HADIS PALSU-SYURGA RINDUKAN HASAN DAN HUSAIN
March 8, 2019
ABU MIHKNAF PENDUSTA HADIS.
Sebuah hadis yang dinilai sebagai dusta lagi palsu oleh Ibn Al-Jauzi dalam kitabnya "Al-Maudhu'at" bahawa Rasulullah SAW bersabada:
لما خلق الله الجنة قال لها أما ترضين أن زينت ركنين منك بالحسن والحسين ؟ فماست الجنة برأسها موس العروس ليلة عرسها واهتزت، فقال الله لها: لم عملت ذا ؟ قالت: شوقا منى إليهما
"Ketika Allah SWT menciptakan syurga, Allah berfirman kepadanya: Apakah kamu suka kalau aku hiaskan dua penjurumu dengan Hasan dan Husain. Maka Syurga pun mencukur kepalanya sebagaimana pengantin mencukur kepalanya untuk malam pengantin dan ia pun gementarlah. Allah pun bertanya kepadanya: Kenapa kamu berkelakuan demikian? Kata Syurga: Kerana rinduku kepada kedua-duanya!.
Hadis ini dihukumkan palsu kerana dalam sanadnya ada perawi bernama Abu Soleh, Al-Kalbi dan Abu Mikhnaf. Semua itu adalah pendusta. Kata Ibn Jauzi.
Jika ada Abu Mikhnaf seorang pun, sudah cukuop menjadikan hadis itu bohong kerana Abu Mikhnaf adalah seoraang Syiah yang suka berdusta.
Jika anda jumpa riwayat-riwayat sejarah yang didatangkan oleh Imam At-Tobari dalam tarikhnya, menyebut nama Abu Mikhnaf dalam sanadnya, maka riwayat itu tidak boleh dipegang. Kerana buruknya Abu Mikhnaf itu.
Ada sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Yahya bin Ibrahim Al-Yahya bertajuk " Riwayat-riwayat Abu Mikhnaf dalam Tarikh Tobari". Imam Tobari bukan penyebar hadis palsu. Dia adalah penjelas kepalsuan secara fakta dengan sikapnya yang meriwayatkan bersama sanad. Generasi hari ini perlu berterima kasih kepada Imam Tobari atas disiplin penukilannya.
Betapa banyak cerita yang berlegar di telinga kita, sebenarnya ia cerita songsang yang dicipta oleh para dajjalin dalam sejarah. Justeru hari ini, kita perlu pelajari menapis cerita. Ilmu ini tidak akan pernah khatam dan perlu kita ladeni walau jerihnya meletihkan. Agar kita tidak menjadi mangsa pendustaan orang dulu-dulu yang tidak takut kepada Allah.
0 comments:
Post a Comment