CARI KANDUNGAN BLOG

Ibn Kathir Seorang Salafi Mutasyaddid?

March 30, 2018

Abdullah Al-Ghumari, seorang tokoh hadis dan sufis asal Morocco tidak senag hati dengan Ibn Taimiyyah. Banyak karyanya ditulis mengkritik pemikiran Ibn Taimiyyah sebagaimana resam kebanyakan pendokong anto-wahabi. Dalam tulisan Abdullah Al-Ghumari, dapat dilihat tempias kritikannya terhadap Wahabai mengenai beberapa tokoh besar lain selain Ibn Taimiyyah sendiri. 

Di antaranya ialah Ibn Kathir rahimahullah. Beliau menukilkan keritikannya terhadap Ibn Kathir dengan melebelkannya sebagai Salafi Mutasyaddid melalui kitabnya " Kitab Fi Bid'u Tafasir".




Ibn Kathir dikritik dalam persoalan Allah berada di langit yang disebutkan sebagai ijmak ulama mengenainya. Kata Abdullah Al-ghumari, Ibn Kathir terpengaruh dengan Ibn Taimiyyah dalam pegangan sedemikian.

Wallahu A'lam.

PS: Jangan tercebur dalam petengkaran ilmiah para ulama. Baca, faham dan diam dari mencela sesiapapun. Insya Allah, anda tidak akan merugikan agama anda.







Read more...

PEPERANGAN HARRAH

March 6, 2018

Peperangan ini berlaku antara Penduduk Madinah dengan tentera Yazid bin Mu'awiyyah yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah. Ia terjadi kerana penduduk Madinah telah mengikut Ibn Muti' dan Ibn Hanzalah untuk membatalkan Bai'ah ke atas kekhalifahan Yazid. Kerana itu, Yazid telah mengirimkan tentera yang dipimpin oleh Muslim bin 'Uqbah untuk "mengajar" penduduk Madinah. 

Peperangan ini berlaku pada tahun 63H. Harrah adalah sebuah tempat yang terletak di luar Kota Madinah  dan di sana ada banyak batu batan yang berwarna hitam. Penduduk Madinah telah dikalahkan dan ramai yang tebunuh. Bahkan Muslim bin 'Uqbah telah menghalalkan Madinah selama tiga hari. 

Namun, bukan semua warga Madinah mencabut bai'ah mereka atas Yazid. Di antara sahabat yang membantah perbuatan Ibn Hanzalah dan Ibn Muti' itu ialah Ibn Umar. Beliau tidak bersetuju dengan cara mereka dan telah memberi nasihat kepada mereka.

Perbuatan tentera Yazid itu telah menjadi conteng arang atas muka Yazid. Cerita kebejatan Yazid yang dianggap pembunuh Hussain bin Ali, cucu Rasulullah SAW ditambah pula dengan peristiwa Harrah ini. Di atas kecemaran yang ada, bertembah lagi kecemarannya.

Namun, sebahagian ulama cuba mewajarkan tidakan Yazid. Paling tidak memaafkannya. 

Terdapat hadis yang memuji secara tidak langsung penglibatan Yazid bin Mu'awiyah dalam peperangan jihad. Sebuah hadis menyatakan:


أَوَّلُ جَيْشٍ مِنْ أُمَّتِي يَغْزُونَ مَدِينَةَ قَيْصَرَ مَغْفُورٌ لَهُمْ.

" Tentera terawal dari kalangan ummatku, memereka memerangi bandar Qaisar, mereka itu diampunkan Allah".

Catatan dalam kitab sirah menyebutkan bahawa peperangan pertama ke benteng Qastantiniah ialah pada zaman pemerintahan Mu'awiyah bin Abu Sufyan iaitu pada tahun 49H. Pimpinan dalam penyerangan ini ialah Yazid bin Mu'awiyah.  Oleh itu, sebahgian ulama yang menggapi hadis ini memasukkan Yazid bin Mu'awiyah di kalangan orang yang teampun. 

Kendati demikian besar pertanggungjawapan yang dihadapinya., pertama pembunuh Hussain, kedua menghalalkan Madinah dan selain itu riwayat tentang kefasikan dan sifat pemabuknya (sungguhpun diragui kebenarannya), watak jahat dan baik pada seorang adalah normal. Allah boleh mengampunkan selagi seseorang itu tidak berbuat syirik kepada Allah SWT.

Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam Majmu' Fatawa (Jil 4/ms 473) ketika mengulas isu ini:



بل يزيد مع ما أحدث من الأحداث، من قال فيه: إنه كافر مرتد، فقد افترى عليه. بل كان ملكا من ملوك المسلمين كسائر ملوك المسلمين، وأكثر الملوك لهم حسنات ولهم سيئات، وحسناتهم عظيمة، وسيئاتهم عظيمة، فالطاعن في واحد منهم دون نظرائه، إما جاهل وإما ظالم.
وهؤلاء لهم ما لسائر المسلمين، منهم من تكون حسناته أكثر من سيئاته، ومنهم من قد تاب من سيئاته، ومنهم من كفر الله عنه، ومنهم من قد يدخله الجنة، ومنهم من قد يعاقبه لسيئاته، ومنهم من قد يتقبل الله فيه شفاعة نبي أو غيره من الشفعاء، فالشهادة لواحد من هؤلاء بالنار هو من أقوال أهل البدع والضلال " انتهى من "مجموع الفتاوى" (4 / 473

Bahkan Yazid, dengan segala peristiwa yang dia terlibat, ada yang mengatakan dia kafir lagi murtad. Maka dakwaan ini adalah tuduhan berasas atasnya. Sebaliknya, dia adalah seorang raja daripada raja-raja kaum muslimin. Kebanyakan raja-raja , mereka ada kebaikan dan juga kejahatan. Ada yang kebaikannya lebih banyak dan ada yang kejahatan pula yang lebih banyak. Menuduh hanya satu sisi sahaja, sama ada baik atau jahat, adalah perbuatan orang jahil atau zalim.

Mereka itu macam juga orang Islam yang lain. Ada kalangan mereka kebaikannya mengatasi kejahatan. demikianlah sebaliknya Kalangan mereka ada yang bertaibat kepada Allah lalu Allah mengampunkan dosa mereka.Di kalangan mereka ada yang Allah masukkan ke syurga  dan ada yang dibalas atas kejahatan mereka. Ada pula yang beroleh syafaat nabi Muhammad atau pihak lain yang memberi syafaat. Maka, bersaksi bahawa mereka sebagai ahli neraka adalah perkataan ahli bid'ah dan orang sesat. 

Imam Az-Zahabi dalam Siyar A'lam menyebutkan bahawa Yazid memulakan pemerintahannya dengan pembunuhan Hussain dan menutup dengan Menghalalkan Madinah.

Sikap yang harus kita ada terhadap orang seperti Yazid bin Mu'awiyah ini adalah:

"Kita tidak menyatakan cinta kepadanya dan juga tidak mencelanya. Kita bersikap rasional bahawa setiap orang ada baik dan buruknya. Kita tidak menghukumnya sebagai ahli neraka, jauh sekali menjatuhkan hukum kafir atasnya kerana tiada bukti nyata atas kekafirannya. Kezaliman itu memang asam garam para raja dan itu terpulang kepada Allah untuk mengampunkan atau mengazabkan. Dalam lautan dosa, mungkin ada pulau pahala. Kuwujuna pulau itu menjadi tempat berlabuhnya rahmat Allah serta kempunannya. Siapa  tahu?"

Yang pasti, kita bukan tuan syurga dan juga bukan tuan neraka. Kita sendiri pun tak pasti akan masuk syurga atau neraka!

Read more...

  © Blogger template The Beach by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP