CARI KANDUNGAN BLOG

Ulasan Daripada Kitab Bid'u At-Tafasir

July 9, 2023

Abdullah bin Muhammad As-Sodiq Al-Ghimari mengarang sebuah kitab bertajuk "Bid'u At-Tafasir".


Beliau terilham meletakkan nama itu daripada istilah yang dipakai oleh Az-Zamakhsyari dalam Kitab Tafsirnya yang bernama Al-Kasyyaf ketika dia menyebutkan beberapa tafsir yang salah.


Zamakhsyari adalah seorang muktazili yang ta'assub dengan akidah muktazilahnya dan dia sendiri mengandungi kesalahan-kesalahan dalam tafsirnya.

Dalam kitab Bid'u At-Tafasir, musannif menyebutkan kesalahan-kesalahan tafsir dalam dua kategori iaitu:


A) Tafsir-tafsir Muktazilah seperti tafsir Abu Muslim Muhammad bin Bahar Al-Asfahani, Abul hasan Ali bin Isa Ar-Ramani, Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab Al-Jaba-i dan lain-lain tokoh Muktazilah.


Kesilapan mereka dalam tafsir didorong oleh beberapa faktor iaitu:


1) Keberanian menafsirkan Quran berdasarkan pendapat hingga tega menolak penafsiran hadis yang jelas mengenainya.


2) Kerana kaedah-kaedah mazhab mereka yang dipegang iaitu: Al-Adl, Khalqul Quran, Mukallaf melakukan sendiri perbuatannya, penafian terhadap kalam nafsi, penafian ta'alluq ketuhanan dengan perbuatan maksiat dan harus yang dilakukan hamba, mstahil melihat Allah SWT dan kekalnya dalam neraka bagi pelaku dosa besar.


Berdasarkan usul-usul mereka ini, mereka mentakswilkan zahir nas ayat Quran dan mentakhsiskan keumuman ayat dan mentaqyidkan apa yang mutlaq, berdasarkan usul akidah mereka.

Mereka meletakkan usul akidah mereka sebagai parameter dalam menafsirkan Al-Quran  dan sesiapa yang membaca tafsir Al-Kasyyaf oleh Zamakhsyari akan menemui hakikat ini.

B) Tafsir-tafsir beberapa ahli tafsir masakini (M'asorah) seperti:
  • Tafsir "Al-Mashaf Al-Mufassar" oleh Mohd farid Wajdi.
  • Audhu At-tafsir oleh Muhamamd Abdul Latif Khatib
  • Tafsir Abu Zaid Ad-damanhuri
  • Taysir Al-Quran Al-Karim oleh Abdul Jalil Isa
Hatta, tidak terkecuali syeikh Muhamamd Syaltut dalam tafsirnya serta Abdul Wahab An-Najjar dalam Qisasul Ambiya, berlaku tafsir yang  salah.


Kata Syeikh Abdullah Al-Ghimari, ayat Quran dan hadis itu ada dua keadaan dalam memahaminya:

1) Pemahamannya tidak boleh menerusi jalan MAJAZ iaitu ada dua kategori:


a) Hal berkaitan iman dan tauhid

 

b) Jika ayatnya menceritakan kisah-kisah ummat terdahulu.

 

2) Pemahamannya tidak boleh atas HAKIKAT seperti ayat-ayat tentang ISTIWA, TANGAN, Nuzul, Jari dan seumpamnya. Pemahaman atas makna hakikat adalah ditolak. Para ulama ada dua metode dalam memahaminya:

a) Tafwid tentang makna yang dikehendaki kepada Allah SWT-Pandangan Mazab Salaf

 

b) Ta'wil kepada makna yang layak menurut apa yang ma'ruf dalam bahasa Arab-Mazhab Khalaf.

 



Kemudian Syeikh Abdullah Al-Ghimari mengkritik pemahaman Ibn Taimiyyah yang dinukilkan dalam Zadul Ma'ad oleh Ibn Qayyim mengenai hadis "Fi Ma yakhtasimul mala'ul a'la" yang dinisbahkannya sebagai pendirian mujassimah!



Lalu beliau mengkritik Mutaqaddimin  Hanabilah yang berkhilaf tentang apakan arasy itu kosong daripada Allah SWT bila Allah turun di sepertiga malam. Sebahagian kata YA, kosong dan sebahagian lain mengatakan TIDAK.



Beliau menyindir Ibn Qayyim yang menyifatkan orang yang jahil tentang ini sebagai jahil tentang Allah SWT.



( Saya menaqalkan sahaja perkataan Abdullah Al-Ghimari atas serangannya ke atas pemahaman Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim dalam hal ini dan saya akan memastikan kelak benar atau salahnya tuduhan tersebut)




 




Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP