CARI KANDUNGAN BLOG

Anak diseru berbinkan ayahnya, bukan ibunya.

November 25, 2019

Semalam kuliah Tafsir di Masjid Nurus Saadah. Tafsir antara lain ayat 50 Surah Al-Mukminun.

وَجَعَلْنَا ابْنَ مَرْيَمَ وَأُمَّهُ آيَةً وَآوَيْنَاهُمَا إِلَىٰ رَبْوَةٍ ذَاتِ قَرَارٍ وَمَعِينٍ 

" Dan kami jadikan anak Maryam dan ibunya sebagai satu tanda serta kami bawa kedua-duanya berlindung di sebuah tempat tinggi yang boleh dihuni dan ada sumber mata air".

Ketika jelaskan tentang lafaz Ibn Maryam, anak Maryam iaitu nabi Isa, saya kaitkan dengan dakwaan sesetengah orang tentang anak dibinkan dengan ibu pada hari akhirat.  Kerana itu, masa baca talqin, lebai akan mentalqinkan mayat sambil menyeru y" yah Sya'ari bin Amatillah". Membinkan seseornag dengan ibunya tidak disokong oleh nas yang Saheh. Nas yang saheh menyebutkan bahawa seseornag itu dibunkan dengan ayahnya, dan bukan ibunya.

Nas pertama adalah daripada Al-Quran sendiri. Surah Al-Ahzab, ayat 5 , Allah berfirman:

ادْعُوهُمْ لِآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِندَ اللَّهِ
"Panggillah mereka( anak-anak) dengan dibinkan kepada ayah mereka, itulah yang lebih adil dalam neraca Allah"

Quran suruh panggil anak dengan dibinkan kepada ayah.Bukan Ibu.

Nas kedua adalah daripada Hadis. hadis dalam Saheh Muslim. No hadis 6177. 


عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( إِنَّ الْغَادِرَ يُرْفَعُ لَهُ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ ).

Kata Nabi, pada hari kiamat seseorang pengkhianat diberikan tanda dan namanya disebut Fulan bin Fulan dan bukan Fulan bin Fulanah!

Lantas daripada mana datangnya amalan menyebut mayat dibinkan dengan ibunya. Ianya datang daripada sumber hadis yang  daif Jiddan. Hadis itu disebutkan dalam Mu'jam At-Tobrani. Daripada Abu Umamah Al-Bahili, katanya Rasulullah telah bersabda:

إذا مات أحد من إخوانكم فسويتم التراب على قبره فليقم أحدكم على رأس قبره ثم ليقل يا فلان بن فلانة فإنه يسمعه ولا يجيبه ثم يقول يا فلان بن فلانة فإنه يقول أرشدنا يرحمك الله

فقال رجل يا رسول الله فإن لم يعرف اسم أمه ؟ قال فلينسبه إلى أمه حواء يا فلان ابن حواء
 

Hadis ini Daif Jiddan , tidak boleh jadi hujjjah dan tidak boleh buat amalan . Al-Haithami kata dalam sanadnya ada sekumpulan yang dia tidak kenal mereka. Ibn Solah, AN-Nawawi, Al-Iraqi, Ibn Qayyim dan Ibn Hajar, semua mereka mendaifkannya.

Perlu diingat , Imam Bukhari sendiri telah membuat bab dalam Sahehnya dengan tajuk:


 ما يدعى الناس بآبائهم

Bab Seseorang Manusia diseru dengan nama bapanya

Tidaklah Imam Bukhari yang bijak laksana itu membuat nama bab tanpa ada tujuannya.





Read more...

Dunia ini lebih ringan daripada sayap Nyamuk

November 24, 2019

Anda lihat mereka yang kafir, tak beriman kepada Allah itu, yang derhaka dan bergelumang maksiat kepada Allah, mendapat habuan melimpah dalam dunia ini. Apakah anda rasa tergiur? Lalu anda mengeluh...

"Oh Tuhan...aku beriman kepadaMu, taat menjunjung perintahmu, tapi mengapa tidak Kau berikan aku kesenangan dunia ini?".

Ingatlah, dunia itu barang yang nilainya tidak lebih berat daripada sayap nyamuk. Apalah harganya sayap nyamuk? Mahukah kau rebuti sayap nyamuk? Nak buat apa sayap nyamuk? Sayap kalkatu pun kita tak mahu, apa lagi sayap nyamuk. Kalau disuruh kita buat satu pekerjaan, upahnya adalah sayap nyamuk, sumpah taubat lahum, kita tak mahu buat kerja untuk diupah hanya sayap nyamuk. 

Kata junjungan kita nabi Muhammad, dunia itu lebih ringan daripada sayap nyamuk. Sabda baginda:

لَوْ كَانَت الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللَّه جَنَاحَ بَعُوضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْها شَرْبَةَ مَاءٍ

"Kalaulah dunia itu ada seberat sayap nyamuk nilainya di sisi Allah SWT, tentulah Allah tidak benarkan orang yang kafir dengannya minum walau seteguk air". 


Ingatlah, ketaatanmu kepada Allah, bukan mahu dibalas dengan dunia. Dunia murah. Ketaatan akan dibalas dengan harga mahal di akhirat. Biarlah orang kafor berseronak dengan barang murah, kita orang beriman akan mencari barang mahal. kalau mereka yang kafir itu dapat limpahan dunia, itu bukan ganjaran kebaikan mereka, tetapi itu adalah "acah-acahan " Allah untuk bermain-main dengannya. 

Acahan itu disebut ISTIDRAJ!

Read more...

Nabi Isa dan nabi Yahya

November 20, 2019

Ibu nabi Yahya bernama Isya' (إيشاع )

Para Mufassirin berbeza pandangan tentang hubungan Isya' ini dengan Hannah, isteri Imran yang merupakan ibu kepada Maryam. Isya' itu dikahwini oleh nabi Allah Zakaria dan dia tidak mendapat anak kerana mandul. Hinggalan takdir Allah menentukan lahirnya Yahya dan hilanglah sifat mandul Isya' itu.

Ada dua pandangan mengenai status Isya' tersebut:

1) Dia adalah anak kepada Hannah, iaitu kakak kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan hadis nabi SAW mengenai peristiwa nabi SAW naik ke langit ke-2 dan bertemu dengan nabi Yahya dan Isa. Ketika memperkenalkan mereka, Jibrail menyifatkan mereka dengan katanya:


 وَهُمَا ابنَا الخَالَةِ
Kedau-duanya adalah anak kepada ibu saudara

Perkataan ini membawa maksud bahawa Yahya dan Isa itu masing adalah anak kepada ibu saudara yang lain. Dengan kata lain, emak nabi Yahya adalah ibu saudara kepada nabi Isa, manakala ibu nabi Isa pula adalah ibu saudara kepada nabi Yahya. Jika demikian, Maryam dengan Isya' adalah dua beradik dan mereka anak kepada Hannah. 

Inilah pandangan Jumhur Mufassirin sebagaimana dinukilkan dalam Al-Bidayah wan Nihayah.

2) Dia adalah adik kepada Hannah dan ibu saudara kepada Maryam.

Pandangan ini berasaskan kepada fahaman mengenai ayat yang menyebutkan tentang nazar Hannah sebelum Maryam lahir. Ayat itu memberi isyarat bahawa Hannah tidak dapat anak lalu dia bernazar sehingga lahirlah Maryam. Maryam adalah satu-satunya anaknya. Bagimana pula dikatakan Maryam ada kakak?`

Berpegang dengan alasan itu, hadis yang menyifatkan bahawa Yahya dan Isa sebagai masing-masing anak kepada makcik difahami bahawa kedudukan Isa sebagai anak kepada ibunya yang menjadi saudara kepada Isya', sama statusnya dengan anak saudara juga. Dari segi hukum, jika ibu anak saudara kepada seseorang, anaknya juga dianggap anak suadara kepada orang itu. Maka Isa dianggap anak sudara kepada Isya' walaupun antara dia dengan Isya' ada ibunya.

Justeru, Yahya dan Isa itu disifatkan sebagai anak kepada makcik tidak bertentangan.

Yahya anak kepada makcik Isa iaitu Isya'. Manakala Isa adalah anak kepada sepupunya iaitu Maryam.


Read more...

Penawar Sakit Gigi

Disebutkan dalam Tafsir Al-Qurtubi, ketika mentafsirkan ayat 26 Surah Al-An'am:

Ditulis ayat di atas atas "kaghid". Kaghid dalam Mu'jam Al-Arabi diertikan "Al-Qirtas", iaitu kertas. Maka tulis ayat tadi atas kertas dan letak atas gigi yang sakit. Demikianlah apa yang disebut oleh As-Tsa'labi.

Read more...

40 Orang tanpa Syirik

November 16, 2019

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ما من رجل مسلم يموت، فيقوم على جنازته أربعون رجلاً لا يشركون بالله شيئاً إلا شفعهم الله فيه. 

Hadis riwayat  Ibn Abbas dalam Saheh Muslim mneyebutkan bahawa baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah mati seorang lelaki, llau solata atas jenazahnya 40 orang lelaki yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu, maka Allah akan jadikan doa mereka itu syafaat buat jenazah itu.

Kerana mahu dapatkan angka ini, kedapatan amalan mengupah orang untuk solat jenazah. Lama-kelamaan kebiasaan ini telah mengubah keikhlasan solat jenazah kepada untuk dapatkan duit. Sekarang ini, plaing murah nilai 4 takbir solat jenazah ialah RM 5. Ramai yang datang solat, dalam niatnya sudah tersimpan mahu duit solat jenazah itu.

Maka, ringkas katanya, mereka itu telah berbuat syirik dalam ibadah. Tiadalah faedahnya syafaat yang dijanjikan dalam hadis itu buat si mati.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP