DOA MASUK BULAN REJAB
March 8, 2019
Bila masuk bulan Rejab ini, doa yang selalu dibaca orang. Imam-imam solagt Jemaah juga selalu mengungkapkannya.
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Doa ini disebutkan dalam sumber-sumber berikut:
- Musnad Imam Ahmad
- Al-Ausat oleh At-Tabrani
- Az-Zawaid oleh Albazzar
- Sya'bul Iman oleh Al-Baihaqi
- Hilyah oleh Abu Nu'aim
Imam Nawawi dalam Al-Azkar menyifatkan hadis ini daif (ms 189).
Demikian didaifkan oleh Ibn Rajab Al-Hambali dalam Lathoiful Ma'arif (ms 121)
Al-Bani dalam Dhaif Al-Jami' juga menyifatkannya daif (4395)
Dalam sanad hadis ini ada seorang yang bernama Ziyad AN-Numairi. Ibn Ma'in kata orang ini daif. Abu Hatim kata orang ini tak boleh dibuat hujjah. Ibn Hibban senaraikan beliau sebagai "ad-dhuafaa " dan tidak boleh dijadikan hujjah.
Doa ini tidak menjadi masalah apa-apa. Minta berkati dalam bulam Rejab dan Syaban. Minta sampaikan hidup ke bulan Ramadhan yang penuh berkat. Permintaan sedemikian bagus. Cuma setiap orang perlu jelas bahawa doa ini bukan bermakna mengangkat keistimewaan Rejab berbanding bulan lain. Lebihnya Rejab kerana ia bulan haram. Sama macam Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram.
Telah jelas bahawa tiada hadis saheh yang menyebutkan kelebihan khusus bulan Rejab berbanding bulan-bulan lain. Maka khabar-khabar tentang kelebihannya , puasa padanya solat padanya, termasuk solat Raghaib yang diamalkan dalam tariqat tertentu, tiada dasar dalam sunnah yang saheh.
Miskipun terdapat dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Ghazali mengenai solat raghaib ini, ia adalah solat yang yang tidak ada dalam sunna. Imam Nawawi dalam Fatwa An-Nawawi (ms57) menyifatkan solat ini sebagai :
هي بدعة قبيحة منكرة أشد
إنكار ، مشتملة على منكرات ، فيتعين تركها والإعراض عنها ، وإنكارها على
فاعلها
" Ianya bid'ah yang keji, mungkar dna tersangat kemungkarannya, seluruhnya adalah mungkar. Hendaklah ditinggalkan dan mencegah orang daripada melakukannya".
Bab ia ada dalam ihya ulumuddin, bukan boleh dijadikan hujjah. Kemuliaan Imam Al-Ghazali diakui dan tidak layak keilmuannya dan kesolehannya direndah-rendahkan. Namun, pertentangan antara ulama adalah kerana perbezaan tahap penguasaan ilmu mereka. Imam Nawawi diakui cekap dalam ilmu hadis. Sikapnya terhadap solat Raghaib adalah sesuai dengan keilmuannya. Imam Ghazali adalah insan biasa yang mungkin tersilap dalam pengambilan hadis mengenainya. Dunia kesarjanaan Islam mengakui bahawa bidang hadis bukan bidang Imam Al-Ghazali. Allah menmgampunkannya dan kemuliaannya tidak jatuh dengan kesilapan manusiawi.
Agama ini perlu ditegakkan atas yakin. Keraguan menjadikan perkara itu tiada kepentingan dalam agama.
0 comments:
Post a Comment