CARI KANDUNGAN BLOG

CUTI TAHUN BARU CINA

January 24, 2009

Assalamualaikum Wrm Wbt....

Daurah Al-Quran pada minggu ini dibatalkan kerana Cuti Tahun Baru Cina. Moderator pergi ke Kota Kinabalu untuk sesuatu urusan.


sekian



Read more...

DAURAH 35

January 21, 2009

Daurah Malam ini-20/1/2009-Selasa
Muka Surat 38
Surah Al-baqarah: Ayat 231-233


ISI-ISI PENTING

Sila rujuk terjemahan.


KOMEN/ ULASAN

Kementar permula disampaikan oleh Ust Kamaruddin. 3 Ayat pada muka surat ini membicarakan persoalan talaq, iddah, ruju', menyusukan anak serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Ust Zawari menarik perhatian mengenai perbahasan yang menyeluruh yang terkandung dalam Al- Quran dan menuntut penganutnya beriman kepadanya secara total.


ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1) En. Hussein menimbulkan persoalan mengenai anak luar nikah yang dibenkan dengan datuknya.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa perbuatan menbinkan seseorang dengan bukan bapanya adalah berdosa.


2) Hj. Jafar menimbulkan 2 persoalan:

a) Mengenai suami yang menyusu dengan isterinya, apakah hukumnya?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa suami telah melebihi 2 tahun dan penyusuan suami ke atas isterinya tidak menimbulkan apa-apa implikasi hukum.


3) Ust Azri menimbulkan persoalan mengenai kepada siapa hendak dibinkan anak yang lahir sebelum kandungan mencecah 6 bulan?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa menbinkan dengan Abdullah adalah cara terbaik. Sepatutnya dibinkan dengan ibunya.


4) Ust. Nasir menimbulkan 2 persoalan iaitu:

a) Hukum wanita yang belum berkahwin menyusukan bayi, apakah ia memberikan implikasi hukum menjadikannya ibu susuan.

b) Siapakah yang memberikan nama-nama surah dalam Quran?

Jawapan ditangguhkan kepada Daurah berikutnya.


5) En. Samit menimbulkan persoalan mengenai :

a) Apakah anak-anak ibu susuan muhrim kepada anak susuannya?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa hukum muhrim susuan sama seperti hukum nasab bagi anak susuan dengan ibu susuannya.

b) Lafaz cerai melalui SMS dan MMS.

Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa majlis fatwa telah membincangkan mengenainya tidak berapa lama dahulu. Walau bagaimanapun, secara kesimpulannya, lafaz cerai melaui SMS dan MMS memerlukan niat cerai daripada suami kerana ia menduduki tempat lafaz cerai kinayah.


6) En Suradi menimbulkan beberapa persoalan iaitu:

a) Kedudukan isteri yang hilang suaminya beberapa tahun lalu disangkanya mati lalu dia berkahwin semula dengan lelaki lain. Tiba-tiba suaminya yang disangka mati itu kembali semula, maka bagaimana keadaan perempuan ini?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa jika permohonan fasakh itu telah dibawa kepada hakim dan dia difasakhkan dengan suami pertama, maka perkahwinan kedua adalah sah dan suami pertama yang pulang tiada hak lagi. Namun, jika perkahwinan kedua dilakukan hanya dengan sangkaan suami pertama sudah mati, lalu berkahwin semula, jika suami pertama pulang, suami pertama adalah berhak.

Pada masa kini, amalan lafaz taklik di Malaysia merupakan penyelesaian bagi isteri-isteri begini.

b) Adakah 5 kali kenyang menyusu bagi anak susuan itu sekaligus atau berasingan?

Ust. Kamaruddin mengulas mengatakan lima kali kenyang itu adalah hitungan yang berasingan antara satu sama lain.

c) Adakah nabi menbinkan Zaid dengan namanya?

Ust. kamaruddin mengulas bahawa nabi tidak menbinkan Zaid kepadanya tetapi manyarakat Makah memanggil Zaid bin Muhammad.

d) Solat hari raya di masjid yang padat dan tak dapat sujud, adakah sah?

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa suasana solat Jumuat di masjidl haram pada musim haji yang dikunjungi baru-baru ini mungkin boleh menjadi contoh keabsahannya. Ramai yang solat di atas tembok masjid dan sujud serta rukuk sekadar kemampuan sahaja.


Read more...

DAURAH 34

Daurah Malam ini-19/1/2009-Isnin
Muka Surat 37 Surah Al-baqarah: Ayat 225-230
ISI-ISI PENTING
KOMEN/ ULASAN
ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

Read more...

DAURAH 33

January 18, 2009

Daurah Malam ini-18/1/2009-Ahad
Muka Surat 36
Surah Al-baqarah: Ayat 220-224

ISI-ISI PENTING

  1. Makan harta anak yatim secara salah adalah dilarang
  2. Haram berkahwin dengan orang musyrik
  3. Islam tidak melarang hubungan dengan isteri yang sedang dalam haid melainkan persetubuhan.
  4. Isteri umpama ladang dan suami berhak mendatanginya bagaimana cara sekalipun selaras dengan maksud ladang tersebut.
  5. Bersumpah untuk tidak berbuat baik adalah haram.

ULASAN/KOMEN

  1. Ulasan keseluruhan telah diberikan oleh ust. Kamaruddin Wahab.
  2. En. Suradi mengulas mengenai sumpah yang dibuat untuk tidak berbuat baik, si penyumpah perlu membayar kifarat sumpah.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1)Ust Tn Roslan menimbulkan isu mengenai harta yang ibu yang dinamakan dengan nama bapa sewaktu hidupnya, apakah setelah si ibu mati , si bapa dikirakan makan harta abnak yatim?

Ust Kamaruddin memberi pandangan: Harta tersebut bukan lagi harta anak yatim kerana ia telah dihibahkan isteri kepada suaminya semasa hayatnya.

2) Hj. Osman menimbulkan dua persoalan:

  1. Apakah wanita ahli kitab yang hendak dinikahi oleh lelaki muslim perlu masuk Islam dahulu?
  2. Bagaimanakah lafaz salawat yang betul ketika menyebut perkataan wasallim dan wasallam?

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa kehalalan menikahi wanita ahli kitab bagi lelaki muslim adalah dalam kondisi wanita tersebut masih dalam agamanya.

Sama ada menyebut wasallam atau wasallim adalah bergantung kepada bagaimana ia dimulakan. Jika dimulakan dengan allahumma solli, maka wasallim pada penghujungnya. Jika wasallallahu...maka wasallam di hujungnya.

3) En Suradi menimbulkan permasalahan perbuatan mencampurkan harta anak yatim dan sendiri, bagaimana melaksanakan kewajipan zakat ke atas harta tersebut?

Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa mencampurkan harta sendiri dengan harta anak yatim sehingga tidak dapat dikenali mana satu hak sendiri dan mana satu bahagian anak yatim adalah perbuatan yang salah dan dosa.

4) En. Samit menimbulkan persoalan mengenai isteri yang didatangi haid selepas persetubuhan dan sebelum mandi junub, bagaimana cara mengangkat hadas besarnya?apakah perlu mandi dahulu bagi junub persetubuhan?

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa berbilang junub cukup dengan sekali mandi mengangkat hadas besar sahaja.

5) En Suradi menimbulkan persoalan mengenai 5 saktah dalam solat, apakah 5 saktah tersebut?

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa saktah tersebut adalah berhenti seketika di antara satu perbuatan dalam solat ke satu yang lain. Tempat-tempat saktah tersebut akan dihuraikan pada malam esok.(Rujukan 1, Rujukan 2,

Read more...

DAURAH 32

January 13, 2009

Muka Surat 34
Surah Al-baqarah: Ayat 216-219

ISI-ISI PENTING

  1. Allah mewajibkan peperangan demi mempertahankan agama
  2. Apa yang disukai oleh kita boleh jadi buruk untuk kita dan apa yang dibenci oleh kita mungkin baik untuk kita.
  3. Berperang dalam bulan haram adalah satu dosa besar namun perbuatan orang kafir musyrikin menghalang dakwah Islam, kafir dengan Islam, menghalang dari masuk ke masjidil haram dan menghalau orang Islam keluar daripadanya adalah lebih besar dosanya.
  4. Sesiapa yang murtad dan mati dalam kemuratadannya, maka rosaklah segala amalnya yang terdahulu dan kekallah dia dalam neraka.
  5. Orang Islam yang berhijrah meninggalkan Makah dan berjihad mempertahankan Islam, mereka adalah golongan yang mengharapkan rahmat Allah.
  6. Arak dan judi adalah diharamkan.
  7. Infaqkan harta fi sabilillah adalah diambil dari lebihan setelah dibelanjakan untuk keluarga.
KOMEN/ULASAN

Ust Kamaruddin menyebutkan bahawa peperangan adalah kewajiban di saat musuh cuba menginjak kehormatan Islam. Situasi di palastin sekarang, Penduduk Gaza, khusunya Hamas wajib berperang mempertahankan bumi Gaza kerana Yahudi cuba menginjak maruah umat Islam di sana. Umat Islam serata dunia secara amnya dalam keadaan wajib berpaeang dalam situasi sekarang ini.

Miskipun peperangan itu dibenci kerana akibatnya terhadap nyawa dan harta benda, Allah mengingatkan bahawa apa yang kita benci itu mungkin baik untuk kita. Perdamaian dan kemanan yang kita sukai itu mungkin buruk untuk kita. Penentuan baik dan buruk ini melebar dalam aspek-aspek kehidupan yang lain.

Bagi orang yang murtad dan mati sebelum bertaubat, dia adalah ahli neraka dan segala pahala amalnya semasa Islam telah rosak. Bagi yang bertaubat, dia perlu mengkadakan segala amalannya sebelum dan semasa murtad kerana semuanya telah rosak.

Pengharaman arak dalam Islam melalui tiga period atau peringkat. Ayat 219 adalah ayat pertama diturunkan mengenai arak dan ia belum mengharamkan arak. Umar Al-Khattab sentiasa berdoa meminta keputusan muktamad mengenai arak. Sehinggalah arak diharamkan menerusi ayat yang yang bertanya; "apakah kamu berhenti?". Ketika itu umar menyahut dengan mengatakan;"kami berhenti....kami berhenti".

'Al-Afwu' adalah lebihan daripada perbelanjaan setelah digunakan untuk diri dan keluarga.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. Hj. Osman menimbulkan persoalan mengenai maksud arak, apakah ia terhad kepada perahan anggur yang diperam sahaja atau termasuk bahan kimia yang diproses menjadi minuman memabukkan.

Ust Kamaruddin menjelaskan bahawa istilah 'al-Khamru' dalam ayat bermaksud menutup. Ia dinamakan 'al-khamru' kerana menutupkan akal dengan sifat mabuknya. Justeru, setiap yang memabukkan ia adalah 'al-Khamru'. Ini termasuklah bahan memabukkan yang dibuat dari bahan-bahan lain seperti sempoton, tuak, vodka dans sebagainya.

Hj. Yusuf menambahkan bahawa dadah juga termasuk dalam kelompok arak.

2. En. Ramlin menimbulkan persoalan mengenai dosa mengambil manfaat daripada arak oleh negara melalui cukai-cukai dan lesen-lesen perniagaan premis arak.

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa dosa tersebut adalah terpikul kepada pemimpin yang meluluskannya,

Ust Syukri menambah bahawa dalam perkara arak, ada 10 jenis manusia yang dilaknat . Jika seorang pemimpin meluluskan lesen premis arak, menjadikan cukai arak sebagai sumber pendapatan negara, rakyat yang memilih pemimpin tersebut turut menanggung dosa yang sama seperti pemimpin tersebut.

Hj. Yusuf menyeru agar pemimpin yang sebegitu jangan dipilih untuk memimpin negara kita.

3. Hj. Jafar menimbulkan persoalan mengenai tapai, apakah ia termasuk arak.

Ust. kamaruddin menjelaskan bahawa proses membuat tapai melalui tempoh masa tertentu. Tapai yang diperam untuk tempoh masa tertentu dengan ramuan tertentu akan bertukar menjadi arak. Tapai tidaklah haram sebelum bertukar menjadi arak. Bila tapai sudah bertukar menjadi arak, ia menjadi haram. Bila arak bertukar menjadi cuka, ia menjadi halal semula.

4. En. Suradi melontarkan persoalan mengenai amalan pertama yang dikira pada hari mahsyar iaitu solat dan dosa yang pertama dikira iaitu pertumpahan darah. Apakah maksud pertumpahan darah tersebut.

Ust. Kamaruddin mengulas maksud pertumpahan darah sebagaimana yang disebutkan dalam surah Al-Baqarah:Ayat 30. Dalam ayat tersebut, malaikat mempersoalkan apakah Allah akan menciptakan makhluk yang menumpahkan darah dan membuat kerosakan. Pertumpahan darah dalam ayat tersebut adalah bermaksud pembunuhan dan peperangan. Justeru, pertumpahan darah yang dimaksudkan dalam pertanyaan tadi tentulah pertumpahan darah sesama manusia dan tidak membabitkan haiwan dan binatang.





Read more...

DAURAH 31

Muka Surat 33
Surah Al-baqarah: Ayat 211-215


Isi-Isi Penting

Kaum Bani Israel banyak diberikan nikmat oleh Allah swt namun mereka seringkali kufur dengan nikmat-nikmat tersebut.

Dunia adalah hiasan buat orang Kafir sehingga dengan pencapaian mereka dalam dunia, mereka merendah-rendahkan orang beriman. Namun Allah mengingatkan bahawa orang bertakwa di atas orang kafir pada hari kiamat kelak.
Allah menghantar para nabi sebagai "basyir" dan "Nazir"
Komen
Ust Mohd Shahran menghuraikan ayat 213; Allah menghantar para nabi sebagai pemberi khabar gembira dan khabar duka dan dibekalkan kitab sebagai panduan. Bandingannya apabila seseorang membeli peti ais, ia akan dibekalkan buku manual penggunaan peti ais. siapa yang merujuk buku manual tersebut sebelum menggunakan peti ais, peti ais itu akan selamat daripada dirosakan. Demikianlah agama ini dan Al-Quran.
Ust. Sidqi Daniel menjelaskan tentang kelebihan bangsa Yahudi. Mereka dianugerahkan kepintaran dan kecantikan yang lebih berbanding bangsa lain. Mereka telah merancang untuk menyusup ke dalam pelbagai negara khusunya di US dengan cara menganjurkan penghapusan identiti bangsa dalam kad pengenalan agar mereka tidak dikenali oleh negara US. Pada hari ini Yahdi tersebar di serata dunia dan mungkin ada dalam negara kita Malaysia.
Ust Syukri mengingatkan bahawa kita tidak harus terpesona dengan kekayaan orang kafir kerana kekayaan tersebut hanya di dunia dan mereka tetap golongan rugi di hari akhirat.
En samit menceritakan pengalaman melihat layanan orang Yahudi terhadap orang yang dikenalpasti sebagai muslim semasa beliau belajar di US. Mereka senang bergaul dengan orang yang bukan Islam tetapi tidak suka bergaul dengan orang Islam.
Ust Kamaruddin menyebutkan tentang sebuah hadis berhubung dengan ayat 214 iaitu mengenai pertanyaan seorang sahabat bernama Khabab bin Al-Irt mengapa Rasulullah tidak meminta tolong dan berdoa kepada Allah supaya dimenangkan segara. Lalu Rasulullah menceritakan cobaan dan penderitaan ummat terdahulu. Kalangan mereka ada yang digergaji dari kepala hingga ke kaki dan kalangan mereka juga ada yang disikat daging mereka dengan sikat besi sehingga bercerai daging dari tulang, namun mereka tetap atas agama Allah. Tetapi kamu kaum yang tak sabar, kata Rasulullah.
Isu-isu yang ditimbulkan
Hj. Ja'far mempersoalkan mengapa masjid Baitul Maqdis terletak di Palastin dan tidak diletakkan di negara arab yang lain?
Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa keberadaan Baitul Maqdis di Palastin adalah sejak zaman nabi-nabi terdahulu lagi.
Hj. Yusuf menimbulkan persoalan mengenai maksud nafkah dalam ayat 215.
Hj. Yusuf menimbulkan mengenai orang berhutang yang bagaimana berhak disedekahkan.
En. suradi menimbulkan persoalan mengenai hikmah kenapa nabi tak makan barang sedekah tetapi makan barang hadiah.

Read more...

DAURAH 30

January 12, 2009

Muka Surat 33
Surah Al-baqarah: Ayat 203-210


ISI-ISI PENTING

Keharusan melakukan nafar awal dalam ibadah haji bagi yang ingin bersegera meninggalkan Mina.

Golongan munafik itu apabila dinilai perkataannya, ia amat mempesonakan si pendengar tetapi hatinya sangat busuk dan menentang islam.

Orang munafik suka membuat kerosakan di muka bumi dengan merosakaan sumber makanan dan perekonomian orang-orang Islam.

Mereka tidak mengendahkan peringatan malah bertambah sombong sehingga dengan sebab kesombongan mereka, mereka tega berbuat dosa, maka balasan mereka adalah neraka.

Bagi orang yang beriman pula, mereka sanggup mengorbankan diri demi mendapat keredhaan Allah.

Orang beriman hendaklah masuk ke dalam Islam secara keseluruhan dan bukan membawa ideologi sekular.

KOMEN

Ust. Kamaruddin menyebutkan bahawa nafar awal itu diharuskan namun Allah menyifatkan bahawa mereka yang berbuat nafar awal itu dalam kegopohan manakala yang bertakwa akan menyempurnakan sehingga selesai semua lontaran iaitu nafar thani. Adalah tidak sayugia membiarkan diri mendapat gelaran gopoh kerana gopoh adalah daripada syaitan manakala sabar dan tenang itu adalah daripada Allah.

Bahawa golongan munafik terus ada dalam masyarakat dan mereka memang pandai bersastera, berpidato dan sering mengeluarkan kata-kata yang mempesonakan. Justeru awaslah dengan golongan ini.

Golongan yang mengorbankan dirinya mereka itulah yang menuntut keredhaan Allah swt. Seumpama para pengebom berani mati yang ada di Palastin, mereka sanggup mengebom diri mereka semata-mata meninggikan Islam. Perbuatan mengebom diri untuk tujuan menambahkan derita golongan Yahudi yang kejam itu adalah satu pengorbanan yang mulia. Dr. Yusof Al-Qaradhawi sendiri telah menfatwakan bahawa kematian sebegini adalah syahid.

Islam adalah agama yang lengkap dan hendaklah dianuti secara keseluruhan. Kita orang oslam hendaklah mengelakkan diri daripada berpegang dengan teori sekular yang mangatakan "tinggalkan apa yang menjadi hak Qaisar untuk Qaisar dan apa yang menjadi hak Allah untuk Allah. Tiada hak yang diasingkan sebegini dalam Islam , sebaliknya semua adalah hak Allah swt.

ISU-ISU YANG DITIMBULKAN

1. En Ladis menimbulkan persoalan mengenai bunuh diri dengan bom seperti yang dilakukan oleh para pejuang di Palastin. Apakah ini bukan bunuh diri yang terlarang dalam agama.

Ust. Kamaruddin menjelaskan perbezaan antara bom berani mati dengan perbuatan bunuh diri kerana masalah-masalah duniawi seperti hutang, putus cinta dan sebagainya. Mengebom diri tersebut bukan kerana putus asa dengan dunia sebaliknya adalah untuk menegakkan agama Allah dan menghancurkan musuh Allah. Sementara bunih diri jenis kedua itu adalah kerana putus asa daripada rahmat Allah. Putus asa daripada rahmat Allah adalah satu dosa besar.

2. En. Suradi menimbulkan persoalan mengenai tawaf membahu kiri ke Kaabah. Kenapa bahu kiri ke Ka'abah sedangkan dalam banyak amalan syariat kanan didahululukan?

Ust. Kamaruddin mengulas mengenai ittiba' sunnah. Dalam amalan haji, banyak yang kita lakukan adalah atas dasar mengikut sunnah seperti mencium hajaral aswad, melontar jamrah dan sebagainya. Kita membahu kiri ke Kaabah adalah kerana mengikut sunnah nabi malah sunnah nabi Ibrahim yang terdahulu.

3. En Suradi menimbulkan persoalan mengenai solat hajat di siang hari berjemaah dan menjaharkan bacaan.

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa solat sunnat yang dibuat pada siang hari adalah di"sir"kan bacaannya sekalipun berjemaah. Sementara solat sunnat yang dibuatb dimalam hari, boleh dijaharkan bacaannya sama ada berjemaah atau berseorangan.

4. En. Suradi menimbulkan persoalan tentang Qunut Nazilah, apakah kaedah perlaksanaannya?

Diulas oleh ust. kamaruddin bahawa Qunut Nazilah dilakukan dalam solat sama ada sunat atau Fardhu selepas bangun dari rukuk rakaan terakhir solat. Pada zaman dahulu, Nabi Muhammad melakukan Qunut Nazilah mendoakan kehancuran buat kaum Ra'lin dan Zakwan yang menentang Islam.

5. En. Mahalli menimbuilkan soal tentang wuduk yang tidak batal apabila bersentuh lelaki dan perempuan.

Ust. Kamaruddin menjelaskan bahawa ia adalah persoalan mazhab dan tidak menjadi kesalahan golongan yang berpegang bahawa wuduk tidak batal dengan sebab bersentuhan lelaki dan perempuan.

Read more...

DAURAH AL-QURAN TAHUN 2009



Setelah berhenti rehat selama hampir 2 bulan, pada hari ini tanggal 11 januari 2009, daurah Al-Quran akan disambung semula bagi siri yang ke-30 pada muka surat ke 32 Al-Quranul Karim.Diharapkan kepada semua peserta daurah dapat menghadirkan diri dan datang dengan persediaan bagi perbincangan pada malam ini.



Seperti biasa, masanya adalah selepas solat maghrib hingga masuk waktu insya bertempat di Masjid Al-Fajar, Sandakan.


Sila bawa Al-Quran terjemahan dan bahan catatan untuk memaksimakan manfaat dari daurah yang diadakan.


Sekian, terimakasih
Ust Kamaruddin Wahab
Moderator Daurah Al-Quarn
Masjid Taman Fajar, Sandakan

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP