CARI KANDUNGAN BLOG

MANUSIA MAKHLUK PEMBANTAH

July 28, 2011

Firman Allah SWT:


وكان الإنسان أكثر شيء جدلا
"dan adalah manusia itu sangat suka membantah".
Surah Al-Kahfi: Ayat 54

Manusia sememangnya makhluk yang suka membantahi perintah. Bantahan itu termasuklah ke atas perintah-perintah dari Allah SWT sebagai pencipta dan juga perintah-perintah Rasul Allah. Sikap suka mebantah ini menjadi perangai manusia semasa di dunia, malahan akan juga menjadi pembawaan sehingga ke hari akhirat.

Dalam keadaan tententu,di luar sedar, perangai ini akan terbit. Seorang sahabat agung, Saidina Ali R.A juga pernah dilihat sebagai membantahi perintah Rasulullah SAW sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis.


حدثنا أبو اليمان قال: أخبرنا شعيب، عن الزهري قال: أخبرني علي بن الحسين: أن الحسين بن علي أخبره: أن علي بن أبي طالب أخبره: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم طرقه وفاطمة بنت النبي عليه السلام ليلة، فقال: (ألا تصليان). فقلت: يا رسول الله، أنفسنا بيد الله، فإذا شاء أن يبعثنا بعثنا، فانصرف حين قلنا ذلك ولم يرجع إلي شيئا، ثم سمعته وهو مول، يضرب فخذه، وهو يقول: وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Telah menceritakan kepada kami Abul-Yamaan, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepada kami Syu’aib, dari Az-Zuhriy, ia berkata : Telah mengkhabarkan kepadaku Ali bin Al-Husain : Bahwasannya Al-Husain bin ‘Aliy pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Ali bin Abi Thaalib pernah mengkhabarkan kepadanya : Bahwasannya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi dan membangunkannya dan Faathimah di satu malam, lalu bersabda : “Tidakkah kalian berdua akan shalat (tahajjud) ?”. Lalu aku (‘Ali) menjawab : “Wahai Rasulullah, jiwa-jiwa kami berada di tangan Allah. Seandainya Dia berkehendak untuk membangunkan kami, niscaya Dia akan membangunkan kami”. Maka beliau berpaling ketika kami mengatakan hal itu dan tidak kembali lagi. Kemudian kami mendengar beliau membaca firman Allah sambil memukul pahanya : ‘Manusia adalah makhluk yang paling banyak membantah’ (QS. Al-Kahfi : 54)” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1127. Lihat juga no. 4724 & 7347 & 7465].

Tentunya perbuatan Ali bin Abi Talib yang menjawab sebegitu kepada Rasulullah SAW tidak menjatuhkan kedudukannya sebagai sahabat yang mulia. Namun ia menjadi bukti bahawa beliau juga insan biasa yang kekadang diruntun oleh sifat asal manusia yang suka membantah. Secara tidak langsung dapat menjadi dalil untuk renungan golongan Syiah yang keterlaluan dalam meletakkan Ali bin Abi Talib di atas semua sahabat utama nabi yang lain.

Sikap suka membantah ini bukan sahaja di dunia. Di akhirat, manusia akan terus membantah prosedur pembuktian yang telah Allah letakkan buat mereka di mahsyar. Berapa banyak saksi yang dibawa kepada manusia untuk menunjukkan kelancangan mereka terhadap perintah Allah SWT, mereka akan mencari jalan dalih. Sehingglah saksi itu datang dari pihak diri sendiri dan tidak ada lagi jalan berdolak dalik.

Disebutkan dalam sebuah hadis daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:


يؤتى بالرجل يوم القيامة من الكفار فيقول الله له ما صنعت فيما أرسلت إليك فيقول رب آمنت بك وصدقت برسلك وعملت بكتابك فيقول الله له هذه صحيفتك ليس فيها من ذلك فيقول يا رب إني لا أقبل ما في هذه الصحيفة فيقال له هذه الملائكة الحفظة يشهدون عليك فيقول ولا أقبلهم يا رب وكيف أقبلهم ولا هم من عندي ولا من جهتي فيقول الله تعالى هذا اللوح المحفوظ أم الكتاب قد شهد بذلك فقال يا رب ألم تجرني من الظلم قال بلى فقال يا رب لا أقبل إلا شاهدا علي إلا من نفسي فيقول الله تعالى الآن نبعث عليك شاهدا من نفسك فيتفكر من ذا الذي يشهد عليه من نفسه فيختم على فيه ثم تنطق جوارحه بالشرك ثم يخلى بينه وبين الكلام فيدخل النار وإن بعضه ليلعن بعضا يقول لأعضائه لعنكن الله فعنكن كنت أناضل فتقول أعضاؤه لعنك الله أفتعلم أن الله تعالى يكتم حديثا فذلك قوله تعالى : " وكان الإنسان أكثر شيء جدلا

Seorang lelaki kafir dibawa ke hadrat Allah SWT pada hari kiamat, lalu Allah bertanya kepadanya: Apakah yang telah anda lakukan dengan Rasul yang kuutuskan kepadamu?Lalu, lelaki kafir itu berkata: Aku telah beriman denganMu, membenarkan Rasul utusanMU dan beramal dengan isi kandungan kitabMU. Lantas Allah SWT berkata kepadanya: Ini kitab amalmu, tidak pula menyebutkan sepertimana yang kamu katakan.Si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, aku tidak menerima (sebagai hujah) catatan dalam kitab ini. Lalu dikatakan pula kepadanya: Ini malaikat "hafazah" yang menjadi saksi ke atasmu. Berkata orang kafir itu: Aku tidak menerima mereka sebagai saksi. Wahai Tuhan, apakah aku patut memerima mereka sedangkan mereka bukan saksiku dan bukan daripada pihakku? Allah berkata pula: Ini dia catatan di Luh Mahfuz menjaid bukti kekafiranmu. Lalu, si kafir itu berkata: Wahai Tuhan, apakah aku tidak boleh dibebaskan daripada kezaliman ini? Allah berkata: bahkan, kamu tidak akan dizalimi. Kata si kafir: Aku tidak akan menerima sebarang saksi melainkan dari pihak aku sendiri. Allah mengatakan kepadanya: Sekarang akan kubawakan saksi daripada pihakmu sendiri.Maka, tertanya-tanyalah si kafir itu siapakan saksi dari pihaknya sendiri itu. Lalu ditutupkan mulutnya (daripada bicara) dan dipercakapkan anggotanya menyaksikan kesyirikannya.Kemudian kelulah kata-kata si kafir itu dan diapun dimasukkan ke dalam neraka. Maka saling melaknat dia dan  anggotanya. Dia berkata kepada anggotanya: Celaka engkau, kerana kalianlah aku sesat. Lalu anggotanya pun mencelanya dan berkata: Celakalah engkau! Tidakkah kamu tahu bahawa hari ini Allah SWT telah mengucikan bicara mulut? Maka demikianlah maksud firman Allah: Adapun  manusia itu sangat banyak perbantahannya".

(Hadis Riwayat Muslim)

Orang yang beriman akan sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang disampaikan melalui lidah rasulNya. Hanya ada satu pilihan bagi yang beriman iaitu mengikut kehendak Allah dan rasulNya. Tidak ada dolak dalik. Tiada khiyarah!


Read more...

PENANGGUHAN DAURAH

Daurah Quran akan berhenti rehat sepanjang bulan Ramadhan yang bakal menjelma pada minggu hadapan. Oleh itu, Daurah Quran kali yang ke 311 semalam ini daurah terakhir. Insya Allah Daurah Quran siri  312 akan disambung pada satu tarikh selepas Ramadhan. 

Semoga Allah SWT panjang umur kita dalam kebaikan dan berikan kekuatan untuk terus beramal soleh. 



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK!

Read more...

DAURAH 311

July 27, 2011

TARIKH:     27/ 07/2011
MUKA SURAT :311
SURAH MARYAM: Ayat:77-94


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN. SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. SABARUDDIN
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN TAMBAHAN

1) HJ. JAAFAR

Surah yang pertama diturunkan adalah surah Al-Alaq tetapi kenapa surah Al-fatihah pula yang digelar "ummul Kitab?".

Ust Kama: Datang awal tidak bermakna lebih baik daripada yang kemudian. Nabi Muhammad datang sesudah Adam, malah sesudah semua nabi-nabi yang lain. Namun,nabi kita Muhammad adalah penghulu kepada semua anak Adam. Kelebihan yang terkandung dalam surah Al-Fatihahlah yang menyebabkan ia digelar Ummul Kitab. Seperti mana kelebihan yang ada pada nabi Muhammad SAW berbanding semua manusia lain.



2) EN.HAZIQ


a) Menjelang Ramadhan ini, kita sering didedahkan dengan beberapa hadis yang sebahagiannya maudhu' dan sebahagiannya daif. Apakah kedudukan hadis-hadis maudhu' dan daif ini dalam Islam?

Ust Kama: Hadis maudhu' memang tiada nilainya sama sekali. Sementara hadis daif,para ulama berbeza pandangan mengenainya hukum beramal dengannya. Sebahagian ulama membolehkan ia diamalkan dalam permasalahan Fadhail.


b) Doa berbuka puasa yang selalu kita bacakan itu dikatakan bersandarkan hadis daif. Apakah doa yang  saheh?

Ust Kama: Doa berbuka puasa  yang  lebih baik diamalkan ialah :


ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

Doa ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan Darut Qutni, disebutkan oleh Ibn Hajar dalam Talkhis Al-Habir . Darut Qutni mengatakan bahawa sanad hadisnya Hasan.

Sementara itu,doa yang kerap juga dibacakan:

اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت


Doa ini juga diriwayatkan oleh Abu Daud melalui sebuah hadis Mursal. Albani menyifatkannya sebagai hadis yang Daif.


3) SURADI


Bagaimanakah caranya imam digantikan oleh orang lain sewaktu dia terbatal solat ketika duduk tahiyyat akhir?





Ust Kama: Makmum di belakang imam yang perlu dilantik oleh imam itu menggantikannya.




Read more...

DAURAH 310

July 26, 2011

TARIKH:     26/ 07/2011
MUKA SURAT :310
SURAH MARYAM: Ayat:


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : EN ZAKI
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) MUDA AJAK

Isu Wahabi- apakah sebenarnya masalah dengan Wahabi?

2)

Read more...

DAURAH 309

July 25, 2011

TARIKH:     25/ 07/2011
MUKA SURAT :309
SURAH MARYAM: Ayat:


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN


Read more...

"Wahai Saudara Perempuan Harun".

July 22, 2011

يا أخت هارون ما كان أبوك امرأ سوء وما كانت أمك بغيا


Hai saudara perempuan Harun ayahmu sekali-kali bukanlah seorang yang jahat dan ibumu sekali-kali bukanlah seorang pezina",
(Surah Maryam: Ayat 28)

Maryam, Ibu nabi Isa dipanggil oleh kaum Bani Israil sebagai saudara perempuan Harun. Siapakah Harun tersebut? Apakah ia merujuk kepada nabi Harun yang hidup sezaman dengan nabi Musa A.S? Kalau begitu, bagaimana mungkin, kerana antara zaman nabi Musa dan Harun itu ke zaman Maryam adalah ratusan tahun.

Imam Al-Qurtubi dalam tafsirnya menyebutkan mengenai Ka'ab bin Al-Ahbar yang pada ketika telah menyebut: "Sesungguhnya Maryam itu bukanlah saudara kepada Harun yang merupakan saudara kepada nabi Musa". Perkataan itu dibangkang oleh Aishah R.A dengan mengatakan kepada Kaab bin Al-Ahbar: " Kamu pembohong!". Lantas Ka'ab bin Al-Ahbar membalas: "Kalaulah yang mengatakan itu adalah Rasulullah SAW, maka dia adalah benar dan mengetahui yang sebenarnya. Aku mendapati jarak masa antara keduanya adalah 600 tahun". Maka terdiamlah Aishah.

Mengenai siapa Harun yang dimaksudkan itu, para ahli tafsir mempunyai beberapa bentuk pandangan:

1) Harun itu adalah nabi Harun A.S. Maryam dikatakan saudara nabi Harun kerana dia adalah keturunan nabi Harun. Inilah pendapat As-Suddi. Sudah menjadi tradisi dalam masyarakat, penerus akan dikatakan saudara kepada kepada pengasasnya.

2) Harun yang dimaksudkan ialah Harun saudara Musa. Dia meruapakan seorang nabi yang yang menjadi inspirasi dari banyaknya peribadatan kepada Allah SWT. Lalu, nama Harun telah menjadi "masal" (perbandingan) untuk menggambarkan banyaknya ibadat. Maryam yang banyak beribadat itu diberi gelaran saudara Harun.

3) Ada pendapat mengatakan bahawa Harun tersebut adalah seorang lelaki Soleh yang hidup di zaman itu. Pendapat ini sebutkan oleh Qatadah. Pada ketika dia meninggal, 40 ribu orang yang bernama Harun ikut mengiringi jenazahnya. Kerana Maryam solehah dan menyamai jalan ketaatan lelaki itu, dia dikatakan saudara Harun.

4) Imam At-Tobari dalam tafsirnya memetik apa yang disebutkan oleh Ibn Utiyyah bahawa ada pendapat segolongan yang mengatakan bahawa Harun yang dimaksudkan itu ialah seorang lelaki jahat yang terkenal sebagai ahli maksiat hidup di zaman itu. Maka Maryam dikatakan saudaranya sebagai satu cara mencela Maryam.

Imam Muslim dalam sahehnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Al-Mughirah bin Syu'bah. Kata Al-Mughirah, ketika rombongan Nasrani dari Najran datang ke Madinah, mereka bertanya beliau mengenai ayat "wahai saudara Harun", sedangkan Musa hidup pada zaman sebelum Isa AS. Mereka berhujah itu dan ini. Lalu Al-Mughirah bertanya kepada Rasalullah SAW. Baginda pun bersabda
:

إنهم كانوا يسمون بأنبيائهم والصالحين قبلهم

" Sesungguhnya mereka memberi nama dengan nama-nama nabi-nabi dan orang-orang Soleh sebelum mereka".

Maka, bolehlah kita buat kesimpulan bahawa nama Harun bukan satu sahaja dalam masyarakat Bani Israil. Mereka gemar menamakan anak-anak yang lahir dengan nama-nama nabi dan orang Soleh kerana mengambil berkat pada nama-nama tersebut. Justeru. apabila Maryam dikatakan saudara Harun, maka pendapat yang mengatakan ia disandarkan kepada lelaki soleh sezamannya yang bernama Harun juga ada kemunasabahannya. Jika Harun tersebut merujuk kepada nabi Harun AS yang hidup sezaman nabi Musa AS, maka kita katakan ia adalah persaudaraan dari segi kesolehan. Memang tidak ma'qul untuk mengatakan saudara dari segi seibu atau sebapa kerana fakta jelas jarak masa yang bertahun antara dua zaman itu.

Read more...

Yaumul Hasrah

July 20, 2011


وأنذرهم يوم الحسرة إذ قضي الأمر وهم في غفلة وهم لا يؤمنون، إنا نحن نرث الأرض ومن عليها وإلينا يرجعون
Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman. Sesungguhnya kami mewarisi bumi dan semua orang-orang yang ada di atasnya, dan Hanya kepada kamilah mereka dikembalikan.
(Surah Maryam : Ayat 39-40)

Yaumul Hasrah adalah salah satu nama bagi hari Qiamat. Ertinya ialah hari yang merugikan. Kerugian itu dirasai oleh orang-orang yang kafir dan mereka yang kurang persediaan amal semasa hidup di dunia.Pada hari kiamat setiap daripada mereka akan merasa menyesal dan merasa rugi.Setelah hitungan amal dibuat dan ahli syurga ditentukan dan ahli neraka juga ditentukan, maka mereka yang lalai semasa hidup di dunia merasa sangat menyesal. Orang yang tidak beriman lebih-lebih lagi penyesalannya.

Disebutkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dalam Saheh Bukhari dan Muslim:


عن أبي سعيدٍ الخُدْرِيّ - رضي الله عنه -: أنَّ النبيَّ - صلى الله عليه وسلم - قال: ((يُجاء بالموت يوم القيامة كأنه كبشٌ أَمْلَحُ - زاد أبو كُرَيْب: فيُوقَفُ بين الجنَّة والنَّار - فيُقال: يا أهل الجنَّة، هل تعرفون هذا؟ فيَشْرَئِبُّون وينظرون ويقولون: نعم، هذا الموتُ))، قال: ((ويُقال: يا أهل النَّار، هل تعرفون هذا؟ قال: فيَشْرَئِبُّون وينظرون ويقولون: نعم، هذا الموت))، قال: ((فيُؤمَر به فيُذبَح))، قال: ((ثم يُقال: يا أهل الجنة، خلودٌ فلا موت، ويا أهل النَّار، خلودٌ فلا موت))، قال: ثم قرأ رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: (({وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ} [مريم: 39]))، وأشار بيده إلى الدنيا


Dari Abu Sa'id Al-Khudri RA bahawa nabi SAW telag bersabda: Pada hari qiamat, maut akan ditampilkan seperti seekor Kibas yang hitam tubuhnya dan putih kepalanya.( Abu Kuraib menambah: Lalu diletakkan berdiri antara syurga dan neraka). Lalu dikatakan kepada ahli Syurga: Adakah kalian tahu apakah ini?Lalu, ahli syurga pun berkerumun dan melihatnya dan mereka pun berkata: Ya, kami tahu, ia adalah maut. Sabda Nabi seterusnya: Wahai Ahli Neraka,adakah kalian tahu apakah ini? Lalu, ahli neraka berkerumun dan melihatnya. Mereka pun berkata: Ya, kami tah, ini adalah maut. Sabda nabi lagi: Kemudian kibas itu pun disembelih. Lalu dikatakan kepada ahli syurga: Kekallah kamu dalam syurga dan tiada mati lagi. Dikatakan pula kepada ahli neraka: Kekallah kalian dan tiada mati lagi.  Kemudian Nabi SAW membacakan ayat:

وَأَنذِرْهُمْ يَوْمَ الْحَسْرَةِ إِذْ قُضِيَ الْأَمْرُ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ وَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan, (yaitu) ketika segala perkara Telah diputus. dan mereka dalam kelalaian dan mereka tidak (pula) beriman.(Maryam: 39)

Sementara baginda mengisyaratkan dengan tangannya kepada dunia.


Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa tidak ada seornag pun yang masuk ke neraka melainkan sebenarnya dia mempunyai rumah dalam syurga. Apabila dia masuk neraka, maka rumah dalam syurga itu diwarisi oleh ahli syurga yang lain. Maka, merasa rugilah ahli neraka tersebut.

Boleh juga difahami bahawa perasaan merugi ini turut dirasai oleh mereka yang masuk ke syurga tetapi berada pada tingkat yang bawah. Mereka akan mengeluh menyesali kekurangan amal diri kerana tidak mendapat tempat di syurga yang lebih tinggi darjatnya.



Read more...

DAURAH 308

TARIKH:     20/ 07/2011
MUKA SURAT :308
SURAH MARYAM: Ayat: 39-51


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

Rujuk Tafsir Al-Qurtubi


ULASAN DAN PERSOALAN


1) CIKGU KHAIRUDDIN

a) Semalam dijelaskan bahawa kalangan yang masuk Islam dari orang Kristian adalah cerdik pandai mereka. Sementara dari Islam yang masuk Kristian pula dari kalangan yang bukan cendikia. Bagaimana halnya dengan beberapa individu yang murtad seperti Azhar Mansur yang telah mengelilingi dunia.


Ust Kama: Pertamanya, kemurtadan yang dituduh kepada Azhar Mansur masih kabur. Azhar Mansur juga  bukan seornag cendikiawan. Seorang nelayan Laut Sulu pun boleh mengelilingi dunia kalau diberikan kapal layar canggih kepadanya. Cendikiawan Barat yang masuk Islam amat ramai dan berbagai-bagai profesion mereka.

 b) Becakap tentang Istighfar nabi Ibrahim untuk bapanya, bagaimana pula doa arwah yang selalu dibacakan, apakah ia tidak menyalahi Islam?


2) BUNYAMIN

Apakah kedudukan anak-anak orang kafir dio akhirat kelak. Ada yang mengatakan kanak-kanak enggan masuk syurga kalau ibu bapa mereka tidak bersama. Bagaimana dengan ibu bapa mereka yang kafir?


3) HJ . JAAFAR

Siti Sarah membenarkan nabi Ibrahim kahwin lain iaitu dengan Siti Hajar. Apakah balasan bagi isteri yang membenarkan suaminya kahwin lain itu adalah syurga?


4 ) SAMIT

Kekufuran ayah nabi Ibrahim disebutkan dalam Quran dan banyak diperkatakan. Mengapa pula tentang kekufuran ibu bapa nabi SAW kurang disebut ?


Read more...

DAURAH 307

July 19, 2011


TARIKH:     19/ 07/2011
MUKA SURAT :307
SURAH MARYAM: 26-38


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN
1) CIKGU MARIJIN
a) Apakah reaksi kaum Bani Israil terhadap Maryam yang melahirkan anak tidak berbapa?

b)Dalam situasi nazar seorang isteri untuk tidak pulang ke rumah mentuanya, tiba-tiba dibawa suaminya pulang. Apakah dikira melanggar nazar?


2)MOMOH

Apakah nabi Isa yang turun di akhir zaman akan menghadapi penentangan dari orang ramai?

Ust Kama: Telah menjadi lumrah, perjuangan nabi-nabi akan ditentang. Nabi Isa juga akan ditentang. Musuh utama yang menentang seruan Isa ialah kaum Yahudi.


3) SURADI
 Apakah Yahya membawa Syariat baru atau meneruskan Syariat nabi Musa A.s?

4) MUDA AJAK

Ulasan: Terdapat ta'arudh antara ayat-ayat dalam bible. Namun orang Kristian tetap tidak berfikir.



3) MUDA AJAK

Ulasan: Ketidakserasian beberapa ayat dalam bible.

Read more...

DAURAH 306

July 18, 2011

TARIKH:     18/ 07/2011
MUKA SURAT :306
SURAH MARYAM:12-25


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) HJ. AYONG HASAN

a) Apakah faktor kederhakaan anak kepada ibu bapa?


b) Jika seorang anak dinamakan dengan nama mulia, umpamanya Firdaus, lalu ibu bapa mencela anaknya atas satu-satu kesalahan, apakah dikira mencela syurga Firdaus?




2) MUDA AJAK


Ulasan: Razeki yang halal juga menentuka perwatakan anak. Anak akan jadi durhaka kalau razeki yang disuapkan ke mulutnya dari sumber yang haram. Sumber yang haram itu boleh datang dari budaya kerja yang ponteng masa bertugas. Ini banyak berlaku di pejabat-pejabat kerajaan.


3) HJ JAAFAR

Apakah boleh ubah-ubah nazar. Dari sembelih seekor lembu kepada kambing dan akhirnya seekor ayam?


4) MARIJIN


Apakah reaksi kaum Bani Israil di atas Maryam yang melahirkan anak tidak berbapa?

Ust Kama: Jawapannya akan didapati pada muka surat berikutnya. Insya Allah dalam daurah malam esok.



Read more...

DAURAH 305

July 13, 2011

TARIKH:     13/ 07/2011
MUKA SURAT :305
SURAH MARYAM: 1-11


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN

1) BUNYAMIN

Sesetengah orang membacakan Surah Maryam dengan dakwaan bahawa ia untuk memudahkan  melahirkan anak sebagaimana mudahnya Maryam melahirkan Isa AS.  Apakah amalan sebegini punya dalil?

Ust Kama:

Nabi SAW pernah bersabda tentang air Zam Zam yang menjadi penawar mengikut apa yang diniatkan. Ayat Quran lebih hebat daripada air Zam Zam sebagai syifa dan rahmat bagi orang yang beriman.


2) MR. X

Apakah agama raja Najasyi?

Ust Kama: Agama Nasrani

3) HJ. AWANG

Ulasan: Ibu Maryam meletakkan anaknya di masjid untuk berkhidmat di sana sebagai memenuhi nazarnya. Orang hari ini meletakkan anak di masjid kerana melahirkannya secara haram.

4) SURADI

a) Kenapa nabi lakukan solat jenazah Ghaib untuk raja Najasyi sahaja?

b) Dikatakan bahawa nabi tidak mewariskan harta pusaka. Maka, bilakah pula pembahagian harta pusaka difardhukan atas ummatnya?

c)Apakah nabi Zakaria bercakap dengan Allah SWT?


5) MUDA AJAK

Ulasan Tambahan: Mengenai jenayah buang anak.

Read more...

DAURAH 304

July 12, 2011

TARIKH:     12/ 07/2011
MUKA SURAT :304
SURAH AL-KAHFI:98-110


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN


1) AHMAD BIN DAUD
Apakah semua yang masuk syurga akan melihat Allah SWT?


2) MARIJIN

Siapakah yang menghuni bumi setelah Allah musnahkan Ya'juj dan Ma'juj?


3) MOMOH

Kenapa manusia tidak menetang Ya'juj dan Ma'juj dengan senjata seperti bom nuklier?



4) SURADI

a) Ada dakwaan mengatakan Ya'juj mati kerana berbunuhan sesama sendiri? Benarkah?

b) Ada kenyataan mengatakan Dajal akan bertawaf di sekeliling Ka'abah. Kenapa pula Dajal bertawaf di Ka'abah?




 

Read more...

DAURAH 303

July 11, 2011

TARIKH:     11/ 07/2011
MUKA SURAT :303
SURAH AL-KAHFI: 84-97


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN DAN PERSOALAN

1) HAZIQ

Ulasan: Nabi katakan tembok penghalang Ya'juj dan Ma'juj sudah berlubang. Apakah pada hari ini belum ada Yakjuj Makjuj yang keluar ke dunia nyata?


2) MARIJIN

Siapakah sebenarnya Zulkarnain dan zaman manakah dia hidup?


3) SURADI

a) Apakah benar tembok yakjuj makjuj sudah berlubang sebesar ibu jari?

b) Apakah mereka seperti bangsa Tatar dan Mongol?

 

Read more...

Allah pelihara ibu bapa yang Soleh.

July 7, 2011


وَأَمّا الْغُلاَمُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَآ أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَاناً وَكُفْراً   فَأَرَدْنَآ أَن يُبْدِلَهُمَا رَبّهُمَا خَيْراً مّنْهُ زَكَـاةً وَأَقْرَبَ رُحْماً  
وَأَمّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلاَمَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحاً فَأَرَادَ رَبّكَ أَن يَبْلُغَآ أَشُدّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مّن رّبّكَ

80. Dan adapun anak muda itu, Maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin, dan kami khawatir bahwa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki, supaya Tuhan mereka mengganti bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibu bapaknya).

82. Adapun dinding rumah adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang saleh, Maka Tuhanmu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah Aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya".
(Surah Al-Kahfi: Ayat 80-82)

Ayat-ayat di atas memberi gambaran kepada kita faedah menjadi ibu bapa yang soleh. Seorang ibu bapa yang soleh, Allah akan pelihara daripada angkara murka yang mungkin datang daripada anak yang durhaka dan kufur.Dengan kata lain, ibu bapa yang soleh akan melahirkan anak-anak yang soleh juga dengan pertolongan Allah. Ia merupakan rahmat kurniaan Allah buat ibu bapa yang semacam itu sebagaii ganjaran atas kesolehan mereka. Di dunia, Allah akan kurniakan anak-anak yang menyejukkan matanya di kala dipandang dan sesudah mati mereka akan menjadi generasi bertakwa.

Selain pemeliharaan Allah ke atas ibu bapa yang soleh, Allah juga akan menjaga zuriat mereka di kala ketiadaan mereka sama ada sesudah matinya mereka atau berjauhan daripada anak mereka. Ini kerana Allah merupakan wali (pemimpin) bagi orang-orang soleh. Sudah tentu seorang pemimpin akan menjaga bawahannya agar mereka selamat sepanjang masa. Sekalipun ibu bapa telah meninggal, Allah akan menjaga anak-anak mereka, sebagai ganjaran atas kesolehan mereka.


Allah memelihara dua ibu bapa yang beriman itu dengan cara menghantar nabi Khidr membunuh anak mereka yang bakal menjadi duka lara yang menentang keimanan mereka kepada Allah SWT. Demikian pula, Allah menghantar nabi Khidr untuk menyelamatkan khazanah milikdua anak yatim yang mana bapa mereka orang soleh. Seolah-olahnya, sebab perlakuan Khidr dalam dua hal ini adalah kerana kesolehan ibu bapa. Dengan kata lain, kalau bukan kerana kesolehan ibu bapa tersebut, tak akan dipedulikan apa yang bakal terjadi!

Subhanallah...jadikan kami ibu bapa yang soleh agar Allah menjaga anak-anak kami.

Read more...

DAURAH 302

July 6, 2011

TARIKH:     06/ 07/2011
MUKA SURAT :302
SURAH AL-KAHFI :75-83


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN
 
1) RANGES
Apakah beza antara Sunat Duha dan Isyraq


2) MARIJIN

Apakah yang terjadi kepada ikan nabi Musa?
 
Ust Kama: Wallahu a'lam. Tidak diceritakan. Munkin dah jadi makanan ikan jerung. Hehe.

3) BUNYAMIN

Apakah kedudukan ibu dan bapa nabi? Apakah mereka tergolong kalangan apa yang disebutkan sebagai Sobiun?
 
Ust Kami: Mereka bukan  dari kalangan Sobiun.

4) SURADI

Apakah usaha JaAKIM dalam pemulihan akidah kalangan ajaran sesat itu sia-sia kalau kekafiran sudah tercatat sejak azali lagi?
 
Ust Kama: Tiada siapa pun tahu apa yang tertulis sejak azali lagi itu.


Read more...

DAURAH 301

July 5, 2011

TARIKH:     05/ 07/2011
MUKA SURAT :301
SURAH AL-KAHFI: AYAT 62-74


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA


ULASAN TAMBAHAN DAN PERSOALAN

1) MARIJIN


a) Apakah hikmah Khaidir membunuh anak lelaki tersebut?

b) Tidakkah hukumnya berdosa bunuh budak tersebut?


2) SURADI

a) Apakah ada kemungkinan di anatara anak-anak kita yang telah tercatat sebagai kafir sejak azali lagi?

b) Bagaimana Iblis boleh selamat ketika banjir besar nabi Nuh AS?

c) Sekarang terdapat ikan yang dinamakan Ikan Sebelah. Apakah mungkin ia keturunan Ikan nabi Musa yang melepaskan diri ke laut itu?




Read more...

DAURAH 300

July 4, 2011

TARIKH:     04/ 07/2011
MUKA SURAT :300
SURAH AL-KAHFI: 54-61


PENGERUSI                     : EN. SURADI
ULASAN TAJWEED        : EN SURADI
TERJEMAHAN                : HJ. YUSUF
TAFSEER                          : UST KAMA

ULASAN DAN PERSOALAN

1) BUNYAMIN
Seringkali timbul persoalan di kalangan palajar mengenai ketetapan tentang 4 perkara semasa janin berusia 4 bulan dalam perut ibu.  Kalau begitu, kata mereka, apalah gunanya lagi kita beramal. Bagaimana menjelaskan secara baik buat mereka?

2) HJ JAAFAR

Kanak-kanak sering bertanya tentang sifat Allah. Allah bersifat dengan maha melihat. Maka tergambar pada mereka bahawa Allah itu punya mata. Tidak salah tanggapan sebegini? Apa tindakan kita?

3) MARIJIN



4) MUDA AJAK

Peranan masjid yang dipersempitkan membimbangkan.

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP