CARI KANDUNGAN BLOG

BLACKOUT

September 29, 2009

Sejak kira-kira jam 4.30 petang lagi sebahagian besar kawasan Sandakan mengalami gangguan bekalan elektrik. Menjelang wakti maghrib dan insya, keputusan bekalan itu belum dapat diselesaikan. Sesudah selesai solat inya, kira-kira jam 8.30 malam, barulah bekalan elektrik dapat disambung semula.


DAURAH PADA MALAM INI (DAURAH 116) DITANGGUHKAN KE MINGGU HADAPAN....INSYA ALLAH.

Read more...

Daurah 115

September 28, 2009

TARIKH:28/09/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 115
Surah Al-Maidah: 41-


PENGERUSI: En Suradi
ULASAN TAJWEED: En Suradi
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting

1) Antara perangai Yahudi yang disebutkan Allah dalam ayat adalah suka mendengar cerita dusta dan suka makan harta yang haram.

2) Orang Yahudi telah diberikan kitab taurat, di dalam mengandungi hukum-hakam yang ditetap kan Allah, namun mereka tetap mencari keringanan dengan jalan merujuk kpada nabi Muhammad, mudahan menemui kelepasan daripada menegakkan hukum taurat.

3) Para nabi-nabi terdahulu, mereka itu Islam semuanya.


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Ust Nasir

a) Apakah hukuman Qisas dilakukan sendiri oleh keluarga mangsa atau di tangan pemerintah?

Ust Kama: Mana-mana hukuman sama ada hudud, qisas ataupun ta'zir, hak tanfiz (perlaksanaan) adalah di tangan pemerintah.

b) Apakah perlaksanaan hukum hudud membebaskan dosa berkenaan di akhirat?

Ust Kama: Ya...membebaskan dosa berkenaan sekiranya dia bertaubat bersama dengan hukuman yang dijatuhkan. Jika dia dihukum tetapi tidak bertaubat juga, balasan tasa dosa itu menanti di akhirat.

2) Hj. Osman

Apakah jika perbuatan zina dilakukan antara Islam dan kafir. orang kafir turut dijatuhkan hukuman?

Ust Kama: Orang Islam dan kafir (Zimmi) adalah sama di bawah undang-undang Islam.

3) En Suradi

a) Apakah maksud membeli ayat Allah dalam ayat 44?

Ust Kama: Disebut perkataan membeli tetapi yang dimaksudkan adalah menjual. Menjual ayat Allah bermaksud menggantikan nilai-nilai akhirat dengan dunia yang murah. Sanggup menempa celaka di akhirat demi kenikmatan dunia yang sedikit.Mengorbankan agama demi mengejar dunia.

b) Apakah mengajar Al-Quran dan mengambil upah yang murah boleh dinamakan menjual ayat Allah dengan harga yang murah?

Ust Kama: Mengambil upah dengan sebab mengajar Al-Quran adalah diharuskan. Tentang harga yang diletakkan adalah tergantung kepada keadaan. Jika sampai menutup jalan dakwkah dan meluaskan pengajaran Al-Quran, tentunya ia dilarang, Namun, jika harga yang murah sampai merendahkan nilai Al-Quran berbanding subjek lain, tentunya itu juga tidak sepatutnya.

Read more...

Daurah 114

September 27, 2009

TARIKH:27/09/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 114
Surah Al-Maidah: 37-41


PENGERUSI: Ust Kama
ULASAN TAJWEED:En. Suradi
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting

  • Ayat 37 adalah khas untuk orang-orang kafir.
  • Hukum potong tangan kepada pencuri diamalkan sejak zaman jahiliah.
  • Orang yang pertama sekali dipotong tangan semasa jahiliah adalah Al-Walid bin Al-Mughirah.
  • Lelaki pertama dipotong tangan semasa Islam ialah Al-Khiar bin 'Adi bin Naufal bin Abd Manaf.
  • Perempuan pertama yang dipotong tangan dalam Islam ialah Marrah binti Sufyan binti Abd Asad daripada bani Mahkzum
  • Abu Bakar dan Umar melaksanakan hukuman potong tangan pada zaman pemerintahan mereka.
  • Ayat potongan walaupun umum kepada semua, ia tertakluk kepada syarat.
  • Sabda nabi SAW:
لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا

Tidak dipotong tangan pencuri melainkan jika nilai curiannya 1/4 dinar atau lebih.

Nilainya sama dengan 3 dirham.Saru dinar adalah setara dengan 4.25 gram emas (24 karat).

Dari hadis ini dapat dibuat kesimpulan bahawa perkiraan nisabnya adalah ¼ x 4.25g = 1.0625g. Mengikut kiraan, katakan harga semasa emas ialah RM86/g. Jadi, 1.0625g x RM86 = RM91.38. Oleh itu, nisab kecurian semasa adalah RM91.38. Sekiranya seorang itu mencuri barangan berharga RM90.50 maka tangannya tidak dipotong kerana belum cukup nisab lagi, tetapi dia tetap akan dikenakan hukuman takzir.

Syarat-syarat potong tangan bagi pencuri:
1)Jenayah itu namanya mencuri (barang yang dicuri itu disimpan)
2)Nilai curian cukup nisab (1/4 dinar).
3) harta curian adalah harta yang dihormati.
4)harta curian diambil dari jagaan pemilik.
5) harta curian bukan harta syubhat dan harta milik bersama.
6)Si pencuri itu mukallaf termasuk kafir zimmi.
7)Kes kecurian sabit berdasarkan pengakuan atau saksi (2 orasng saksi lelaki)

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

a)En Suradi

1) Jika pencuri yang disabitkan hukuman potong tangan, tiada tangan kiri, apakah hukuman itu berpindah ke tangan kiri?

Ust Kama: Yang diperintahkan adalah potong tangan pencuri. Oleh itu jika tiada tangan kanan, tangan kiri yang dipotong.


2) Kenapa mencuri harta rampasan perang tidak dikenakan hukuman potong tangan?

Ust Kama: Harta ghanimah adalah harta milik bersama ummat Islam. Oleh itu ia termasuk dalam kumpulan harta syubhat.

3) Dari pihak manakah saksi bagi kes mencuri? Dari pihak mangsa atau pencuri?

Ust Kama: Saksi bagi kes mencuri adalah 2 lelaki atau satu lelaki dan 2 perempuan. daripada pihak mana tidak penting asalkan mereka menyaksikan kejadian cuir tersebut.


b)En Samit

1) Apakah hukuman bagi pencuri bukan Islam?

Ust kama: Orang Islam dan kafir tertakluk kepada hukum potong tangan.

2) Ulasan: Kedapatan kalangan pemimpin yang membuat momokan bahawa jika tangan pencuri dipotong, ramailah yang berjalan di dalam keadaan tiada tangan dan akan terbantutlah pembangunan negara?


c) Hj. Yusuf

Orang yang disesatkan Allah seperti pengamal ajaran Qadiayani, jika mereka meninggal dunia, apakah kita patut solatkan jenazah meeka? Di manakah mereka perlu dikebumikan?

Ust Kama: Haram mensolatkan mereka dan mayat mereka hendaklah dikebumikan di kubur bukan muslimin.


d)En Momoh

1) Penzina lelaki dan perempuan yang telah dijatuhi hukuman sebat, apakah boleh mereka kahwin dahulu?

Ust Kama: Hukum Allah hendaklah ditegakkan dahulu apabila sudah diputuskan.

2) Jika anak perempuan lahir dari hasil zina tersebut, bolehkah bapa zinanya mewalikan pernikahannya kelak?

Ust kama: Bapa anak zina bukan walinya. Walinya ialah wali hakim.

3) Apakah boleh berkahwin dengan pasangan zina sendiri yang mengandung?

Ust Kama: Ulama berselisih pandangan mengenainya

Malik: Harus menikahi wanita penzina walaupun tidak beraubat, asalkan dia telah istibra'.
Abu Hanifah: Tidak harus menikahinya selepas istibra', apabila dia tidak hamil.
Syafie: harus menikahinya walaupun dia hamil kerana hamil zina tiada kehormatan padanya.

Ibnu Taimiyyah: Haram menikahi perempuan dan lelaki penzina secara mutlak berdalilkan firman Allah swt:


Rujuk: Islamqa
Rujuk: Ibn Taimiyyah


e)Hj. Jaafar

Bagaimana jika sekeluarga terlibat dalam jenayah mencuri dan semuanya telah menjalani hukuman potong tangan, apakah pihak kerajaan (merujuk kepada pengalaman Arab Saudi) menawarkan pampasan untuk menanggung hidup mereka?

Ust Kama: Mereka akan dibantu dengan zakat dan baitulmal jika mereka tergolong dalama kalangan faqir miskin dengan sebab hilang upaya bekerja.


f)Hj. Osman

Apakah mencuri dalam keadaan miskin, lapar, kesempitan hidup juga dikenakan hukuman potong tangan?

Ust Kama: Umar al-Khattab pernah mengangkat hukuman potong tangan bagi pencuri pada zaman pemerintahannya disebabkan susana kelaparan sedang menyerang negeri.



Read more...

Notis: Daurah siri ke 114 akan dimulakan

September 26, 2009

Setelah sebulan Ramadhan, program daurah dihentikan buat sementara, kini Daurah ke 114 akan bermula pada minggu ini iaitu paa muka surat 114 :

Tarikh: 27 September 2009 (Ahad)

Masa: Antara maghrib-insya

Tempat: Surau Al-Fajr.

Aktiviti: Bacaan quran, terjemahan, ulasan tajweed, tafsiran, perbincangan dan persoalan.

Ahli daurah dan jemaah diharap dapat mempersiapkan diri dengan ulangkaji awal pada muka surat yang akan dibincangkan. Ahli daurah dan jema'ah juga diharapkan dapat mengamalkan budaya mencatat. Oleh itu sila bawa buku catatan dan alatulis.

Sekian

Daripada:

Ust Kama
Moderator blog

Read more...

Hasil Kutipan Infaq

September 21, 2009

Alhamdulillah...sumbangan dan infaq yang telah disalurkan ke Surau Al-Fajr sepanjang Ramadhan dan Hari Raya Eidul Fitri pada tahun ini telah meningkat pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya. Pada malam ini, Jawatankuasa Surau Al-Fajr telah membuat kiraan hasil sumbangan dan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM6207.10. Jumlah ini adalah peningkatan lebih sekali ganda berbanding jumlah sumbangan untuk tempoh yang sama pada tahun lalu.

Terima kasih kepada para penyumbang. Infaq yang disalurkan akan dinilai oleh Allah SWT dan akan mendapat balasan keluasan razeki dan kelapangan hidup di dunia dan di akhirat menanti balasan yang lebih besar.

Read more...

KEMPEN INFAQ SURAU AL-FAJR

September 19, 2009


Sempena Ramadhan, surau Al-Fajr melancarkan kempen infaq bagi tujuan pembaikan beberapa prasarana surau di samping bertujuan menanggung kos bil elektrik. Surau Al-Fajr tidak mempunyai sumber kewangan yang tetap bagi tujuan tersebut. Atas rasa bahawa surau Al-Fajr adalah sebuah rumah Allah dan dimiliki secara bersama oleh seluruh warga Taman Fajar dan taman-taman sekitarnya secara khusus dan milik ummat Islam secara amnya, maka amat wajar infaq disalurkan untuk dana surau.

Oleh itu, pada tanggal 18 September 2009, semasa berhenti rehat antara solat taraweh malamnya,, pengerusi surau, Tn Hj. Ayung Hasan telah melancarkan Kempen Infaq Surau Al-Fajr. Serentak dengan pelencaran tersebut gimik pengedaran tabung dilancarkan. Kempen ini adalah sebuah kempen yeng berterusan setelah Ramadhan. Beberapa cara penyaluran infaq telah dinyatakan iaitu:

1) Melalui akaun surau Al-Fajr iaitu: 56002700108 (Maybank) atas nama Surau Al-Fajr, Sandakan.

2) Melalui pengerusi surau, Tn Haji Ayung Hasan pada talian : 0128192504

3) Melalui bendahari surau, En Abd Muda Ajak pada talian : 0168304322

Umat Islam dialu-alukan untuk menyalurkan infaq kepada surau Al-Fajr. Adalah menjadi harapan Jawatankuasa Surau khasnya dan masyarakat setempat amnya untuk melihat Surau Al-Fajr dinaiktaraf menjadi masjid satu hari nanti. Oleh itu, dana-dana yang disalurkan akan merentangkan jalan lebar ke arah itu dan ia akan menjadi amal jariah yang berkekalan. Rebutlah peluang menanam saham akhirat anda!

Read more...

MAJLIS KHATAM AL-QURAN

September 18, 2009


Hadis Rasulullah SAW:

عن أبيّ بن كعب : " أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا قرأ ( قل أعوذ برب الناس ) افتتح من ( الحمد ) ثم قرأ من البقرة إلى ( وأولئك هم المفلحون ) ( البقرة / 5 ) ثم عاد بدعاء الختمة ثم قام "

Daripada Ubai bin Ka'ab: "Bahawa nabi SAW apabila baginda membaca surah An-Nas, baginda akau memulakan dengan surah Al-Fatihan dan kemudian membaca awal surah Al-Baqarah hinggalah ( وأولئك هم المفلحون ) kemudian baginda membaca doa khatam Quran. Setelah itu barulah baginda beredar".
(Riwayat Tarmizi)

Semalam, Surau Al-Fajr mengadakan majlis khatam Al-Quran.Tahun ini, majlis tadarus al-Quran dapat menamatkan bacaan sebanyak dua kali. Majlis diserikan dengan jamuan ringan selepas selesai solat taraweh dan witir.


Malam ini, jemaah surau sudah berkurangan. Selain ramai yang sudah balik kampung, mungkin juga sebilangan mengambil kesempatan membeli belah sempena hari raya yang bakal tiba.


Read more...

Kecurian Motosikal Menjelang Aidil Fitri

September 16, 2009

Tanggal 14 hb September lalu, berlaku kecurian motosikal milik ust Azli dari lorong 9, Taman Fajar. Menurut sumber-sumber cerita, kehilangan tersebut berlaku tengahari. Usta Azli yang pulang dari sekolah pada hari itu, berada dalam rumahnya dan menyedari kehilangan motosikalnya beberapa ketika kemudian apabila melihat tidak ada di luar. Satu laporan polis telah dibuat berikutan kehilangan tersebut.

Di samping itu, solat hajat telah dilakukan agar Allah merungkai musibah itu. Alhamdulillah, esoknya motosikal itu telah ditemui di kawasan hutan berhampiran pejabat pertanian pinggir Taman Fajar. Menurut sumber cerita, ia ditemui oleh seorang petugas pemotong rumput yang curiga dengan keberadaan motosikal di kawasan tersebut untuk satu jangka masa yang lama. Dikatakan beliau telah melihat sekumpulan kira-kira 3 orang pelajar sekolah berada di tepi motosikal tersebut dan kemudian apabila motosikal itu terus berada di situ beberapa jam kemudian, beliau telah menalifon polis.

Ust Azli, mangsa kecurian motor.

Begitulah kisahnya. Namun, pencurinya tidak dapat diberkas kerana tidak dapat dikenalpasti.

Terdahulu, rumah ust Zawari diberitakan dipecah masuk pencuri dan beliau kehilangan sejumlah wang dan sebuah unit Kamera Digital berharga lebih RM1000.00.

Adalah diharapkan masalah kecurian ini akan dapat diselasaikan dengan kerjasama warga setempat, pihak berkuasa disamping berdoa kepada Allah SWT.

Read more...

Hj. Yusup Omar

September 14, 2009


Hj. Yusop bin Omar. Beliau berasal dari negeri Johor dan kini sudah menjadi pemastautin di negeri di bawah bayu. Pernah berkhidmat dalam tentera dan kini sudah pencen. Di kalangan jemaah surau Al-Fajr, beliau dikenali sebagai ahli jemaah yang istiqamah dan mudawamah dengan solat-solat Jemaah. Datang ke surau menaiki basikal dan dalam masa-masa tertentu sering kelihatan kelibatnya cycling di kawasan sekitar sebagai aktiviti exercise menambahkan kesihatan. Beliau juga merupakan seorang yang komited dengan program daurah quran yang dijalankan di surau Al-Fajar. Beliau bertindak sebagai pembaca terjemahan. Suaranya yang jelas dan terang membuatkannya tampil sebagai pembaca terjemahan yang berkesan.

Hj. Yusuf tinggal di lorong 10 Taman Fajar. Semoga Allah memberinya kesihatan dan menambahkan kekuatan amal soleh. Semoga Allah meletakkannya atas jalan istiqamah sehingga ke akhir hayat.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Read more...

TADARUS AL-QURAN MALAM KE 24

September 13, 2009




Malam ini, sesi tadarus masuk malam ke-24. Peserta tadarus dihidangkan dengan sate.

Read more...

IHYA' AL-USYUR

Surau al-Fajar pada tahun ini terus menganjurkan program menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan. Baghial Khair mengambil kesempatan untuk bermalam di surau dan qiam pada sepertiga malamnya. Sesungguhnya mencari Lailatul Qadar dengan cara beriktikaf di masjid adalah sunnah baginda Rasulullah SAW. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Aishah r.a dalam sebuah hadis:

"كَانَ النَّبِيُّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

"Adalah nabi SAW, apabila masuk sepuluh malam yang terakhir daripada Ramadhan, baginda mengikat kainnya (di pinggang), menghidupkan malamnya dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk bertahajjud)".

Bacaan tambahan: Imamul Masjid


Read more...

Solat taraweh di Masjid Al-Fajr

September 8, 2009



Ramadhan kali ini, masjid Al-Fajr menjadi tumpuan penduduk setempat dan sekitar. Bagi yang ingin memburu kelebihan bertaraweh di bulan Ramadhan, mereka berpusu-pusu memenuhi surau. Namun, bagi yang tidak menghendaki kelebihan tersebut, tidak juga datang. Bagi setiap orang pekerjaan yang telah ditakdirkan.

قل كل يعمل على شاكلته

Berkat dermawan beberapa individu, masjid Al-Fajr kini sudah dilengkapkan edngan 4 unit penghawa dingin. Beberapa carpet tambahan juga telah disumbangkan. Pintu surau juga telah ditukarkan kepada pintu sliding cermin. Bahagian balai lintang telah dilapiskan mozek.

Semoga Allah memberkati mereka yang telah menaburkan jariah buat masjid Al-Fajr.

Read more...

Majlis Tadarus Al-Quran

September 7, 2009



Sepanjang bulan Ramadhan, Masjid Al-Fajr menganjurkan halaqah tadarus Al-Quran. Sistem tadarus yang diamalkan ialah berkumpulan. Terdapat 2 kumpulan yang mana masing-masing membaca juzuk yang ditentukan. Tadarus bersambung setiap malam bagi juzuk berikutnya. Pada satu malam, 2 juzuk dapat disempurnakan oleh kedua-dua kumpulan. Menjelang pertengahan Ramadhan, sebuah Al-Quran dalat dikhatamkan secara jama'i.

Biarpun cara tadarus sebegini tidak menjadikan setiap peserta menghabis Al-Quran secara langsung, ia adalah satu cara untuk ihya Ramadhan yang amat baik diteruskan. Mudah-mudahan Allah memperhitungkan amal jama'i ini dan memberi pahala khatam Al-Quran bagi setiap pesertanya.

Read more...

Ustaz Abu Bakar bersama majlis berbuka surau Al-Fajr

September 5, 2009

Pada hari ini, majlis berbuka puasa di Masjid Fajar dikunjungi oleh ustaz Abu Bakar selaku penceramah pada malam ini.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP