CARI KANDUNGAN BLOG

BERMULANYA KITAB TAFSIR DIKARANG

September 14, 2022

Ilmu tafsir mula ditulis pada akhir zaman pemerintahan khilafah Bani Umayyah dan Awal kemunculan Daulah Abbasiyyah. Dalam tempoh tersebutlah , sejarah Islam menyaksikan budaya menulis ilmu-ilmu agama mula menjadi perhatian orang Islam. Madrasah-madrasah yang mengajarkan ilmu-ilmu Islam mula muncul dan menjemput ramai para muta'allimin.

Mengenai ilmu tafsir, para pengkaji Islam berbeza pendapat tentang siapakah pemulanya. Ada pendapat menyebutkan bahawa perintisnya adalah Ibn Juraij (Abdul Malik bin Juraij) dan Ibnu Nadim menyebutkan bahawa orang yang mula menulis tafsirul Quran ialah Al-Farra.

Namun Ibn Hajar Al-Asqalani menyebutkan bahawa Abdul Malik bin Marwan ada diriwayatkan mengarahkan agar Said bin Jubair (Meninggal: 96H)menulis tafsir dan Ato' bin Dinar menemui dalam dewan dan dia pun meriwayatkannya secara Mursal.

Keadaan berlangsung demikian di mana tafsir wujud dalam bentuk risalah yang yang tidak lengkap hinggalah menjelang zaman Tabi'i tabi'in.

Pada zaman pengikut Tabi'in, bentuk penafsiran Quran mula membentuk 3 pola iaitu:

1) Pola Tafsir bil Ma'thur

2) Pola Tafsir Linguistik

3) Pola Tafsir Bil Bayan


Bacaan rujukan:

https://islamonline.net/%D8%A7%D9%84%D8%AA%D9%81%D8%B3%D9%8A%D8%B1-%D9%88%D8%A7%D8%AA%D8%AC%D8%A7%D9%87%D8%A7%D8%AA%D9%87/





Read more...

ABDULLAH BIN JAHSYIN

September 13, 2022

 Beliau adalah Ubaidillah bin Jahsyin bin Riab Al-Asadi

Ibunya bernama Umaimah binti Abdul Mutallib

Oleh itu, beliau merupakan anak makcik Nabi SAW. Pangkat dengan nabi adalah sepupu.

Saudara perempuannya bernama Zainab binti Jahsyin yang telah berkahwin dengan Zaid bin Harithah dan kemudiannya berkahwin dengan Nabi SAW.

Beliau adalah suami kepada Ummu Habibah binti Abi Sufyan yang kemudiannya berkahwin dengan nabi setelah Ubaidillah bin Jahsyin meninggal di tanah Habsyah.

Ubaidillah bin Jahsyin ketika berkahwin dengan Ummu Habibah, dapat seorang anak perempuan bernama Habibah. Sebab itu isterinya dipanggil Ummu Habibah. Namanya yang sebenar adalah Ramlah binti Abu Sufyan. Habibah itu kelaknya berkahwin Daud bin Urwah bin Mas'ud As-Tsaqafi.

 Saudara Ubaidillah bernama Abdullah bin Jahsyin yang juga kalangan awal yang masuk Islam dan mati syahid dalam perang Uhud

Selain ada juga saudaranya bernama Abu Ahmad Abdin bin Jahsyin, Zainab (disebutkan di atas), Hamnah (isteri kepada Mus'ab bin Umair) dan Ummu Habib binti Jahsyin (atau sesetengah menyebutkannya sebagai Ummu Habibah dan berkahwin dengan Abdul Rahman bin Auf dan tidak punya anak)


Read more...

Ada ulama yang melarang rakyat melawan pemerintah zalim.

September 1, 2022


Ulama melarang rakyat memberontak lawan pemerintah. Selagi pemerintah tidak menyuruh ke arah maksiat, rakyat hendaklah taat. Soal pemerintah zalim, biarlah. Solah pemerintah rasuah, biarlah. Soal pemerintah buat maksiat, biarlah. Asalkan pemerintah tak suruh rakyat buat maksiat, wajiblah taat. 

Beginilah cara ulama berfikir. Mereka bersandarkan dalil-dali yang memerintahkan rakyat mentaati pemimpin, baik dalil Quran maupun hadis. Sementelahan natijah daripada menentang pemerintah akibatnya adalah lebih buruk daripada faedah yang diharapkan.


Menghadapi penguasa yang zalim, rasuah, dan jahat adalah dengan menkoreksi diri. Jahatnya penguasa adalah kerana jahatnya rakyat. Allah fitnahkan rakyat dengan dapat pemimpin jahat kerana kemaksiatan yang rakyat lakukan!!



Komen penulis: Aku tidak tahulah, apakah aku boleh terima hujahan yang sedemikian. Aku teringat satu hadis yang diriwayatkan oleh Mustaurad Al-Qursyi mengenai perkataan Amru bin Al-As mengenai  kelebihan istimewa bangsa Rom. Kata Amru bin Al-As, antara sebab mengapa bangsa Rom jadi bangsa paling ramai di akhir zaman adalah kerana mereka bangsa yang tidak rela dizalimi penguasa. Itulah nilai terbaik di antara semua faktor keunggulan bangsa Rom.



Jika pandangan-pandangan mencegah rakyat melawan kezaliman penguasa dijadikan andalan, tindakan rakyat Syiria bangkit melawan basyar Al-Asad adalah salah. bahkan, sesiapa yang menelaah sejarah umat Islam, dia akan dapati banyak penguasa zalim digulingkan rakyat. Sudah menjadi fitrah manusia tidak boleh merelakan diri dizalimi. Akan terdorong bangkit menentang.




Apakah kita mahu jadikan agama kita mandom dan kaum muslimin jadi kaum yang lemah dan merelakan tengkuk mereka dipatahkan sesuka hati?

la haula wala Quwwata illa billah.



Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP