CARI KANDUNGAN BLOG

ZAKAT FITRAH UNTUK JANIN

May 21, 2019

Jika Janin dalam perut ibunya lahir pada bulan Ramadhan dan hidup sampai jatuh matahari akhir Ramadhan, maka wajiblah zakat fitrah dikeluarkan atas namanya. Namun, andai kata dia mati sebelum jatuh matahari, tidaklah wajib untuknya dizakat fitrahkan.

Jika Janin itu lahir pada malam raya, yakni selepas jatuh matahari hari akhir Ramadhan, maka tidaklah wajib dikeluarkan zakat fitrah atas namanya.

Hanya jika janin itu hidup pada sebahagian Ramadhan dan Syawal, walau satu lahzoh, maka wajiblah dikeuarkan zakat fitrah buatnya. Umpamanya lahir seketika sebelum azan maghrib malam raya, tetapi lahir hidup dan mati sebelum masuk insya atau sejurus selepas selsai azan maghrib sekalipun, maka wajib dizakatkan fitrah untuknya.

Untuk faham masalah ini, kesimpulannya ialah, seseorang yang merasai hidup pada bulan Ramadhan dan Syawal, barulah perlu bayar zakat fitrah. 


Namun, menurut Syeikh Othaimin, mengambil pandangan Imam Ahmad, zakat untuk janin yang masih belum lahir walaupun telah masuk satu Syawal, SUNAT dibayarkan zakat fitrah untuknya.

Sementara sesiapa yang mati pada malam raya, maka wajib dibayarkan zakat untuknya. Berbeza dengan janin yang lahir malam raya yang tidak wajib dizakatfitrahkan untuknya.

Demikian halnya bagi orang yan g masuk Islam pada malam raya, tidaklah wajib zakat fitrah atasnya.


Read more...

BACA AL-QURAN DENGAN CARA HADAR

May 19, 2019

Ibn Al-Juzari telah membahagikan cara pembacaan Quran kepada tiga sebagaimana diungkapkan dalam Syair:

ويقرأ القران بالتحقيق مع ***  حدر وتدوير وكل متبع
مع حسن صوت بلحون العرب *** مرتلا مجودا بالعربي



Ada tiga cara bacaan Al-Quran iaitu:
a) Tahqiq
b) Hadar 
c) Tadwir

Bacaan secara tahqiq adalah bacaan berlagu yang menjaga hak-hak huruf, hukum mad dan panjang pendek nya.

Bacaan secara hadar adalah bacaan cepat yang masih mengekalkan bunyi huruf dan tajwidnya.

Bacaam Tadwir adalah bacaan pertengahan antara tahqiq dan hadar.

Bacaan hadar ini adalah amalan para huffaz yang mengulangkaji Al-Quran. Kerana itu, jangan hairan jika ada orang yang khatam al-Quran sehari 2 kali. Bahkan boleh khatam Quran dalam solat malamnya.







Read more...

HADIS TIDUR ORANG BERPUASA IBADAH

May 18, 2019

Bulan puasa, kalau nak tidur, tidurlah. Tak mengapa dan dan batal puasa. Makruh pun tiada. Ia harus sebagaimana hukumnya di bulan-bulan yang lain. Tapi, untuk mengatakan ianya ibadah, perlu dalil yang kuat. Selalu sahaja orang mengaitkan tidur orang berpuasa dengan ibadah. Kaitan ini didasarkan kepada apa yang disebutkan dalam hadis. Antara sumbernya ialah Sunan Al-Baihaqi dalam bab "Sya'bil Iman"(Rujuk Jil 3, ms 1437) dan terdapat juga dalam Kitab Ihya Ulumuddin.

Hadisnya ialah:

عن عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : نوم الصائم عبادة ، وصمته تسبيح ، ودعاؤه مستجاب ، وعمله مضاعف

" Daripada Abdullah bin Abi Aufa r.a bahawa nabi SAW telah bersabda: Tidur orang berpuasaitu ibadah, diamnya tasbih, doanya mustajab dan amalannya pahala berganda". 

Imam Baihaqi sendiri telah mendaifkan sanad hadis ini kerana di dalammya ada seorang rawi bernama Ma'ruf bin Hasan yang disifatkannya sebagai daif. Terdapat juga rawi bernama Sulaiman bin 'Amru An-Nakhaie yang lebih daif daripadanya. Ibn Iraqi ketika mentakhrijkan hadis ini yang terdapat dalam Ehya Ulumuddin menyifatkan Sulaiman An-Nakhaie sebagai salah seorang pendusta hadis. Kedaifannya disebutkan juga oleh Al-Manawi daalam "Faidhul Qadir dan oleh Albani dalam Silsilah Hadis Daifnya.

Para ustaz, khutabaa dan penceramah perlu berhati-hati dalam beriwayatkan hadis. Hadis-hadis yang diputuskan daif oleh para pakar hadis hendaklah dijauhi daripada disemboyankan di atas mimbar dan juga pada mikrofon masjid serta surau. Lebih-lebih lagilah kalau hadis itu maudhu'.

 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP