CARI KANDUNGAN BLOG

Ulasan Daripada Kitab Bid'u At-Tafasir

July 9, 2023

Abdullah bin Muhammad As-Sodiq Al-Ghimari mengarang sebuah kitab bertajuk "Bid'u At-Tafasir".


Beliau terilham meletakkan nama itu daripada istilah yang dipakai oleh Az-Zamakhsyari dalam Kitab Tafsirnya yang bernama Al-Kasyyaf ketika dia menyebutkan beberapa tafsir yang salah.


Zamakhsyari adalah seorang muktazili yang ta'assub dengan akidah muktazilahnya dan dia sendiri mengandungi kesalahan-kesalahan dalam tafsirnya.

Dalam kitab Bid'u At-Tafasir, musannif menyebutkan kesalahan-kesalahan tafsir dalam dua kategori iaitu:


A) Tafsir-tafsir Muktazilah seperti tafsir Abu Muslim Muhammad bin Bahar Al-Asfahani, Abul hasan Ali bin Isa Ar-Ramani, Abu Ali Muhammad bin Abdul Wahab Al-Jaba-i dan lain-lain tokoh Muktazilah.


Kesilapan mereka dalam tafsir didorong oleh beberapa faktor iaitu:


1) Keberanian menafsirkan Quran berdasarkan pendapat hingga tega menolak penafsiran hadis yang jelas mengenainya.


2) Kerana kaedah-kaedah mazhab mereka yang dipegang iaitu: Al-Adl, Khalqul Quran, Mukallaf melakukan sendiri perbuatannya, penafian terhadap kalam nafsi, penafian ta'alluq ketuhanan dengan perbuatan maksiat dan harus yang dilakukan hamba, mstahil melihat Allah SWT dan kekalnya dalam neraka bagi pelaku dosa besar.


Berdasarkan usul-usul mereka ini, mereka mentakswilkan zahir nas ayat Quran dan mentakhsiskan keumuman ayat dan mentaqyidkan apa yang mutlaq, berdasarkan usul akidah mereka.

Mereka meletakkan usul akidah mereka sebagai parameter dalam menafsirkan Al-Quran  dan sesiapa yang membaca tafsir Al-Kasyyaf oleh Zamakhsyari akan menemui hakikat ini.

B) Tafsir-tafsir beberapa ahli tafsir masakini (M'asorah) seperti:
  • Tafsir "Al-Mashaf Al-Mufassar" oleh Mohd farid Wajdi.
  • Audhu At-tafsir oleh Muhamamd Abdul Latif Khatib
  • Tafsir Abu Zaid Ad-damanhuri
  • Taysir Al-Quran Al-Karim oleh Abdul Jalil Isa
Hatta, tidak terkecuali syeikh Muhamamd Syaltut dalam tafsirnya serta Abdul Wahab An-Najjar dalam Qisasul Ambiya, berlaku tafsir yang  salah.


Kata Syeikh Abdullah Al-Ghimari, ayat Quran dan hadis itu ada dua keadaan dalam memahaminya:

1) Pemahamannya tidak boleh menerusi jalan MAJAZ iaitu ada dua kategori:


a) Hal berkaitan iman dan tauhid

 

b) Jika ayatnya menceritakan kisah-kisah ummat terdahulu.

 

2) Pemahamannya tidak boleh atas HAKIKAT seperti ayat-ayat tentang ISTIWA, TANGAN, Nuzul, Jari dan seumpamnya. Pemahaman atas makna hakikat adalah ditolak. Para ulama ada dua metode dalam memahaminya:

a) Tafwid tentang makna yang dikehendaki kepada Allah SWT-Pandangan Mazab Salaf

 

b) Ta'wil kepada makna yang layak menurut apa yang ma'ruf dalam bahasa Arab-Mazhab Khalaf.

 



Kemudian Syeikh Abdullah Al-Ghimari mengkritik pemahaman Ibn Taimiyyah yang dinukilkan dalam Zadul Ma'ad oleh Ibn Qayyim mengenai hadis "Fi Ma yakhtasimul mala'ul a'la" yang dinisbahkannya sebagai pendirian mujassimah!



Lalu beliau mengkritik Mutaqaddimin  Hanabilah yang berkhilaf tentang apakan arasy itu kosong daripada Allah SWT bila Allah turun di sepertiga malam. Sebahagian kata YA, kosong dan sebahagian lain mengatakan TIDAK.



Beliau menyindir Ibn Qayyim yang menyifatkan orang yang jahil tentang ini sebagai jahil tentang Allah SWT.



( Saya menaqalkan sahaja perkataan Abdullah Al-Ghimari atas serangannya ke atas pemahaman Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim dalam hal ini dan saya akan memastikan kelak benar atau salahnya tuduhan tersebut)




 




Read more...

ILMU USUL FEQAH: BAHAGIAN-BAHAGIAN TAKHSIS (AL-MUKHASSOS)

April 24, 2023

Datang nas menyebutkan hukum umum. Maka hukum umum itu menjadi khusus. Ia dipanggil takhsis /Mukhassos. Ada dua jenis takhsis iaitu:



A) Mukhassos Mustaqil (Munfasil)- Takhsis yang berasingan( seperated)



Yakni dalam nas tidak disebutkan pengkghususan itu tetapi ia berlaku secara berasingan: Ada beberapa bentuk iaitu:



1) Berdasarkan idrak dengan pancaindera bahawa takhsis berlaku atas kenyataan umum itu.

2) Akal

3) Uruf dan adat

4) Ijmak

5)Nas Quran dan hadis yang lain

6) Perkataan sahabat

(Dan bagi Hanabilah ditambah lagi)

8) Mafhum( Sama ada muwafaqah atau Mukhalafah)

9)Perbuatan nabi mengkhususkan yang umum

10) Taqrir nabi menjadi umum itu khusus

11) hukum Qias menjadikan khusus sesuatu yang umum.

B) Mukhassos Ghairu Mustaqil ( Muttasil) -Taksis yang bersambung (Included)




1) Ada huruf istisnaa'

2) Ada Syarat

3) Ada sifat

4) Ada ghayah

5) Ada badal ba'dhu
'

Rujukan:  


Penjelasan dengan contoh bagi bentuk-bentuk takhsis di atas boleh dirujuk kepada kitab " al-wajiz fi usulil fiqhi Al-Islami oleh Dr Muhammad Mustafa Az-Zuhaili , mukasurat 62-71



Read more...

Keistimewaan dan kelemahan tafsir At-Tobari?

April 20, 2023

Sesiapa yang menela'ah kitab tafsir At-Tobari akan mendapati ia mempunyai ciri-ciri berikut:


1) Disebutkan di dalamnya aspek bahasa, bentuk-bentuk i'rab dan juga didatangkan syair-syair sebagai dalil.


2) Ada pentarjihan di antara pandangan-pandangan pelbagai yang dibawakan.


3) Menyatakan pendapat At-Tobari sendiri dalam penafsiran secara jelas dan tersendiri serta dibawakan hujahan dalil dari Quran, hadis atau bahasa Arab.


Kelemahan kitab tafsir At-Tobari (Menurut kritikan Al-Ghimari dalam kitabnya bid'u at-tafasir:


1) Kecenderungan At-Tobari untuk mendaifkan beberapa qiraat. Seolah-olah at-tobari beranggapan bahawa Qiraat yang pelbagai itu adalah cetusan akal daripada para qurra'. Padahal ia adalah manqul daripada rasulullah SAW. Maka tidak seharusnya didaifkan mana-mana qiraat dalam qiraat yang 7.



2) Kecenderungan At-Tobari mengambil riwayat israiliyyat dan memasukan ke dalam tafsirnya seperti riwayat mengenai ujian ke atas nabi Ayyub, nabi Daud dan nabi Sulaiman.Demikian pendapat yang mengatakan nabi yang disembelih oleh nabi Ibrahim adalah Ishak. Ditambah pula dengan kisah Harut dan Marut, Syaddad bin 'Ad dan anaknya Iram serta kisah Auj bin Unuq.

Masalah pengambilan riwayat Israiliyyat ini bukan sahaja oleh At-Tobari, tetapi juga menjangkiti ramai ulama mufassirin lain.


Rujuk: Bid'uttafasir oleh Abdullah Muhamamd As-Sodiq Al-Ghimari

Read more...

Pentarjihan pendapat para mufassirin dalam tafsir al-Quran

April 19, 2023

 Kaedah pertarjihan berlaku dalam dua bentuk:


1) Dalam berapa pendapat mufassirin mengenai satu-satu ayat, maka salah satu pendapat itu ditarjihkan.


 

2) Kekadang pentarjihan juga berlaku dalam bentuk radd (bangkang) salah satu pendapat di antara beberapa pendapat yang ada.

 

Riwayat-riwayat tafsir yang dinaqalkan itu terbahagi dua:


1) Ijmak mengenai  satu penafsiran seperti tafsiran makna (   واليوم الموعود ) sebagai hari kiamat. Demikian juga ijmak tentang tafsiran (  المغضوب عليهم  ) sebagai golongan Yahudi dan (  الضالين ) bermaksud golongan Nasrani.


2) Khilaf dalam tafsir . Ia terbahagi kepada dua iaitu:


a) Khilaf tadhad (Kontra)

 

b) Khilaf tanawwu' (Variasi)

 

Dalam dua situasi khilaf di atas, maka  di kalangan mufassirin, ada 3 cara dalam menghadapinya iaitu:


a) Menceritakan khilaf tanpa menernagkan yang tarjeh seperti tafsir Al-Mawardi dan Ibn Al-Jauzi.

 

b) Menceritakan khilaf dan mentarjehkannya tetaou tidak diterangkan sandaran pentarjehan itu. ianya seperti tafsir Ibn 'Atiyyah.

 

c) Menceritakan khilaf yang berlaku serta mana satu yang rajeh dan bagaimana ia menjadi rajeh dan apa kaedah yang dipakai. Ianya seperti tafsir At-Tobari dan A-Syanqiti.




Read more...

Kaedah-Kaedah pertarjihan para mufassirin bila berlaku khilaf dalam tafsir ayat Quran

March 4, 2023

 1) Mengekalkan keumuman makna ayat



Seperti ketika menafsirkan makna ayah dan anak dalam ayat 3 Surah Al-Balad:




وَوَالِدٍ وَمَا وَلَدَ (3)


" dan demi ayah dna juga anaknya"



Maka, kalangan mufassirin ada yang menafsirkan adam dan anaknya, ibahim dan anaknya dan ada yang menafsirkan atas umunya, semua ayah dan anak.

Dalam mentarjihkan perbezaan tafsiran ini , Ibn Jarir At-Tobari memilih pandangan ketiga yang mengatakan makna umum bagi ayat ini hendaklah dipilih iaitu semua ayah dan anak.


Ertinya, bila berlaku khilaf kalangan mufassirin tentang maskud sesuatu ayat, maka tafsiran yang meletakkan makna umumnya diambil sebagai tarjih kepada perbezaan penafsiran para ulama tersebut.



Petikan daripada kitab Alfusul fi usulit tafsir oleh Dr. Sulaiman At-Toyyar



2) Melihat kepada siyaq (Susun atur) ayat.


Contohnya ayat 187 Surah Al-Baqarah:

عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَانُونَ أَنْفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنْكُمْ ۖ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا
كَتَبَ اللَّهُ لَكُمْ ۚ


Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkanAllah untukmu...

Dalam menafsirkan maksud " apa yang telah ditetapkan Allah untukmu... ", maka terdapat khilaf pandangan. 

a) Anak
b) Lailatul Qadar
c) Apa yang Allah halalkan serta jadikan rukhsah bat kamu.


Mana satu penafsiran yang hendak ditarjehkan? Maka imam Ibn Jarir, setelah mencakupkan maknanya kepada maksud umum, iaitu apa yang ditetapkan di Luh Mahfuz untuk kamu, beliau mentarjehkan pandangan yang menyatakan bahawa apa yang ditetapkan Allah untuk kamu itu adalah anak. Ini kerana melihat kepada siyaq (susunan ayat) yang membicarakan keharusan jimak isteri di malam ramadhan sebelum terbit fajar. Maka dalam konteks tersebut, anak adalah natijah yang dicari dari hubungan jimak tersebut.


3)  Berpandukan Rasam (cara tulis) dalam mashaf.




4) Menjadikan pemahaman kebiasaan dalam bahasa Arab sebagai panduan dan bukan pemahaman yang syaz dan diengkari.



5 ) Menjadikan makna syarak diutamakan  di atas makna bahasa kecuali jika ada dalil yang mentarjihkan makna bahasa itu. 


Umpamanya perkataan Salli alaihim. Makna  salli dari segi syarat adalah solat. seperti dalam ayat 84 Surah At-Taubah:


وَلَا تُصَلِّ عَلَىٰ أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلَا تَقُمْ عَلَىٰ قَبْرِهِ ۖ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ

Dan janganlah kamu sekali-kali menyembahyangkan (jenazah) seorang yang mati di antara mereka, dan janganlah kamu berdiri (mendoakan) di kuburnya. Sesungguhnya mereka telah kafir kepada Allah dan Rasul-Nya dan mereka mati dalam keadaan fasik.


Maka "solli" dalam ayat dia atas diutamakan  makna syaraknya iaitu solat dan bukan makna bahasanya iaitu doa.

Akan tetapi dalam ayat lain Surat At-taubah, ayat 103:


خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Maka kalimah solat dalam ayat ini ditafsirkan dengan makna bahasanya kerana ada dalil yang membawa kepada makna tersebut iaitu hadis yang duriwayatkan oleh Bukhari dalam sahehnya:


انَ النبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ إذَا أتَاهُ رَجُلٌ بصَدَقَةٍ قالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ علَى آلِ فُلَانٍ فأتَاهُ أبِي فَقالَ: اللَّهُمَّ صَلِّ علَى آلِ أبِي أوْفَى.

6) Menjadikan ilmu Sorof sebagai panduan.


Perhatikan ayat 15 Surah Al-Jin: 

Apa maksud (  القاسطون  )  ؟

Apakah akar katanya? Di sini ilmu Sorof berperanan. Akar kepada perkataan itu adalah (   قسط) yang bermaksud menyimpang daripada  kebenaran. Adalah salah kalau diertika kepada "orang yang adil" kerana kalau itu maknanya, maka kata akarnya adalah ( أقسط  ) . Kata fael baginya adalah (المقسطون) sepertimana dimaknakan dengannya dalam ayat 9 Surah Al-Hujurat:


إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.


Lihatlah bagaimana ilmu Sorof penting dalam mentarjih makna satu-satu perkataan dalam Al-Quran.


7) Memahami masalah taqdim dan ta'khir dalam satu-satu ayat.






8) Tidak boleh mengalihkan makna zahir kepada makna batin melainkan jika ada dalil yang menyokong peralihan makna itu.


9) Melihat kepada gaya /cara/ stail Al-Quran.

10) Pendapat kebanyakan sahabat dan tabi'in

11) Adat kebiasaan orang Arab dalam bahasa.


- Orang Arab tidak pernah kata : Sawadun faqi'un maka "Safraa-u faqi;un" ditafsirkan sebagai warna kekuningan dan bukan kehitaman sebagaimana pandangan sesetengah. Rujuk tafsir ayat 69 Surah Al-Baqarah:


Faedah: Ayat di atas adaah ayat ruqyah untuk merungkai masalah ain dan hasad orang kepada seseorang. Bacakan berulang kali kepada mangsa ain. Ini adalah mujarrabat orang yang mengamalkannya.

Video: https://youtu.be/PvdkjO9GHdk


12) Sunnah Nabi sebagai panduan tarjeh.

13) Mengutamakan ta'sis di atas ta'kid.





14) Pada dasarnya dhomir akan dikembalikan kepada apa yang disebutkan paling dekat dengannnya sebelumnya.

15) 

16) 




Read more...

Ikhtilaf dalam pentafsiran: Ikhtilaf Tanawwu' (Kepelbagaian) dan Ikhtilaf Tadhad( Berlawanan)

February 4, 2023

Wujud Ikhtilaf di kalangan mufassirin dalam memahami Al-Quran dan ikhtilaf itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu:



a) Ikhtilaf At-tanawwu' (Variasi)

b) Ikhlaf At-tadhad ( Kontradik)


Bentuk  Ikhtilaf Tanawwu':


1) Variasi nama dan sifat.


Seperti barat untuk pedang yang berbeza: Al-hindi dan As-sorim.

Umpamanya perbezaan dalam menafsirkan "Siratal mustaqim" dalam surah al-Fatihah. Ada kata ia adalah Al-Quran dan ada yang kata ia adalah Islam. Ada juga tafsirkanya sebagai Sunnah wal jama'ah, jalan ubudiyyah dan taat kepada Allah dan Rasul.

Demikian ketika menafsirkan maksud " Salwa" ada kata ianya burung itu dan ini.Berbagai-bagai tafsiran tentangnya, namun semuanya boleh diterima. Tidak berlawanan satu sama lain.

Umpamanya dalam menafsirkan makna DIHAQAN aa perbezaan tafsirannya kepada beberapa makna dan ianya adalah misal kepada apa yang dimaksudkan: Dihaqan diertikan PENUH, BERTURUT-TURUT dan lain-lain

Maka, yang berlaku adalah variasi sifat tetapi mausuf tetap sama!


2) Tafsir dengan cara mendatangkan misal/contoh.


ثم لتسألن يومئذ عن النعيم

Kalimah NA'IM ditafsirkan dengan AMAN, SIHAT, MAKAN& MINUM.

Ia juga ditafsirkan "keringanan syariaat Muhammadiyyah". Juga diertikan dengan IDRAK yang ada pada pancaindera yang lima.

3) Menafsirkan kalimah yang diihtimalkan dua makna sama ada ia MUSYTARAK atau MUTAWATI'

Kalau MUSYTARAK ialah seperti tafsir QASWARAH.

Firman Allah SWT:

فَرَّتْ مِنْ قَسْوَرَة

QASWARAH boleh diertikan pemanah, anak panah atau singa.


4) Ditafsirkan dengan makna yang berhampiran



Contoh:


Firman Allah SWT:


ولقد خلقنا السماوات والأرض وما بينهما في ستة أيام وما مسنا من لغوب


Kalimah Lughub diertikan dengan: Penat (Nasabun), Beban ( 'Ana')dan Kejemuan (Sa'aamah)


Rujuk: Qalamedu



IKHTILAF TADHAD


Perbezxaan pendapat mufassirin yang tidak ada titik temu dan berlawanan antara satu sama lain disebut Ikhtilaf Tadhad. Ianya adalah perbezaan Kontradik. Apabila diambil pandangan salah satunya, maka pandangan yang lain hendaklah dibuang. Inilah yang dimaksudkan dengan Ikhtilaf Tadhad. Ia berlaku di kalangan mufassirin, namun tidak banyak.

Contoh ikhtilaf jenis ini ialah sebagaimana berlaku dalam memahami firman Allah SWT dalam Surah As-Saffat, ayat 100-113:


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ الصَّالِحِينَ * فَبَشَّرْنَاهُ بِغُلَامٍ حَلِيمٍ * فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الصَّابِرِينَ * فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ * وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ * قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ الْمُبِينُ * وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ * وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ * سَلَامٌ عَلَى إِبْرَاهِيمَ * كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ * إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا الْمُؤْمِنِينَ * وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا مِنْ الصَّالِحِينَ * وَبَارَكْنَا عَلَيْهِ وَعَلَى إِسْحَاقَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِهِمَا مُحْسِنٌ وَظَالِمٌ لِنَفْسِهِ مُبِينٌ

Apa yang dikhilafkan ialah mengenai siapa Ghulam Halim tersebut. Ada pendapart kata dia adalah Ismail dan ada kata dia adalah Ishak. Maka anak yang disembelih nabi Ibrahim lalu digantikan dengan kibasy itu menurut pendapat Qatadah, Hasan ibn Juraij dan Kaab Al-Ahbar adalah nabi Ishak. Manaka menurut pendapat Ibn Abbas, Ibn Umar, Said bin Al-Musayyab, Said bin Jubair dan lain-lain, anak yang dimaksudkan itu ialah nabi Ismail. Kedua-dua pandangan ini membawa hujjah masing-masing dan syubhat yang dikenakan atas pandangan sebaliknya. 

Contoh lain yang boleh didatangkan untuk menjelaskan ikhtilaf ini ialah perbezaan tafsir makna quru'   dalam Surah Al-Baqarah, ayat 228:

وَالْمُطَلَّقَاتُ يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ ثَلاثَةَ قُرُوءٍ 

Tafsiran pertama makna Quru' ialah Haid dan ia adalah pendapat Jumhur (Pendapat Umar Al-Khattab, Ali, Ibn Mas'ud,  Ikrimah, Ad-Dhohak dan lain-lain. 


Tafsiran kedua ialah Quru' adalah Suci dan ia menjadi pendapat sebilangan Salaf seperti Ibn Umar, Zaid bin Tsabit dan Aisyah Ummul Mukminin

Kedua-dua penafsiran atas makna Quru' ini adalah kontradik dan tidak boleh didudukkan bersama. Satu pendapat menafikan pendapat yang lain.







Read more...

PENAFSIRAN QURAN DARI SUDUT BAHASA SEMATA-MATA

Abu Ubaidah Ma'mar bin Al-Muthanna Al-Mu'tazili adalah seorang ahli tafsir aliran muktazilah yang mengggunakan tafsiran secara bahasa semata-mata. Beliau tidak merujuk kepada asbab nuzul dan lain-lain panduan dalam tafsir. Dia bergantung kepada bahasa sahaja. Seolah-olahnya Quran adalah sebuah kitab bahasa dan ini menjadi punca kesilapannya dalam penafsiran. Ibn Taimiyyah mengkritik kaedahnya ini dalam Muqaddimah Fi Ulumi Tafsir, Ms 81.

Ulama sezamannya (Abu Ubaidah) juga ramai menolak pendekatannya dalam tafsir seperti Al-Asomma'i, Abu Hatim As-Sijistani, Al-Farra', Abu Umar Al-Jurmi, At-Tobari dan lain-lain.

Sebagai contoh ialah penafsirannya bagi ayat 11 Surah Al-Anfal:

إِذْ يُغَشِّيكُمُ النُّعَاسَ أَمَنَةً مِنْهُ وَيُنَزِّلُ عَلَيْكُمْ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لِيُطَهِّرَكُمْ بِهِ وَيُذْهِبَ عَنْكُمْ رِجْزَ الشَّيْطَانِ وَلِيَرْبِطَ عَلَىٰ قُلُوبِكُمْ وَيُثَبِّتَ بِهِ الْأَقْدَامَ


11. (Ingatlah), ketika Allah menjadikan kamu mengantuk sebagai suatu penenteraman daripada-Nya, dan Allah menurunkan kepadamu hujan dari langit untuk mensucikan kamu dengan hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan dan untuk menguatkan hatimu dan memperteguh dengannya telapak kaki(mu).


Beliau menafsirkan makna "tathbit bagi Aqdam" ialah kesabaran hati untuk menghadapi musuh sedangkan makna zahirnya adalah kaki-kaki menjadi mantap berjalan di atas pepasir kerana hujan yang turun telah mengejapkan struktur pasir itu.

Read more...

BENTUK PENAFSIRAN AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

February 3, 2023

Tafsiran paling tinggi darjatnya ialah bilka Al-Quran sendiri menafsirkan Quran. Ayat Quran yang lain datang manafsirkan ayat Quran yang telah diturunkan sebelumnya. Tafsiran sebegini boleh dikihat dalam Quran datang dalam beberapa bentuk:

1) Penjelasan apa yang bersifat umum (Mujmal)-BAYAN MUJMAL

Contoh:

Firman Allah dalam Surah Al-An'am: Ayat 1.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الْأَنْعَامِ إِلَّا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ




Ayat di atas adalah Mujmal, yakni umum. Semua binatang ternakan dihalalkan kecuali apa yang disebutkan (sebagai haram). Mana yang disebutkan sebagai haram itu? Maka ia boleh ditemukan dalam ayat yang lain



2) Dikaitkan dengan sesuatu yang lain-TAQYID MUTLAK




3) MENGHKHUSUSKAN YANG UMUM (TAKHSIS AM)

Contohnya adalah ayat mengenai wanita yang ditalakkan hendaklah beriddah selama 3 Quru'. Firman Allah SWT:

والمطلقات يتربصن بأنفسهن ثلاثة قروء

Ayat di atas meliputi semua perempuan yang ditalakkan, tidak kira bagaimana keadaanya sekalipun. Bagaimana jika peempuan itu ditalakkan sedangkan dia dalam keadaan sedang mengandung. Ini satu kategori khusus wanita yang ditalakkan. Maka, datang ayat lain yang menjelaskan pengkhususan ini. Firman Allah SWT:


وأولات الأحمال أجلهن أن يضعن حملهن

Maka dalam kes khusus untuk wanita yang diceraikan sedangkan dia mengandung, maka iddahnya adalah sehingga dia melahirkan kandungannya.


4) MENAFSIRKAN MAFHUM AYAT DENGAN AYAT YANG LAIN

Apa yang dimaksudkan dengan mafhum ayat ialah apa yang difaham daripada lafaz dalam ayat.  Misalnya firman Allah SWT:

كَلَّآ إِنَّهُمْ عَن رَّبِّهِمْ يَوْمَئِذٍۢ لَّمَحْجُوبُونَ


" Sekali-kali tidak!, sesungguhnya mereka akan terhijab daripada Tuhan mereka".


Apa yang difahami daripada kata "terhijab" dalam ayat dia atas. Terhijab daripada apa? Bagaimana mahu faham maksud kata terhijab itu?

Maka, ada ayat lain yang menjelaskan mafhum dari kata terhijab itu. Firman Allah SWT:

وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَّاضِرَةٌ . إلى رَبِّهَا نَاظِرَةٌ


"Wajah-wajah meeka pada hari itu putih berseri. Mereka memandang kepada Tuhan meeka".


Maka apa yang difahami dari kata "terhijab" dalam ayat sebelumnya, adalah terhijab daripada memandang Tuhan yang disebutkan dalam ayat yang kedua. Kaedah ini disebut TAFSIR MAFHUM AYAT DENGAN MAFHUM AYAT.


5)TAFSIR LAFAZ DENGAN LAFAZ YANG LAIN.

6) TAFSIR MAKNA SATU AYAT DENGAN MAKNA YANG ADA DALAM AYAT YANG LAIN.

Contoh:










7) TAFSIR USLUB QURAN DENGAN AYAT YANG LAIN

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP