CARI KANDUNGAN BLOG

TAFSIRAN QURAN YANG TERCELA

December 31, 2022

Antara tafsiran Quran yang tercela(mazmum) adalah sebagaimana yang dibuat oleh puak Muktazilah, Rafidhah, Batiniyyah dan lain-lain. Tafsiran mereka tercela kerana ia menyalahi usul tafsiir yang disepakati.

Ada dua sebab yang mendorong berlakunya tafsir Al-Quran yang mazmum ini:

1) Salah dalam iktikad akidah lalu cuba menafsirkan Quran untuk menegakkan iktikad yang salah itu. Jenis ada ada dua kategori:

a) Mereka yang menafikan lafaz Quran yang mennjukkan sesuatu makna

b) Mereka yang cuba menggunakan lafaz Quran untuk sesuatu maksud yang bukan dimaksudkan oleh Quran.

Maka, kedua-dua golongan ini membuat kesalahan: 
  • Kesalahan  dalam dalil dan juga madlul 
  • Mungkin hanya salah dalam dalil dan benar dalam madlul.

Contoh Salah dalam dalil dan madlul adalah tafsiran puak muktazilah ayat yang menafikan untuk nabi Musa melihat Allah.


لن ترانى


Ayat itu tidak ada kaitan dengan melihat Allah dia akhirat. Muktazilah menafikan bahawa Allah boleh dilihat berdasarkan ayat ini. Maka salahnya mereka adalah pada dalil kerana ambil ayat yang salah untuk menegaskan madlul mereka yang (Allah tidak boleh dilihat) yang salah.




Bagi contoh yang salah dalam dalil dan tidak dalam madlul adalah sebagaimana tafsiran kaum Sufi tentang ayat:


إِنَّ اللَّهَ مُبْتَلِيكُم بِنَهَرٍ فَمَن شَرِبَ مِنْهُ فَلَيْسَ مِنِّي وَمَن لَّمْ يَطْعَمْهُ فَإِنَّهُ مِنِّي إِلَّا مَنِ اغْتَرَفَ غُرْفَةً بِيَدِهِ ۚ فَشَرِبُوا مِنْهُ إِلَّا قَلِيلًا مِّنْهُمْ

(Al-Baqarah :249)

Ayat ini dijadikan dalil bahawa dunia ini umpama sungai. Ada manusia yang gelojoh mengambil dunia. Ada pula yang menolak dunia. Ada juga yang ambil sekadar perlu. Ketiga-tiga jenis ini berbeza kedudukannya di sisi Allah. Inilah madlul yang cuba didalilkan dari ayat tersebut. Maka tafsiran seperti ini salah dari segi dalil. Ayat ini menceritakan kisah tentera Talut. Itulah maksud ayat. Bukan cerita mengenai tiga kelompok manusia dalam dunia. Namun, madlul yang dibawa adalah benar.Cuma jadikan makna ayat sebagai dalil, ia adalah salah dan mazmum dalam dunia penafsiran.


Satu penafsiran yang salah dari segi dalil dan madlul adalah ketika menghalalkan tarian berdasarkan ayat:


ارْكُضْ بِرِجْلِكَ


(Sad: Ayat 42)

Jadikan ayat dalil diharuskan tarian adalah salah. Madlulnya, yakni tarian yang dikatakan halal , itupun salah.


Perbahasan mengenai perkara ini boleh disemak dalam Kitab Al-Fusul Fi Usulit Tafsir Oleh Dr Sulaiman At-Toyyar, MS 49-51


Read more...

JALAN-JALAN PENAFSIRAN QURAN (TURUQ)

 Dalam penafsiran Quran, kita akan menemui 6 turuq yang dipakai oleh para ulama iaitu:


1) Tafsir Quran dengan Quran

2) Tafsir Quran dengan Hadis

3) Tafsir Quran dengan Qaul para Sahabat nabi.

4) Tafsir Quran dengan Qaul para Tabi'in.

5) Tafsir Quran dengan bantuan ilmu bahasa Arab.

6) Tafsir Quran dengan pandangan dan ijtihad

Read more...

Usul Tafsir: Pembahagian Tafsir

December 30, 2022

Tafsir diambil kira berdasarkan perkara-perkara berikut:



1) Apa yang difahami oleh orang

Ibnu Abbas menyebutkan bentuk-bentuknya:

a) Apa yang orang Arab faham.
b) Tafsiran yang tidak dimaafkan kejahilan tentangnya.
c) Tafsiran yang hanya diketahui oleh orang berilmu.
d) Tafsiran yang hanya diketahui oleh Allah SWT.

2) Bagaimana cara sampai kepada penafsiran itu


a) Cara Tafsir Ma'thur
b) Cara Tafsir Bi Ra'yi

3) Melihat kepada Uslub Tafsir itu:

a) Tafsir Tahlili
b) Tafsir Ijmali
c) Tafsir Muqaran (Perbandingan)
d) Tafsir Maudhu'i

4) Melihat kepada haluan/cara berfikir seseorang mufassir.

  • Ada mufassir, haluannya salafi seperti Ibn Jarir, Ibn Kathir dan Syanqiti.
  • Ada mufassir haluannya muktazilah seperti Zamakhsyari
  • Ada mufassir haluannya Asy'ari seperti Ar-razi
  • Ada haluan linguistik seperti ma'anil Quran oleh Al-farra'.
  • Ada haluan nahu spt Al-bahrul Muhit oleh Ibn Hayyan.
  • ada haluan balaghah spt At-tahrir wa tanwir oleh Ibn 'Asyur.


 

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP