CARI KANDUNGAN BLOG

DAURAH 169

March 30, 2010

TARIKH: 30 / 03/2010
MUKA SURAT : 169
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED       :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN


1) AHMAD DAUD

a) Berapakah ramai para nabi dan berapa ramai daripada kaum Bani Israil?

Jumlah nabi adalah 120 ribu dan 313 daripadanya adalah Rasul Allah*. Hadis-hadis yang menyebutkan tentang jumlah nabi dan Rasul boleh didapati dalam Tafsir Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat:

وَرُسُلًا قَدْ قَصَصْنَاهُمْ عَلَيْكَ

*. Menurut Fatwa Syeikh Bin Baz, hadis-hadis berkaitan jumlah nabi dan rasul adalah dhaif semuanya. Malah Ibn Al-Jauzi mengatakan hadis riwayat Abu Zar yang menyebutkan jumlah nabi dan Rasul adalah palsu. Namun, Albani mentashihkannya.

Hadis Riwayat Abu Zar:


عن أبي ذر قال: قلت: يا رسول الله، أي الأنبياء كان أول؟ قال: آدم. قلت: يا رسول الله، ونبي كان؟ قال: نعم، نبيُّ مكلَّم. قلت: يا رسول الله، كم المرسلون؟ قال: ثلاثمائة وبضعة عشر جماً غفيراً
(Riwayat Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Jumlah nabi Bani Israil adalah ramai sekali. Dalam beberapa hadis dikatakan bahawa dalam sehari, kaum Bani Israil pernah membunuh sejumlah 70 nabi. Di antara 25 Rasul yang disebutkan nama mereka dalam Quran, hanya 10 orang yang bukan kalangan Bani Israil. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi (Sya'bil Iman), Tabrani  , Al-Hakim (Al-Mustadrak) dan Al-Haithami (Majma' Az-Zawaid)

Sabda Rasulullah SAW: 


كل الأنبياء من بني إسرائيل إلا عشرة نوح، وهود، ولوط، وصالح، وشعيب، وإبراهيم، وإسماعيل، ويعقوب، وعيسى، ومحمد صلوات الله عليهم، وليس لنبي من بني إسرائيل اسمان إلا عيسى: المسيح، ويعقوب: إسرائيل.


Rujuk:

Islamqa
Forum 1
Ejabah
Islamweb



b) Apakah kedudukan Sulaiaman di kalangan kaum Bani Israil?

Ust Kama: Nabi Sulaiman adalah putera nabi Daud. Pada zaman peperangan antara raja Talut, raja pilihan Allah untuk kaum Bani Israil dengan raja Jalut yang kafir, nabi Daud telah memainkan peranan dalam membunuh raja Jalut. Hal ini ada diceritakan dalam Al-Quran. Sesudah Talut, Daud telah diberikan kekuasaan ke atas kaum Bani Israil. Setelah Daud, nabi Sulaiman pula mengganti. Pada zaman nabi Sulaiman, pemerintahannya melebar kepada sebuah kerajaan luas yang tiada tolak bandingnya.

2) UST NASIR

a) Kita maklum bahawa di celah-celah pembunuhan politik Firaun, Musa lahir dan terselamat. Bagaimana pula nabi Harun boleh terselamat?

Ust Kama: Ada beberapa pandangan mengenai hal ini:

a)Dasar membunuh anak lelaki yang dilancarkan Firaun bukanlah untuk saban tahun. Ada tahun-tahun tertentu ia dikecualikan yang dinamakan tahun kemaafan. Apabila Firaun melaksanakan dasar itu, para pembesarnya memberi nasihat bahawa jika ia dilakukan saban tahun, akan hilanglah tenaga buruh buat membangunkan negeri Mesir. Lalu Firaun mewujudkan tahun kemaafan.Pada tahun itulah lahirnya nabi Harun.

b) Ada sisi pandangan lain yang menyebutkan bahawa Harun lahir sebelum akta pembunuhan kejam itu dilaksanakan. Sebab itu Harun meninggal lebih awal daripada nabi Musa.

c) Harun lahir sebelum Firaun bermimpi mengenai kelahiran anak Bani Israil yang akan menjatuhkannya.

Rujuk: Soidul Fawaid
Kelab Pemikir Arab


b) Apakah boleh meludah dalam solat dan bagaimana?

Ust Kama: Meludah dalam solat tidak membatalkan solat. Namun, meludah dalam masjid adalah haram kerana ia mengotorkan masjid. 

3) SURADI

Musa telah melihat cerita tentang nabi Muhammad dalam kitab Taurat dan meminta agar beliau dijadikan ummat Muhammad. Apakah Tuhan menerima permintaannya?

Ust Kama: Sesetengah riwayat melanjutkan jawapan Allah yang menolak permintaan nabi Musa.



Isu-isu:


70 lelaki yang dipilih nabi Musa


Read more...

DAURAH 168

March 29, 2010

TARIKH: 29 / 03/2010
MUKA SURAT : 168
SURAH AL-A'RAF: AYAT 144-149

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) AHMAD DAUD

Apakah Firaun dalam kisah nabi Musa itu hanya seorang Firaun ?

Ust Kama: Firaun adalah gelaran bagi raja-raja negeri Mesir. sebagaimana Kaisar gelaran bagi raja-raja Rom, Kisra gelaran bagi raja-raja Parsi dan Najasyii gelaran bagi raja-raja Habsyah. Firaun dalam kisah nabi Musa itu adalah firaun yang sama dari awal kisah sehingga akhirnya. Dari zaman pembunuhan anak-anak lelaki sehinggalah zaman pengejaran nabi Musa dan kaum Bani Israil merentas laut Merah dan mati lemas di sana.

Ini dapat difahami daripada apa yang difirmankan Allah SWT:


إِنَّ فِرْعَوْنَ عَلَا فِي الْأَرْضِ وَجَعَلَ أَهْلَهَا شِيَعًا يَسْتَضْعِفُ طَائِفَةً مِّنْهُمْ يُذَبِّحُ أَبْنَاءهُمْ وَيَسْتَحْيِي نِسَاءهُمْ إِنَّهُ كَانَ مِنَ الْمُفْسِدِينَ وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِي فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُوا يَحْذَرُونَ وَأَوْحَيْنَا إِلَى أُمِّ مُوسَى أَنْ أَرْضِعِيهِ فَإِذَا خِفْتِ عَلَيْهِ فَأَلْقِيهِ فِي الْيَمِّ وَلَا تَخَافِي وَلَا تَحْزَنِي إِنَّا رَادُّوهُ إِلَيْكِ وَجَاعِلُوهُ مِنَ الْمُرْسَلِينَ فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ لِيَكُونَ لَهُمْ عَدُوًّا وَحَزَنًا إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ
Sesungguhnya Fir'aun Telah berbuat sewenang-wenang di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan dari mereka, menyembelih anak laki-laki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Fir'aun termasuk orang-orang yang berbuat kerusakan.  Dan kami hendak memberi karunia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi).  Dan akan kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi dan akan kami perlihatkan kepada Fir'aun dan Haman beserta tentaranya apa yang Se- lalu mereka khawatirkan dari mereka itu.  Dan kami ilhamkan kepada ibu Musa; "Susuilah Dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya Maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). dan janganlah kamu khawatir dan janganlah (pula) bersedih hati, Karena Sesungguhnya kami akan mengembalikannya kepadamu, dan men- jadikannya (salah seorang) dari para rasul.  Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir'aun yang akibatnya dia menja- di musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir'aun dan Ha- man beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.
(Surah Al-Qasas:Ayat4-8)



2) CIKGU KHAIRUDDIN

Mengapa masih ada manusia yang menyembah atau mensucikan lembu?Malah kenapa masih ada yang memnyembah selain Allah padahal meraka orang terpelajar sehingga ke  tahap profesor dsb?

Ust Kama: Itulah sifat manusia. Maka Allah utuskan rasul.

3) RAKSAN

Kalau membina patung pemimpin adalah haram, kenapa ada patung Tengku Abd Rahman di KK dan tiada ulama yang membantahnya?

Ust Kama: Membina patung adalah haram berperingkat. Ada yang besar keharamannya dan ada yang kecil keharamannya. Antara satu sama lain tidak serupa. Patung yang dimaksudkan itu adalah antara keharaman yang besar kerana ia patung pemimpin. Ramai juga ulama yang telah memberi teguran dalam hal ini tetapi tidak diendahkan. Terdapat keharaman yang lebih besar diibo kota negara iaitu Tugu Kebangsaan. di sana menjadi pusat kegiatan syirik saban tahun khususnya pada hari sambutan pahlawan. Kalungan bunga dan tafakkur dilakukan.
 

4) MOMOH

Mengapa Jibrail menaiki kuda ketika dia datang menjempu nabi Musa AS?

Ust kama:Cerita malaikat Jibrail menaiki kuda banyak dalam riwayat peristiwa lain. Kuda adalah binatang pilihan kerana ia adalah binatang yang melambangkan kemuliaan dan kemegahan.

5)SURADI 

Apakah maksud Hadis ini (yang bermaksud): cukupkankah solat 4 rakaat di awal siang, kami akan cukupkan baginya apa yang di akhir siang.....

Apakah  maksud solat 4 rakaat tersebut?

 
Ust Kama: Wallahu 'alam. Kusangka solat itu adalah solat Dhuha. Rujukan susulan akan dibuat tentang maksud hadis tersebut.


Sisipan kemudian:


1) Hadis tersebut adalah sebagaimana berikut:



أخبرنا محمد بن عبد الله بن بزيع، ثنا بشر، ثنا برد، عن سليمان بن موسى، عن مكحول، عن كثير بن مرة الحضرمي، عن قيس الجذامي، عن نعيم بن هبار الغطفاني، عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " عن ربه قال: ابن آدم صل أربع ركعات في أول النهار أكفك آخره

(Nasai; Saheh menurut Al-Bani)

2) Rujuk mengenai kelebihan solat sunat Dhuha di sini. 

Read more...

DAURAH 167

March 28, 2010

TARIKH: 28 / 03/2010
MUKA SURAT : 167
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Apakah benar taubat kaum nabi Musa dengan membunuh diri dan jika terkena najis dipotong dan buang bahagian najis itu?

Ust Kama: Taubat bagi kaum nabi kaum nabi Musa ialah dengan cara bunuh diri. Ini sebagaimana yang difirmankan Allah SWT:


وإذ قال موسى لقومه يا قوم إنكم ظلمتم انفسكم باتخاذكم العجل فتوبوا إلى بارئكم فاقتلوا انفسكم ذلكم خير لكم عند بارئكم فتاب عليكم انه هو التواب الرحيم
Dan (ingatlah), ketika Musa Berkata kepada kaumnya: "Hai kaumku, Sesungguhnya kamu Telah menganiaya dirimu sendiri Karena kamu Telah menjadikan anak lembu (sembahanmu), Maka bertaubatlah kepada Tuhan yang menjadikan kamu dan Bunuhlah dirimu. hal itu adalah lebih baik bagimu pada sisi Tuhan yang menjadikan kamu; Maka Allah akan menerima taubatmu. Sesungguhnya dialah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang."
(Surah Al-Baqarah: Ayat 54)
Bagi yang terkena najis, maka cara menyucikannya ialah ialah dengan menggunting bahagian pakaian yang terkena najis. Disebutkan dalam Musnad Imam Ahmad:


إن بني إسرائيل كان إذا أصاب أحدَهم البولُ قرضه بالمقراض
Sesungguhnya Bani Israil itu, apabila terkena seseorang mereka (pada pakaian mereka) air kencing, mereka perlu mengguntung bahagian yang terkena air kencing itu. 
(Disahehkan oleh Al-Hakim dan sepakati oleh Az-Zahabi)

b) Apakah hukumnya patung-patung kecil dalam kereta?

Ust Kama: Hukum membina patung adalah haram berperingkat. Membina patung pemimpin, ulama dan individu yang sanjung tinggi dalam masyarakat menduduki keharaman paling tinggi dalam soal membina patung. Manakala membina patung-patung lain, sekalipun tidak membawa kepada sanjungan dan sembahan, mempunyai keharaman berdasarkan keadaannya.


2)EN HAZIQ

a) Apakah benar tongkat nabi Musa daripada kayu koka dan apakah percaya kepada kehebatan kayu koka boleh membawa kepada kesyirikan?

Ust Kama: Tiada dalil mengatakan tongkat nabi Musa daripada kayu koka. Meyakini kayu Koka boleh mengelakkan mudarat dan mendatangkan manfaat adalah keyakinan yang membawa kesyirikan.


3) ANUAR TABALON

a)Kenapa solat Zohor dan Asar secara senyap (sir)?

Ust Kama: Ia mengandungi hikmah yang berkaitan sejarah awal kewajipan solat.

b) Bolehkah orang yang mulanya solat sendirian kemudian melihat ada orang solat jemaah di depannya mengubah niatnya untuk berjemaah?

Ust Kama: Tidak boleh kerana takbiratul ihramnya mendahului imam.

4) EN SAMIT

a) Strategi labah-labah dalam ilmu moden dan perspektif Al-Quran.


5) UST YAZIT

Ulasan tambah:

Asal usul kayu koka adalah diimport dari Eropah. Mana ada hutan kayu koka di negeri Mesir!



6) SURADI

Bilakah sesuatu razeki itu dianggap milik kita?

Ust Kama: Razeki itu menjadi milik kita apabila kita telah membelanjakannya ke jalan Allah. 





Fahami Isu:


1) Maksud ذات أنواط  ,

2) Mengenai maksud "zati anwat" dalam  منتدى التوحيد
 


Read more...

DAURAH 166

March 23, 2010


TARIKH: 23 / 03/2010
MUKA SURAT : 166
SURAH AL-A'RAF: AYAT 131-137

PENGERUSI                      : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED         :UST MOHD SHAHRAN IBRAHIM
TERJEMAHAN                 : TN HJ YUSUF
TAFSEER                           : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1) HJ JAAFAR

Sesetengah orang, apabila mendapat musibah, mereka mengucapkan katas-kata seumpama 'astaga'. Apakah hukum kata-kata ini?Apakah ia boleh membawa kepada syirik?

Ust Kama: Islam menyarankan satu kalimah yang lebih baik daripada itu iaitu 'Innalillahi wainna ilaihi raji'un'. Untuk menentukan hukum mengucapkan kata-kata tersebut, perlulah diketahui apakah makna kata-kata itu. Kalau kata-kata itu bukanlah bermaksud keji seperti menghina Allah, Rasul atau Islam ataupun bukan kata-kata yang mengandungi maksud syirik, tidaklah menjadi masalah. Namun begitu, kata-kata tersebut tentu tidak menjadi ibadat yang diganjari pahala. Boleh jadi ia kata-kata lagha. Sesungguhnya rugilah dalam keadaan kita boleh mendapat pahala dengan mengucapkan sesuatu perkataan tetapi kita mensia-siakan peluang tersebut lantaran kebiasaan kita.

2)ANUAR BIN TABALUN


Apakah ada mana-mana Rasul yang diutuskan menyeru menyembah selain Allah ?

Ust Kama: Sudah tentu tiada. daripada 120 ribu nabi yang dilantik dan 313 Rasul yang diutuskan, tidak ada seorang pun menyeru kepada selain Allah.


3) HJ JUBAIDI BIN RAZALI


a) Apakah menyentuh bahu orang yang solat oleh makmum masbuk dilakukan sebelum takbir atul ihram atau selepas takbiratul ihram?

Ust Kama: Menyentuh bahunya adalah selepas takbiratul ihram.


b)Apakah ada sandaran dakwaan mengatakan orang bercakap semasa azan akan menghadapi kesukaran semasa ruh akan keluar daripada tubuhnya dan tak akan dapatn mengucapkan shahadah?

Ust Kama: Hadis yang dikatakan menyebutkan demikian adalah maudhu'. Bercakap semasa azan tidak ada larangan daripada mana-mana nas. Namun, mendengar dan menjawab azan adalah sunnah.


c) Apakah ada hadis yang menyebutkan bahawa sesiapa yang bercakap hal dunia dalam masjid akan hilang pahala amalnya selama 40 tahun?

Ust Wan Helmi: Larangan bercakap mengenai hal dunia dalam masjid itu bersandarkan sebuah hadis yang daif.

Tambahan susulan oleh Ust Kama:

Hadis yang dimaksudkan bermaksud:

“Sesiapa yang bercakap di dalam masjid dari urusan dunia, Allah akan menghapuskan semua amalannya selama 40 tahun”.

Imam al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan hadis maudu’ iaitu palsu. Kandungan hadis ini juga bertentangan dengan apa yang berlaku pada zaman Nabi dan para sahabat seperti yang diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya dimana Jabir bin Samurah menjelaskan para sahabat sedang bersembang-sembang lalu mereka menceritakan kehidupan mereka sewaktu jahiliyyah dan bergelak ketawa, Nabi s.a.w. hanya tersenyum mendengarnya.
Hadis ini secara tidak langsung difahami seolah-olah Islam adalah suatu agama yang memisahkan antara urusan agama dan urusan dunia. Inilah yang diperjuangkan oleh fahaman sekular. Sedangkan telah dinyatakan bahawa masjid pada zaman Rasulullah s.a.w. menjalankan pelbagai urusan dari pentadbirannya sehinggalah menahan tawanan perang yang kafir di dalam masjid. Bagaimanakah untuk menarik golongan remaja ke masjid jika dalam masa yang sama mereka tidak dibenarkan bercakap-cakap sesama mereka berkenaan sesuatu urusan yang dikatakan keduniaan? Masjid bukanlah tempat pertapaan dan pendetaan. Tetapi masjid berfungsi membangunkan umat dari sudut kerohanian dan fizikal .(Petikan daripada: abusyuaib.blogspot)

Sila baca:
1) Islamway
2) Al-Meshkat


TAMBAHAN KEMUDIAN:



Matan Hadis
الحديث في المسجد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب
Maksudnya :” Bercakap didalam masjid menghapuskan kebaikan sebagaimana api membakar kayu api “.

Kitab Yang Mengeluarkan Hadis Ini
Ihya` Ulumu a-Din oleh Hujjatul Islam al-Ghazali r.h. juzuk 1 m/s 152.

Hukum Hadis Ini
Sebagaimana di katakana oleh Imam Ibnu Iraqi ketika mana membuat takhrij hadis di dalam kitab Ihya` beliau mengatakan bahawa hadis ini dia tidak mendapati hadis ini ada asal baginya . ( Takhrij Ihya` juzuk 1 m/s 107 ).
Manakala kata Imam Fairuzabady bahawa dia tidak menemuainya . ( al-Fawaidul al-Majmuah juzuk 1 m/s 25 ).
Berkata penulis Kasyful Khafa` bahawa yang masyhur didalam hal ini bahawa harus bercakap didalam masjid. ( Kasyful Khafa` juzuk 2 m/s 106 ).
Hadis ini juga di masukkan oleh pengarang Tazkiratul Maudhuah ( peringatan tentang hadis-hadis palsu ). ( Tazkiratul al-Maudhuah juzuk 1 m/s 249 ).
Maka telah jelaslah kepada kita bahawa kalam yang kebanyakan para ustaz-ustaz di Malaysia khususnya itu sebagai Hadis adalah tidak benar, dan yang sebenarnya kalam itu sebenarnya bukan Hadis sehingga ulama` yang muktabar didalam bidang hadis seperti Ibnu Iraqi tidak menjumpainya.

Rujukan Tambahan: Majdah maktoob



4) EN HAZIQ

a) Apakah konsep bid'ah dan adakah wujud bid'ah hasanah?

Ust Kama: Bid'ah adalah perkara yang diada-adakan dalam persoalan ibadat dan akidah padahal tiada dasar dalam agama. Semua bid'ah adalah sesat. Oleh itu, tiada apa yang dikatakan bid'ah hasanah.


b) Apakah solat hajat termasuklah dalam bid'ah kerana amalan solat hajat seperti yang dibuat orang sekarang ini dikatakan tidak pernah dibuat nabi SAW?

Ust Kama: Memetik pendapat Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menolak konsep Bid'ah Hasanah, maka semua Bid'ah adalah sesat. Adapun Amalan-malan baik yang dibuat sedangkan nabi tidak buat, jika ia bersangkutan hal adat kebiasaan, dunia dan bukan dari skop ibadah maupun akidah, maka kalau dikatakan ia bid'ah hasanah, irtu adalah pengistilahan sudut bahasa sahaja. Semua Bid'ah adalah sesat! Inilah yang thabit dalam hadis.

Mengenai solat hajat, tidak dinafikan bahawa tiada hadis saheh mengenainya secara khusus. Hanya, menjadi sunnah nabi SAW, apabila baginda berdepan dengan sesuatu masalah, banginda akan menunaikan solat. Ayat Al-Quran sendiri menyebut:

واستعينوا بالصبر الصلاة

"Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat"

Rujuk: Pendapat Syeikh Uthaimin

Baca: Islamqa



5) SURADI

a) Ruh orang beriman akan ditempatkan di illiyyin. Apakah ruh ini bertegur sapa sesama mereka?



Ust Kama: Wallahu a'lam. Tiadalah kita diberi ilmu tentang ruh kecuali sedikit.

Read more...

DAURAH 165

March 22, 2010


TARIKH: 22 / 03/2010
MUKA SURAT : 164
SURAH AL-A'RAF: AYAT 121-130

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI ABD HAMID
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA 

ULASAN DAN PERSOALAN


1)AHMAD DAUD


Apakah tanda bahawa Islam sedang bangkit di akhir zaman?

Ust Kama: Janji bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman adalah tsabit dalam Quran maupun Hadis. Kejatuhan Islam benar-benar pada paras ranap apabila tumbangnya khalifah Othmaniyyah Turki pada tahun 1924. Semenjak itu, usaha-usaha kebangkitan Islam dilakukan pelbagai pihak. Tentunya, sekarang ini, berbanding zaman awal kejatuhan Islam itu, adalah zaman kebangkitan. Sehingga bila kebangkitan ini akan berlangsung, Allahu A'lam. Tugas kita hanya menjadi soldadu kebangkitan ini.

Baca: Al-Qaradhawi 




2)SAMIT

Pada zaman Firaun, anak lelaki dibunuh. Pada zaman Jahiliyyah, anak perempuan dibunuh. Apakah perkaitan antara dua peristiwa pembunuhan ini?

Ust Kama: Pemubunuhan anak lelaki di zaman Firaun adalah didorong oleh faktor politik. Manakala pembunuhan anak perempuan pada zaman Arab Jahiliyyah adalah didorong oleh faktor sosial. Dua peristiwa ini adalah dua situasi yang berbeza dan didorong oleh faktor yang berbeza.


3)Mr. H (Wakil Jualan Astro)


Apakah hukumnya memakai gelang atau kalung untuk tujuan perubatan?

Ust Wan Helmi: Pemakaian kalung atau gelang terdedah kepada dua bahaya iaitu:
  1. Syirik jika mempercayai bahawa gelang atau kalung itu yang menyembuhkan.
  2. Tashabbuh dengan orang kafir atau fasiq. Budaya memakai gelang adalah ciplakan daripada Barat dan ia melambangkan kesamsingan.

4) SABARUDDIN


Terdapat petua kalangan orang dulu mengubat rasa nak muntah dengan mengunci muntah iaitu menggantungkan kunci di leher. Apakah ini membawa kepada pemakaian tangkal azimat?

Ust Kama: Pakai apa pun jika mempergantungkan harap kepadanya, akan membawa kepada syirik. Jika tidak, jadilah ia sebagai usaha ikhtiar mengubati. Tetapi, mungkinkah orang yang memakai tangkal azimat untuk satu tempoh boleh mendakwa bahawa dia tidak menggantungkan harap kepadanya?




5) MOMOH


Apakah boleh berubat menggunakan kaedah syirik jika hanya itu sahaja cara mengubatnya?

Ust Kama: Tidak boleh. Allah yang mennurunkan penyakit , tentunya dia menurunkan penawar yang halal. 'Mencari ' penawar mempunyai maksud berusaha dengan cara-cara yang 'tayyibat'. terburu mengambil jalan haram bukanlah satu pencarian!

6) BRO. C

Bolehkah ceritakan serba rengkas kisah Barsisa?

Ust Kama: Kisahnya panjang.(diceritakan secara ringkas)

7) SURADI

Kata Islam sedang bangkit, tetapi relitinya banyak gejala buang bayi dan sebagainya. Apa pandangan ustaz?

Ust Kama: Kebangkitan Islam adalah satu fenomena global. Masalah-masalah yang mencacatkan perasaan itu adalah gejala-gejala lokal. Dipadang dari sudut antarabangsa, Islam sedang memperlihatkan kebangkitan. Tanggapan ini tidak boleh dinafikan dengan banyaknya masalah sosial di sana sini yang berlaku secara setempat.

Read more...

DAURAH 164

March 21, 2010

TARIKH: 21 / 03/2010
MUKA SURAT : 164
SURAH AL-A'RAF: AYAT 105-120

PENGERUSI                     : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST HELMI ABD HAMID
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAH DAN PERSOALAN

1) UST SUKRI MAT

Apakah sihir yang dilakukan oleh ahli shir Firuan hanya memperlihatkan ular sahaja atau ada binatang-binatang lain seperti kala jengking dan sebagainya?

Ust Kama: Allahu a'lam


2) EN. ALI

Apakah hukuman yang telah dikenakan kepada ahli sihir Firaun yang beriman dengan Firaun?

Ust Kama: Jawapannya pada mukasurat berikut. Akan dibincangkan malam esok.

3) CIKGU KHAIRUDDIN

Apakah cara menangkis diri daripada sihir?

Ust Kama: Amalakan bacaan yang diajar nabi dan jangan gunakan kaedah yang boleh membawa kepada syirik seumpama tangkal azimat dan sebagainya.


4) EN SABARUDDIN

Apakah Yahudi dan Israil hari ini keturunan kepada nabi Yaakob?

5) AHMAD DAUD

Mengapa banyak nama nabi Musa disebutkan dalam Quran berbanding nabi-nabi lain?

Ust Wan Helmi: Kisah nabi Musa banyak disebutkan dalam Quran kerana beberapa sebab:

a)Kisah nabi Musa adalah kisah seorang nabi yang berdepan dengan penguasa zalim yang merupakan penyakit uatama sepanjang zaman dan paling banyak menghantui manusia.

b) Kisah mengenai kaum Bani Israil satu bangsa yang paling  banyak durhaka kepada Allah SWT.

6) SURADI

Apakah maksud Hadis yang meneybutkan bahawa puasa menjadi pendidding kepada api neraka?

7) BRO. T

Apakah hukumnya berkahwin dengan budak kecil?

Ust Kama: Sah nikah tersebut. Baligh bukan sayarat sah sesebuah pernikahan.

Read more...

KULIAH SUBUH

Kuliah Subuh Pagi Ahad dimulakan semula. Pagi Ini Ust Tn Roslan menyampaikan kuliah subuh bertajuk "15 kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak".

Kuliah Subuh akan diteruskan menjadi aktiviti mingguan Surau Al-Fajar.

Tingkatkan iman....pastikan anda hadir solat subuh berjemaah!

Read more...

KULIAH MAGHRIB

March 20, 2010


Ust Yazit bin Md Jais

Mulai malam ini, Kuliah Maghrib Malam Minggu dihidupkan semula di Surau Al-Fajr. Kuliah disampaikan oleh Ust Yazit bin Md Jais. Belia membincangkan sebuah kitab bertajuk Bidayah Al-Hidayah, karangan Imam Ghazali. Insya Allah, kuliah ini akan menjadi aktiviti berterusan dan akan dilanjutkan pada minggu-minggu seterusnya.

Penduduk di kejiranan Taman Al-Fajar serta sekitarnya dijemput datang untuk meramaikan program-program keilmuan yang diadakan di Surau Al-Fajar.

Read more...

DAURAH 163

March 16, 2010

TARIKH: 16 / 03/2010
MUKA SURAT : 163
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST MAT SYAHRAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) CIKGU KHAIRUDDIN


Ummat terdahulu telah Allah musnahkan dengan pelbagai bencana. Ummat Muhammad dikatakan diselamatkan daripada bentuk azab sebegitu. Bagaimana pula dengan bencana yang menimpa beberapa negeri seperti Tsunami di Aceh dan gempa di sana- sini?

Ust Kama: Dalam sebuah hadis, dinayatakan bahawa nabi SAW telah memohon kepada Allah 3 perkara iaitu:
a) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengan sebab  ditelan bumi atau dilemaskan.
b) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengans sebab ditindas raja yang zalim
c) Janganlah ummatnya dimusnahkan dengan sebab perpecahan sesama sendiri.

Allah telah menerima 2 yang pertama dan menolak yang terakhir.

Adapun peristiwa Tsunami maupun gempa yang terjadi, ia tidaklah memusnahkan ummat Muhammad sebagaimana ummat nabi Nuh dimusnahkan oleh banjir, Ummat nabi Hud dimusnahkan oleh 'soihah' dan ummat nabi Soleh dimusnahkan oleh 'rajfah'.

2) HJ JAAFAR

Apakah dosa jika kita marah kepada orang yang selalu mungkir janji?

Ust Kama: Mungkir janji adalah dosa. Marah adalah munasabah. Namun memaafkan adalah yang terbaik.




3)EN. OTING

Sesorang yang selalu mungkir janji, apakah perlu dimaafkan juga?

Ust Kama: memaafkan adalah di atas segala penuntutan hak. ia yang terbaik!


4) EN SURADI


Maksud ayat 96: Apakah sesuatu bencana akan menimpa orang alim dalam sesebuah negeri?


Ust kama: Tanpa amal dakwah, orang alim pun dimusnahkan!

Read more...

DAURAH 162

March 15, 2010

TARIKH: 15 / 03/2010
MUKA SURAT : 162
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


Entry akan dimasukkan kemudian

Read more...

DAURAH 161

March 14, 2010

TARIKH: 14 / 03/2010
MUKA SURAT :161
SURAH AL-A'RAF: AYAT

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

Read more...

DAURAH 160

March 9, 2010

TARIKH: 09 / 03/2010
MUKA SURAT : 160
SURAH AL-A'RAF: AYAT 73-81

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN SOALAN

1) SHAMSUDDIN ANTONG

Apakah menjadi riba kalau kita suruh orang tunaikan cek dan dia membayar nilai yang lebih rendah daripada nilai cek itu?

2)SURADI

a) Apakah mati dalam keadaan meniarap itu tanda Su'ul Khatimah?


b) Kenapa kaum nabi Soleh potong urat keting unta?

Read more...

DAURAH 159

March 8, 2010

TARIKH: 08 / 03/2010
MUKA SURAT : 159
SURAH AL-A'RAF: AYAT 68-73

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN
1) SAMIT

Ulasan Tambahan: Menurut apa yang dicatatkan dalam majalah ini ( Discovery Channel), seorang orientalis yang mengkaji tentang ilmuan Islam, beliau mengakui bahawa Ilmuan Islam merintis tamaddun ilmu mendahulu ilmua Barat.

2) UST TN ROSLAN

Ulasan Tambahan:

3) SURADI

a) Ust menyebutkian bahawa manusia hari ini adalah keturunan daripada zuriat nabi Nuh A.s. Ke manakah zuriat 80 orang beriman bersamanya di atas kapal itu?

b) Apakah dakwaan bahawa kubur tepi jalan lebih untung disebabkan orang alim yang melintas dapat meringankan siksaan ahlinya ada sandaran?



Read more...

DAURAH 158

March 7, 2010

TARIKH: 07 / 03/2010
MUKA SURAT : 158
SURAH AL-A'RAF: AYAT 58-67

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) SAMIT


Saya pernah mendengar pepatah yang menyebut " Ilmu yang tidak diamalkan itu seperti pokok yang tidak berbuah". Minta huraian lanjut.

Ust Kama:

Kata-kata tersebut dalam bahasa Arabnya berbunyi:

العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

Kata-kata ini adalah bukan hadis tetapi athar. Ia memberi maksud bahawa ilmu yang tidak beramal itu tidak ada faedahnya seperti pokok yang tidka berbuah. Tujuan menanam pokok paling utama adalah mendapat biahnya walaupun ada beberapa manfaat lain selain buahnya. Demikian manfaat ilmu nombor wahid adalah beramal. Jika tidak beramal, dikatakanlah bahawa ilmu itu tidak memberi manfaat.





2) SABARUDDIN


a) Bagaimanakah aurat wanita?

Ust Kama: Aurat wanita dengan lelaki ajnabi adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan berdalilkan firman Allah :

وَلاَ يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا

b) Apakah tanda haji yang ditolak?

Ust Kama: Haji yang ditolak adalah mardud. Mengetahui secara yakin sesuatu haji itu ditolak adalah hak mutlak Allah kerana dialah Tuhan yang menerima dan menolak sesuatu amalan. Cuma kita boleh mengetahui menerusi tanda-tanda. Dia antara tanda haji ditolak ialah:

a) Amalan haji yang dilakukannya tidak mengikut petunjuk nabi SAW

b)Tidak berubah hidupnya daripada kejahatan lalu biarpun telah selesai mengerjakan haji.


3) RAKSAN


Seseorang yang pergi haji tetapi masih minta dikirimkan wang kepadanya semasa di Makkah. Apakah kedudukan hajinya?

Ust Kama: Lihat kepada apa masalahnya. Jika dia kesempitan wang lalu diminta kepada saudara dan sahabat handai mengirimkan wang kepadanya, tidak menjadi masalah. 


4) SYAMSUDDIN


Apakah tanggungjawab seorang suami  ke atas anak isteri yang tidak bertudung?


Ust Kama: Wajib memerintahkan mereka bertudung.


5) SURADI


a) Apakah banjir zaman nabi Nuh itu menenggelamkan seluruh alam?

Ust Kama: Ya, seluruh alam ditenggelamkan. Alam pada zaman tersebut bukanlah berbentuk mukabumi seperti ini. Mungkin tak sama.

b)Ada kata-kata yang saya dengar bahawa ketika petir berbunyi tidak boleh menutup telinga kerana perbuatan itu menunjukkan seseorang itu takut mati. Minta huraikan.


Ust Kama: Kata-kata tersebut bukan hadis. Mungkin cuma kalam dan omongan orang-orang tua. Tidak perlu ditafsirkan.

Read more...

DAURAH 157

March 2, 2010

TARIKH: 02 / 03/2010
MUKA SURAT : 157
SURAH AL-A'RAF: AYAT 52-57

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST TN ROSLAN
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) Ust Helmi Abd Hamid

Ulasan tambahan: Hari-hari Allah menciptakan langit dan bumi itu mengikut urutan bilangan. Namanya Ahad, Isnin, Selasa , Rabu dan Khamis adalah lima hari Allah menciptkan beberapa komponen alam. hari Jumuat adalah hari Allah menghimpun semua kejadian sesuai dengan namanya. Hari sabtu adalah hari Allah mengisyiharkan bahawa ciptaannya telah sempurna.

Dalam ayat 53, Allah menyebutkan bahawa dalam fikiran ahli neraka hanya dua perkara:
a) Mengharapkan ada penolong yang boleh membantu mereka membebaskan mereka daripada siksaan neraka.
2) Diberikan peluang kedua kembali ke dunia untuk berbuat amal

Apabila Allah menyebutkan bahawa mereka (ahli neraka) sebagai golongan yang merugikan diri sendiri, ia membawa maksud mereka sangat rugi dan kerugian itu adalah kerana mereka gagal masuk ke syurga Allah SWT.

2) Shamsuddin Antong

a) Apakah boleh berkahwin antara Islam dan Kristian? 

Ust Kama: Lelaki Muslim dibenarkan berkahwin dengan wanita ahli kitab berdasarkan nas Al-Quran. Kristian yang ada dalam dunia hari ini adalah Ahlil Kitab. Pemerintah berhak melarang perkahwinan lelaki muslim dengan ahli kitab jika ada maslahah yang mahu dipelihara. Umar al-Khattab pernah mengeluarkan larangan tersebut.

b) Siapakah wali bagi wanita semberang yang bekerja di Malaysia jika dia mahu berkawin dengan lelaki di Malaysia?

Ust Kama: Walinya adalah wali hakim.

3) MOMOH

a) Apakah yang berada di atas A'raf itu ada juga orang kafir?

Ust Kama: Ashabul A'raf hanya orang-orang yang beriman yang beragama Islam. Perlu diingat bahawa penganut agama nabi-nabi terdahulu sehinggalah nabi Muhamamd, semuanya Islam belaka.

b) Apakah ada umat terdahulu sebelum nabi Muhammad yang masuk syurga.

Ust Kama: Syurga dihuni oleh ramai dari kalangan "awwalun" (umat terdahulu)

4) SURADI

a) Apakah ada masa-masa doa kuat dibolehkan?

Ust Kama: Jika ada tujuan dibolehkan. Umpanya ketika jadi imam solat jemaah, baca doa masa perhimpunan dsb. 

Bacaan Tambahan: yasaloonak 

b) Bagaimana bacaan rukun qauli orang bisu? Apakah cara bacaan mereka perlu sekadar menggerakkan lidah?

Read more...

DAURAH 156

March 1, 2010

TARIKH: 01 / 03/2010
MUKA SURAT : 156
SURAH AL-A'RAF: AYAT 44-51

PENEGERUSI                   : EN.SURADI
ULASAN TAJWEED        : UST WAN HELMI
TERJEMAHAN                : TN HJ YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN


1) HJ YUSUF


Apakah nyanyian lagi nasyid untuk hiburan tidka termasuk dalam makna 'lahwn wala'iban' sebagaimana dalam ayat 51?

Ust Kama: Hukum nyanyian diperselisihkan di kalangan ulama. Beberapa syarat disebutkan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi untuk mengharuskan nyanyian.

Rujuk: Dewan Ulamak , islamonline



2) SURADI 

a) Apakah sedekah jariah yang musnah  menamatkan pahala kepada orang yang menyedekahkannya?

Ust Kama: Apabila barang sedekah itu telah musnah, maka tiadalah lagi pahala berterusannya.

b) Kejadian Hawa daripada tulang rusuk Adam, berdasarkan sumber yang sahehkah?

Ust Kama: terdapat hadis tentang wanita yang diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Sejauh mana kesahihannya, wallahu a'lam. Akan diulas kemudian.

Semakan semula:

Kejadian Hawa daripada tulang rusuk adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim yang menyebutkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره، واستوصوا بالنساء خيراً فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وإن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيراً.

Rujukan: Islamweb



c) Bagaimanakah berlakunya penyikingkiran Adam dari syurga? Benarkah dia dipengaruhi Hawa yang menawarkan buah itu untuk dimakannya dan dia lupa tentang amaran Allah ketika Hawa menawarkannya?

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP