CARI KANDUNGAN BLOG

DALAMI HUKUM ZIHAR BERDASARKAN FATWA ULAMA

December 30, 2019

Rujuk kitab:

Ahkam Wa Fatawa Al-mar'ah almuslimah

Link:  https://books.google.com.my/books?id=LH6DDwAAQBAJ&pg=PT400&lpg=PT400&dq=%D9%81%D9%8E%D8%B5%D9%90%D9%8A%D9%8E%D8%A7%D9%85%D9%8F+%D8%B4%D9%8E%D9%87%D9%92%D8%B1%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90+%D9%85%D9%8F%D8%AA%D9%8E%D8%AA%D9%8E%D8%A7%D8%A8%D9%90%D8%B9%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90&source=bl&ots=cjid6VjXNy&sig=ACfU3U183IrA55RE5nDnlWndkpLoiYgL3A&hl=en&sa=X&ved=2ahUKEwjo26axhdzmAhXKXSsKHem_DBU4FBDoATAAegQIEBAB#v=onepage&q=%D9%81%D9%8E%D8%B5%D9%90%D9%8A%D9%8E%D8%A7%D9%85%D9%8F%20%D8%B4%D9%8E%D9%87%D9%92%D8%B1%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90%20%D9%85%D9%8F%D8%AA%D9%8E%D8%AA%D9%8E%D8%A7%D8%A8%D9%90%D8%B9%D9%8E%D9%8A%D9%92%D9%86%D9%90&f=false

Read more...

KHUMAINI-SOSOK PENCELA SAHABAT

December 9, 2019

Said Hawa menulis dalam satu buku ringkas bertajuk " Khumaini, Syuzuz Fil 'Aqa'id Syuzuz Fil Mawaqif", mendedahkan pendirian Khumaini yang janggal dari segi akidah dan sikap. Said Hawa menyenaraikan bukti-bukti pendirian menyimpang Khumaini tentang Al-Quran, kemelampauan terhadap kedudukan imam, penolakan sunnah nabi yang saheh, penghinaan terhadap sahabat nabi, keceluparan terhadap Rasulullah, menyalahi ijmak, menganggap Ahli Sunnah sebagai Nasibi dan melampau dalam menyanjung Fatimah Az-Zahraa.

Membaca buku ini, tahulah kita, betapa jelik dan busuk relung hati Khumaini yang berpotretkan imam bagi Syiah Imamiyyah. 


Read more...

SEDEKAH FATIHAH KEPADA RASULULLAH

December 1, 2019

Baca fatihah, hadiah pahala kepada Rasulullah SAW. Ini tiada petunjuk langsung daripada nabi Muhammad SAW. Tidak juga diamalkan oleh para sahabat serta generasi salaf. Itu faktanya. 

Cuma, ada pendapat kalangan ulama yang membolehkannya. Dasar yang diguna adalah qias dengan  solawat dan juga doa sesudah azan. Kerana itu, hadiah pahala Fatihah kepada Rasulullah  , menurut pendapat ini,  adalah untuk mengangkat darjat dan maqam Rasulullah SAW.

Apakah alasan dari qias ini boleh diterima?

Pertamanya, apakah kaedah Qias boleh dibuat dalam soal-soal yang berkaitan tasyri' dan peribadatan? Ini persoalan penting yang perlu diselesaikan dulu sebelum melangkah kepada isu lain. Atau...ibadat itu adalah idtirari. Ibadat tidak boleh kecuali ittiba'. Ini telah disebutkan dalam hadis yang saheh.

Keduanya, bukankah tanpa niat hadiah pahala pun, pahala bacaan fatihah itu menjadi milik Rasulullah SAW. Baginda sebagai perintis dan guru agung yang mengajarkan fatihah, maka sesiapa yang membacakan fatihah, maka pahalanya dapat kepada Rasulullah SAW , tidak kurang sedikitpun daripada tukang baca.Ini ditegaskan dalam hadis yang saheh.

Jika demikian, apa perlunya niat hadiah pahala?

Kekadang ada yang menyampuk, berkilas hujah. Kenapa perlu solat jenazah Rasulullah SAW? Kata mereka, bukankah Raulullah itu maksum dan tidak perlu diminta ampun. Perkara ini tidak perlu dipeningkan fikiran untuk cari alasan. Perkara yang ada dalil amalan Rasulullah dan perintahnya, diamalkan oleh para sahabat, terima sahaja sebagai bahagian agama. Itulah dalil dan sandaran.

Orang lain yang buat, tidak jadi dalil. Mereka perlu ada sokongan amalan nabi dan para sahabat.

Hujahan lemah akal kekadang muncul. Dikatakan, mengapa kita buat benda yang Rasulullah tak buat? Rasulullah tak naik kereta, kita naik. Rasulullah tidak pakai microphone, kita pakai. Kita menyalahi Rasulullah SAW. Ini hujahan ibarat orang lemas dalam air. Menggapai apa sahaja tersambar oleh tangan.

Tidak pula orang yang paling kuat membid'ahkan orang sekalipun memasukkan ciptaan moden dalam perkara bid'ah terlarang. Bid'ah yang mereka tegah keras itu masih dalam lingkungan agama. Cuma, berlaku perbezaan kalangan keras sederhana dan lembut dalam mengklasifikasikan perkara agama yang dimasukkan dalam bid'ah itu. Hatta, ada yang melampau sampai membid'ahklan qunut subuh, wirid lepas solat, doa berjemaah dan sebagainya. 

Persoalan bacan fatihan dan sedekah pahala kepada kanjeng nabi SAW apakah bid'ah? Jawapannya  mungkin berbeza sekalipun di kalangan orang yang mengatakan ia tidak ada dalam syariat. Aku antara orang tidak suka membid'ahkan amalan tersebut. Cuma aku sokong bahawa perkara mensedekahkan fatihah kepada nabi ini perkara yang tidak disokong oleh dalil yang jelas. Lalu tidak perlu. Boleh dan perlu adalah dua hal yang berbeza.

Seperti dikatakan tadi, kias yang digunakan tidak dengan solawat dan doa lepas azan, tidak cocok untuk dipakai. Qias ma'al fariq.

Mengangkat makam nabi dengan sedekah fatihah juga adalah andaian akliyyah sahaja. Apakah jawapannya andai dikatakan, kalau dihadiahkan fatihah buat kucing kesayangan yang mati, kelak di akhirat kucing tersebut akan naik darjat. Lagi banyak sedekah fatihah yang didapatinya, dia mungkin jadi kucing syurga yang hidup abadi dalam nikmat syurga. Walau sekadar hanya seekor kucing. Kucing lain mati jadi debu hancur, sedangkan kucing penerima sedekah fatihah meningkat makamnya.

Begitukah logik yang terpakai?

Read more...

SOLAT SUNAT HADIAH

Solat sunat hadiah adalah solat khusus yang dilakukan sesudah mayat ditanam dan selalunya pada malam pertama. Solat sunat hadiah bukanlah bermaksud solat sunat lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Jika hadiah pahala sunat kepada si mati, maka ia masihg lagi dalam daerah khilaf di kalangan ulama. Mazhab Abu Hanifah kata pahala amalan yang dihadiahkan kepada si mati, sampai. Manakala pendapat Imam Syafie dam Imam Malik, tidak sampai pahala.

Samalah hadiah pahala sedekah, baca Quran, puasa , solat dan sebagainya.

Namun, apa yang dinamakan solat Hadiah dengan tatacaranya itu, maka tiada didapati sumber otentik dalam nas. Mereka yang bercakap mengenai solat ini, termasuk pak guru dari pesentren, tidak membawa bersama dalil amalan tersebut daripada rasulullah SAW. Mereka cuma membaca petikan dalam kitab yang juga tidak membawa dalil saheh daripada Rasulullah SAW.

Padahal solat adalah amrun tasyri'i yang tidak boleh masuk di dalamnya bikinan orang lain. Ia mesti datang dari pentunjuk Rasulullah SAW.

Ringkas cerita solat sunat hadiah ini tidak disyariatkan. Sekurang-kurangnya , inilah sikap ulama kibar ahlu Sunnah termasuk para jaguh hadis.

Jika dirujuk kepada sumber-sumber Syiah, solat ini diriwayatkan dalam kitab-kitab mereka. Mereka menamakan solat ini dengan Solat wahsyah, Solat lalatu dafni atau Solat Hadiyah.

Apakah amalan ini diserap masuk ke dalam dunia Sunni dari Syiah seperti halnya banyak amalan lain yang kepunyaan Syiah tetapi mempengaruhi Sunni. Hal ini akan kita telaah dalam kesempatan yang lain.

Sila rujuk konsep solat Hadiah dalam dunia Syiah. Apakah tidak mungkin ini sumbernya yang merayap ke dalam khazanah Ahli Sunnah.  Syiah adalah Yahudi ummat ini dan ummat ini kata nabi , akan mengikut Yahudi syibran syibran.


 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP