CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 93

June 30, 2009

TARIKH:29/06/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 93
Surah An-Nisak: 92-94

PENGERUSI: Ust Kama
ULASAN TAJWEED: Mas Suradi
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi Penting

Rujukan:

Read more...

DAURAH 92

TARIKH:28/06/09 (Ahad)
MUKA SURAT: 92
Surah An-Nisak: 87-91

PENGERUSI: Ust Rasyid
ULASAN TAJWEED: Ust. Rasyid
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi Penting

Rujukan:

Tafsir Ibn kathir




ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Suradi

a) Berhubung maksud ayat:

وَمَنْ يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَنْ تَجِدَ لَهُ سَبِيلا

Apakah dalam konteks orang yang murtad, kita perlu biarkan sahaja mereka murtad kerana mereka telah disesatkan Allah.?

Ust. Kama: Hukum bagi orang yang murtad adalah bunuh. Persoalan hidayah, adalah kepunyaan Allah. Kita perlu melaksanakan hukum yang telah ditetapkan ke atas orang yang murtad sebagaimana perintah Allah.


b) Apakah benar tawanan perang dari kalangan wanita pada zaman nabi SAW boleh digauli tanpa dinikahi?

Ust. Kama: Tawanan perang adalah hamba. Hamba perempuan boleh digauli tanpa dinikahi kerana dia adalah barang milik tuannya.

c) Apakah selesma babi yang melanda sekarang ini ada kaitan dengan najis mughallazah?

Ust. Kama: Tidak semua yang disandarkan kepada babi menjadi najis mughallazah. Maka, selesma babi tidak ada kaitan dengan najis mughallazah.

2) Soalan tertunda

Apakah ahli syurga menikmati nikmat syurga secara jasad dan ruh atau ruh sahaja?

Ust. Kama: Banyak dalil al- Quran dan hadia menunjukkan bahawa nikmat syurga dirasai secara fizikal.


Tambahan:

a) Ust. Kama: Setiap orang yang ada dalam hatinya iman walau sebesar zarah akan masuk ke syurga.


b) Hj. Osman menimbulkan ibarat orang yang masuk ke syurga sebagai seeokor kambing putih di kalangan seratus ekor kambing hitam. Kambing putih itulah bandingan orang yang masuk ke syurga manakala kambing hitam itu ke neraka. Apakah benar ibarat ini?

Ust Kama menjelaskan lanjut ibarat tersebut. Allah berfirman dalam surah al-waqi'ah:

ثلة من الأولين وقليل من الأخرين

"Ramai kalangan dahulu yang masuk syurga tetapi sedikit kalangan terakhir yang masuk syurga"

Ramai dari kalangan ummat yang beriman dengan nabi-nabi dahulu sebelum nabi Muhammad, masuk ke syurga. Dan sedikit sahaja dari kalangan ummat nabi Muhammad yang masuk ke syurga. Maksud sedikit itu adalah jika dibanding dengan ummat terdahulu kerana ummat terdahulu banyak nabi yang datang dan ramai pula yang beriman dengan mereka. Ketika turun ayat ini, para sahabat merasa sempit dan susah hati lalu turunlah ayat berikutnya:


ثلة من الأولين وثلة من الآخرين


"Ramai dari kalangan dahulu yang masuk syurga dan ramai pula dari kalangan orang terkemudian yang masuk syurga"

Sedikit dari kalangan yang akhir itu adalah lebih ramai dari jumlah ramai orang terdahulu.

c) Ust kama menambah tentang umur ahli syurga adalah 33 tahun berdasarkan tafsir ayat Al-Quran dalam surah Al-Waqi'ah


ِAl-baghawi ketika mentafsirkan ayat tersebut merujuk sebuah hadis yang disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad:





Read more...

DAURAH 91

June 27, 2009

TARIKH:23/06/09 (Selasa)
MUKA SURAT: 91
Surah An-Nisak: 80-86

PENGERUSI: Ust Syukri
ULASAN TAJWEED: Ust Tn. Roslan
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi Penting

Rujukan:

Al-Quran Complex



ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN


1) Ust Nasir


a) Mana lebih dekat dengan sunnah dalam soal lafaz salam, Assalamualaikum atau assalamualaika?

Ust. Kama: Kedua-dua lafaz tersebut adalah sunnah. Ada riwayat menggunakan lafaz assalamualaika untuk seorang dan assalamualaikum untuk jamak. Namun ada juga hadis, sahabat datang kepada rasululah memberikan salam dengan lafaz assalamualaikum. Dikatakan lafaz assalamualaikum kepada seorang dimaksudkan juga kepada malaikat yang bersamanya.

Ringkasnya, kedua-dua lafaz itu adalah sunnah. Wallahu a'lam.

Rujuk: Multaqa ahlil hadith


b) Dalam situasa di sekolah, murid memberi salam kepada guru sepanjang laluan guru, adakah boleh menjawab secara sekaligus?


2) En Momoh.

Apakah orang yahudi dan Nasrani adalah kafir?

Ust. Kama: Mereka adalah kafir ahlil kitab.


2) En Ladis

a) Adakah si mati mendapat faedah daripada organnya yang didermakan?

Ust. Kama: Dia mendapat faedah kalau mewasiatkannya.

b)Derma organ kepada orang kafir, apakah hukumnya?

Ust. Kama: Penderma tidak menanggung dosa orang kafir tersebut.


3) Mas Suradi

a) Apakah benar pintu ijtihad sudah tertutup?

Ust. Kama: Pintu ijtihad tidak pernah tertutup dan tiada manusia yang diberi kuasa menutupnya.

b) Apakah yang dimaksudkan dengan Qias?

USt. Kama: Membandingkan dua perkara yang berbeza tetapi hukumnya berdasarkan illat (Sebab) yang sama.

c) Apakah hukumnya memberi nama anak dengan menggunakan nama Allah seperti aljalal, alkarim, almuhaimin dan sebagainya?

Ust. Kama: haram menggunalan lafaz nama Allah secara ma'rifah (ada alif dan lam) sebagai nama anak.


c) Apakah benar tawanan perang di zaman Rasululah diikat di masjid?

Ust. Kama: Wallahu 'alam. Jawapan ditunda.

4) Hj. Osman

Sewaktu syariat lain dimansukhkah dengan kedatangan syariat Islam, nabi manakah yang ada pada masa itu?

Ust. Kama: Hanya nabi Muhamamd yang ada.


5) Cikgu Salleh

a) Ulasan tambahan: Hendaklah kita bertolong-tolongan ke arah kebaikan


b) Soalan: Apakah bentuk-bentuk syafat yang ada pada nabi di akhirat?



Read more...

DAURAH 90

June 23, 2009

TARIKH:22/06/09 (Isnin)
SURAT: 30
Surah An-Nisak: 75-79

PENGERUSI: Ust Tn Roslan
ULASAN TAJWEED: Ust Sukri
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama


Isi-isi penting:

Quran Complex


ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Hj. Jaafar

Seorang yang mati kemalangan semasa keluar mencari razeki buat keluarga, apakah ia dikira mati syahid?

2) Mas Suradi

a) Tipudaya wanita dikatakan lebih hebat daripada tipudaya syaitan. Bukankah tipudaya wanita itu datang daripada tipudaya syaitan juga?

b)Anak yang mati kecil boleh bantu ibu ayah di akhirat. Minta diperjelaskan.

c) Ada dakwaan orang mengatakan solat di masjid dengan sejadah sendiri adalah tidak sah.

3) Ahmad Daud

a) Islam berperang sesama Islam, apakah yang mati adalah syahid?

b) Apakah pengembom berani mati diangap syahid?

4) Ust. Nazri

Bagaimana kedudukan orang Islam yang mati dalam peperangan sesama Islam dalam sejarah seperti perang al-jamal dan perang Siffin? Adakah mereka masuk syurga sebagai syuhada atau neraka?

5) Ust Syukri

a) Ulasan Tambahan: Terdapat ajaran sesat yang mempercayai guru mereka boleh menaggungkan kematian, meringankan siksaan dan berbincang dengan malaikat pembawa bencana tentang tempat yang hendak diturunkan bencana. Kepercayaan sebegini adalah terkeluar daripada kepercayaan yang benar yang dipegang oleh ahli sunnah wal jama'ah.

b) Persoalan: Mengapa orang yang mati berperang sesama Islam masuk neraka sedangkan dia hanya bari berniat? Bukankah niat melakukan kejahatan tidak ditulis?

Read more...

DAURAH 89

June 22, 2009

TARIKH:21/06/09 (Ahad)
SURAT: 89
Surah An-Nisak: 66-74

PENGERUSI: Ust Sukri Muhamad
ULASAN TAJWEED: Ust Rasheed
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
Isi-isi penting:


Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka akan masuk ke dalam syurga dan menjadi teman-teman mereka dakam syurga. Mereka itulah golongan Siddiqin, Syuhada dan Solihin.

Rujukan:

Qurancomplex

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Hj Osman

a) Apakah bentuk hukuman yang dikenakan pada zaman nabi, ke atas orang-orang yang mengelakkan diri dari terlibat dalam peperangan?

Ust Kama: Pemulauan adalah satu bentuk hukuman yang dikenakan.

b) Apakah perbezaan antara bersuci dan berwudhuk?

Ust. Kama: Berwudhuk adalah salah satu cara bersuci.

2) En Ladis

a) Apakah hukumnya ucapan salam dijawab dengan jawapan " ya..ya..." sahaja?

Ust. Kama: Cara jawab tersebut tidak mengugurkan kewajipan menjawab salam.

b)Terdapat sebilangan orang membalikkan tangan semasa doa tolak bala, apakah ini ada sandarannya?

Ust. Kama: Sunnah berdoa adalah menadahkan tangan ke langit.

2) Mas Suradi

a) Apakah boleh berdoa kepada seseorang agar ditempatkan bersama para nabi, siddiqin , syuhada' dan solihin padahal melihat kepada kehidupan dunianya, dia tak layak menduduki tempat itu?

Ust Kama: Tidak menjadi kesalahan berdoa kebaikan untuk sesiapa sahaja. Kesudahan seseorang itu terletak kepada khatimahnya, bukan kepada amal sepanjang hidupnya.

a) Mutakhir ini, anugerah-anugerah pangkat selalu diberikan kepada orang yang sudah mati. terbaru Sudirman Hj. Arshad dianugerahkan gelaran 'datuk'. Apakah anugerah sebegini menjejaskan ketenangan orang yang telah mati?

Ust. Kama: Menganugerahkan gelaran dan pangkat dunia kepada orang yang sudah mati adalah perbuatan sia-sia. Orang yang telah mati telah terputus hubungannya dengan dunia dan sebarang anugerah tidak akan memberi faedah kepadanya.

b) Apakah benar kita disuruh solat di tempat yang berbeza-beza dalam sebuah masjid?

Ust. Kama: Saranan agar solat di tempat yang berbeza tersebut adalah kerana kelak pada hari akhirat, tempat yang kita sujud itu akan menjadi saksi. Oleh itu, perbanyakkan saksi.

4) En Samit

Apakah hukumnya bedah siasat ke atas mayat?

Ust. Kama: Asasnya, haram menyakiti mayat. namun, jika ada keperluan maka syarak tidak menghalang untuk bedahsiasat seperti mengetahui sebab-sebab kematian untuk tujuan keadilan.

Ust. Rashed: Boleh digali mayat untuk tujuan bedah siasat jiuka ada keperluan dan perintah mahkamah.


5) Ust Nazry Jusuh

Ada pihak yang mendakwa bahawa nikmat syurga itu hanya dirasai oleh ruh sahaja. Apakah ada dalil-dalil yang menjelaskan hal ini?


Ust. Kama: Ayat 56, surah an-nisak sebelum ini menceritakan hal ehwal ahli neraka:


إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُمْ بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا


Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka. setiap kali kulit mereka hangus, kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.


Jika ahli neraka disiksa dalam bentuk fizikalnya, maka demikianlah ahli syurga mendapat nikmat dalam bentuk jasmaninya.


Dalil-dalil muktamad lain daripada hadis, Insya Allah akan dinyatakan dalam daurah berikutnya.

Read more...

Pengerusi Daurah

June 19, 2009

Ust Sukri bin Muhammad, salah seorang pengerusi Daurah Quran .

Read more...

Pembaca terjemahan


Tn Haji Yusuf bin Umar, pembaca terjemahan bagi Dauratul Quran.


Read more...

DAURAH 88

June 16, 2009

TARIKH:16/06/09 (Selasa)
SURAT: 88
Surah An-Nisak: 60-65

PENGERUSI: Ust Sukri Muhamad
ULASAN TAJWEED: Ust Sukri Muhammad
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama

Isi-isi penting:


Larangan bertahkim kepada taghut dan menerima dengan reda segala hukum yang telah diputuskan oleh kitabullah.

Rujuk:http://qurancomplex.org/Quran/tafseer/Tafseer.asp?l=arb&t=katheer&nSora=4&nAya=60#4_60



ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1)Cikgu Khairuddin

Menimbulkan persoalan mengenai kedapatn mereka yang tergolong kalangan ulama tetapi mencari helah dan berdolak dalih dalam menegakkan hukum berdasarkan kitabullah dan petunjuk daripada Rasulullah. Perbuatan mereka ini menyebabkan orang awam terpengaruh dan menjadikan mereka golongan yang tidak mendokong perlaksanaan hukum Allah di atas muka bumi.

Ust. Kama: Dalam Al-Quran Allah menggambarkan bagaimana tabiat ulama-ulama bani Israil yang mempunyai ilmu mengenai kitab tetapi tidak mahu melaksanakan isi kitab tersebut sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mudathir, ayat 34:

مثل الذين حملوا التوراة ثم لم يحملوها كمثل الحمار يحمل أسفارا

Perumpamaan orang-orang yang dipikulkan kepadanya Taurat, Kemudian mereka tiada memikulnya adalah seperti keledai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Amatlah buruknya perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah itu. dan Allah tiada memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

(Surah Al-Jumu'ah: Ayat 5)

Jika di kalangan ulama bani Israil kedapatan golongan ulama seperti itu, apa tidaknya di kalangan ulama ummat nabi Muhamamd. Tentunya Allah menceritkan ehwal ulama Bani Israel tersebut bukan sekadar lipur lara masa lalu. Tentunya ada iktibar dan pengajaran buat ulama ummat ini agar jangan jadi seperti mereka.

2) Hj. Jaafar

Menimbulkan isu kalangan masyarakat Islam yang mengaku beriman dengan Allah dan rasulnya tetapi tidak mahu mendirikan solat.

Ust. Kama: Jelas bahawa kedudukan solat dalam Islam amat penting sehingga datang beberapa hadis datang mencela dengan keras orang-orang yang meninggalkan solat. Seseorang yang mengaku beriman tetapi enggan solat, sebenarnya dia tidak beriman. Apa yang dimaksudkan dengan iman adalah mencakupi tiga perkara iaitu:

  • Iqrar dengan lidah
  • tasdiq dalam hati
  • beramal dengan anggota.

Jika tidak mencakupi tiga perkara tersebut, seseorang itu belum dikatakan beriman. Dia mungkin hanya seorang Islam tetapi bukan beriman!

3) En Samit

Ulasan Tambahan: Punca mengapa ramai orang Islam tidak melaksanakan perintah Allah seumpama solat adalah kerana mereka tidak melihat ISlam sebagai sebuah agama yang menuntut amalan. Pada mereka, Islam cukup sekadar namanya Islam dan soal amalan adalah soal individu dan terpulanglah kepadanya sama ada mahu melaksanakan atau tidak.

4) Hj. Yusuf

Apakah ada hukuman bagi yang meninggalkan solat?

Ust. Kama: Dalam hukum Islam, meninggalkan solat adalah satu kesalahan jenayah dan pemerintah wajib mengenakan hukuman ta'zir bagi orang yang meninggalkan solat.

5) Hj. Osman

Antara tahlil dan mehyahut panggilan azan dengan hadir solat berjemaah, manakah satu yang patut diutamakan.

Ust Kama: Solat berjemaah tidak boleh dibandingkan dengan tahlil kerana tahli tidak menduduki apa darjat tuntutan pun dalam agama. Justeru, tidak ada persoalan aulawiyyat di sana. Tinggalkan majlis tahlil dan hadirlah mendirikan solat berjemaah.

6) En Ladis

Antara menyempurnakan urusan jenazah dengan menyahut azan untuk solat berjemaah

Ust. Kama: Menyempurnakan urusan jenazah adalah fardhu kifayah. Manakala menyahut azan dan solat berjemaah adalah sunnat muakkad menurut sebahagian ulama. Justeru, dalam kes bertembung dua kepentingan seperti ini, utama yang lebih aula iaitu fardhu kifayah. Itupun kalau kita adalah orang yang terlibat dalam menguruskannya dan pengurusan terbengkalai kalai kita meninggalkannya.

7) Ayahanda Cikgu Khairuddin

Apakah ada syariat azankan mayat dalam lubang kubur sewaktu mengebumikannya?

Ust. Kama: Amalan tersebut adalah bid'ah dan tidak pernah dibuat oleh salafus soleh. Ia tidak punya asas dan hanya dibuat oleh orang-orang jahil.

8) Mas Suradi

a) Apakah maksud "melainkan dengan izin Allah" dalam ayat 64 :

وَمَآ أَرْسَلْنَا مِن رّسُولٍ أِلاّ لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللّهِ

Ust Kama: Berkata Mujahid sebagaimana diriwayatkan dalam tafsir Ibn kathir, maksud perkataan tersebut adalah: tidak boleh taat kepada seseorang pun melainkan dengan izinKu. Dengan kata lain, untuk taat kepada seseorng, hendaklah ketaatan itu tidak menyalahi ketaatan kepada Allah. Oleh kerana ketatan kepada Rasul telah diperakui dan dizinkan oleh Allah dengan pelbagai jaminan dalam banyak ayat, maka ketaatan kepada rasul dikatakan telah mendapat izin daripada Allah swt.

b) Apakah ada dua jenis kaldai iaitu kaldai liar dan kaldai kampung?

Ust.Kama: Ya, tedapat keldai yang dibela dan ada yang hidup liar.

c) Bagaimana cara Islamnya Qarin Rasululah SAW?

Ust Kama: Wallahu 'alam. Rasulullah mengatakan dalam hadisnya bahawa qarinnya telah Islam di tangannya. Bagaimana caranya qarin itu Islam bukanlah perkara penting untuk diketahui.

9) Ust Sukri Muhammad

Ulasan tambahan: Wajiblah kita menyokong orang yang berjuang mendaulatkan hukuman Allah di bumi Malaysia ini. Cara kita menyokong adalah dengan cara mengundi mereka untuk meletakkan mereka di parlimen sebagai sebuah badan pembuat undang-undang di Malaysia ini.

Read more...

DAURAH 87

June 15, 2009

TARIKH:15/06/09 (Isnin)
MUKA SURAT: 87
Surah An-Nisak: 52-59

PENGERUSI: Ust Tn Roslan Tn Muda
ULASAN TAJWEED: Ust. Syukri-Kalimah Allah
TERJEMAHAN: Hj. Yusuf
ULASAN TAFSIR: Ust Kama
Isi-isi penting:
  1. Orang Yahudi mencemburui kenabian Rasulullah.
  2. Di kalngan Yahudi ada juga yang beriman tetapi ramai mereka kufur.
  3. Allah menceritakan bentuk azab neraka iaitu kulit yang dibakar hangus akan digantikan dengan kulit yang baru dan dibakar lagi.
  4. Orang yang beriman akan dimasukkan ke syurga yang punyai sungai-sungai dan bayang-bayang teduh yang merupakan nikmat buat mereka.
  5. Hendaklah melaksanakan amanah
  6. Wajib mentaati Allah, rasul dan ulil Amri.
  7. Apakah yang dimaksudkan dengan ulil amri ialah mereka yang meneruskan kesinambungan Allah dan rasulnya.

Rujukan:

http://qurancomplex.org/Quran/tafseer/Tafseer.asp?nSora=4&t=katheer&l=arb&nAya=52#4_52

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) Cikgu Khairuddin

Soalan:

Apakah maksud ayat 56 boleh difahami dalam konteks alam kubur?
Ust. Kama menjelaskan bahawa ayat 56 adalah menceritakan bentuk azab dalam neraka, bukan dalam kubur.


2)Hj. Jaafar

Soalan: Apakah beza lafaz istighfar yang berbunyi " Atubu ilaik" dengan "natubu ilaik"?

Ust. Kama: Bezanya adalah lafaz 'aku' dan 'kami'.

3)Mas Suradi

Soalan:

a)Apakah ajaran qadiani ada kaitan dengan Yahudi?
Ust. Kama menjelaskan sejarah ringkas Qadiani dan mengatakan ia berasal dari India. Namun, perbuatan mereka menukar maksud ayat quran adalah perangan Yahudi.
b)Apakah maksud bayang teduhan dalam ayat 57 sama dengan bayang yang di maksudkan dalam hadis yang melindungi 7 golongan pada hari mahsyar?
Ust. Kama menjelaskan bayang yang disebutkan dalam ayat 57 adalah bayang pokok khuldi dalam syurga manakala bayang yang disebut dalam hadis adalah bayang arasy Allah pada hari mahsyar.
c) Apakah perlu menanti azan selesai untuk solat tahiyyatul masjid pada hari jumaat?
Ust. Kama: Hendaklah menunggu azan habis, barulah solat sunat tahiyyatul masjid.

4) En. Samit
Ulasan Tambahan:
a) Menurut sains, kulit manusia terdiri dari 2 lapisan utama yang dipanggil epidermis dan dermis. Mungkin lapisan ini boleh dikaitkan dengan maksud ayat 56 surah an-nisak yang menceritakan siksaan ahli neraka. Selepas kulit hangus diganti dengan lapisan kulit yang lain.
b) Merujuk kepada ayat terdahulu yang menyebutkan tentang ancaman Allah kepada orang Yahudi yang enggan beriman dengan Rasulullah, akan dihilangkan wajahnya dan dijadikan di belakang kepalanya, juga boleh difahami merupakan simbolik kepada sifat sombong mereka.

5) Cikgu Salleh

Ulasan dan soalan:

Mengulas mengenai pemimpin yang ada hari ini tidak menjalankan hukum Allah dalam pemerintahan, apakah masih perlu ditaati?
Ust Kama menjelaskan bahawa 'ulil Amri' dalam ayat bermaksud mereka yang meneruskan kesinambungan kepimpinan yang digariskan Allah dan rasulnya. Jika mereka tidak meneruskan, mereka bukanlah ulil amri yang diperintahkan taat dalam ayat.

Read more...

Daurah 86

June 14, 2009

TARIKH:14/06/09 (Ahad)

MUKA SURAT: 86

Surah An-Nisak: 45-51




PENGERUSI: Ust Tn Roslan Tn Muda

ULASAN TAJWEED: Ust. Tn. Roslan Tn Muda

TERJEMAHAN: Hj. Yusuf

ULASAN TAFSIR: Ust Kama


Rujukan:


http://qurancomplex.org/Quran/tafseer/Tafseer.asp?nSora=4&t=katheer&l=arb&nAya=45#4_45


ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN




1) Hj. Osman


Bertanya soalan tentang silat wali suci, apakah ia termask dalam amalan syirik?


Ust Kama menjelaskan bahawa ia termasuk dalam ajaran sesat. Terdapat juga ajaran silat seumpamanya yang disenaraikan salah satu daripada lebih 80 ajaran sesat di Malaysia oleh Jakim iaitu Nasrul Haq.


Rujuk: (Bahagian Penyelidikan Jakim)


Amalan silat seperti ini menggunakan bantuan jin dan syaitan yang berkisar pada ilmu sihir . Sekalipun membaca ayat-ayat quran, tetapi jika sampai menimbulkan khawariqul adah yang diusahakan dengan ilmu, ia adalah ilmu sihir yang wajib dijauhi.



2) Mas Suradi.


a) Soalan berkenaan solat jemaah di mana imam terbatal wuduk atau tiada berwuduk ketika solat, apakah makmum turut terbatal solatnya?


( Jawapan telah dinyatakan dalam daurah dan tidak dimasukkan)



b) Aoakah hukumnya membaca surah al-Fatihah kali kedua dalam solat?Apakah ia tidak termasuk dalam menambahkan rukun?


Ust Kama: Bacaan fatihah kali kedua tidak dianggap menambahkan rukun. Malah ia akan menjadi sunat bagi orang yang tidak mampu membaca surah lain sesudah fatihah. Ia boleh dibaca sebagai mendapat sunat membaca surah.


c) Apakah kedudukan pembantu yang dipaksa majikannya makan daging babi?


Jika pembantu itu dipaksa dengan ancaman akan dirampas agama, nyawa, keturunan, harta, maruahnya, agar dia makan daging babi, maka tidak menjadi kesalahan dia memakan daging babi kerana dia adalah orang yang dipaksa. Sedangkan memelihara dururiyat yang lima itu lebih utama mengikut keutamaan masing-masing. Namun jika dia hanya diancam seumpama dipecat dan seabgainya yang tidak termasuk dururiyat yang lima itu, haramlah dia makan daging babi tersebut.


Mengenai kedudukan daging babi dalam badannya yang telah dimakan, ia tidaklah perlu disamak. Cukuplah dengan bertaubat kepada Allah dan jangan diulang lagi.





3) Makcik (ahli baru daurah)



a)Apakah hukumnya isteri pertama menggunakan ilmu untuk suami balik semula kepadanya?


Ust. Kama menjelaskan bahawa perbuatan isteri tersebut adalajh haram dan menggunakan ilmu yang tersebut adalah termasuk cabang-cabang sihir.



b) Apakah hukumnya mengamalkan adat-adat Bugis?


Ust. Kama: Adat, selagi tidak bertentangan dengan syarak, adalah muhakkamah. Jika bertentangan dengan syarak, ia adalah haram.



c) Apakah hukumnya menyembelih ayam ketika membawa turun jenazah dari rumahnya untuk ke kubur?


Ust. Kama: Amalan tersebut termasuk dalam amalan khurafat dan haram. Ia wajib ditinggalkan.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP