CARI KANDUNGAN BLOG

BERAKHIRNYA DAURAH TAHUN 2012

November 9, 2012

Dengan berakhirnya Daurah Siri ke 416 semalam, maka berakhirlah Daurah Al-Quran bagi tahun 2012.  Daurah Al-Quran bagi tahun 2012 telah berlangsung dari Siri 335  sehinggalah siri 416. Segala perbincangan dan persoalan-persoalan yang dibahaskan, harap dapat dimanfaatkan. Sehingga bertemu lagi dalam Daurah Sesi 2013 dan akan bermula pada siri 417. Insya Allah!





Read more...

DAURAH 416

TARIKH : 08/ 11 /2012
MUKA SURAT :416
SURAH AS-SAJDAH: AYAT 12-20 

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


PERSOALAN


1) EN MUDA AJAK


Minta diterangkan keutamaan orang yang berjihad dalam gerakan Islam berbanding seorang yang abid.


Ust Kama: Muslim yang duduk dan tidak terlibat dalam gerakan Islam adalah jenis yang tidak berjuang. Ini kerana perjuangan ISlam hendaklah dalam jamaah. Kedudukannya kurang berbanding mereka yang berjuang. Tak sama antara sahabat yang berjuang sebelum pembukaan kota Makkah dan selepas pembukaan Kota Makkah.


2) HJ. JAAFAR



Bacaan semasa sujud sajdah itu bolehkah dibacakan semasa sujud yang biasa?


Ust Kama: Bacaan dalam sujud sajdah boleh juga dibaca dalam sujud-sujud lain.


3) EN MOMOH

Dalam ayat yang Allah menyatakan neraka akan diisi sehingga penuh dari kalangn manusia dan jin. Apakah syurga dipenuhi oleh manusia dan malaikat?


Ust Kama: Neraka penuh dengan jin dan manusia melambangkan betapa sesaknya neraka. Ia adalah manifestasi siksaan. Syurga tidak penuh. Setiap yang masuk syurga punya syurga yang luas.



4) HJ MARIJIN


a) Apakah sah nikah jika walinya fasiq?


Ust Kama: Wali fasiq tidak sah menikahkan.


b) Isteri tidak datang ke masjid, apakah mendapat ganjaran yang diperolehi suami yang datang masjid?


Ust Kama: Isteri dapat ganjaran pahala seperti suami juka dia bantu suami buat baik.


Read more...

DAURAH DIBATALKAN

November 7, 2012

Daurah siri ke 416 yang sepatutnya pada malam ini dibatalkan kerana moderator ada program lain iaitu ceramah di Taman Jalil Alip untuk program Kemanisan Iman anjuran UPI Sandakan.

Insya Allah satu sesi daurah penutup akan diadakan di mana ia merupakan penamat bagi sesi tahun 2012.
 
Catatan:
 
Pihak UPI (Unit Pendidikan Islam), PPD mengadakan satu program pemantapan akidah yang dinamakan Kem Kemanisan Iman melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di Sandakan. Saya dijemput oleh Ust Sarudin Andang untuk menyampaikan satu slot bertajuk : Akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Menerima jemputan tersebut, saya ajak Ust Mohd Shahran menemaniku. Sementelahan tem[at program itu di Jalil Alip. Malam hari, jalan ke sana gelap dan sunyi. Kalau ada teman, dapat juga dibualkan sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi ust Mohd Syahran ada sesuatu hajat dengan saya.

Saya menyampaikan isu akidah dengan menekankan prinsip akidah salafus soleh sebagai model akidah selamat.  Beberapa kefahaman moden juga diperingatkan bahayyanya terutama kefahaman syiah yang menular dalam masyarakat. Fahaman-fahaman baru yang dianut sesetengah anggota masyarakat juga disimpulkan sebagai terkeluar dari akidah ahlis sunnah wal jamaah seperti pluralisme, liberalisme, sekularisme dan pelbagai isme moden yang mengancam.
 
Semoga generasi baru yang lahir punya akidah yang sejahtera kerana akdiah yang betul menentukan betulnya amalan dan menepati manhaj nabi serta para sahabat.
 
 
(Ust Kama)

Read more...

DAURAH 415

TARIKH : 06/ 11 /2012
MUKA SURAT :415
SURAH AS-SAJDAH: AYAT 1-11

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA


PERSOALAN 

1) MUDA AJAK

a) Ada perkataan dari kalangan orang tua-tua yang mengatakan budak yang lahir ke dunia di sebabkan ada perjanjian yang ditinggalkan, Bila ditanya apakah perjanjian itu, maka disuruhnya kita cari perjanjian tersebut. Apakah ada perjanjian yang dimaksudkan?

Ust Kama: Memang setiap yang lahir membawa perjanjian. Perjanjian tersebut adalah Islam.

 Bolehkah beli jenama tertentu yang ada lambang cross seperti kereta ?

Ust Kama: Sengaja memakai lambang agama lain adalah perbuatan syirik. Namun jika bukan niat kita untuk memakainya, tidak mengapa. Kekadang, ia adalah lebih kepada persepsi. Jika memang ia lambang cross, elakkanlah.

2) HJ.YUSUF

Mana satu yang perlu diuatamakan bagi pesakit di hospital? Mengajarkannya kalimat atau biarkan doktor berusaha menyelamatkannya?

Dr. Khalili: Usaha menyelamatkan pesakit yang dilakukan oleh pihak hospital akan melihat kepada keadaan pesakit. Jika yang ada harapan baru dibuat langkah-langkah bantuan dan ketika itu memanglah tidak wajar diganggu.

Ust Kama: Akhir kalimat itu punya maksud hafi dan ada dimensi maknawi. Jika eseorang itu tidak berakhir dengan kalimah tersebut dari segi lafzi, namun hidupnya berjalan di atas prinsip kalimat, maka akhir kalam dengan kalimatlah namanya.

3) MOMOH

Dikatakan ramai orang dulu masuk syurga dan sedikit orang kemudian masuk syurga. Apa maknanya itu?

Ust Kama: Orang dulu katakan 100 orang lalu yang masuk syurga 70 orang. Ramailah namanya. Orang sekarang 1000 lalu yang masuk syurga 200 orang. Sedikitlah namanya. Itu secara nisbah dengan jumlah orang sezamannya.

ada penjelasan dalam hadis mengenai maksudnya itu . Dinyatakan jumlah manusia ramai yang masuk neraka bagi golongan mutaakhirin itu sebabkan dicampur bersama nisbah 999 :1 Yakjuj dan Makjuj berbanding manusia biasa.

4) HJ JAAFAR


Apakah bila air mani kena pakaian kering atau basah, pakaian jadi najis?

USt Kama: Air mani itu suci. Bila kena pakaian, pakaian tersebut boleh digunakan untuk solat. Tidak kiralah kering atau basah.


Read more...

Kubur Saad bin Abi Waqqas

November 6, 2012

Saad bin Abi Waqqas, seorang sahabat Rasulullah SAW yang termasuk kalangan 10 yang dijanjikan syurga telah wafat di Al-Aqiq, iaitu satu tempat yang juauhnya kira-kira 10 batu dari Madinah.Kejadian itu berlaku pada tahun 55 H iaitu semasa pemerintahan Khalifah Mu'amiyah RA. Lantas, mayat Saad bin Abi Waqqas telah dibawa ke madinah dan dikebumikan di Al-Baqi'.

Apa yang dibuat ke atas mayat Saad bin Abi Waqqas ini menjadi dalil bagi pandangan yang membolehkan dikuburkan seseorang yang mati di tempat yang selain daripada bumi  yang bukan dia mati atasnya.

Read more...

Tiada siapa tahu di mana matinya.

November 5, 2012

Diriwayatkan bahawa ada seorang Yahudi yang selalu membuat nujum, maka satu hari dia berkata kepad Ibn Abbas: "Kalau anda mahu, aku khabarkan kepadamu tentang ramalan nujumku tentang anakmu, sesungguhnya dia akan mati selepas 10 hari lagi dan kamu pula tidak akan mati sehingga kamu buta, manakala aku akan mati tak sampa setahun lagi".

Lantas, Ibn Abbas bertanya dia: " Di mana kamu akan mati wahai Yahudi?"

Lalu jawab si Yahudi itu: " Aku tidak tahu".

Ibn Abbas berkata: Maha benarlah Allah kerana Dia telah berfirman:


وما تدري نفس بأي أرض تموت 
" Dan tiada seseorang itu mengetahui di bumi mana dia akan mati". 
( Surah Luqman:Ayat 34)

Lalu, Ibn Abbas pulang ke rumah dan mendapati anaknya sedang demam dan anaknya pun mati selepas 10 hari. Manakala Yahui itu mati sebelum habis setahun. Sedangkan Ibn Abbas mati dalam keadaan matanya buta.

Sumber: Tafsir Qurtubi; ayat 34 Surah Luqman.

Read more...

DAURAH 414

TARIKH : 05/ 11 /2012
MUKA SURAT :414
SURAH LUQMAN: AYAT 29-34


PENGERUSI                       : MOMOH SIDUM/MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MOMOH SIDUM
TERJEMAHAN                 : ANWAR TABALUN
TAFSEER                           : UST KAMA

1) Matahari dan bulan beredar. Sains hanya menemui hakikat ini di zaman moden tetapi Al-Quran telah jelaskannya lebih 1400 tahun yang lalu.

2) Berkata As-Sya'bi: Sabar itu separuh iman dan syukur itu separuh iman. Yakin adalah keseluruhannya.

3) Fitrah manusa adalah beriman kepada Allah. Pada saat terhimpin, terbitlah fitrah tersebut menonjolkan dirinya sebagaimana.

4) Hidup di dunia penuh tipudaya. Al-Gharur juga memperdaya. Al-Gharur menurut Mujahid adalah syaitan.

5) Ada lima kuci perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia iaitu:
a) hari kiamat
b) Masa turunnya hujan.
c) Kandungan dalam rahim.
d) Apa akan berlaku esok.
e) Di mana matinya seseorang.

PERSOALAN

1) MOMOH SIDUM
Dikatakan syaitan diberi peluang memperdaya manusia hingga di mahsyar. Ini satu situasi yang menakutkan. Bagaimana kita bisa selamat dari segala tipu daya syaitan ini?
Ust Kama: Hidayah milik Allah. Jika kita mati dengan hidayah dari Allah, maka kita akan selamat ketika di alam barzah dan juga selamatlah di kala di mahsyar.
2) HJ MARIJIN

a) Seseorang yang mati di tempat lain, tetapi dikebumikan di tempat lain. Kata Al-Quran Allah sahaja yang tahu di mana kita akan mati. Apakah tempat dikebumikan itu juga termasuk apa yang ghaib dan hanya Allah sahaja yang tahu.

Ust Kama: Apa yang bakal berlaku semuanya pengetahuan ghaib dan hanya Allah yang tahu.

b) Apakah boleh pindah mayat yang ditanam di satu tempat?

Ust Kama: Boleh dengan sebab darurat.

3) HJ JAAFAR

Apakah hukumnya bawa balik tanah kubur di baqi' dan ditanam di kubur Malaysia?

Ust Kama: Pertama, perbuatan tersebut adalah salah kerana mengambil tanah haram dibawa bali ke tanah halal. Keduanya, hal tersebut adalah khurafat kerana tiada maknanya bawa balik tanah kubur untuk ditanam di Malaysia.

4) MAS SURADI

Apakah hukumnya pindahkan wang zakat ke tempat lain. 

uST kAMA: Zakat satu tempat hendaklah diberikan di kawasan di mana kita tinggal kecuali jika ditempat kita tinggal sudah tiada mustahaqqin.

Read more...

HIKMAH ANUGERAH ALLAH

November 1, 2012

Allah berikan kepada Luqman hikmah. Dalam hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud menyebutkan bagaimana Luqman telah diberi pilihan antara kenabian dan hikmah, maka dipilihnya hikmah. Ini kerana kenabian akan datang bersamanya bala dan ujian sedangkan hikmah tidak. Kenabian bermakna menjadi khalifah yang merangkap sebagai pemimpin yang memutuskan hukum dan menegakkan keadilan. Ini tentu menuntut banyak pengorbanan. Maka, dikenalilah Luqman itu sebagai ahli bijaksana.

Sebagaimana kenabian, hikmah juga anugerah Allah SWT. Allah berikan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Maka, tidka hairanlah kala kekadang kita lihat ada nelayan, gembala dan orang miskin yang punya hikmah melebihi ali ulama. Hikmah bukan dipelajari dan bukan pula diwarisi.

Lihat video khutbah Jumuat yang disampaikan oleh Almarhum Syeikh Yasin Rushdi membicarakan tentang hikmah Luqman Al-Hakim.


Read more...

DAURAH 413

TARIKH : 31/ 10 /2012
MUKA SURAT :413
SURAH LUQMAN: AYAT 20-28


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
PERSOALAN
1) EN MOMOH
Ada perkataan yang disebutkan oleh seorang mantan imam di kampung saya berbunyi:
 من عرف نفسه  فقد عرف ربه

Apakah maksud di sebalik kata-kata tersebut?

Ust Kama: Kata-kata itu adalah perkataan yang masyhur. Ia bermaksud siapa yang kenal makhluk, barulah dia kenal khalik.

2) SURADI

a) Mengapa dalam ayat 27 Allah menyebutkan 7 lautan. Ada apa dengan 7?

Ust. Kama: Pada umumnya, angka tujuh dalam budaya Arab mengambalkan bnyak.

b) Kecantikan itu adalah ciptaan Allah. Apakah boleh manusia buat pertandingan kecantikan seperti ratu cantik, baby sihat dan sebagainya, lalu menghakiminya sedangkan kecantikan itu ciptaan Allah dan hanya Dia sahajalah yang menghakiminya?


Ust Kama: Kecantikan menurut nilai Allah tak sama dengan nilai kecantikan pada manusia.


Read more...

DAURAH 412

October 30, 2012

TARIKH : 30/ 10 /2012
MUKA SURAT :412
SURAH LUQMAN: AYAT 12-19


PENGERUSI                                         : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED                          : MAS SURADI
TERJEMAHAN                                  : EN.MOMOH
TAFSEER                                             : UST KAMA
 
PERSOALAN
 
1) HJ. YUSUF

Kini kedapatan sesetengah ibu yang buang anak. Apabiola anak yang dibuang itu, kelak bila besar, tidak mahu menghormati ibunya itu, apakah dibolehkah?

2) HJ. JAAFAR SAHARULLAH

Kokokan ayam dikatakan kerana ia melihat malaikat. Apakah maksudnya jika ayam berkokok jam 9.00 malam?

3) HJ. ZAINAL

Apakah boleh menyusukan dengan ibu susuan yang tidak beragama Islam?


4) MOMOH

Anak perlu disusukan selama 2 tahun. Apakah zalim jika ibu tidak menyusukan anaknya tetapi memberikan susu botol (sebatian)?


Read more...

DAURAH 411

October 23, 2012

TARIKH : 23/ 10 /2012
MUKA SURAT :411
SURAH LUQMAN: AYAT 1-11


PENGERUSI                                         : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED                          : MAS SURADI
TERJEMAHAN                                  : SAMIT
TAFSEER                                             : UST KAMA
1) HJ. JAAFAR
Cakap pasal ilmu yang disembunyikan, ada sesetengah orang suka menyembunyikan kelebihan pada dirinya. Sahabat saya seorang ahli pernuagaan, menyembunyikan barang perniagaannya bila saya tanyakan. Apakah ini termasuk dilarang?
2) HJ. MARIJIN
Apakah maksud hadis yang menyatakan Allah turunkan 1 rahmat di dunia dan simpan 99 lagi di akhirat?
 

Read more...

DAURAH 410

October 22, 2012

TARIKH : 22/ 10 /2012
MUKA SURAT :410
SURAH AR-RUUM: AYAT 51-60

PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

1) HJ. JAFAR

a) Bagaimanakah lafaz ucpan salam yang betul kepada ahli kubur?]

b)Apakah hukumnya melangkah dan pijak kubura

c) Ada larangan orang tua dari mencabut rumput di kubur. Adakah larangan itu berdalil syarak?


2) HJ MARIJIN

Apakah razeki untuk kita masih ada di akhirat?


3) AHMAD DAUD

Apakah taklqin kita didengar si mati?


4) MAS SURADI

Apakah rahsia di sebalik letak pelepah tamar hijau yang dilakukan oleh nabi SAW?


5) PEMUDA ( NORMAN)

Apakah kaifiat solat hajat 12 rakaat?


Read more...

DAURAH 409

October 16, 2012

TARIKH : 16/ 10 /2012
MUKA SURAT :409
SURAH AR-RUUM: AYAT 42-50


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : SAMIT
TAFSEER                           : UST KAMA
 
 1)HJ. MARIJIN

Jika kita tidak dibenarkan menerima keuntungan daripada pelaburan yang haram, apakah kita tidak bersalah terima gaji dari sumber yang haram seperti cukai arak dan judi?

2)  AHMAD BIN DAUD

Apakah ada pahala jika kita derma duit haram ke masjid?

3) NORMAN

Bagaimanakah cara solat istikharah?


4) SURADI

a) Apakah benar ayat "yasin" itu merujuk kepada nama satu kaum yang dimusnahkan Tuhan?

b) Apakah hukumnya berbomoh hujan?


Read more...

DAURAH 408

October 15, 2012

TARIKH : 15/ 10 /2012
MUKA SURAT :408
SURAH AR-RUUM: AYAT 33-41


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
 
PERSOALAN
 
1) HJ JAAFAR

a) Apakah maksud :

فصل لربك وأنحر

b) Apakah boleh korbankan ayam?

2) ANWAR TABALUN

Apakah perlu zakat bagi seorang yang membuat pinjaman dari ASB?


3) ANWAR TABALUN

Apakah hukumnya pelaburan dengan keuntungan peratus yang ditentukan?

4) RAZIK

Apakah hukumnya korban untuk orang lain dan bolehkah satu bahagian berkongsi ramai?

5) PAKCIK X

Bolehkah buatkan korban untuk anak yatim?


Read more...

DAURAH 407

October 9, 2012

TARIKH : 09/ 10 /2012
MUKA SURAT :407
SURAH AR-RUUM: AYAT 16-24


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
PERSOALAN
1) HJ.JAAFAR

Apakah ganjaran 1 qirat diberikan juga bagi ziarah jenazah non-muslim?

2) ANWAR TABALUN

Apakah boleh kalau kita pergi kenduri kahwin yang ada maksiat?


3) PEMUDA X

Apakah qunut itu wajib?


4) HJ MARIJIN

Boleh ust terangkan apa itu wahabi?

5) SURADI

Soalan mengenai malaikat Harut dan Marut

Read more...

DAURAH 406

TARIKH :09/ 10 /2012
MUKA SURAT :406
SURAH AR-RUUM: AYAT 16-24


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
 
PERSOALAN
 
 
1) HJ.JAAFAR
 
Apakah jin  ada jalan rayanya?
 
 
2) ANWAR TABALUN
 
a) Apakah persediaan yang diperlukan sebelum pergi haji?
 
Bagaimana solat tahajjud kalau tidak hafaz surah-surah yang hendak dibaca?
 
 
3) HJ. MARIJIN
 
Apakah makna di sebalik rukun solat seumpama rukuk dan sujud?
 
 
 

Read more...

DAURAH 405

October 8, 2012

TARIKH : 08/ 10 /2012
MUKA SURAT :405
SURAH AR-RUM: AYAT 6-15


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
 
PERSOALAN
 
1) HJ YUSUF
 
a) Korban di mana yang lebi aula?
 
b) cara-cara laksana korban.
 
2) MOMOH
 
Apakah Nasrani itu mukmin?
 
3)  HJ. JAAFAR
 
Apakah korban di Makkah lebih afdhal daripada tempat sendiri?
 
 
4)  HJ. MOHD
 
Akikah  di Makkah, apakah lebih afdhal?
 
 

Read more...

DAURAH 404

October 3, 2012

TARIKH : 03/ 10 /2012
MUKA SURAT :404
SURAH AR-RUUM: AYAT 1-5


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
 
PERSOALAN
 
1) HJ JAAFAR SAHARULLAH
 
Siapakah golongan yang masuk syurga pada hari kiamat tanpa hisab?
 
 
2) HJ MARIJIN
 
Apakah khabar kemenangan Rum itu selepas peristiwa kemenangan?
 
3) AHMAD DAUH
 
Minta ceritakan mengenai Imam Mahdi.
 
 
4) MAS SURADI
 
a) Apakah orang yang dihidupkan oleh nabi Isa terus hidup?
 
b) Apakah memandang khatib jumuat itu sunnat?


Read more...

DAURAH 403

October 2, 2012

TARIKH : 02/ 10 /2012
MUKA SURAT :403
SURAH AL-QASAS: AYAT 53-63


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : HJ.YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA
 
 
1) HJ. JAAFAR
 
Soalan tentang razeki pemberian Allah.
 
2) OTING
 
Bolehkah pergi kenduri kahwin yang ada persandingan?


3) AHMAD DAUD

Apakah bentuk tawassul yang dibenarkan?

4) PAKCIK X 
 
Apakah cara angkat tangan takbir iktidak yang betul?

Read more...

DAURAH 402

October 1, 2012

TARIKH : 01/ 10 /2012
MUKA SURAT :402
SURAH AN-ANKABUT: AYAT


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : mr. SAMIT
TAFSEER                           : UST KAMA
 
ULASAN PERSOALAN
 
1) HJ. JAAFAR

Apakah Tuhan orang kristian dan orang Islam sama? Sedangkan dalam Quran menegaskan agama islam sahaja yang diterima di sisi Allah SWT?
 

2) HJ. MARIJIN

Bagaimanakah cara untuk membantu orang yang zalim?
 

3) EN. RAZIQ

Apakah maksud istihsan?

Read more...

DAURAH 401

September 26, 2012

TARIKH : 26/ 09/2012
MUKA SURAT :399
SURAH AL-QASAS: AYAT 39-45


PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : MAS SURADI
TERJEMAHAN                 : mr. SAMIT
TAFSEER                           : UST KAMA
 
 
PERSOALAN
 
 
1) HJ. JAAFAR
 
Zikir secara beramai-ramai atau sendirian yang lebih afdhal?
 
 
2) CIKGU KHAIRUDDIN
 
Kita pernah didengarkan kata-kata bahawa "faqir itu lebih dekat kekufuran". Apakah maksud perkataan tersebut?
 
 
3) HJ MARIJIN
 
Apakah wali Allah boleh dikenali melalui kemampuan luar biasa seperti jalan atas air?

Read more...

DAURAH 400

September 25, 2012

TARIKH : 25/ 09 /2012
MUKA SURAT :400
SURAH AL-QASAS: AYAT 31-38
PENGERUSI                       : MAS SURADI
ULASAN TAJWEED         : mas suradi
TERJEMAHAN                 : HJ. YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA



PERSOALAN

1) HJ JAAFAR

Apakah manusia di dunia dapat dilihat oleh roh?


2) HJ MARIJIN

Soalan tentang takdir Allah sejak azali.



3) EN. RAZEEK

Sejauh mana sandaran kepada hadis yang daif dibenarkan?



4) MAS SURADI

a)  Apakah yang dimaksudkan qadha boleh berubah dengan doa?

b) Apakah maksud faqir?

 

Read more...

HUKUMAN ATAS NAMA SUARA RAKYAT


فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلاّ أَن قَالُواْ اقْتُلُوهُ أَوْ حَرّقُوهُ فَأَنْجَاهُ اللّهُ مِنَ النّارِ إِنّ فِي ذَلِكَ لاَيَاتٍ لّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ


Maka tidak adalah jawaban kaum Ibrahim, selain mengatakan: "Bunuhlah atau bakarlah dia", lalu Allah menyelamatkannya dari api. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman.
(Surah Al-Ankabut:Ayat 24)



Dakwah nabi Ibrahim ke atas kaumnya mendapat kesan balasan yang sungguh fatal. Baginda telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman bunuh dengan cara dibakar dengan api. Raja negeri Baylon yang bernama Namrud itu telah menyerahkan bentuk hukuman ke atas nabi Ibrahim itu kepada rakyat Babylon. Dia telah bertanya kepada rakyat apakah yang perlu dilakukan ke atas manusia bernama Ibrahim itu. Lalu cadangan pun datang dari rakyat terbanyak yang mahukan baginda dibakar.

Apabila hukuman bakar ke atas nabi Ibrahim itu datang dari rakyat terbanyak, maka senanglah Namrud melaksanakannya. Dia mendapat dokongan rakyat dalam melaksanakannya.

Inilah satu bentuk gaya pemerintahan yang disiratkan dalam kisah Namrud dan nabi Ibrahim. Inilah pula gaya pemerintahan yang digunakan oleh para penguasa yang mengambil jalan pemerintahan Namrud.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP