CARI KANDUNGAN BLOG

Hj. Osman dan Pakcik Ramlin

August 27, 2009

Hj Osman dan Pakcik Ramlin, dua ahli jemaah Surau Al-Fajar yang istiqamah....allahumma barikhuma

Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA 2

August 26, 2009

Majlis berbuka puasa hari ini dihadiri oleh sebilangan jemaah. Kelihatan Ustaz Nazri Jusuh bersama puteranya Mohd Alim

Read more...

JARYAH 30

August 25, 2009

Surau Al-Fajr memerlukan beberapa unit tikar untuk alas solat tambahan. Untuk itu satu kempen infaq sempena Ramadhan telah dilancarkan dan diberi nama "Jaryah30".


Read more...

MAJLIS BERBUKA PUASA

August 24, 2009

Hari pertama berpuasa, Masjid Al-Fajr menganjurkan majlis berbuka puasa. Majlis pada hari pertama ini adalah ditaja oleh individu mengikut jadual penggiliran yang telah dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Masjid Al-Fajr. Menu hari ini ialah roti jala, mee goreng, mihun goreng,bubur kacang dan air sirap.

Terlajak berbuka....ustaz Syukri nak anaknya.

Read more...

Solat Taraweh di Surau Al-Fajr

August 22, 2009

Solat Taraweh di Surau Al-Fajr masih mengekalkan amalan tahun-tahun yang lepas iaitu 8 rakaat bersulam tazkirah. Kehadiran jemaah sangat menggalakkan. Ruang dalam yang kini sudah berhawa dingin tidak dapat menampung semua ahli jemaah. Ruang balkoni hingga ke balai lintang dipenuhi jemaah yang datang memburu fadhilat Ramadhan.

Pihak Biro Dakwah Surau Fajar telah menyusun jadual imam bertugas melibatkan para ustaz yang tinggal di Taman fajar, termasuk juga yang tinggal di kawasan lain.

Read more...

DAURAH QURAN MELABUH TIRAI

August 19, 2009

Daurah Quran ke 113 semalam adalah daurah terakhir sebelum Ramadhan 1430. Daurah berhenti rehat sepanjang Ramadhan dan akan disambung semula selepas hari Raya Aidil Fitri, Insya Allah.


DAURAH KE 114 AKAN DI SAMBUNG PADA MUKA SURAT 114 PADA SATU MASA YANG AKAN DITENTUKAN KEMUDIAN.

Read more...

Daurah 113

August 18, 2009

TARIKH:18/08/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 113
Surah Al-Maidah: 32


PENGERUSI: Mas Suradi
ULASAN TAJWEED: Ust.Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting

1) Kerana peristiwa pembunuhan Habil oleh Qabil, Allah menetapkan buat Bani Israel satu prinsip umum bahawa sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan cara zalim, maka dia seolah-olah telah membunuh seluruh manusia. demikian sebaliknya, siapa yang menyelamat nyawa satu orang manusia, seolah-olah dia memberi kehidupan kepada seluruh manusia.

2)Allah menetapkah hukum jenayah hirabah iaitu dibunuh, disalib, dipotong tangan dan kaki secara bersilang dan dibuang negeri mengikut kategori jenayah hirabah yang dilakukannya.

3) Asbabul Nuzul Ayat mengenai hukum Hirabah ialah berkenaan perbuatan rombongan dari Urainah yang datang ke Madinah lalu mengadu sakit disebabkan cuaca madinah. Rasulullah menyuruh mereka minum air kencing unta dan susu unta. Mereka lakukan arahan rasul tetapi setelah sembuh, mereka membunuh gembala unta. lalu rasulullah memerentahkan oarang menangkap mereka dan mereka telah dihukum.


3) Al-wasilah mempunyai dua pengertian iaitu:
a) Temapt tertinggi dalam syurga di bawah arasy Allah dan ia khusus buat nabi Muhammad SAW.
b) Taqarrub kepada Allah dengan cara mengerjakan ketaatan dan menjauhi larangan Allah.

4) Biarpun orang-orang kafir mahu menebus mereka dari azab neraka dengan segala apa yang mereka miliki di dunia ini, Allah tidak sekali-kali akan menerima tebusan mereka.




ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Hj. Yusuf

Apakah hukumnya harta yang diperolehi dari menang loteri.

Ust Kama : Duit itu adalah haram. Jika duit itu telah dikembangbiakkan, ia menjadi haram sekadar yang bukan melalui jalan usaha halalnya. Selebihnya, dia perlu bersihkan dengan berzakat dan infaq fi sabilillah.


2) Hj. Ayung

Apakah hukumnya harta haram yang digunakan untuk membina masjid dan sekolah agama sertra sebagainya?

USt Kama: Duit dari sumber yang haram hanya boleh digunakan untuk manfaat umum seperti membina tandas awam, jalanraya, jambatan dan sebagainya.

3) Mas Suradi.

a) Bagaimanakah menentukan waktu berbuka di atas kapal terbang?

Ust. Kama: Waktu berbuka adalah berdasarkan di ruang udara negara mana kita berada. samalah keadaan kita menentukan waktu solat.

b) Bukankah kalau begitu akan jadi panjang waktu berpuasa ?

Ust Kama: Jika masyaqqah bagi orang yang bermusafir dengan kapal terbang itu untuk berpuasa dan berbuka mengikut waktu yang disebutkan, dia boleh berbuka dan tidak berdosa kerana orang yang bermusafir diharuskan berbuka.


4) En Momoh

Terdapat sesetengah orang pergi berpuasa di London kerana mencari waktu yang singkat berpuasa. Apakah hukumnya orang sebegini?

Ust Kama: Orang itu boleh berpuasa mengikut tempoh masa di London. Tentang niatnya, terserah kepada Allah SWT.




Read more...

Daurah 112

August 17, 2009

TARIKH:17/08/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 112
Surah Al-Maidah: 24-31


PENGERUSI: Ust. M. Syahran
ULASAN TAJWEED: Ust.Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) MAS SURADI

a)Ustaz menyebutkan bahawa malaikat telah datang bertemu nabi Musa untuk mengambil nyawanya, tetapi Musa enggan dicabut nyawanya dam malaikat kembali mengadu kepada Allah SWT tentang hal tersebut. Bukankah malaikat itu mahkluk yang tidak mengengkari perentah Tuhan, kenapa dia tidak menjalankan sahaja perintah tersebut?

Ust Kama: Malaikat tersebut tidak mengengkari perintah Tuhan. Mereka cuma beradab dengan nabi Allah kerana mereka tahu kedudukan nabi Allah di sisi Allah SWT.


b) Merujuk kepada ayat 21 Surah An-Nisa, nabi Musa memerintahkan agar kaum Bani Israil memasuki negeri Palestin. Apakah mungkin, negara Britain mengetahui sejarah ini maka ditempatkan negara Israel di Palestin pada hari ini?

Ust Kama: Kalau mengikut sejarah, yang mahu bumi Palastin sebagai negara Israil adalah petubuhan Zionis antarabangsa (Fremanson). Terdapat cadangan di kalangan negara Barat pada masa tersebut agar negara Israel ditubuhkan di bumi Afrika (Kenya), tetapi pertubuhan tersebut hanya mahukan di Palastin.

Bumi Muqaddasah yang disebutkan itu bukan tanah Baitul Maqdis yang sedang dijajah Israel hari ini tetapi hanya sebuah kawasan dalam Palestin yang namanya Araiha', menurut kebanyakan ahli tafsir.

Read more...

Daurah 111

August 16, 2009

TARIKH:16/08/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 111
Surah Al-Maidah: 18-23


PENGERUSI: Ust. M. Syahran
ULASAN TAJWEED: Ust. Nazri Jusuh
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ISI-ISI PENTING

1) Ayat 18-Menurut Ibn Abbas , Rasulullah mempertakutkan golongan Yahudi atas dosa-dosa mereka bahawa azab Allah akan diturunkan kepada mereka. Lalu, Puak yahudi mengatakan bahawa tak perlu takut kerana mereka adalah anak-anak Allah dan kekasihNya.

2) Allah menghantarkan rasul agar manusia di zaman fatrah tidak mendakwa bahawa belum datang kepada mereka rasul.


3) Nabi Musa mengingatkan kaumnya agar sentiasa mengingati nikmat Allah ke atas mereka iaitu:

a) Manna
b) Salwa
c) Awan yang melindungi
d)
Batu yang memancarkan ayat
e) Ramainya nabi di kalangan mereka.

4) Ketika nabi Musa memerintahkan kaumnya menyerbu ke dalam negeri yang dijanjikan Allah untuk mereka, mereka memberi alasan bahawa negeri tersebut dihuni oleh kaum yang besar tubuh badan mereka dan mereka tak mampu melawannya. Mereka meyuruh nabi Musa dan Tuhannya sahaja pergi berperang sedangkan mereka hanya mahu duduk menunggu. Allah sumpah mereka terkurung dalam padang pasir Tih selama 40 tahun.

( Disebutkan dalam sesetengah tafsir, seperti tafsir Al-Baidhawi dan juga Al-Qurtubi bahawa di antara kaum amlaqah itu ada Auj bin Unuq iaitu anak nabi Nuh As. Dia punya ketinggian luar biasa iaitu 3333 hasta. Dia dapat mengambil air di awan, mengambil ikan paus di laut dan memanggangnya di matahari. Semasa banjir zaman nabi Nuh, air hanya mencecah lututnya. Dia telah menangkap 12 naqib pilihan nabi Musa dan mengancam mereka sebelum membebaskan mereka pulang kepada kaum mereka. 12 naqib tersebut pulang menceritakan kehebatan kaum yang akan mereka perangi menyebabkan kaum mereka takut dan enggan menurut perintah nabi Musa berperang, kecuali dua orang naqib yang meyakinkan kaum mereka agar berperang kerana mereka boleh menang dengan bantuan Allah swt. Dua orang Naqib tersebut dikatakan Yusya' bin Nun dan Kalib bin Yuqana. Tetapi kaum Bani Israel enggan berperang. Oleh sebab itu Allah menghukum mereka sesat di padang pasir Tih selama 40 tahun)

Walau bagaimanapun, Ibnu Kathir dalam tafsirnya menolak cerita anak nabi Nuh ini kerana nabi Muhammad ada menyebutkan dalam hadis soheh:

إن الله خلق آدم وطوله ستون ذراعاً, ثم لم يزل الخلق ينقص حتى الاَن



" Sesungguhnya Allah menciptakan Adam dan ketinggiannya ialah 60 hasta. Kemudian, sentiasa kejadian itu berkurang tingginya ( pada zuriatnya) sehinggalah sekarang".



ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1)MAS SURADI

a) Apakah hukumnya berbuka puasa Ramadhan dengan arahan doktor atas alasan jika berpuasa akan mengancam nyawa?

Ust Kama: Wajib berbuka puasa atas nasihat doktor yang pakar.


b) Bila masuk ke masjid pada hari Jumaat, sedangkan khatib sedang membaca khutbah, apakah kita perlu solat tahiyyah masjid atau Qabliah jumaat?


Ust Kama: Dua isu yang penting:

i) Solat Qabliah Jumaat adalah diperselisihkan kalangan ahli ilmu. Ada yang mengatakan ia tidak ada dan ada yang mengatakannya ada berdasarkan qias kepada solat Zuhur.

ii) Bagi yang menerima solat Qabliah Jumaat, solat qabliah jumaat dikira mendapat fadhilat tahiyyatul masjid.

Rujuk:
1) Hukum Solat Sunat Qabliah Jumaat
2) Darul Ifta' Al-'Amah Al-Urduniah


2) USTAZ RASHID

a) Menimbulkan isu buah kurma keluaran Israil yang dibungkus atas jenama "Jordan River"

b) Mengingatkan agar berhati hati membeli buah kurma di pasaraya yang dijual longgok dalam bekas. Ada kemungkinan bekas yang sama digunakan untuk mengisi sosej babi.



Read more...

Daurah 110

TARIKH:10/08/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 110
Surah Al-Maidah: 14-


PENGERUSI: Ust. M. Syahran
ULASAN TAJWEED: Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Mas Suradi

a) Apakah hikmah dilewatkan bersahur dan diawalkan berbuka puasa?

Ust Kama: Untuk membezakan dengan puasa orang-orang Yahudi.

b) Mengapa kisah Yakjuj Makjuj disebutkan dalam Al-Quran sedangkan kisah dajal tidak dinyatakan dalam Al-Quran?

Sama ada dalam Quran atau hadis, ia tetap perlu diyakini. Datangnya Hadis adalah penjelasan kepada Al-Quran.

Read more...

BLACKOUT

August 11, 2009

Pada malam ini, sejak sebelum solat maghrib, bekalan elektrik di Taman Fajar dan sekitarnya mengalami gangguan. Gangguan elektrik ini telah kerap terjadi beberapa minggu terakhir ini. Entah apa alasan SESB kali ini. Apa yang jelas, SESB sering gagal mengurus tadbir bekalan elektrik dengan cekap. Sebab itu berlaku ketidak stabilan tenaga di beberapa kawasan di Sandakan.

Inilah bahananya buat masyarakat apabila sebuah syarikat memonopoli satu barangan atau perkhidmatan. Apa pun kekurangan produk syarikat terbabit, rakyat tidak dapat berbuat apa-apa sekadar mengeluh.

Dalam arus kebangkitan hak kepenggunaan yang sering diperjuangkan dan dilaungkan, hak masyarakat sebagai pengguna elektrik tidak dijaga.

Jika penggunakan mengalami kerugian, mereka perlu dibayar pampasan. Ini hak pengguna dalam sebuah masyarakat yang adil. Jika tidak, masyarakat itu masih kekal sebagai sebuah masyarakat yang dikuasai kapitalisma.

Daurah malam ini tidak dapat dijalankan.

Read more...

Majlis sempena pertengahan bulan Sya'ban

August 9, 2009




Pada malan ini Jawatankuasa Surau Al-Fajar menganjurkan majlis bacaan surah yasin sempena nisfu Sya'ban yang telah berlalu beberapa malam lalu. Selepas solat maghrib, surah yasin dibacakan sekali dan selepas solat Insya para ahli jemaah surau menikmati juadah yang dibawakan oleh ahli jemaah.

Mengikut adat kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia, sambutan Nisfu Sya'ban bukan pada malam ini tetapi malam jumaat yang lalu kerana itulah tanggal nisfu Sya'ban. Sikap pengerusi menganjakkan sambutan ke malam ini adalah satu manefestasi anjakan paradigma masyarakat terdahulu yang admire pada malam tersebut.

Sesungguhnya tiada malam sehebat malam lailatul qadar. Tiada malam yang dimuliakan Islam seperti malam lailatul Qadar.

Read more...

Daurah 109

August 4, 2009

TARIKH:04/08/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 109
Surah Al-Maidah: 10-13


PENGERUSI: Ust. M. Syahran
ULASAN TAJWEED: Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) MAS SURADI

a) Apakah benar cerita nabi Nuh ketika hendak membuat kapal, meminta tolong kepada jin menebang kayu dan diberi makan yang jika dimakan cuma sekadar melekat celah giginya?



b) Apakah menutup keaiban seseorang sama pahalanya dengan memaafkan seseorang?

Ust Kama: Menutup keaiban seseorang adalah digalakkan dalam Islam. Walau bagaimanapun, mendedahkan keaiban seseorang yang berbuat zalim kepada kita adalah dibenarkan. Namun, bersikap pemaaf adalah lebih baik. Ini telah dihuraikan dalam daurah yang terdahulu ketika mentafsirkan ayat 148, surah An-Nisa.

c) Berdasarkan hadis nabi, salam itu diucapkan oleh orang berdiri kepada orang yang duduk, orang berkenderaan kepada orang yang berjalan kaki dsb. Bagaimana jika kita menunggu salam orang seperti itu tetapi dia tak memberi salam sehingga hilang peluang kita mengucapkan salam?

Ust Kama:


2) UST NASIR

a) Apakah hikmah diutuskan 2 nabi serentak seperti diutuskan nabi Musa serentak dengan nabi Harun?

Ust kama- Nabi Harun diutuskan Allah sebagai wazir kepada nabi Musa. Dia lebih fasih bercakap berbanding nabi Musa.

b) Bagaimanakah cara menjawab salam SMS? Apakah perlu dengan lisan?

Ust. Kama-Cukuplah membalas salam dengan tulisan.



3) UST TN ROSLAN

Ulasan Tambahan: Membacakan sebuah SMS yang diterimanya menyebutkan maksud perkataan yang sering ditulis dalam SMS. Bye diertikan sebagai jarum sulit di bawah naungan POP, Akum diertikan binatang dan Samekon diertikan celaka awak.


4) UST M. SYAHRAN

Ulasan tambahan: Apabila kita diucapkan salam, kita wajib menjawabnya. Jawapannya hendaklah lebih baik daripada ucapan yang diberikan.


Read more...

Daurah 108

August 3, 2009

TARIKH:03/08/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 108
Surah Al-Maidah: 6-9


PENGERUSI: Ust. M. Syahran
ULASAN TAJWEED: Tn Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi Penting


No Posting


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1- Mas Suradi

a) Apakah hikmahnya ikan bersar disembelih pada ekornya?

Ust Kama- Ikan tak perlu disembelih.

b) Apakah kerbau yang dibela perlu dibayar zakat?

Ust Kama: Kerbau adalah termasuk dalam kelompok an'am menurut kebanyakan ulama. Maka ia hendaklah dizakatkan dan boleh dijadikan binatang korban.

c) Apakah maksud perumpamaan orang-orang Yahudi yang diberikan kitab seperti himar yang menanggung kaldai?

Ust Kama- Orang yang diberikan kitab tapi tak memahaminya dan tidak pula melaksanakannya dalam kehidupannya, mereka adalah seperti kaldai yang menanggung kitab sedangkan dia tak nmemahami kitab itu.

2- Samit


Ust Kama: Menurut Lajnah Ad-daimah lil buhuth ilmiah wal ifta' tayammum hednaklah menggunakan debu tanah yang bersih. Ini Berdasarkan firman Allah SWT dalam surah Al-maidah ayat 6:

فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ

Walaubagaimanapun, dalam kedaan di mana seseorang itu lemah daripada mendapatkan debu tanah sekalipun, haruslah dia bertayamum dengan menepuk mana-mana bahagian bumi yang bersih sekalipun tiada debu tanah di atasnya. Ini kerana Allah telah berfirman dalam surah At-Taghabun ayat 16:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Petikan ulasan Albani rahimahullah:


التيمم بالجدران للشيخ الألباني.
الجدران المطلية هل يجوز التيمم بها؟
يقول الشيخ-رحمه الله-:"أنا أقول بارك الله فيك ،مادام يسمى لغة جدارا فيجوز ومهما كان مطليا لأنه من الجدار "

يقول السائل:"هل يعتبر حائلا؟

يقول الشيخ:"لا يعتبر حائلا ،لأن الحيلولة هذه إنما ينظر إليها من رأى أن التيمم يشترط فيه التراب ،وبناءا عليه لا يجيز التيمم بالرمل ،وبناءا عليه أيضا لا يجيز التيمم بالصخرة التي أصابها المطر وغسلتها غسلا، لأنه ليس عليه تراب ،بناءا عليه هم يريدون بالتيمم التتريب،تتريب الوجه ،يعني توسيخه،وبعبارة فقهية يبدومن تفريقهم بين التراب والرمل ونحوه،أن المسألة عندهم ليست تعبدية محضة،أي أنها معقولة المعنى ،أي لابد من إصابة التراب للوجه ،وهذا المفهوم من كلامهم من باب الخضوع لله عز وجل ،وحينئذ ،وإذا كان هناك شيء يجوزبالنسبة للآخرين المسح او التيمم به وليس عليه تراب ،ففي وجهة نظرهم لا يجوز،على هذا القول يتفرع بالجواز المذكور بالتيمم على الجدار، من كان يرى جواز التيمم بالرمل ،حيث أن الذي تيمم بالرمل لا يتسخ كفاه ولا وجهه ،وبخاصة أن من السنة أن المتيمم حينما يضرب بكفيه على الأرض يضرب أحدهما بالأخرى لكي لايتعلق شيء قد يؤذي وجهه ،ففي هذه الحالة حينما يمسح وجهه لا يتترب وجهه فلا يبقى عليه سوى الناحية التعبدية المحضى، هكذا أمرنا ربنا فاستجبنا .فمن لا يرى التتريب لا ينبغي أن يلاحظ في مثل المعنى الذي رأى التتريب في مثل الصخرة التي قلناها آنفا ،والآن في مثل الجدار المطين بطين جامد كالشمنت أو المدهون بالدهان كما هو سؤالك .المهم أنه مسح بالجدار تيمم بالجدار،أما ضرورة أن يتعلق بكفيه شيء فهذا لا دليل عليه ،هذا وجهة نظري في هذا الموضوع.
من سلسلة الهدى والنور.


Ust Kama: Mandi dengan niat wuduk adalah tidak sah. Wuduk adalah membasuh anggota tertentu dengan niat mengambil wuduk. Ia mempunyai tertib dan tidak boleh mandi dianggap sudah berwuduk.

c)Dalam keadaan seseorang yang sakit, tiada yang dapat membantuinya mengambil wuduk, bolehkah dia bertayamum dengan menepuk di dinding bersebelahannya?
3) En Momoh

Apakah sah mandi junub dalam keadaan telanjang?

Ust Kama- Sah


4) Hj. Jaafar

Apakah Nazar ada dalam hadis?

Ust Kama-Nazar adalah tsabit berdasarkan quran maupun hadis.


5) Hj Osman

Mengapa sentuh isteri batal wuduk sedangkan ibu mentua tak batal wuduk?

Ust Rasyid: Sentuh mentua tak batal wuduk kerana dia adalah muhram selamanya sedangkan isteri adalah muhram sementara.

Walau bagaimanapun, menurut mazhab hanafi, sentuh isteri tidak batal wuduk.


Read more...

Daurah 107

August 2, 2009

TARIKH:02/08/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 107
Surah Al- Maidah:3-5


PENGERUSI: Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust. Rasyid
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi Penting


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1- Hj Osman

a) Kaldai kampung diharamkan sedangkan kaldai liar dihalalkan. Apakah hikmah dibezakan kaldai liar dengan kaldai kampung?

Ust kama: Hikmah pengharaman adalah berkaitan perbezaan tabiat kedua-dua jenis binatang itu.

b) Apakah ikan makan tahi dihalalkan makan?

Binatang yang makan najis dipanggil "Jallalah".

Rujuk Jawapan: Islamonline,
Islamweb


2-En Ladis

a) Apakah diterima Islam seorang yang dekat nak mati sedangkan dia tidak berkhatan?

Ust kama: Khatam bukan syarat diterima atau tidak Islam seseorang.

b) Bagaimakah cara menutup aurat zaman nabi sedangkan pakaian mereka tidak seperti zaman kita?

Ust Kama: Pakaian pada zaman nabi tidak jauh beza di zaman kita. Zaman nabi bukan zaman purba yang digambarkan dalam sejarah zaman batu.

3) Mas Suradi

a) Terdapat kejadian orang kita yang pergi ke Indonesia, makan sate digerai milik orang bersongkok, disangkanya Islam, rupanya tidak dan sate itu pula adalah sate anjing. Apakah hukumnya?

Ust Kama: Jika tidak tahu, tidak menjadi dosa.

b) Bagaimanakah menentukan keadaan nyawa terancam untuk membolehkan seseorang yang terpaksa makan daging babi dibenarkan makan daging babi?

Ust Kama: Penentuan tahap yang dikatakan nyawa terancam adalah berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Jadi, tidak ada standard tertentu buat menentukannya.

4) Karkun

a) Boleh solat jenazah anak sorang ibu yang mengaku Islam dan Kristian atas permintaanya sendiri?

Ust Kama: Mudahan jika solat itu memberi jalan dakwah, itulah yang lebih utama.

b) Hukum makan penyu?

ٍUst Kama: Semua binatang adalah halal dimakan, kecuali yang datang dalil mengharamkannya. Penyu tidak diharamkan oleh mana-mana dalil. Yang diputuskan oleh ramai para ulama, sama-ada penyu atau kura-kura, ia adalah halal dimakan berdasarkan umumnya dalil:

كلوا مما في الأرض حلالاً طيباً ).[ البقرة: 168].

"Makanlah daripada apa yang ada dibumi, yang halal lagi baik".


Rujukan: Islamweb

Menurut Dr. Abd Karim Zaidan dalam kitabnya Fiqhul Mar'ah, penyu adalah harus dimakan dan hendaklah disembelih. Imam Ahmad juga mensyaratkan sembelihan ke atas penyu sebelum dimakan.

Rujukan : Islamtoday
Rujukan : AlRabita




Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP