MARWAN BIN AL-HAKAM
March 11, 2019
Kali ini kita mahu berbicara mengenai seorang tokoh Bani Umayyah bernama Marwan bin Al-Hakam. Seperti Mu'awiyah, Marwan juga ada muftara alaih. Itulah yang kita mahu tapis dan mengetahui apakah yang menjadi isi dan apa pula hampas dalam riwayat sejrah. Apa yang cerita betul tentang Marwan bin Al-Hakam ini dan apa pula dusta tentangnya. Kita selak catatan-catatan yang boleh dipercayai.
Namanya adalah Marwan bin Abi Al-As bin Abd Syams bin Abd Manaf. Kunyahnya ialah Abu Al-Qasim/ Abu Alhakam. Beliau lahir di Mekah dan muda berbanding Abdullah bin Zubair 4 bulan.
Uthman bin Affan itu adalah sepupunya. Masa Uthman jadi Khlaifah, dia dapat kerja sebagai jurutulis Uthman bin Affan
Ulama berbeza tentang statusnya, sama ada dia sahabat atau tidak. Ibn Hajar dan Az-Zahabi menganggapnya sahabat. Ada yang menganggapnya bukan sahabat kerana umurnya masih kecil ketika nabi wafat dan pertemuannya dengan nabi diragui. Maka dia dianggap kibar tabi'in.
Beliau adalah khalifah keempat Bani Umayyah dan disebutkan sebagai pengasas ke-2 Bani Umayyah.

Tuduhan ke atasnya:
1) Bapanya orang buangan nabi SAW.
Bapanya, Al-Hakam , masa hidup nabi SAW telah pergi menetap di Taif. Orang kata bapanya telah dihukum buang negeri oleh nabi SAW. Namun, riwayat mengenai itu tidak saheh. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menulis dalam Minhajus Sunnah:
وقد ذكر غير واحد من أهل
العلم أن نفي الحكم باطل. فإن النبي
لم ينفه
إلى الطائف، بل هو ذهب بنفسه. وذكر بعض الناس أنه نفاه، ولم يذكروا إسنادا صحيحا
بكيفية القصة وسببها.
(terjemahan tidak disediakan)
2) Kaum Syiah membuat cerita bahawa Marwan memusuhi Ahli Bait Nabi SAW. Namun, riwayat-riwayat terpercaya menafikan dakwaan tersebut. Umpamanya dalam riwayat daripada Syuaib daripada Az-Zuhri daripada Imam Syafie ada menyebutkan perkataan saidina Ali yang menjawab pertanyaan orang apabila dia selalu bertanya tentang marwan bin Al-Hakam. Katanya:
تعطفني عليه رحم ماسة، وهو مع ذلك سيد من شباب قريش
3) Kononnya juga ialah Marwan buat surat palsu atas nama Uthman bin Affan untuk arahkan agar Muhamad bin Abu Bakar dibunuh di Mesir. Ia menjadi fitnah yang mengundang kembalinya rombongan Mesir ke Madinah dan kepung rumah Saiyyidina Uthman bin Affan. Sebenarnya ada musuh dalam selimat dari kelompok Abdullah bin Saba' yang mengadu domba. Jika anda baca sejarah, bagaimana dalam masa yang sama rombongan Irak dan Mesir boleh sama-sama tahu perkara tersebut dan balik semula ke Madinah mengepung rumah Uthman?? Mesti ada konspirasi lain.
Al-Waqidi membawa riwayat bohong bahawa pada masa perang Jamal, Talhah bin Ubaidillah bersama pasukan Aisyah. Marwan telah nmembunuh Talhah kerana pada anggapannya Talhah terlibat membunuh Uthman bin Affan. bagaimana ini mungkin? Marwan sentiasa bersama Uthman dan dia ada dalam rumah Uthman pada masa kejadian. Dia tentu tahu Talhah tak telibat. Talhah dengan Uthman , dua -dua sahabat nabi yang dikhabarkan syurga.
Kalau dengar nama Al-Waqidi dalam riwayat sejarah, waspadalah. Di sisi para ulama hadis, dia adalah Kazzab.
Sebagai tambahan, mari kita semak satu riwayat yang disebutkan oleh Ibn 'Asakir dalam Tarikh Damsyiq (69/261) mengenai terjemahan seorang yang bernama Aisyah binti Musa bin Talhah bin Ubaidillah.
Kata Ibn 'Asakir: Aku telah membaca dalam sebuah kitab riwayat daripada Abdus Somad daripada Abdillah daripada Abd Somad bin Abi Yazid Ad-Damsyiqi yang telah menceritakan kepadanya oleh Mu'awiyah bin Soleh Al-Asy'ari mendengar cerita Abdurrahman bin Syuraik lalu mendengar cerita Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah, katanya aku dengar Aisyah binti Musa bin Talhah yang meruapakan isteri kepada Abdul Malik bin Marwan, katanya: Abdul Malik bin Marwan telah berkata kepadaku: Wahai Aisyah, kalaulah tidak kerana Marwan telah membunuh Talhah, sudah tentu akulah yang akan membunuh Talhah!
Kritikan ke atas riwayat ini:
1) Jarak masa antara Ibn 'Asakir dengan Abdus Somad sangat jauh dan mustahil mereka bertemu.Abd Somad meninggal pada tahun 304H manakala Ibn 'Asakir meninggal tahun 571h. Senggangan masa sebanyak 250 tahun!
2) Kitab yang dikatakan dibaca oleh Ibn 'Asakir tidak dapat dipastikan.
3) Aisyah binti Musa bin Talhah adalah individu yang majhul yakni tidka dikenali. Apakah benar dia wujud?
4)Perawi bernama Abu Bakar bin Isa bin Musa bin Talhah juga majhul. Tidak dikenal!
5) Abdurrahman bin Syuraik juga majhul al-ain.Tiada terjemah mengenainya. kalau hendak dikataka beliau adalah An-Nakhai yang daif riwayatnya itu, tidak mungkin pula sebab mereka berebza peringkat zaman.
Kerana itu, riwayat mengenai perkataan Abdul Malik bin Marwan itu tidak saheh dan tidak boleh dijadikan sandaran
Cerita-cerita yang menyebutkan bahawa Marwan bin Al-Hakam membunuh Talhah bin Ubaidillah ini tidak boleh dipercayai. Implikasi tidak baiknya banyak untuk dipercayai. Jika benar, maka bagaimana boleh para ulama hadis meneriwa periwayatan Marwan sedangkan Marwan seornag pembunuh lebih-lebih lagi yang dibunuh adalah seornag sahabat nabi yang dijami syurga? Tuduhan ini juga sekaligus memburukkan nama Uthman bin Affan. Mengapa orang jahat dipilih Uythman untuk jadi penulis dan setiausahanya? Ia juga satu tohmahan atas Talhah sendiri kerana Talhah berperang dalam perang Jamal kerana membela Uthman. Seolah-olah Talhah mnentang Uthman, maka Marwan membunuhnya! Tuduhan ini juga satu najis yang dilemparkan kepada Mu'awiyah kerana Marwan adalah orang kepercayaan Mu'awiyah sehingga ditaklifkan sebagai gabenor madinah semasa kekhalifahannya.
Bagimana Marwan dan Talhah dalam satu pasukan, tiba-tiba Marwan dituduh bunuh Talhah. Marwan pun tahun bahawa talhah tidak terlibat dalam pembunuhan Uthman.
Sebenarnya, lebih selamat jika dikatakan sahaja Talhah terbunuh kerana terkena panah sesat. Itu lebih baik daripada membuat tuduhan tak berasas kepada Marwan. Tudhan ini lebih kepada motif yang berpunca kebencian kepada keluarga Umayyah!.
Siapa yang amat benci kepada keluarga Umayyah kalau bukan golongan Rafidhah Syiah.??
Terdapat riwayat yang Saheh sanadnya menyebut bahawa Talhah mati terbunuh oleh anak panah yang disifatkan "panah sesat". Riwayat itu adalah seperti berikut:
وأخْرَج أبو العرب التميميُّ في "المحن" (1/110) قال: أخبَرَنا أصبغ (هو ابن الفرج)، عنِ ابن وهْب (هو عبدالله)، عن يونس (هو ابنُ يَزيد الأيلي)، عن ابنِ شِهاب، قال: "رُمِي طلحةُ وهو مُعتدِل في بعضِ الصُّفوفِ بسهمٍ غرب، فقطع مِن رجله عرقَ النَّسا، فنشجَ حتى نزَف فمات، ويُقال: إنَّه كان يومَ قُتِل ابنَ خمس وسَبعين"

Sanad riwayat ini saheh sehingga kepada Abu Shihab (Az-Zuhri)
Baca: IbnAmin
1 comments:
Terima kasih. Artikel yang objektif dan membantu
Post a Comment