Sikap terhadap Ibn Arabi
March 4, 2019
Sikap orang terhadap Ibn Arabi:
1) Mengkafirkannya, menganggapnya pembuat bid'ah dna sesat. Pandangan ramai tokoh ulama.
2) Menganggapnya sebagai Syeikhul Akbar, dan wali yang teragugung-Pandangan para ahli Sufi Ghulat.
3) Menganggapnya termasuk wali dan orang soleh tetapi mengharamkan buku-buku mereka daripada dibaca- Tokoh ulama seperti As-Suyuthi.
Ibn Hajar Al-Asqolani menyebutkan dalam Lisanul Mizan (4/318)
وقد كنت سألت شيخنا الإمام سراح الدين البلقيني عن ابن العربي؛ فبادر الجواب بأنه كافر
" Sesungguhnya aku telah bertanya kepada guru kami Imam Sirajuddin Al-Balqini mengenai Ibn Arabi, maka dia segera menjawab bahawa dia adalah kafir".
Imam Az-Zahabi memetik perkataan Imam Al-Izz Ibn Abdis Salam dan menyalinnya dalam Siyar A'lam An-Nubala (23/48):
هو شيخ سوء كذاب، يقول بقدم العالم ولا يحرم فرجا
"Dia merupakan Syeikh jahat lagi pendusta. Dia berpendapat Qidamnya alam dan tidak mengharamkan faraj".
Dalam kitab fatwa Ali Tantawi disebutkan oleh Syeikh Ali Tantawi mengenai perlecehan dan keraguan orang terhadapnya bahawa dia tak faham isi kandungan Kitab Al-Fusus dan Al-Futuhat:
أما قوله في انني لا اعرف شيئا عن ابن عربي وعن عقيدة وحدة الوجود فأخبره ولا فخر في ذلك ان الذي جلب كتاب الفتوحات من قونيا ونقله من النسخة المكتوبة بخط ابن عربي نفسه والمخطوطة الآن في قونيا هو: جدنا الذي قدم من طنطا الى دمشق سنة 1250 ه فإن كان أخطأ فإني اسأل له المغفرة وانني قابلت مع عمي الشيخ عبدالقادر الطنطاوي نسخة الفتوحات المطبوعة على هذا الاصل المنقول صفحة صفحة، وانا استغفر الله على ما انفقت من عمري في قراءة مثل هذه الضلالات
Catatan Tambahan:
- Ibn Arabi menyatakan satu bentuk pemikiran wehdatul wujud yang menyimpulkan semua makhluk berada dalam ainul khaliq dan tiada yang wujud melainkan wujud ainul khaliq. Lalu, malaikat, jibrail Iblis, para nabi-nabi dan segala-galanya adalah ainul khaliq belaka.
- Mereka yang mempertahankan Ibn Arabi beralasankan bahawa dia menucapkan kalam kufarawinya itu ketika dalam keadaan Syatah, mabuk dan Ghalabatul Wujdi. Dakwaan ini berlebihan dan dicari-cari alasan. Bagaimana satu buku yang tebal, berjilid dan ada bab-babnya dikarang dalam keadaan yang tersebut itu. Kalau diucapkan di mulut, boleh juga dikira demikian. Tapi , ini dikarangkan dan tentu bertahun-tahun. Masakan selama itu dalam keadaan mabuk zuq dan tidak sedar kerana fana fil fana???
0 comments:
Post a Comment