CARI KANDUNGAN BLOG

MARWAN AL-HIMAR KHALIFAH TERAKHIR BANI UMAYYAH

March 24, 2020

Namanya adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Al-Hakam bin Abi Al-As bin Umayyah. Lahir pada tahun 72H. Beliau merupakan khalifah terakhir Danasti Bani Umayyah. Beliau digelar Al-Himar kerana kesabarannya menghadapi peperangan dan kekacauan yang cuba merebut kekhalifahannya. Beliau juga digelar Marwan Al-Ja'di merujuk kepada nama gurunya Ja'di bin Dirham.

Beliau menjadi khalifah setelah anak saudaranya Ibrahim bin Al-Walid bin Abdul Malik. Sebelum jadi khalifah, beliau ada pengalaman menjadi gabenor di Armenia dan Azerbaijan. Semasa menjabat jawatan tersebut, beliau telah menunjukkan kecemerlangannya memadamkan pemberontahan bangsa Turk dan etnik-etnik yang menghuni Caucasian.

Ketika dia mendengar Al-Walid bin Yazid bin Abd Malik (Khalifah ke11) dibunuh oleh Yazid bin Al-Walid bin Abd Malik bin Marwan( yang digelar sebagai Yazid An-Naqis)(Khalifah ke 12), dia datang dari Armenia dengan tenteranya. Dalam perjalanan itu sampai kepadanya khabar meninggalnya Yazid An-Naqis  dan jawatan khalifah berpindah kepada Ibrahim bin Al-Walid bin Abd Malik.

Marwan bin Muhammad ini tidak mahu membai'ah Ibrahim bin Al-Walid bin Abdul malik itu. Malah dia mendesak agar jawatan itu diserahkan kepadanya. Marwan bin Muhamamd datang menyerang Damsyiq dengan pasukan tenteranya berjumlah 80 ribu. Sungguhpun Ibrahim bin Al-Walid telah cuba melawan dengan pasukan tentera seramai 100 ribu dipimpin oleh Sulaiman bin Hisyam bin Abd Malik, tetapi kalah. 

Marwan masuk ke Kota Damsyiq dan Ibrahim bin Al-Walid bersembunyi. Marwan mengganas, merampas harta Baitul Mal, membongkar kubur Yazid An-Naqis dan menyalib mayatnya di gerbang Al-Jabiah. Jaminan kemanan ditawarkan kepada Ibrahim dan Sulaiman bin Hisyam. Ibrahim pun menyerah dan Marwan pun jadilah khalifah. 

Namun, pada masa perang Az-Zab sedang berlaku, Ibrahim dijatuhkan hukuman bunuh oleh Marwan.

Perang Az-Zab Al-Kubra/ Al-A'la berlaku pada 11 Jamadil Akhir 132H. Perang ini berlaku antara tentera bani Umayyah yang dipimpin oleh Marwan bin Muhamamd dengan tentera Abbasiyyah yang dipimpin oleh Abdullah bin Ali. Ia dinamakan Az-Zab kerana berlaku berhampiran sungai Az-Zab al-kabir yang merupakan cabang sungai Dajlah. Peperangan ini dimenangi oleh  Abdullah bin Ali. Marwan telah lari ke Mesir. Beliau dikejar dan dibunuh di sana. Tiada yang selamat daripada pitra-putra Bani Umayyah melainkan Abdul Rahman bin Mu'wiyah bin Hisyam bin Abdul Malik yang kelak menubuhkan kerajaan Bani Umayyah di Andalusia. Dialah yang digelar Abdul Rahman Ad-Dakhili.

Dengan terbunuihnya marwan berkahirlah kerajaan Bani Umayyah dan  tegak berdirilah kerajaan baru yang dinamakan DAULAH ABBASIYYAH dengan khalifah pertamanya ialah Abbas As-Saffah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP