafkannya  sehingga kemarahan baginda pun menjadi reda.

Demikianlah kecemburuan Khalifah mulia ini terhadap Sunnah Rasulullah SAW.  Orang mempersoalkan kemunasabahan sunnah yang saheh, dianggapnya sebagai zindiq dan layak dihukum bunuh.

Hadis Musa berhujah dengan Adam (Terdapat dalam Saheh Muslim):


عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم احتج آدم وموسى فقال موسى يا آدم أنت أبونا خيبتنا وأخرجتنا من الجنة فقال له آدم أنت موسى اصطفاك الله بكلامه وخط لك بيده أتلومني على أمر قدره الله علي قبل أن يخلقني بأربعين سنة فقال النبي صلى الله عليه وسلم فحج آدم موسى فحج آدم موسى وفي حديث ابن أبي عمر وابن عبدة قال أحدهما خط وقال الآخر كتب لك التوراة بيده.


Untuk mengetahui fitnah-fitnah yang dilontarkan kepada Khlaifah Harun Ar-Rasyid, boleh baca kitab
Harun Ar-Rashid Al-Khalifah Al-Muftara Alaih, karya Hasan Abd Ghaffar.

Klik Link:






0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP