CARI KANDUNGAN BLOG

SYUBHAT- MUAWIYAH DAKWA DIA LEBIH BERHAK JADI KHALIFAH BERBANDING UMAR.

March 11, 2019

Terdapat hadis dalam Saheh Bukhari yang menyebutkan bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan telah berkata dalam khutbahnya atas membar:

حدَّثني إبْرَاهِيمُ بنُ مُوساى أخبرَنا هِشامٌ عنْ مَعْمَرٍ عنِ الزُّهْرِيِّ عنْ سَالِمٍ عنِ ابنِ عُمرَ. قَالَ وأخبَرَنِي ابنُ طَاوُسٍ عنْ عِكْرِمَةَ بنِ خَالِدٍ عنِ ابنِ عُمَرَ دَخَلْتُ علَى حَفْصَةَ ونَسْوَاتُهَا تَنْطُفُ قُلْتُ قَدْ كانَ مِنْ أمْرِ النَّاسِ مَا تَرَيْنَ فلَمْ يُجْعَلْ لِي مِنَ الأمْرِ شَيْءٌ فقَالَتْ إلْحَقْ فإنَّهُمْ يَنْتَظِرُونَكَ وأخْشَى أنْ يَكُونَ فِي احْتِبَاسِكَ عَنْهُمْ فُرْقَةٌ فلَمْ تَدَعْهُ حَتَّى ذَهَبَ فَلَمَّا تَفَرَّقَ النَّاسُ خَطَبَ مُعَاوِيَةُ قالَ مَنْ كانَ يُرِيدُ أنْ يَتَكَلَّمَ فِي هاذَا الأمْرِ فلْيُطْلِعَ لَنَا قَرْنَهُ فلَنَحْنُ أحَقُّ بِهِ مِنْهُ ومِنْ أبِيهِ قَالَ حَبِيبُ بنُ مَسْلَمَةَ فَهَلاَّ أجَبْتَهُ قَالَ عَبْدُ الله فَحَلَلْتُ حُبْوَتِي وهَمَمْتُ أنْ أقُولَ أحَقُّ بِهَذَا الأمْرِ مِنْكَ مَنْ قاتَلَكَ وأبَاكَ علَى الإسْلاَمِ فَخَشَيْتُ أنْ أقُولَ كَلِمَةً تُفَرِّقُ بَيْنَ الجَمْعِ وتَسْفِكُ الدَّمَ ويُحْمَلُ عَنِّي غَيْرُ ذَلِكَ فذَكَرْتُ مَا أعَدَّ الله فِي الجِنَانِ قَالَ حَبِيبٌ حُفِظْتَ وعُصِيتَ. قَالَ مَحْمُودٌ عنْ عَبْدِ الرَّزَّاقِ ونَوْسَاتُهَا.

(Terjemahan tidak kuberikan)



Perkataan bewarna itu menjadi perhatian.

Mua'wiyah berkata: siapa yang mahu berbicara tentang urusan ini, maka tunjukkan kepada kami tanduknya. Maka sesungguhnya kami lebih berhak daripadanya dan daripada bapanya. 
Video seorang ulama Syiah menghuraikan perkataan Mu'awiyah bin Abu sufyan tersebut:






Riwayat mengenao perkataan ini ada dalam hadis Saheh. hadis tersebuit pula dihurai  oleh Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari dengan mengatakan perkataan Muawiyah bahawa dia lebih berhak dalam urusan ini -Urusan Khilafah- daripada dia -Abdullah bin Umar- dan bapanya -iaitu Umar Al-Khatab sendiri.

Jadi, difahamkan bahawa Mu'awiyah mendakwa bahawa dia lebih berhak jadi khalifah berbanding Umar Al-Khattab sendiri.

Benarkah demikian? Syubhat ini agak sukar untuk dijelaskan, lebih-lebih lagi bagi menegakkan sikap Ahli Sunnah yang memandang baik kepada Mu'awiyah sebagai sahabat nabi SAW. Jika krisia dengan Ali boleh diharmonikan dengan ijtihad yang salah, bagaimana dengan yang ini?

Namun, perlu diingat, prinsip asas ahlu Sunnah. Jangan cela sahabat. Muawiyah sahabat nabi dan dia punya kedudukan istimewa.

Takwilan hadis ini begini:

1) Hadis ini saheh dan tidak dipertikai.
2) Cuma konteks ucapan Mu'awiyah itu yang musykil
3) Dia kemungkinan merujuk kepada peristiwa pembunuhan Uthman bin Affan di mana dialah wali yang berhak atas darahnya. Justeru bila dia kata "saya lebih berhak atas urusan ini" ia merujuk kepada urusan menuntut keadilan atas darah Uthman. Bukan Khilafah seabagaimana yang difahami Ibn Umar dan seabagimana yang ditafsirkan dalam Umdatul Qari.
4) Silap faham ucapan itu boleh sahaja berlaku kepada sosok Ibn Umar.
5) Takwilan yang silap juga mungkin terjadi kepada Badruddin Al-Aini dalam Umdatul Qari.
6) Kita perlu menegakkan prinsip asas dahulu. Berdasarkan riwayat yang banyak dan saheh, Mu'wiyah tidak berkelakuan seperti yang difahami daripada hadis itu. maka bagaimana hendak bawa kefahaman haadis ini sebagaimana yang dinyatakan.
7) Mu'awiyah mungkin bermaksud bahawa dia lebih berhak atas darah Uthman berbanding Hasan dan juga bapa Hasan iaitu Ali bin Abu Tali.
8) Takwilan ini lebih baik kerana itulah isu hangat yang menimbulkan konflik antaranya dengan Ali.
10) Jika kita enggan menerima takwilan ini dan masih mahu menggunapakai takwilan Syarah dalam Umdatul Qori itu, apakah kita hendak hukumkan kepada Mua'wiyah? Adakah dia terkeluar dari Islam dengan sebab kata-katanya itu?

Justeru, membaca hadis saheh bukan dengan satu mata. Kena ada dua mata. Bukan dengan satu cara faham. Ada beberapa cara faham. Kalau dalam Quran pun ada ayat mutasyabihat, maka hadis juga ada mutasyabihat. Kerana tidak jelas maksud perkataan, maka kita tidak boleh menghukumkan berdasarkan apa yang kita fahami.

Berdoalah kepada Allah sebagaimana datang dalam firman Allah SWT (Surah Al-Hasyar: Ayat 10):



 وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ (10)

Sila baca: ddsunnah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP