CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 26

October 30, 2008

MUKA SURAT 28

ISI-ISI PENTING

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون


Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,


أياما معدودات فمن كان منكم مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر وعلى الذين يطيقونه فدية طعام مسكين فمن تطوع خيرا فهو خير له وأن تصوموا خير لكم إن كنتم تعلمون

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan . Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui.


شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

(beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, Maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


ISU-ISU YANG DITIMBULKAN


1. Hj. Jaafar bertanyakan mengenai wasiat si mati agar membina maqam atas kuburannya sesudah dia mati. Apakah wasiat seumpama itu perlu dilaksanakan?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa wasiat melakukan benda yang haram tidak wajib dilaksanakan . Wasiat itu terbatal. Binaan atas kuburan adalah dilarang berdasarkan beberapa hadis antaranya:

Sabda Rasulullah SAW:

لا تدع تمثالا إلا طمسته ولا قبراً مشرفاً إلا سويته
(
Jangan kamu tinggalkan berhala melainkan kamu hancurkan dan tiada kubur yang dimuliakan melainkan diratakan)-Hadis Riwayat Muslim dan lainnya.

Rujuk Fatwa Dr. Husamuddin bin Musa Ufanah (Pensyarah Fiqah dan Usul Universiti Al-Quds, Palestin)


2. En Suraudi menimbulkan soalan mengenai maksud ayat 173 surah Al-Baqarah, apakah pengharaman babi hanya berlaku dalam syariat Islam ataupun telah diharamkan dalam Syariat yang terdahulu.


Ust Zubair: Pengharaman telah berlaku dalam syariat terdahulu. Terdapat pengharamannya dalam Bible.Ini membuktikan bahawa pengharaman babi bukanlah perkara baru.


TAMBAHAN


Ust. Kamaruddin mengulas mengenai persoalan dalam daurah sebelumnya mengenai kemaksiatan yang dilakukan oleh orang kafir, apakah ia akan menyebabkan bala yang akan menimpa semua termasuk orang Islam. Ust. Kamaruddin menyebutkan firman Allah swt:


واتقوا فتنة لا تصيبن الذين ظلموا منكم خاصة واعلموا أن الله شديد العقاب


Maksudnya: Takutilah fitnah (bala bencana) yang tidak menimpa orang-orang zalim sahaja, dan ketahuilah bahawa Allah sangat keras siksaannya.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP