MASLAMAH BIN ABDUL MALIK BIN MARWAN
March 24, 2020
Tokoh ini seorang yang hebat tetapi mungkin kurang dikenali atau jarang disebut orang.
Laqabnya : Al-Jaradatus Safraa ( Belalang kuning)
Beliau adalah anak kepada Amirul Mukminin Abd malik bin Marwan daripada hamba sahayanya. Beliau lahir pada tahun 66 H. Ibu yang merupakan hamba lalu beranak disebut sebagai "Ummul Walad".
Kunyahnya Abu Said, dilahirkan di Damsyiq pada tahun 685M.
Beliau membesar dengan kemahiran kepimpinan dan ketenteraan. Bapa borek anak rintik.
Antara tahun 86H sehingga 98H, banyaklah penyerbuan jihad dibuat olehnya ke tas negeri-negeri perbatasan Eropah. Beliau pernah mengepung Qostantiniah pada tahun 98H. Beliaulah pemimpin Arab yang terhebat pernah mengepung Qastantiniah. Qostantiniah itu kelak dikepung oleh pemimpin-pemimpin bukan Arab termasuklah yang berjawa membukannyaiaitu pemimpin Islam Turk yang bernama Muhammad bin Al-Fatih.
Pada ketika Umar Abd Aziz mahu wafat, dia berwasiat agar Maslamah memandikannya, mengkafankannya dan memasukkannya ke dalam lahad. Ini kerana kewarakan Maslamah membuatkan Umar Abd Aziz sangat percayakannya.
Saudaranya Yazid bin Abd Malik melantiknya jadi gabenor Basrah pada tahun 151H untuk memerangi keluarga Mahlab bin Abi Safrah yang ketika itu itu amat berpengaruh di sana. Anak Mahlab berserta pengikutnya telah dikalahkan oleh Masalmah dan ditawan serta dikirimkan ke Syam.
Kata Kalbi:
نشأت وهم يقولون ضحى بنو أمية يوم كربلاء بالدين ويوم العقير بالكرم
Waktu aku membesar, aku dengar orang berkata: Pada hari Karbala, Bani Umayyah menyembelih agama dan pada hari Aqir, mereka menyembelih kemuliaan.
Masalah tidak tamak kepada jabatan Khalifah. Antara anak Abd malik, dialah yang sepatutnya menjadi khalifah. namun, dia tidka mahu kerana tidka suka merebutinya. Setelah Abdul Malik bin Marwan wafat, maka anaknya yang bernama Al-Walid yang menjabat jawatan khalifah.
Orang kata:
خلقه الله تعالى ليكون غازيًا لا ليكون واليًا
"Allah menciptakannya untuk menjadi seorang pemimpin perang dan bukan pemimpin negara".
Setiap tahun dia tidak pernah tidak berperang.Sejak tahun 86H sehinggalah tahun 114H, ada sahaja peperangan yang dipimpinnya. Kecuali tahun 110H, tahun tersebut dia sakit. Jika mahu dihitung selama lebih 35 tahun beliau larut dalam peerengan demi peperangan mengamankan perbatasan kerajaan Islam.
Beliau meninggal pada usia 54 tahun pada tahun 121 H (738M). Beliau meninggal di Syam dan dikebumikan di satu tempat bernama Al-Hanut. Sesungtuhnya kematiannya adalah kematian yang mulia dna ditangisi oleh rakyat kerana kemuliaannya, jasanya dan pengorbanannya yang besar.
0 comments:
Post a Comment