CARI KANDUNGAN BLOG

PENANGGUHAN DAURAH 1432/2011

November 16, 2011

Daurah bagi tahun 1432/2011 berakhir pada malam ini.  Daurah pada malam ini berhenti pada siri ke 334 iaitu pada muka surat 332, Surah Al-Hajj, ayat 16-23. Penangguhan daurah diumumkan oleh ust. Kama selaku moderator daurah. Insya Allah, daurah bagi siri ke 335 akan disambung semula pada tahun hadapan.  Diharapkan kepada semua ahli daurah boleh membuat ulangkaji di samping mengulang bacaan Al-Quran dengan tadabburnya.

Cuti sekolah akan bermula pada minggu hadapan. Demikianlah rutin saban tahun, ramai yang akan pulang bercuti. Ust Kama akan pulang bercuti pada 22 Nov 2011 dan akan kembali semula ke Sandakan pada 31 Disember 2011, insya Allah.

Ma'assalamah....wa ilalliqaa'!


Read more...

DAURAH 334

TARIKH 16/ 11/2011
MUKA SURAT :334
SURAH AL-HAJJ: AYAT 16-23


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :MAS SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN 

1) HJ RANGES

Dikatakan bahawa sesiapa yang minum arak di dunia, maka dia tidak akan merasa lagi arak dalam syurga. Bagaimana jika seseorang itu minum arak dan kemudian diia bertaubat, apakah masih lagi berpeluang untuk minum arak dalam syurga?

2) HJ. JAAFAR

a) Seseorang yang mendapat haji mabrur, apakah kelebihan yang dia dapat itu berterusan selepas dia pulang dari melaksanakan hajinya ?

b) Ada orang kata siapa yang pergi haji dia semacam mendapat sijil di akhirat kelak. Apakah kata-kata ini ada dalam Islam?


3) EN. MOMOH

Sutera diharamkan untuk lelaki muslim. Bagaimana jika seseorang yang memakai baju batik sutera untuk keraian sekali sekala sahaja?


4) HJ. OSMAN

a) Apakah beza antara haji mabrur dengan haji akbar?

b) Apakah fadhilat haji akbar?


5) RAZEEK.

Minta ulasan tentang syirik yang dikatakan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.


6) SURADI

Apakah ada faedahnya melaksanakan ibadah haji untuk seseornag yang telah meninggal sedangkan masa hayatnya dia bukan orang yang menegakkan solat?

Read more...

DAURAH 333

November 15, 2011

TARIKH 15/ 11/2011
MUKA SURAT :333
SURAH AL-HAJJ: AYAT 6-15


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :UST KAMA
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN

Read more...

DAURAH 332

November 14, 2011

TARIKH 15/ 11/2011
MUKA SURAT :332
SURAH AL-HAJJ: AYAT 1-5


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST. KAMARUDIN RAMLI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN


1) HJ. MAT


a) Seorang anak dilahirkan daripada pasangan yang bharu kahwin 4 bulan. Kepada siala anak tersebut mahu dibinkan?

Ust kama memetik pandangan ulama kontemporeri seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang berkata:

“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).

b) Sebagaimana kita tahu, korban itu adalah untuk mereka yang bertakwa. Bagaimana jika seorang bapa mengorbankan seekor lembu dan memberikan bahagian-bahagian untuk anak-anaknya sedangkan ada kalangan mereka yang tidak bertakwa. Apakah mereka mendapat pahala korban sang ayah?


2) HJ JAAFAR


Apakah kanak-kanak yang baru lahir dibebankan hukum syarak?


3) SURADI

Apakah keadaan nyanyok yang menggugurkan kewajipan hukum syarak?

Read more...

MAJLIS KORBAN MASJID AL-FAJR

November 8, 2011

Program Korban yang diadakan di masjid Al-Fajr, Taman Fajar, Sandakan, pada  hari raya kedua baru-baru ini berjalan dengan lancar. Sebanyak 6 ekor lembu telah berjaya dikorbankan. Lembu-lembu tersebut dibeli daripada Felcra Pertama di Sukau.Sehari sebelum hari raya, wakil yang ditugaskan membeli lembu tersebut telah pergi ke Felcra tersebut. Perjalanan ke sana menempuh jalan yang susah. Dari pintu masuk ke Malangking Palm Oil  Estate, jalan grable sejauh kira-kira 30 km terpaksa ditempuhi.  Sebanyak 4 pintu pagar estate perlu dilintasi sebelum sampai ke lokasi di mana lembu diperolehi.

Pegawai Felcra bertugas, En Masran Upot telah mengarahkan pekerja menangkap 16 ekor lembu ditangkap. Lambu-lembu tersebut ditimbang dan dijual dengan harga RM9.00 sekilo Secara purata, berat lembu-lembu tersebut adalah berada pada sekitar 150-190 kg seekor. Walaupun lembu yang disasarkan adalah berat melebihi 200 kg, nampaknya lembu-lembu seberat itu tidak ditangkap oleh pihak pekerja Estate.









Dua buah lori telah digunakan untuk mengangkut lembu-lembu tersebut keluar. Kos pengangkutan adalah RM170.00 untuk seekor. Kerana kelewatan sampai, pengangkutan kemalaman di estate. Walau bagaimanapun pengangkutan diteruskan juga. Alhamdulilah, lembu-lembu tersebut dapat dihantar sampai ke lokasi menjelang tengah malam hari raya. Lembu-lembu tersebut diturunkan di pelbagai lokasi seperti SMK elopura 2, SMK Merpati, SK. Kg. Padas, SMK Sandakan 2,  Masjid Tinusan dan Masjid Al-Fajr. 4 ekor diturunkan di Masjid Al-Fajr. Dua ekor lembu lagi yang menjadi korban di masjid Al-Fajr adalah didatangkan daripada pihak Kastam dan sumbangan peribadi seorang pemimpin tempatan.

Korban lembu di masjid Al-Fajr pada kali ini dibuat setelah beberapa tahun berselang tiada program korban dilaksanakan. Kedatangan orang ramai sangat menggalakkan. Lembu-lembu yang hendak dikorbankan ditumbangkan oleh 'Kumpulan Matador' yang telah dibentuk dalam mesyuarat perlaksanaan sebelumnya. Dengan kerjasama erat para petugas, kerja-kerja tersebut berjalan dengan lancar. Lembu-lembu yang telah siap disembelih oleh muzabbih yang telah dilantik dengan segera dilapah oleh kumpulan yang telah dibentuk. Kemudiannya ia diproses oleh jawatankuasa pembahagian dan dibungkus. Daging bungkusan untuk peserta ditimbang sebanyak 2.3 kg.  Peserta juga diberikan tulang sebangak sekilo dan perkakas dalaman seperti hati, limpa dan jantung. Dianggarkan 1/3 lagi bahagian lembu korban adalah untuk sedekah dan 1/3 lagi adalah untuk masakan orang ramai yang datang.









Menjelang Zohor, masakan siap dan jamuan dihidangkan selepas solat Zohor. Secara keseluruhannya, program korban pada tahun ini telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah. Insya Allah...pada tahun-tahun mendatang program seumpama ini boleh diulang lagi dan dikembangkan dengan perancangan yang lebih awal.

Read more...

DAURAH DITANGGUHKAN

November 7, 2011

SEMPENA EIDUL ADHA, DAURAH DITANGGUHKAN

Read more...

DAURAH 330

November 1, 2011

TARIKH 01/ 11/2011
MUKA SURAT :330
SURAH


PENGERUSI                     : HJ. YUSUF
ULASAN TAJWEED        :UST KAMA
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


PERSOALAN

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP