CARI KANDUNGAN BLOG

HUKUM MEMUTUSKAN SOLAT

March 2, 2019

Tengah dok solat, tiba-tiba HP berdering. Nak berhenti jawab telifon, boleh tak?

Mungkin juga ada kes, tengah solat kat masjid, letak hp di depan, ada pencuri cilok. Hulur tangan nak ambil hp tersebut. Dah ambil pun. Nak berhenti solat dan kejar pencuri atau tidak?

Maca-macam hal boleh berlaku masa solat. Kacau betul. Boleh berhenti tak?

Para ulama ittifaq bahawa solat fardhu tak boleh diputuskam sewenang-wenangnya. Kalau solat Sunat bolehlah putuskan bila-bila masa. Bandingannya macam puasalah. Kalau Puasa Ramadhan, tiba-tiba tengahari rasa nak buka sebab nak makan KFC dengan anak, hukumnya haram. Kalau puasa sunat, tak apalah. No hal. Dah puasa sunat sampai tengahari, tida-tiba rasa terliur nak makan mangga cecah garam belacan bawah pokok ketapang dengan kawan-kawan. Nak buka, silakan. Tak ada hal. Tak dosa. 

Macam tulah juga bandingannya antara solat fardhu dan sunat. Kalau Sunat boleh putuskan solat anytime. Kalau fardhu tidak boleh. Bukan tak boleh langsung. Ada ruang juga. 

Kalau perkara tu penting sangat, darurat dan melibatkan hal-hal besar, maka bolehlah putuskan solat fardhu tersebut.  Setakat bunyi telifon bukan hal besar. Contoh-contoh yang disebut dalam kitab-kitab feqah adalah seumpama nampak orang lemas, kebakaran yang mengancam nyawa dinacam binatang berbisa dan sebagainya.  Termasuk juga kalau harta sedang dirompak dna perlu berhenti untuk halangnya, maka bolehlah berhenti solat.

Pendapat rajih di kalangan para fuqaha, kalau hendak berhenti, bagi salam dulu. Itulah cara keluar dari solat yang hendak diputuskan itu.

Perbincangan hal ini serta contoh-contohnya kes yang mengharuskan solat fardhu diputuskan boleh dilihat dalam fatwa Yasaloonak dijawap oleh Dr. Husamuddin Ufanah.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP