CARI KANDUNGAN BLOG

PANDANGAN JUMHUR BUKAN HUJJAH

November 23, 2018


Daripada hadis di atas di keluarkan satu kaedah dalam Ijmak, " bahawa pandangan Jumhur bukanlah hujjah untuk menolak pandangan lain yang bukan Jumhur".  Jumhur para sahabat sibuk dengan urusan perniagaan dan perkebunan. Sebilangan kecil seperti Abu Hurairahsibuk dengan belajar dan menghafal hadis nabi SAW. 

Jadi apakah cara hidup kebanyakan sahabat itu perlu dijadikan hujjah untuk menolak cara hidup orang seperti Abu Hurairah? Apakah kita boleh kata Abu Hurairah salah dan yang lain betul? 

Dalam bab fatwa pula, fatwa siapa yang lebih betul? Abu Hurairah ada bersamanya Sunnah dan jika dia berfatwa, fatwa dialah yang lebih tepat. Sementara fatwa para sahabat lain yang tidak ada sunnah bersamanya, walaupun Jumhur, tidak boleh diterima. Demikianlah yang telah dihuraikan oleh Ibn Hazmin dalam Al-Ehkam (Jil 1/599)

Read more...

Soalan-soalan dalam Daurah 128

November 22, 2018

Daurah pada kali ini membicarakan awal surah Al-An'am.  Topiknya berkisar mengenai penentangan kafir Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW. Walaupun Allah telah datangkan ayat-ayatNya yang berbentuk mukjizat dan juga Al-Quran, mereka tetap memberikan alasan yang pelbagai. Mereka minta diturunkan malaikat yang boleh mereka lihat mengiringi Al-Quran yang tertulis atas kertas. Namun, Allah menegaskan, jika permintaan seperti itu Allah tunaikan, lalu mereka masih kufur, mereka akan mendapat azab segera seperti kaum-kaim yang terdahulu. Seperti halnya kaum Bani Israil yang meminta macam-macam kepada nabi Musa dan juga Isa, lalu mereka masih kufur juga sesudah itu.

Ummat nabi Muhammad adalah ummat yang ditangguhkan azab Allah ke atas mereka. Jika ada kesalahan mereka, di hari akhiratlah perhitungannya. Justeru, permintaan mereka yang pelik-pelik itu tidak ditunaikan.

Ahli Jemaah perempuaqn bertanya dia soalan:

  1. Apakah bacaan doa "rabbighfirli ..." sebelum imam berkataan ameen itu ada?
  2. Apakah niat solat perlu disusun dalam hati?

Read more...

Istidraj yang disangka Karamah.

November 14, 2018

Imam Ibn Taimiyyah menyebutkan dalam kitab "iqtidha As-Siratil Mustaqim" satu contoh bagaimana orang terpedaya. Sesuatu yang merupakan istidraj, disangkanya karamah. Satu orang yang pergi ke kubur lalu berdoa di sana, lantas doanya dimakbulkan, itu bukan satu karamah. Ia adalah Istidraj. Ini kerana perbuatan pergi berdoa di kuburan itu menyalahi sunnah Rasulullah SAW dan merupakan satu perkara bid'ah dalam agama. Jika dengan berbuat hal-hal bid'ah tersebut menerbitkan perkara luar biasa, mendapat nikmat dan sebagainya, ia hanyalah sepertimana orang kafir yang mendapat nikmat walaupun mereka kufur. 

Kerana itu, ukuran kebenaran sesuatu amalan bukan dilihat pada natijah amal itu.

Ia dilihat bagaimana amal itu menepati sunnah baginda Rasulullah SAW!

Jika natijah amal jadi ukuran, maka sudah tentu amalan para pendeta, sami dan mereka yang sesat itu akan dibenarkan. Berapa banyak di kalangan mereka yang mendapat kesan yang mereka mahukan hasil amalan mereka. Para petapa di gunung ganang, pemuja syaitan dan seumpamanya, mereka mendapat hasil daripada amal gigih mereka. Apakah itu lambang kebenaran mereka?

Tetapi , ramai juga orang Islam yang terpedaya dalam hal ini. Yang namanya istidraj disangkanya karamah!

Read more...

Berpada dengan Sunnah

November 6, 2018



Perkataan Ibn Mas'ud disebutkan dalam Ad-Darimi (223), Al-Lalakai (1/55,88):


اقتصاد في سنة خير من اجتهاد في بدعة


"Berpada dengan apa yang ada dalam Sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam perkara Bid'ah".


"Khabatib Al-Baghdadi dalam kitab Al-Feqh wal Mutafaqqih menyebutkan: Said Al-Musayyab melihat seorang lelaki solat sunat lepas terbit fajar lebih daripada dua rakaat dan panjang rukuk dan sujud dalamnya lalu beliau melarannya. Lantas lelaki itu pun berkatanya: Wahai Abu Muhammad, apakah Allah akan menyiksaku dengan sebab solatku? Kata Said Al-Musayyab: Tidak, akan tetapi Allah menyiksamu dengan sebab kau menyalahi Sunnah!".

Sufyan bin Uyainah berkata: Aku mendengar perkataan Anas bin Malik ketika seorang lelaki datang kepadanya lalu bertanya: Di manakah aku perlu berniat ? Kata Imam Malik: Di Zulhalifah sebagaimana nabi SAW berihram. Kata Lelaki itu: Aku ingin berniat ihram di Masjid Nabi di sebelah kubur baginda. Imam Malik mencegahnya dan berkata: Jangan, aku takut kau ditimpa fitnah. Kata Lelaki itu :Fitnah apa pula. Aku cuma menambahkan jarak!. Kata Imam Malik: Apakah fitnah yang lebih besar daripada kau menyangka kau telah mendahului nabi dalam bab yang dia kurang.Lalu Imam Malik pun membaca firman Allah SWT:


فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


Dikeluarkan oleh Khatib Al-baghdadi dalam Al-Feqh wal Mutafaqqih (1/146) , Abu Nu'aim dalam Al-Hilyah (6/326) dan lain-lainnya.





Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP