CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 218

September 30, 2010

TARIKH: 29/ 09/2010
MUKA SURAT :218
SURAH YUNUS: AYAT 79-88

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMARUDDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

a) Penyebaran Islam ke alam Melayu oleh para pendakwah banyak dibantu oleh karamah yang ada pada mereka. Begitulah yang diperlihatkan menerusi wayang dan filem.  Ada kalangan mereka menunjukkan karamah mereka dan bukan datang dalam keadaan mereka tidak sedar. Apakah ini karamah?

Ust Kama:

Karamah adalah anugerah Allah SWT dan bukan atas usaha. Apa yang diperlihatkan dalam wayang itu tidak boleh dijadikan sandaran. Sedangkan ke atas nabi lagikan ada maudhu', maka apalah jaminan untuk bersihnya para pendakwah daripada cerita tokok tambah orang kemudian. Dakwah mereka yang lalu itu disampaikan  dengan usaha gigih dan bukan melalui ilmu mistik sebagaimana yang ditempelkan kepada banyak daripada pendakwah.

b) Ada tok guru yang berdoakan kepada Allah agar pokok yang mati kembali hidup dan berbuah. Ini cerita yang saya dengar. Apakah ini juga karamah.

Ust Kama: Jika dia berdoa kepada Allah lalu berlaku sebagaimana yang dia doakan, itu adalah karamah.

c) Adakah ma'unah itu boleh diberikan kepada orang bukan Islam?

Ust Kama: Ma'inah Allah boleh kepada sesiapa sahaja yang Allah kehendaki.


2) MUDA AJAK

a) Apakah hujah yang boleh diterangkan kepada para jemaah sekalian untuk mengatakan boleh kita lewatkan insya untuk majlis ilmu?

b) Minta ulasan mengenai penghinaan terhadap Islam oleh seroang paderi yang berceramah di Sarawak mendakwa bahawa:

i)Mencium hajaral aswad sama seperti mencium kemaluan perempuan
ii) Nabi Muhammad gila seks kerana kawin budak kecil.

 Ust Kama:

Paderi itu ialah Benjamin. Saya sudah menonton clips tersebut sejak tahun 2006 lagi. Ia isu lama.

3) SURADI

a) Apakah ma'unah itu langsung daripada Allah atau melalui perantaraan malaikat?

Ust Kama: Allah boleh memberi pertolongan melalui perantaraan maupun tanpa perantaraan.

b)Iman dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan turun naiknya. Apakah syaitan itu ada iman?

Ust Kama: Imam syaitan sentiasa berkurangan dan terus berkurang. Hinggalah sirnalah imannya.

c ) Apakah yang dimaksud dalam hadis bahawa "perjanjian antara aku dengan ummatku adalah solat"? Jika seseorang itu tidak solat, apakah ia membawa maksud nabi tidak akan memberi syafaat kepadanya di akhirat?

Ust Kama: Solat adalah tiang agama. Siapa tidak mendirikannya, maka runtuhlah agamanya. Sesetengah ulama menghukumkan kafir mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja, berdalilkan sebuah hadis yang saheh. Perjanjian dengan nabi maksunya Islam. Siapa yang tidak mendirikan solat, tiadalah dia punya hubungan dengan nabi melalui Islam lagi.

Read more...

DAURAH 217

September 28, 2010

TARIKH: 28/ 09/2010
MUKA SURAT :217
SURAH YUNUS: AYAT 71-78

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT

a) Terdapat pandangan yang saya dengar bahawa qalam diangkat sebelum baligh dan selepas seseorang berumur dengan umur nabi wafat iaitu 63 tahun. Apakah ini benar dan apakah dalilnya?

Ust Kama:

Mengenai diangkatnya qalam (catatan malaikat) sebelum usia baligh, ada disebut dalam hadis. Manakala dakwaan bahawa qalam diangkat selepas usia 63 tahun, ia tidak berasas dan tidak benar sama sekali.


b) Apakah boleh melakukan solat sunat witir 2 kali untuk semalam sebagaimana di bulan Ramadhan?
Ust Kama: Solat witir adalah sunat. Bagi yang solat taraweh, mereka disunatkan tamatkan dengan witir bersama imam. Kemudian, ketika bangun solat tahajjud mereka boleh melakukan witir lagi.


2)MOMOH
Apakah perbezaan antara kalimah "kaum" dengan "ummat"?

Ust Kama:

Wallahu a'lam.

Kaum lebih umum manakala ummat hanya bagi yang beriman dengan nabi berkenaan. Itulah yang saya fahami.

3) AHMAD DAUD

Kenapa manusia berbeza  warna kulit sedangkan mereka semua berasal dari nabi Adam dan kemudian daripada nabi Nuh dan hanya tinggal di satu tempat sahaja pada mulanya?

Ust Kama:

Perbezaan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor geografi, cuaca dan cara hidup adalah antaranya. Setelah banjir surut, Nuh dan pengikutnya tinggal dan berpenempatan sekitar bukit judi. Lama-kelamaan berlaku migrasi dan dengan itu manusia berkembangbiak serata daratan. Maka, bermulalah perubahan fizikal menurut faktor-faktor tadi.

Samit menambah:

Perbezaan manusia juga disebabkan gen dan kromoson. Kajian sains mengatakan dalam diri seseoranga ada 23 gen dan 46 kromosom.

4) SURADI

a) Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa semua anak Adam berdosa. Apakah termasuk nabi-nabi?

Ust Kama: Nabi-nabi adalah maksum dan terdapat dalil lain yang mentakhsiskan dalil umum tadi.

b) Disebutkan dalam satu tazkirah Ramadhan bahawa syaitan menghalang jalan taqwa orang yang berpuasa di bulan Ramadhan. Bagimana syaitan menghalang sedangkan dia dirantai?

Ust Kama: Syaitan, ada kalangan jin dan ada kalangan manusia.

Read more...

DAURAH 216

September 27, 2010

TARIKH: 27/ 09/2010
MUKA SURAT :216
SURAH YUNUS: AYAT 62-70

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) ANWAR TABALON

Seorang suami yang telah ditinggalkan isterinya selama kira-kira 3 tahun dan tidak duduk bersama, ketika ditanya tentang isterinya, dia mengatakan telah menceraikan isterinya. Apakah jatuh talaknya. Jika selepas 3 tahun, isterinya pulang dan mereka ingin hidup bersama semula, bagaimana hendak rujuk?

Ust Kama: 
Lafaz yang menggunakan kalimah cerai atau talak, maka ia soreh dan jatuhlah talak. Tempoh iddah dikira dari tarikh si suami mengucapkan kata-kata yang bermaksud cerai tersebut dan tamat setelah berlalunya 3 kali suci.  Setelah tempoh itu, jika meraka ingin kembali hidup bersama, maka perlulah akada yang baru dan mahar baru.


2) SAMIT

Apakah sifat 20 itu berunsur falsafah?

Ust Kama:

Sifat 20 bukanlah falsafah. 20 sifat itu adalah ekstrak dari Al-Quran dan ia adalah hasil susunan ulama lalu untuk mengenalkan murid kepada Allah SWT. Namun, ia bukannya satu-satunya jalan mengenal Allah. Para salafus Soleh tidak pernah mengenal sifat 20 tetapi mereka lebih mengenali Allah SWT. Apa yang menjadi falsafah ialah huraian dan perincian daripada sifat 20 itu seperti sifat ta'aluq, tanjizi qadim, tanjizi hadis, suluhi qadim dan suluhil hadis. Begitu juga beberapa cabang aqaidul iman yang disusun, ia lebih kepada falsafah.

3) SURADI
a) Apakah maksud "kaum yang mendengar" dalam ayat 67 surah Yunus?

Ust Kama:

Kaum yang mendengar adalah orang-orang yang beriman. Orang-orang kafir dalam beberapa ayat yang lain, Allah sifatkan mereka sebagai kaum yang buta, bisu dan pekak.

b) Dinyatakan bahawa jumlah nabi adalah 24 ribu dan 313 daripadanya adalah Rasul. 25 orang daripadanya wajib diketahui. Bagaimanakah cara mengathui 25 orang Rasul?

Ust Kama:

Beriman dengan Rasul bermakna percaya secara ijmal bahawa Allah telah menghantar para Rasul kepada manusia. Secara tafsili ialah mengetahui nama-nama 25 Rasul yang disebutkan Allah dalam Quran. Mengetahuinya bukanlah bermaksud menghafal nama mereka. Memadailah jika ditanya nama antara mereka, maka dapat dibezakan mana rasul mana tidak.



Read more...

DAURAH 215

September 22, 2010

TARIKH: 22/ 09/2010
MUKA SURAT :215
SURAH YUNUS: AYAT 54-61

PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ. RANGGES

Apakah hukumnya imam solat asar secara jahar (kuat)?

Ust Kama:Telah menjadi sunnah baginda Rasulullah SAW melaksanakan solat asar secara sir. Membaca jahar dalam solat asar dengan tujuan mengubah sunnah Rasulullah adalah bid'ah.

2) HJ. JAAFAR

Apakah sampaikan kiriman pahala kepada si mati?

Ust Kama: Persalan ini dikhilafkan kalangan ulama. Hadis nabi menyebutkan bahawa amalan seseorang terputus melainkan 3 perkara. Sedeqah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan orang tuanya.  Amalan tahlil mengirimkan pahala yang dilakukan dalam masyarakat kita lebih berpaksikan kepada sangkaan sahaja.


3) MAS SURADI

a) Apakah beza antara mukhlisin dengan mukhlasin?

Ust Kama: Mukhlasin adalah mereka yang dibebaskan Allah daripada tipudaya syaitan. Beberapa nama telah disahlan Allah dalam Quran seperti, nabi Yahya, Isa dan Maryam. Mukhlisin pula ialah mereka yang ikhlas. Sesorang yang ikhlas sehingga ke akhir ahayatnya, merekalah mukhlasin. Jika ikhlas hilang, maka mereka bukan lagi mkhlasin dan mereka tidak tergolong kalangan yang selamat dari upaya syaitan.


b) Apakah ikan yang menelan nabi Yunus telah berbuat zalim dengan menelan nabi Yunus?

Ust Kama: Apa yang ikan nun lakukan adalah perintah Allah SWT, justeru, dialah menyelamatkan nabi Yunus.

4) HJ. YUSUF

Read more...

DAURAH 214

September 21, 2010


TARIKH: 21/ 09/2010
MUKA SURAT :214
SURAH YUNUS: AYAT 43-53

PENGERUSI                     :UST KAMA/SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST KAMA
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1)  SABARUDDIN


Seseorang yang baru masuk Islam, belum pandai baca fatihah, bagaimana dia mahu solat?


Ust Kama: Dia boleh baca apa yang dia tahu dari Quran. Bismillah itu adalah ayat daripada Quran jika tiaa yang lain dia ingat.

2) LADIS

Jika orang bukan Islam beri salam kepada kita, bagaimana cara menjawabnya?


Ust Kama: Jawablah seumpama yang diucapkan. Atau sekurang-kurangnya "wa'alaikum". Tidak ada masalah juga untuk menjawab dengan lengkap sebagaimana salam yang diberikan jika pasti salam itu memang salam yang betul.





3) RAMLI NAYAN

a) Seorang lelaki muslim bernikah dengan Cina perempuan yang masuk Islam. Mereka ada anak seorang. Kemudian berlaku penceraian dan si isteri kembali kepada agama asal (budha). Siapakah yang berhak jaga anak itu?

Ust. Kama: Suami yang Islam berhak menjaganya.

4) ANWAR TABALON


Bagaimana jika anak memilih untuk mengikut ibu yang kafir?


Ust Kama: Anak Islam tidak berhak memilih agamanya selain Islam. Pemerintah mempunyai tanggungjawab menjaga agama anak itu.


5) HJ YUSUF

Apakah kita perlu membenarkan kaum kerabat kita yang sudah hampir mati dirawat di hospital sehingga dengan itu kita tidak dapat mentalqinkan kalimah tauhid kepadanya. Maka matilah dia tanpa ucapan kalimah tauhid.

Ust Kama: Usaha untuk mengubat orang sakit perlu dilakukan seoptimanya. Tidak semestinya kalau tidak ditalqinkan kalimah dia mati su'ul khatimah.


6) SURADI

a) Dinyatakan dalam sebuah hadis, "semua dosa diampunkan kecuali dosa  almuzohirin". Apakah dosanya itu menyamai syirik sehingga dia tidak diampunkan?

 Ust Kama: Bukan Al-Muzohirin, tetapi Al-Mujahirin.Sabda nabi SAW:

كل أمتي معافى إلا المجاهرين، وإن من المجاهرة أن يعمل الرجل بالليل عملا، ثم يصبح وقد ستره الله، فيقول : يا فلان، عملت البارحة كذا وكذا، وقد بات يستره ربه، ويصبح يكشف ستر الله عنه

" Setiap ummatku akan dimaafkan melainkan golongan "almujahirin". Sesungguhnya seorang Mujahir itu, dia berbuat sesuatu pekerjaan buruk pada malam hari lalu dia berpagi dalam keadaan Allah telah tutup keaibannya, namun dia berkata kepada orang lain "wahai si fulan, aku telah lakukan kelmarin begitu begini. Dia tidur dalam keadaan Allah menutup kejahatannya tetapi dia bangun pagi mendedahkan kejahatannya yang ditutup oleh Allah SWT".
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dosa syirik, jika mati dengan kesyirikan itu, Allah tidak akan ampunkan. Semua dosa lain Allah ampunkan sekalipun mati dengan dosa itu. Sementara perbuatan mujahir yang mendedahkan dosanya itu sangat keji kerana tidak menghargai nikmat Allah yang menutup keaiban dan dosanya. Begitu. lalu dikata tidak dimaafkan.

b) Disebutkan tadi bahawa dalam saat penghujung hayat, ditayangkan riwayat hidup kita untuk ditonton. Mana dahulu datang. Tayangan itu atau syaitan?

Ust Kama: Sesungguhnya ketika itu sangat sulit sekali.



Read more...

DAURAH 213


TARIKH
20/09/2010
SURAH
YUNUS :34-43
MUKA SURAT
213
PENEGERUSI
EN SURADI BIN M.ARIF
ULASAN TAJWEED
UST. WAN HELMI
TERJEMAHAN AYAT
EN. MUDA BIN AJAK
TAFSEER AYAT
UST KAMARUDDIN WAHAB

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) EN SAMIT

Apakah anak seorang muslim perlu mengucap 2 kalimah syahadah untuk menjadikan dia seorang Islam?

Ust Kama: Tidak perlu mengucap shahadah lagi untuk menjadikannya Islam kerana dia telah Islam. Seorang anak kecil perlu dididik dengan tarbiah Islam. Dengan tarbiah tersebut, dia akan melalui fasa di mana keluar ungkapan shahadah dari mulutnya. Bila dia baligh, tidaklah perlu lagi dia mengulangi shadahnya. Dia telah mengucapkannya sebelum wajibnya. Maka di saat wajibnya, tidak perlu mengulangi.


Rujuk: Ibn Taimiyyah


2) SURADI MOHD ARIF


a) Dalam Islam, seseorang yang murtad hendaklah diajak kembali kepada Islam. Bukankah dia telah ditentukan murtad, maka apa gunanya lagi membawanya kembali kepada Islam? Tidakkah usaha membawanya kembali kepada ISlam itu menyalahi ketentuan takdir azali Allah SWT?

b) Dalam satu kuliah Subuh, ust Kama menyebutkan bahawa Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang kafir. Apakah ini bermakna mereka yang kafir tidak akan mendapat hidayah Allah SWT selama-lamanya? Bagaimana dengan apa yang kita saksikan, ramai pula orang kafir yang mendapat hidayah dan  masuk Islam?


Ust Kama: Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang kafir. Kata-kata ini terakam dalam firman Allah SWT:


وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ 
  "Dan Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang kafir".

Terdapat banyak lagi ayat Al-Quran yang membawa maksud yang serupa.

Terdapat 2 interpretasi di kalangan ulama dalam memahami ayat-ayat seperti ini:

a)  Allah tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang telah tertulis sejak azali lagi sebagai kafir. 

b) Ayat ini umum untuk semua orang kafir tetapi hendaklah dibaca dengan ayat-ayat lain yang mengkhususkannya.

Syeikh Uthaimin menyebutkan dalam tafsirnya mengenai ayat ini dengan menyatakan bahawa hidayah yang tidak Allah berikan kepada orang kafir itu ialah hidayah taufiq. Adapun hidayah dilalah, maka Allah berikan kepada semua manusia dengan perutusan para rasulNya. Orang-orang kafir yang telah ditentukan kekufurannya sejak azali, mereka tidak ditaufiqkan untuk mencapai hidayah. Allah berfirman dalam Al-Quran:

إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ  وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوْا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ

"Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu, tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih."

(Surah Yunus: Ayat 96-97)

Dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW telah bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلَّا ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ
"Sesungguhnya ada lelakim yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga antara dia dan neraka tinggal sehasta lagi lalu ketetapan Allah telah mendahulunya, maka dia berubah melakukan amal ahli syurga lalu masuklah ia ke dalam syurga".
Kesimpulan: Orang-orang kafir yang tidak diberi hidayah oleh Allah menurut ayat adalah mereka yang telah tertulis sejak azali lagi sebagai kafir. Allah maha mengetahui bahawa  mereka adalah orang-orang jahat dan kafir serta enggan menerima seruan dakwah para rasulnya. Mereka yang sebegini, memanglah Allah tidak akan berikan kepada mereka hidayah lagi. Sementara orang kafir yang dalam catatan azali Allah SWT akan beriman, mereka Allah jadikan berjiwa lembut dan mudah menerima hidayah.

c) Dalam satu kuliah mingguan Ust Wan Helmi menyatakan bahawa memberi salam adalah lebih baik daripada menjawab salam. Bukankah memberi salam itu sunat dan menjawabnya adalah wajib? Bagaimana yang sunat dikatakan lebih baik daripada yang wajib?

Ust Kama: Memberi salam itu sememangnya sunat. Dan menjawab salam pula adalah wajib. Bukanlah soal mengafdhalkan yang sunat melebih wajib. Dalam isu salam ini, dibanding antara memberi dan menjawab, maka memberi itu lebih afdhal. Lagi pula, orang yang memberi salam itu mendapat pahala orang menjawab salam juga kerana ia bertindak sebagai dalilul khair (penunjuk jalan kepada kebaikan). Kalau tidak pemberi salam, manakan ada yang menjawab salam?


Read more...

MAKLUMAN: DAURAH AKAN DI SAMBUNG

September 18, 2010

Alhamdulillah, kita diberi kehidupan oleh Allah SWT sehingga ke saat ini. Puji dan syukur hanya buat Allah SWT. Semoga kehidupan amal soleh kita dapat dipertingkatkan sesudah Ramadhan 1431 yang baru sahaja berlalu.  Kini, 11 bulan mendatang, adalah medan uji buat kita mempraktikalkan apa yang telah kita cernakan sepanjang Ramadhan.

Insya Allah, Daurah akan disambung semula sepertimana maklumat berikut:

Surah                          : Yunus
Muka surat                 :  213
Ayat                           : 34-42
Tarikh akan diadakan  : 20 September 2010
 
Ahli daurah yang sejauh ini mengikuti daurah Quran dengan istiqamah dan setia, diharap dapat meningkatkan kualiti penyertaan dengan membuat ulangkaji dan persediaan. Mudah-mudahan Allah menambahkan ilmu kita semua. Allahumma Ameen.
Dari Ust Kama


Read more...

KUTIPAN JARYAH 50

September 14, 2010

Alhamdulillah, Jaryah 50 yang telah dilancarkan  pada bulan Ramadhan baru-baru ini telah berjaya memungut sejumlah RM11, 361.00. Kerjasama daripada penyelaras dan wakil-wakil serta kemurahan hati serta semangat berlumba-lumba menyumbang semasa Ramadhan daripada para penderma telah membawa kepada terkumpulnya jumlah tersebut. Walaupun jumlah yang disasarkan ialah RM20,000.00, insya Allah jumlah tersebut dapat dipergunakan sebaik mungkin untuk melaksanakan projek pembaikan yang dirancangkan.

Semoga Allah melipatgandakan ganjaran di dunia dan akhirat bagi mereka yang telah terlibat dalam menyumbang. Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan setiap yang diinfaqkan dengan ikhlas. Yang murah hati akan mendapat sesuai dengan kemurahan hatinya. Yang kikir dan bakhil akan mendapat sesuai dengan apa yang dikikirkannya.  

Allahu waliyyut taufiq wal hidayah...allahumma waffiqna lir rashahd!

Read more...

JUMLAH TERKUMPUL TABUNG SURAU SEMPANJANG RAMADHAN DAN IDUL FITRI.

September 11, 2010

Sumbangan  infaq melalui tabung surau sepanjang Ramadhan dan Idul Fitri pada tahun ini berjumlah RM4083.68. Jumlah ini tidak termasuk hasil kutipan JARYAH 50 yang disalurkan kepada penyelaras-penyelaras program.

Terima kasih kepada para penyumbang. Infaq yang disalurkan akan dinilai oleh Allah SWT dan akan mendapat balasan keluasan razeki dan kelapangan hidup di dunia dan di akhirat menanti balasan yang lebih besar.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP