CARI KANDUNGAN BLOG

MAKLUMAN

November 9, 2008

DAURAH BERHENTI REHAT. AKAN DISAMBUNG SEMULA PADA BULAN JANUARI 2009. MODERATOR DAURAH BERCUTI UNTUK MELAKSANAKAN IBADAH HAJI.


SEMUA PESERTA DAURAH DIUCAPKAN TERIAMA KASIH ATAS PENGLIBATAN DAN KERJASAMA SELAMA BERLANGSUNGNYA 29 DAURAH.


SEMOGA ALLAH MEMBERI FAHAM DAN MENERBITKAN AMAL KEPADA SEMUA.AMEEN
.




Read more...

DAURAH 29


MUKA SURAT 31


ISI-ISI PENTING

1. Ibadah haji dilakukan pada bulan-bulan tertentu .

2. Semasa melakukan ibadah haji, hendaklah dijauhi kata-kata lucah, perbuatan fasiq dan berbantah-bantah sesama sendiri.

3. Bekalan haji yang terbaik ialah ketakwaan kepada Allah swt.

3. Tidak menjadi kesalahan berniaga sementara menunggu tibanya musim haji.

4. Apabila sudah memasuki hari arafah, hendaklah mengingati Allah banyak-banyak dengan bertalbiah.

5. Dari kalangan manusia, mereka yang mengharapkan habuan dunia, maka tiadalah bagi mereka habuan akhirat.

6. Ada pula dari kalangan manusia yang mahukan kebaikan kedua-duanya.

KOMEN

1. Hj. Yusuf mengulas mengenai rukun-rukun haji, wajib haji, pantang larang semasa haji.

2. Ust Farihan mengulas mengenai doa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Doa tersebut merupakan doa terbaik dan wajarlah ia diamalkan semasa ibadah haji.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. En. Samit menimbulkan dua persoalan:

a)Mengenai sifat fasiq yang boleh dibersihkan dengan mengucap dua kalimah shahadah
, apakah mengucap dua kalimah shahadah dalam solat terpakai.

b)Kelebihan amalan semasa di Makkah memang besar. Sesetengah orang menganggap pahala berganda di sana itu boleh menjadi deposit pahala sehingga bila pulang ke tanah air mereka meninggalkan amalan di tanah suci. Apakah ini benar.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa sebesar manapun pahala amalan di Makkah, kita perlu sedar bahawa ada faktor yang boleh merosakkan amal tersebut.

2. Hj. Jappar menimbulkan persoalan mengenai hadis tentang sesiapa yang datang ke Madinah tetapi tidak menziarahi kubur nabi....Apakah hukumnya jika tidak ziarah disebabkan sesuatu keuzuran atau halangan?

3. En Suradi menimbulkan dua persoalan:
a)Hukum rokok sebagai makruh
b)Maksud hadis: Sebaik-baik perkara adalah pertengahan".


Catatan di atas adalah ringkas. Catatan lengkap akan dibuat kemudian.


Read more...

DAURAH 28

November 3, 2008

MUKA SURAT 30 (Belum disempurnakan)

ISI-ISI PENTING

1. Peperangan pada bulan haram itu adalah dilarang namun jika musuh menyerang maka tidak menjadi kesalahan membalas serangan tersebut.


2. Jangan melemparkan diri ke dalam lembah kebinasaan.


3. Hendaklah menyempurnakan ibadat haji sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah.


KOMEN

1. Tidak berjihad sebenarnya melemparkan diri ke dalam lembah kebinasaan.

2. Haji Tamattuk diwajibkan bayar Dam.

3. Hj. Yusuf menjelaskan maksud haji Tamattuk dan Haji Ifrad


ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. En. Suradi menimbulkan persoalan pembahagian qalqalah menurut sebahagian pendapat kepada 3 iaitu; Qalqalah Sughra, Mutawassitah dan Kubra.


Ust. Kamaruddin mengulas mengatakan itu adalah nama sahaja. Ada pendapat pula membahagiakan berdasarkan nama lain iaitu Sughra, Kubra dan Syadidul Kubra. Ia hanya sekadar pembahagian bagi tujuan memudahkan kita membezakan antara hukum qalqalah.


2. En Samit menimbulkan dua persoalan:

Manakah yang lebih baik, haji atau umrah dahulu?
Jika sudah melakukan umrah, apakah memadai jika mati sebelum sempat melakukan haji.




TAMBAHAN

Ust. Kamaruddin menjawab soalan Tn. Hj Ayung dalam Daurah malam kelmarin mengenai hukum kencing berdiri.

Rujuk: Multaqa ilmu hadis

Syeikh Uthaimin mengatakan bahawa harus kencing berdiri jika terpelihara dua perkara:
  • Menutup aurat
  • Tidak mencemarkan
Rujuk Fatwa Bin Baz

Rujuk Almeshkat

Read more...

DAURAH 27

November 2, 2008

MUKA SURAT 29

ISI-ISI PENTING


  1. Dihalalkan untuk bergaul dengan isteri di malam Ramadhan sebagaimana dihalalkan makan dan minum sehinggalah terbit fajar.
  2. Dilarang makan harta secara haram sesama manusia.
  3. Rasuah adalah perbuatan yang dilarang dan satu bentuk makan harta secara terlarang.
  4. Bulan sabit mempunyai fungsi dalam menentukan waktu bagi manusia dan menentukan waktu ibadat haji.
  5. Peperangan hanya terhadap orang yang memerangi agama Allah.

KOMEN

Ust. Kamaruddin mengulas mengenai persetubuhan siang hari di bulan Ramadhan. Ia adalah perbuatan haran dan pelakunya di kenakan kifarat memerdekakan seorang hamba, puasa 2 bulan berturut-turut dan beri makan 60 orang miskin. Kafarat ini hendaklah dilakukan secara berturutan mengikut kemapuan. Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai kepada siapa yang diwajibkan kafarat. Apakah ke atas suami sahaja atau kepada kedua-dua sekali.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Hj. Yusuf menimbulkan tentang persoalan bersetubuh di siang hari ramadhan, apakah ia dalam keadaan berpuasa sahaja?Bagaimana jika pelakunya berbuka dahulu.

Ustaz Kamaruddin menjelaskan bahawa jika palakunya berbuka dahulu, tidaklah wajib atasnya kifarat tersebut.

2. Hj. Yusuf juga menimbulkan persoalan bid'ah iaitu mengenai pembahagian bid'ah kepada bid'ah hasanah dan bid'ah sayyi'ah.

Ustaz Kamaruddin menjelaskan ke arah menyimpulkan bahawa tiada bi'ah hasanah dengan memetik pendapat Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.

3. Hj. Jaafar menimbulkan persoalan mengenai tempat bernama Badar. Semacam apakah ia?

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa Badar adalah sebuah lembah yang ada aliran air.

4. En Ladis menimbulkan persoalan mengenai Bid'ah. Apakah solat taraweh 20 rakaat adalah Bid'ah? Apakah sambutan Ma'al Hijrah adalah Bid'ah?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa Solat Taraweh 20 rakaat adalah tergolong dalam kalangan sunnah. Nabi melakukannya secara bersendirian setelah 8 rakaat berjemaah. 8 Rakaat berjemaah itu dilakukan 3 hari atau 4 hari dalam satu riwayat.

Sementara bagi sambutan Ma'al Hijrah, ia olehlah digolongkan sebagai adat di Malaysia dan tidak termasuk bid'ah. Dengan kata lain, ia tidak menjadi ibadat. Adat, selagi tidak bertentangan dengan syariat tidak menjadi haram.

5. En. Suradi menimbulkan persoalan maksud sebuah hadis yang berbunyi:

تنزهوا من البول، فإن أكثر عذاب القبر منه

Ust Kamaruddin menyebutkan sebuah hadis yang menitikberatkan kencing agar bersih; Hadis Riwayat Ibn Abbas dalam dalam Sahih Bukhari berbunyi:

مر النبي صلى الله عليه وسلم بقبرين فقال : إنهما يعذبان وما يعذبان في كبير , أما أحدهما فكان لا يستنزه من بوله , وأما الآخر فكان يمشي بالنميمة


Nabi SAW telah lalui di dua kubur lalu baginda berkata: Sesungguhnya kedua-duanya sedang disiksa. Dan tidaklah kedua-duanya disiksa kerana dosa besar. Adapun seorang daripadanya disiksa kerana tidak menjaga kesucian dalam perkara kencingnya dan seorang lagi menyebarkan adu domba.

Jawapan mengenainya juga boleh dirujuk terhadap apa yang telah dijawab oleh Syeikh Abd Aziz bin Baz:

هذا حديث جيد، رواه الحاكم في صحيحه وجماعة، ولفظه: (استنزهوا من البول فإن عامة عذاب القبر منه)، وفي لفظٍ: (أكثر عذاب القبر من البول)، فالمعنى: التحفظ، معناه التحفظ من البول والحذر منه، فإذا أراد الإنسان أن يبول يبول في محلٍ لين، أو في جحرٍ من محل قضاء الحاجة، لا يطير إليه الرشاش، رشاش البول، فالمرأة والرجل كذلك عليهما جميعاً أن يعتنيا بهذا الأمر، فيكون البول في محلٍ لا يطشش على الإنسان، وإذا أصابه شيء منه، طشش على فخذه أو طشش على قدمه فيصب عليه الماء ويغسل مكان ما أصابه، حتى يكون قد تحرز من البول، وإذا كان المحل لين في أرضٍ لينة أو وضع الفرج على نفس الجحر الذي يذهب فيه الماء حتى لا يرتش عليه كفى ذلك، لكن بكل حال التنزه والتحرز طيب، فلو قدر أنه صادف البول حافة محل البول فطشش على فخذ أو على ساق أو قدم فإن المسلم والمسلمة عليهما أن يغسلا ذلك.

6. Hj. Ayung menimbulkan soalan mengenai hukum kencing berdiri?

Jawapan mengenainya akan diulas pada daurah malam esok.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP