HADIS UMMU WALAD DITOHMAH DENGAN LELAKI MAJBUB
March 1, 2019
Dalam Saheh Muslim, dinukilkan sebuah hadis yang jadi musykil di kalangan sebahagian ulama. Apakah benar hadis ini saheh? Bagaimana Imam Muslim boleh memasukkan hadis begini ke dalam sahehnya?
Inilah hadisnya:
حدثني زهير بن حرب حدثنا عفان حدثنا حماد بن سلمة أخبرنا ثابت عن أنس أن رجلا كان يتهم بأم ولد رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم لعلي اذهب فاضرب عنقه فأتاه علي فإذا هو في ركي يتبرد فيها فقال له علي اخرج فناوله يده فأخرجه فإذا هو مجبوب ليس له ذكر فكف علي عنه ثم أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إنه لمجبوب ما له ذكر
(Sanad) daripada Tsabit bin Anas bahawa seorang lelaki telah dituduh berzina dengan ibu anak Rasulullah SAW. Maka kata Rasulullah SAW kepada Ali: Pergilah cari dia dan bunuhlah. Allah pun cari dan jumpa dia sedang dalam sebuah kolam menyejukkan diri. Ali berkata kepadanya: Keluarlah kau!. Lelaki itu keluar dan didapatinya lelaki itu Majbub( Tiada zakar).Ali pun datang kepada Rasulullah memberitahu bahawa dia tiada zakar.
Sebahagian ulama mempersoalkan kesahehan hadis ini. Namun pada sanadnya, ternyata saheh. Ibnu Qayyim menjelaskan mengenai hadis ini dengan mengatakan bahawa ada pendapat kalangan ulama mentakwilkan bahawa perintah Rasulullah supaya membunuhnya itu bukan bunuh betul. Ia cuma ugutan
Masalah yang dibincangkan oleh ulama yang mempersoalkan hadis ialah:
- Kenapa nabi arahkan bunuh kalau dia berzina? Kenapa tak sebat atau rejam?
- Kenapa tidak siasat dulu?
- Kenapa Mariah tidak dihukum sama?
- Apakah demikian cara nabi melayan warganegara Madinah?
Ibn Taimiyyah dalam As-Sorimul Maslul (2/120) memberikan pandangan bahawa arahan nabi agar lelaki itu dibunuh bukan kerana zina tetapi kerana " Melanggar Kehormatan Nabi".
Orang yang buat jenayah itu adalah dihukum bunuh. Samalah juga dengan orang yang menghina nabi, mempersen dakan nabi dengan perbuatannya, kata-katanya atau karikatur yang dibuatnya-pent.
Namun, takwilan demikian tidak meberikan puas dalam hati. Kalau kerana itu jenayahnya, kenapa Ali tidak jadi bunuhnya apabila melihatnya "Majbub". Tohmahan atasnya kerana buat skandal dengan Mariah. Buat skandal itu termasuk setidak-tidaknya masuk berkhulwat dengan Mariah, sekalipun tidka berlaku zina. Itu sudah "melanggar Kehormatan Nabi". Jenayah itu berlaku walaupun dia majbub.
Imam Nawawi dalam Syarah Saheh Muslim (17/118) membuat komentar mengenai hadis ini dengan menyebutkan bahawa "dikatakan" lelaki itu mungkin sorang munafiq yang berhak dibunuh dengan sebab-sebab yang lai, bukan disebabkan zina. Tapi Ali sangka dia patut dibunuh sebab zina . Maka bila dilihatnya majbub, dia pun tidka jadi bunuh sebab pada hematnya zina tidak berlaku.
Takwilan sebegini juga tidak jelas dan tidak memberikan rasa kenyang kepada orang yang berfikir secara logika.
Ibn Jarir membuat andaian bahawa lelaki majbub itu adalah kafir yang tertakluk dengan perjanjian. Dalam perjanjiannya dipersetujui bahawa dia tidak akan masuk bertemu Mariah. Kerana dia langgar perjanjian itu, maka dia berhak dibunuh.
Abu Muhamamd bin Hazmin dalam kitabnya "Al-Isol Ila Fahmi Kitabil Khisol" menyebutkan bahawa siapa yang menyangka bahawa arahan bunuh Rasulullah itu benar-benar arahan bunuh sedangkan tiada bayyinah atau pengakuan tertuduh, maka dia telah silap dan jahuil. Sebenarnya arahan nabi itu sama seperti kisah nabi Sulaiman memutuskan kes dua ibu yang bertikai pada seorang anak. Nabi Sulaiman minta pisau untuk potong anak jadi dua. Lalu dengan cara itu, dia dapat memecahkan masalah. Demikianlah nabi. dengan arahan bunuh itu, baginada dapat menjelaskan hakikat sebanar fitnah itu agar dilihat orang. Baginda sudah pun tahu bahawa ia fitnah tapi baginda buat demikian agar orang semua melihat bebasnya majbub itu daripada tuduhan.
Semua takwilan ini adapalah ijtihad sesetengah ulama untuk mewajarkan hadis ini.
Bagimana nak jawab hadis nabi yang bersabda:
لا يحل دم امرئ إلا بإحدى ثلاث : زنا بعد إحصان ، أو كفر بعد إيمان ، أو نفس بنفس
" Tidak halal dalah seseorang melainkan dengan salah satu tiga: Zina yang muhson, kafir setelah beriman atau bunuh orang".
لا يحل دم امرئ إلا بإحدى ثلاث : زنا بعد إحصان ، أو كفر بعد إيمان ، أو نفس بنفس
" Tidak halal dalah seseorang melainkan dengan salah satu tiga: Zina yang muhson, kafir setelah beriman atau bunuh orang".
Jalan selamat kebanyak ahli hadis adalah dengan mendatangkan takwilan-takwilan. Boleh jadi ada sesuatu sebab lain yang kita tak tahu. Kenapa nabi arahkan bunuh. Halal darah seseorang bukan terhenti atas tiga itu sahaja. Ada juga sebab-sebab lain yang dinyatakan dalam hadis. Nabi perintah bunuh itu mungkin atas salah satu sebabnya. Kita tidak tahu. Wallahu a'lam...itulah cara selamat memahami hadis itu. Kerana, kalau tak mahu takwil begitu, kenalah pertikaikan hadis dalam Saheh Muslim itu. Hadis dalam Saheh Muslim maupun Bukhari, para ulama hadis tidak suka persoalkan. Sebab. dua kitab hadis itu adalah karya paling saheh sesudah Al-Quran di dunia ini. Inilah sikap para ahli hadis.
Namun, ahli feqah tidka demikian. Mereka tidka hanya menerima hadis itu saheh berdasarkan sanadnya. Mereka juga mahu hadis itu saheh pada matannya. Jika matanya ada masalah, sekalipun sanadnya saheh, mereka ada pilhan. Pelihan pertama menolak hadis itu. Pilihan lain adalah menerima hadis itu tetapi memahaminya dengan takwilan yang tidak merugikan agama.
Banyak kes sebegini akan kita saksikan dalam hadis Saheh Bukhari dan Muslim serta lain-lain kitab hadis. Insya Allah perkara ini kita pelajari dari semasa ke semasa.
Sebelum itu, baca dulu sebuah buku yang ditulis oleh Muhammad Al-Ghazali bertajuk " As-Sunnah An-Nabawiyyah-Di antara Ahli Feqah dan Ahli Hadis. Membaca akan membuka welstanchung kita dalam memahami perdebatan para cendikiawan
Jangan matikan ilmu dengan berkata: Cukuplah apa yang aku pelajari di universiti dulu. Aku cuma berpegang dengan apa yang aku talaqqi dengan tok guruku di pondok dulu. Jika demikian, berhentilah belajar dan tutuplah telinga. Penjaralah ilmu dan tunggulah sahaja hari matinya.
0 comments:
Post a Comment