KEAJAIBAN GAYA PENULISAN ULAMA
March 6, 2020
Dalam ilmu balaghah, terdapat satu seni yang disebut sebagai Bara'ah Istihlal ( براعة إستهلال ) dan Bara'ah Ikhtitam ( براعة إختتام ). Bara'ah Istihlal ialah keindahan memulakan tajuk manakala Bara'ah Ikhtitam merujuk kepada keindahan menamatkan sesuatu tajuk. Seni balaghah ini dapat dikesan apabila kita membaca bab-bab dalam hadis Bukhari. Hadis yang menjadi permulaan bab akan dibawa sesuai dengan hadis permulaan dan hadis akhir bab akan dibawa sesuai dengan pengakhiran.
Para ulama hadis adalah manusia pintar, cerdik dan cermat. Sebab itu itu karya mereka penuh dengan siratan yang mengujakan para pembaca.
Tidak perlu pergi kepada hadis-hadis Bukhari yang banyak babnya. Setiap babnya mengandungi dua nilai tadi. Ada perbezaan antara hadis mula dengan hadis akhir setiap bab. Kita lihat sahaja hadis Arba'in An-Nawawiyyah. Apakah hadis mulanya, iaitu hadis nombor 1. Hadisnya berkaitan niat. Kerana niat adalah awal ekpada semuanya, meletakkan hadis ini sebagai hadis nombor 1 adalah Bara'ah Istihlal.
Apa pula hadis yang terakhir? Hadis Nombor 42. Hadisnya adalah:
عن أنس بن مالك رضي عنه قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول قال الله تعالى (
يا ابن آدم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان منك ولا أبالي يا
ابن آدم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك يا ابن آدم إنك لو
أتيتني بقراب الأرض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئًا لأتيتك بقرابها
مغفرة )
رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح
Hadis penamat ini menyebut mengenai istighfar. Istighfar adalah penutup kepada segala-galanya. Istighfar juga membawa isyarat tamat atau kematian. Bila majlis selesai kita ucapkan tasbih kaffarah yang memngandungi lafaz istighfar. Surat An-Nasr ditamatkan dengan "dan beristighfarlah!". Surah ini ditafsirkan Ibn Abbas sebagai isyarat bahawa masa wafat nabi telah hampir.
Menamatkan dengan hadis yang mengandungi mesej istighfar ini disebut sebagai BARA'AH IKHTITAM.
Ibn Hajar Al-Asqalani telah menampilkan Bara'ah Istihlal apabila awal kitabnya Bulughul Maram, beliau menyebutkan:
Ibn Hajar Al-Asqalani telah menampilkan Bara'ah Istihlal apabila awal kitabnya Bulughul Maram, beliau menyebutkan:
الحمد لله على نعمه الظاهرة والباطنة قديماً وحديثاً
Kalimah haditsan memberi mesej bahawa kitab yang bakal dikarannya ini adalah kitab hadis, walaupun kalimah itu bukanlah membawa maksud hadis.
0 comments:
Post a Comment