CARI KANDUNGAN BLOG

HADIS :Allah tidak suka orang alim yang gemuk

April 24, 2019



وقد روي هذا الحديث عن الصحابي أبي أمامة رضي الله عنه .

عزاه إليه أبو الليث السمرقندي في " بستان العارفين " – كما قال السخاوي في " المقاصد الحسنة (207) -، ولكن لم نقف على أصل هذه الرواية ، والسمرقندي تروج عليه الأحاديث الموضوعة كما قال الذهبي في " سير أعلام النبلاء " (16/323)، فلا تقبل منه نسبة هذا الحديث إلى أبي أمامة رضي الله عنه ، ولذلك تعقبه السخاوي بقوله : " ولكن ما علمته في المرفوع " انتهى .

وقد روي بسند ضعيف عن سعيد بن جبير عن النبي صلى الله عليه وسلم مرسلاً .
 
Hadis-hadis yang dibawa datang menyebutkan nabi SAW mencela kegemukan tidak saheh. Demikian juga yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab dan Ibn Mas'ud, semuanya tidak saheh.

Ada yang saheh disebutkan dalam Bukhari dan Muslim:

 فعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (إِنَّهُ لَيَأْتِي الرَّجُلُ الْعَظِيمُ السَّمِينُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَزِنُ عِنْدَ اللَّهِ جَنَاحَ بَعُوضَةٍ . وَقَالَ اقْرَءُوا : (فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا) رواه البخاري (4729) ومسلم (2785) .
 
 
ومن حديث عمران بن حصين عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : (خيركم قرني ثم الذين يلونهم - قال عمران فلا أدري أذكر بعد قرنه قرنين أو ثلاثة - ثم إن من بعدكم قوما يشهدون ولا يستشهدون ، ويخونون ولا يؤتمنون ، وينذرون ولا يوفون ، ويظهر فيهم السمن

Siapa yang menilai nas-nas yang membawa kepada kita faham bahawa gemuk itu dicela, ia dicela jika akibat daripada makan banyak yang tidak terkawal. Jika gemuk kerana penyakit dan seumpamanya, ia tidak termasuk dalam celaan ini.

Read more...

IMRAN BIN HITTON

April 14, 2019

Namanya Ibn Zobyan As-Sudusi Al-Basri , merupakan salah seorang ulama terbilang akan tetapi juga merupakan antara pemimpin Khawarij.  (meninggal tahun 84 H)

Beliau adalah Abu SamakImran bin Hitton bin Zibyan As-Sudusi As-Syaibani Al-Wa-ili. Beliau membesar di Basroh. Beliau banyak menuntut ilmu dan hadis tetapi kemudiannya menganut fahaman Khawarij. Beliau pernah bertemu sahabat nabi dan meriwayatkan daripada mereka. Beliau mengambil hadis daripada Aisyah binti Abu Bakar, Abu Musa Al-Asy'ari dan Ibn Abbas. Daripada beliau pula, berguru pula tokoh-tokoh lain seperti Ibn Sirin, Qotadah dan Yahya bin Abi Kathir.  ِImam Bukhari sendiri mengambil riwayat yang ada Imaran bin Hitton.

Ibn Hajar memberi alasan kenapa Imam Bukhari menyebut hadisnya . Itu adalah riwayat ya g diambil sebelum Imran bin Hitton menjadi seorang khawarij.

Imran bin Hitton juga perawi yang dianggap Tsiqah oleh al-'Ajli. Katanya :Orang Basrah yang Tsiqah. Abu Daud berkata: Di kalangan ahli bid'ah, yang paling benar dalam kata-kata adalah golongan Khawarij. Perkataan Qotadah dalam tahzibul kamal: Imran bin Hitton  tidak ada tohmahan dalam hadis.

*Tahzibul Kamal adalah kitab rijal karya Al-hafiz Al-Mizzi 

Rujuk: fnoor

Malangnya, dari ulama sunnah, beliau bertukar menjadi seorang Khawariji,   bahkan tega mengungkap Syair memuji pembunuh Saidina Ali iaitu Abdul Rahman bin Muljam.

Kenapa boleh jadi sampai demikian??

Catatan menyebutkan bahawa puncanya adalah kerana kesilapannya memilih isteri. Beliau telah menikahi seorang wanita berfahaman Khawarij yang menyimpan dendam kepada saidina Ali kerana keluarganya terbunuh di Nahrawan. Tujuannya menikahi wanita itu adalah dengan harapan dapat mengubah wanita ke jalan yang betul, akan tetapi, perkara sebaliknya yang berlaku. Dia pula yang ditukar menjadi pendendang pemikiran Khawarij.

Imran bin Hitton menjadi buruan Hajjaj lalu dia lari ke Syam. Hajjaj menghantar surat kepada Abdul Malik mengenai Imrah bin Hitton yang lari ke Syam. maka, Abdul malik pun mahu menangkapnya juga. Tetapi dia segera lari pula dari satu wilayah ke wilayah lain hingga sampai Oman. Dia sentiasa diburu dan lari sehinggalah dia mati dalam persembunyian.

Dia seorang penyair. Antara syairnya adalah syair yang memuji Abdul Rahman bin Muljam, pembunuh Saidina Ali. 

Syairnya:

 يَا ضَرْبَةً مِنْ تَقِيَ مَا أَرَادَ بِهَا * * * إلاَّ لِيَبْلُغَ مِنْ ذِي العَرْشِ رِضْوَانا
إنِّي لأَذْكُرُهُ 
حيناً   فَأَحْسَبُهُ * * * أَوْفَى البَرِيَّةِ عِنْدَ الله مِيزَانا

Wahai pukulan sang bertakwa yang kehendaknya tiada lain
Kecuali mencari redha Tuhan pemilik Arasy

Aku akan mengungatinya satu hari lalu aku kira
dia telah mememenuhkan mizan kebaikannya di sisi Allah

Syair memuji Abdul Rahman bin Muljam ini telah dibalas oleh ramai ulama lain pula. Antara apa yang diungkapkan oleh Muhammad bin Ahmad At-Tobib:

يا ضربة من غَدُور صار ضاربها *** أشقى البـرية عند الله إنسانا
إذا تفكّرتُ فيه ظَـلْتُ ألعنه *** وألعن الكلب عمران بن حطانا 
Aduhai pukulan daripada si pengkhianat
Sang pemukulnya itu menjadi manusia yang palinmg derhaka di sisi Allah
Bila aku terfikir mengenainya, aku menjaid sentiasa melaknatinya
aku pun melaknat juga si anjing Imran bin Hitton.


Qadhi Abu Toyyib Tohir bin Abdullah As-Syafie pula mengungkapkan syair balas kepada Imran bin Hitton:


إني لأبرأ مما أنت قائله ** عن ابن ملجمٍ الملعونِ بهتانا
يا ضربة من شقي ما أراد بها ** إلا ليهدم للإسلام أركانا
إني لأذكره يوماً فألعنه ** دنيا، وألعن عمراناً وحِطَّانا
عليه ثم عليه الدَّهْر متصلاً ** لعائن الله إسراراً وإعلانا
فأنتما من كلاب النار جاء به ** نص الشريعة برهاناً وتبيانا



Sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang kau ucapkan

cerita bohong mengenai Ibn Muljam yang terlaknat

Aduhai itulah pukulan sang celaka y tujuannya tidak lain

Kecuali mahu merobohkan sendi-sendi Islam

Sesungguhnya aku bila mengingatinya dalam hari-hariku, aku pun melaknatnya sepenuh dunia

Kulaknati juga Imran bin Hitton

Atasnya sepanjang masa yang bersambung-sambung

mendapat laknat Allah secara tersembunyi atau terang-terangan

Kamu berdua adalah anjing neraka

telah jelaslah nas syarak sebagai dalil dan penjelasan.


Ada lagi syair lain yang membalas Syair sesat Imran bin Hitton:

 
قل لابن ملجم والأقدار غالبة * * * هدمت ويلك للإسلام أركانا
قتلت أفضل من يمشي على قدم * * * وأول الناس إسلاماً وإيمانا
وأعلم الناس بالقرآن ثم بما * * * سن الرسول لنا شرعاً وتبيانا
صهر النَّبي ومولاه وناصره * * * أضحت مناقبه نوراً وبرهانا
وكان منه على رغم الحسود له * * * مكان هارون من موسى بن عمرانا
ذكرت قاتله والدمع منحدر * * * فقلت: سبحان رب العرش سبحانا
إني لأحسبه ما كان من بشر * * * يخشى المعاد ولكن كان شيطانا
أشقى مراد إذا عدت قبائلها * * * وأخسر الناس عند الله ميزانا
كعاقر الناقة الأولى التي جلبت * * * على ثمود بأرض الحجر خسرانا
قد كان يخبرهم أن سوف يخضبها * * * قبل المنية أزمانا فأزمانا
فلا عفا الله عنه ما تحمله * * * ولا سقى قبر عمران بن حطانا
لقوله في شقي ظل مجترما * * * ونال ما ناله ظلماً وعدوانا
يا ضربة من تقى ما أراد بها * * * إلا ليبلغ من ذي العرش رضوانا
بل ضربة من غوى أوردته لظى * * * فسوف يلقى بها الرحمن غضبانا
كأنه لم يرد قصداً بضربته * * * إلا ليصلى عذاب الخلد نيرانا

 




Read more...

IMAM YAHYA HUMAIDUDDIN PEMERINTAH YAMAN

April 6, 2019

Dari tahun 1904  hingga 1948 M

Namanya Yahya Humaiduddin Almutawakkil, mengasaskan kerajaan Al-Mutawakkiliyyah pada 1918 dan berlangsung sehingga 1962. Beliau merupakan Imam bagi Syiah Zaidiyyah.



Pemerintah terakhir kerajaan ini Muhammad al-Badr.

Beliau digulingkan 26 September 1962 oleh Abdullah As-Sallal, panglima tentera kerajaan. Penggulingannya itu hanya seminggu selepas beliau menggantikan Ahmad yahya Humaiduddin, iaitu pemerintah kedua kerajaan Al-Mutawakkiliyyah. Beliau cuba berjuang merebut kembali kerajaan selama 7 tahun. Selepas harapannya tipis, beliau lari ke Arab Saudi dan berdomisil di Taif. Tahun 1996, beliau pergi ke London dan meninggal di sana. Jasadnya kemudiannya dibawa ke Madinah dan dikebumikan di sana.





Muhammad Al-Badr was the last king of the Mutawakkilite Kingdom of Yemen and leader of the monarchist regions during the North Yemen Civil War. His full name was Al-Mansur Bi'llah Muhammad Al-Badr bin Al-Nasir-li-dinu'llah Ahmad, Imam and Commander of the Faithful and King of the Mutawakkilite Kingdom of the Yemen




Saya mahu tahgu tentang orang ini kerana sewaktu saya baca kitab "Iqtidha-u As Siratil Mustaqaim" karya Syekhul Islam Ibn Taimiyyah, pada bahagian khatimahnya, disebutkan tentang sikap Imam Yahya ini. Beliau tidak pernah meredhai Mazhab Rafidhah dan berlepas diri daripadanya. Beliau, tatkala dihadiahkan kitab " Nasihat Lengkap buat mereka yang mengakui kepimpinan Mu'awiyah" oleh Sayyid Muhammad Aqil, beliau mengarahkan agar kitab itu jangan disebarkan di Yaman. 

Sebelum beliau jadi pemerintah di Yaman, Saheh Bukhari dan Muslim tidak  boleh dibaca kecuali secara sembunyi-sembunyi.  Ini kerana Syiah Zaidiyyah menyifatkannya sebagai kitab puak Nawasib. Apabila beliau jadi pemimpin kerajaan , kitab hadis Bukari dan Muslim pun boleh dibaca secara terbuka dan beliau membelinya dan menyebarkannya di masjid-masjid Yaman.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP